Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


KUBURKAN SAJA KARIER POLITIK MAHATHIR INI – MENYUSAHKAN..!! (Bah 1)

(Khusus sebagai taklimat untuk para perwakilan ke Perhimpunan UMNO Mei 2000)

GERUN Mahathir menyaksikan bayang-bayang perbuatannya yang menafikan hak aasi rakyat dan keadilan. Kacau-bilau fikirannya kerana melakukan pelbagai penyelewengan harta rakyat, memfitnah dan menghasut secara membuta tuli. Jiwanya tidak tenteram kerana menyalahguna dan mengugut jentera dan kakitangan awam.

Jangan Mahathir berdaleh menafikan perbuatannya yang tidak beretika mengarah pihak menyokong segala salahlakunya. Dari ucapannya, memang Mahathir sudah terlalu 'desperate'. Mahathir menggertak dan mengugut rakyat dan siapa saja. Kini, segala-galanya datang menyeksa jiwa dan perasaannya – bagai sengatan kala-jengking.

'Telunjuk Lurus Kelingking Berkait'

Mahathir menunjukkan sifat 'telunjuk lurus kelingking berkait' . Dengan berkata bahawa 'undang-undang di Malaysia adalah telus', kununnyua tidak ada siapa yang mengatasi undang-undang. Tapi siapa sebenarnya yang memecah undang-undang? Siapa yang berdaleh dan mengelat dari disapina? Siapa yang TAKUT ke mahkamah?

Banyak orang yang menarik nafas panjang mendengar Mahathir bercakap mengenai undang-undang di Malaysia. Memang tidak ada cacat celanya. Betul! Tetapi undang-undang itu akan "cela" dan cacat bila ia dilaksanakan dengan campurtangan langsung oleh orang berkuasa seperti Mahathir. Tangan itulah yang mengugut dan merasuah pihak yang terbabit menjalankan undang-undang dan penghakiman kes-kes melibatkan kepentingannya. Mahathir bagai orang sedang mengigau disiang hari.

Kini nampak jelas, Jabatan Peguam Negara bagai sebuah "Panggung Boneka" melakunkan sandiwara gila. Pementasan dilakukan di "Mahkamah Kangaroo" dengan berhakimkan beberapa ekor "Beruk" yang terlatih. Mahathir ketawa sementara rakyat disembur air beracun di Dataran Merdeka!! Itu “keadilan” Mahathir. Memang dia ini “puaka”..!!

Kesaksian “Dibawah Pusat”.

Kesaksian begitu amat lucah bunyinya!! Apa tidaknya – Mahathir sanggup menerima kesaksian beberapa orang pelacur, penzina dan 'budak-budak' kurang akal seperti Azizan. Mungkin Mahathir masih ramai lagi saksi-saksi yang berkeliaran dipungut ditepi jalan.

Hanif Omar adalah saksi paling ‘heroic’ dengan mengatakan dalam Quran tidak ada menyebut judi itu haram. Mungkin “Genting Hinghland” tidak ada dalam Al Quran, tapi judi? Masakan!! Mahathir sanggup mendegar perakuan Azizan mengatakan bahawa punggungnya telah di "sula" oleh si polan. Lucah, kan?

Maka diangkutlah ulang-alik sekeping tilam lusuh yang "berlobang 13" sebagai bahan bukti. Tampil pula seorang 'betina sundal' yang mengaku diri umpama 'bidadari'. Betina ini dieksploit habis-habisan, diberi rangsangan upah yang dijanjikan oleh Mahathir dan kuncu-kuncu yang berKONSPIRASI.

Akhirnya, setelah habis dikupas kulit hingga ke tulang, bila tidak diketemui isi sebenar, maka dipinda pula petuduhan. Mokhtar Abdullah adalah ‘belukang’ yang melakukan pemindaan. Terbuktilah suatu 'kedayusan' beliau dalam perlaksanaan perundangan di negara ini. Semua kacau-bilau ini berlaku dibawah pentadbiran Mahathir. Segala-galanya dipaksakan ke atas jongos-jongosnya. Pasti ada ganjaran yang lumayan. Kalau tidak ada-ada, masakan tempua bersarang rendah!

Makin ramai orang bertanya, adakah Mahathir bercakap melalui 'mulut', 'hidung' atau 'lubang dubur’ nya? Tidakkah bukti-bukti ini menunjukkan Mahathir sudah sampai ketahap sewel, nyanyok dan hilang akal? Hematnya, cakap dolak-dalik Mahathir seumpama ini tidak ubah seperti orang sedang menunggu tempoh "40 hari". Maksudnya: Mahathir sedang menunggu detik nyawanya diragut malaikalmaut.

Doakan supaya nyawa Mahathir panjang supaya orang ini dapat merasa dirinya merengkok di penjara pula!!.

(Bersambung)

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com