Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MEI 2000: SILA TONTON PERMAINAN “SARKIS” 2000 ‘HAIWAN’ TERNAKAN MAHATHIR..!!

Menjelang Perhimpunan UMNO Mei 2000 ini, seluruh rakyat (khususnya orang Melayu, samada dari parti Pembangkang mahupun sisa-sisa penyokong dan pemimpin masih dalam UMNO) akan meneliti setiap perkembangan yang sedang dan akan berlaku dalam parti itu.

Bukan Kerana UMNO Parti Besar

Mata tertumpu kepada UMNO bukan kerana parti itu sebuah parti yang besar lagi. Selain rakyat tempatan, seluruh pemimpin dunia yang demokratik dan bertamddun sedang memerhati dan meneliti bagaimana sebuah parti yang dulu besar dan berwibawa (malangnya kini jatuh lumpuh tidak mendapat sokongan), cuba mencari formula dan jalan terbaik meningkatkan sokongan rakyat (khususnya orang Melayu) semula.

Setakat ini apa yang nampak dan sangat ketara hanyalah satu iaitu UMNO dan seluruh kepimpinan diperingkat ‘sokongan’ sedang berkhayal dan dikhayalkan setakat isu-isu cilik (maksud: amat kerdil – loghat Jawa) dan samasekali tidak releven. Seharusnya isu seumpama itu tidak jadi persoalan langsung. Sementara itu juga, UMNO telah terbiar lapuk dan mereput dari dalam. Ini yang seharusnya menjadi persoalan. Tapi dibiarkan.

Dr. Mahathir dan beberapa orang “paling” berkepentingan dalam kelompoknya, telah mengalih pandangan saki-baki penyokong UMNO kearah pelbagai isu yang mengkhayalkan. Kita pasti akan dengar ugutan:

i. Perpecahaan orang Melayu dan umat Islam,
ii. Tuduhan penyelewengan fatwa dan aqidah,
iii. Agen-agen Asing dan Penjajahan,
iv. Orang Melayu tidak “bersyukur” (?) kepada UMNO,
v. Reformasi “jalanan” dan “gejala Rusuhan”,
vi. Politik wang, gejala memfitnah UMNO, dll.

Makain nampak semua tajuk-tajuk remeh-basi yang tidak releven itu dibangkitkan dengan sengaja, tetapi Palsu. Isu pokok seperti KEADILAN, RASUAH, KEZALIMAN dan PENGUNDURAN si PukiMak itu – sampai mapos tak akan dibicangkan!! Kerana, Perhimpunan UMNO makin nampak seperti ‘anak-anak tadika’ main pondok-pondok. Kedudukan Mahathir sebagai Presiden parti adalah “taboo” dan pantang sekali dipertikaikan.

Prioriti Perhimpunan Mei ini tidak lebih dari meletakkan agenda meresmikan pertabalan seorang Presiden dan Timbalan parti yang kununnya dilantik secara paling “demokratik”. (Yuuueeekkkkkk..Ptuuiiiii..!!).

Akhbar-akhbar yang di ugut telah menulis pelbagai rencana untuk mewarwarkan bahawa “hitam” adalah “putih”. Walhal semua orang tau (termasuk ahli UMNO sendiri) bahawa pemilihan kedua-dua orang itu adalah satu pencabulan takrif “demokrasi” paling jijik, janggal dan tidak terfikir tahap penyelewengan tafsiran ‘demokrasi’ sebenar.

PENIPUAN dan PEMBOHONGAN paling besar

Seluruh anggota parti dan saki-baki penyokong UMNO (dan BN?) tahu dan amat sedar bahawa mereka telah “dikelentong” habis-habisan dalam satu proses “make believe” . Otak mereka “disabun” dan “diberus-besikan” cuma mempercayai bahawa pilihan keatas Presiden dan Timbalannya adalah satu proses “Demokratik”. Sebenarnya, mereka juga tahu bahawa perlantikan kedua-dua orang itu ke jawatan berkenaan adalah satu PENIPUAN dan PEMBOHONGAN paling besar dalam sejarah demokrasi manusia bertamaddun. Cuma, dalam UMNO sudah timbul satu budaya baru, iaitu “jangan bising kalau mahu selamat”. Budaya “takut”!!

Sekaligus, seluruh rakyat dan dunia demokratik telah membaca siapakah Mahathir Mohammad, sikap sekogkolnya dan hala tuju UMNO “yang sekarang”. Makin jelas bahawa Demokrasi dalam UMNO sudah mati, terhapus. Kuasa pemilihan dipindah kedalam tangan beberapa orang tertentu saja. Mereka adalah ‘pelakun-pelakun’ boneka dengan tali-temali mengikat kak-tangan dan lidah. Kalau banyak cakap, “anda hanya meminta diri jadi mangsa!!”.

Dengan licik dan rakus, sikap dan agenda Mahathir menguasai parti itu terang-terang membuktikan sifat beliau sebagai seorang Diktator paling kotor, hina dan menjijiikan. Pertabalan beliau dan Timbalannya tidak lebih dari peresmian ketua parti dalam sebuah parti berhaluan “otokaratik, kuku-besi, dan saling mencemburui”. Apa yang dilakukan oleh segelintir pemimpin UMNO itu membawa makna bahawa parti itu sudah jadi parti yang “tidak terbuka”.

Buktinya, sekiranya ada pencabar atau orang yang tidak disukai oleh Presiden parti, maka akan dicarilah jalan termudah dan ikhtiar diluar undang-undang dan amalan biasa supaya si pencabar itu dipastikan supaya disingkir-buang dengan apa cara sekalipun. Akan dicarilah logik dan andaian, tohmah dan fitnah, ugut dan paksaan. Kalau terlalu sukar, mereka akan dituduh melakukan keaipan – jenayah, skandal seks, atau makan suap!!

Tengku Razaleigh Hamzah adalah mangsa sistem ‘demokrasi’ amalan UMNO terkini (berasaskan agenda Mahathir). Penyingkiran beliau dari sebarang pertandingan jawatan MKT adalah bersebab dari dosa beliau menyuntik ‘Demokrasi’ dalam parti. Beliau ditakuti akan mebawa ‘reformasi’ yang dianggap “virus” yang akan memperbetulkan UMNO dari dalam.

Itulah UMNO “Mahathir” yang wujud sekarang. UMNO ini makin ‘menguncup’, tertutup dan isolated. Andaian terbaik ialah, UMNO “Baru” sedang ditempatkan dalam satu gua dengan pintunya tertutup rapat. Masakan “kasim baba” boleh membuka pintu gua itu kerana ‘ali baba’ terlalu kerap menukar ‘password’nya. Dengan “40 orang Penyamun”, mustahil Ku Li akan dapat menentang!!

Malang Seribukali Malang!!

Penyingkiran DS Anwar adalah atas sebab-musabab yang sama. Apa jadi kepada beliau sekarang? Pastinya, keperibadian dan karisma Ku Li bukan seperti Anwar. Kerana itu, Rais Yatim mengambil jalan mudah dengan mengambil sikap paling bangang – “if you can’t beat them, just join them”..!! Kan masuk politik UMNO mau cari makan? Kalau pandai main “kuntau”, sekelip mata boleh jadi “jutawan”. Lagipun “jembatan” sudah dibakar, dan tongkang buruk yang dah kerepot “S46” sudah ditenggelamkan!!

Apa yang dialami Ku Li (sebagai mangsa terakhir sistem Mahathir) telah mengakibah penyokong UMNO yang masih tersisa telah hilang keyakinan kepada UMNO. Penyokong sudah berhijarah secara besar-besaran kepada parti Pembangkang. Di sana Demokrasi sedang bercambah dan sistem parti itu sentiasa terbuka. Tidakkah itu pilihan terbaik?

Bagi orang Melayu khususnya, UMNO sudah hilang identiti. UMNO terlalu jauh menyimpang dari perjuangan dan identiti asal. UMNO sudah hancur. Berjuang dalam UMNO sudah tidak ada makna. Apa yang diperjuangkan UMNO sekarang hanyalah mempastikan supaya pemimpin dan kroni mendapat faedah. Kepentingan Rakyat adalah perkara kedua. Penyokong terus-menerus papa-kedana!!

Golongan Terpelajar Hilang Keyakinan

Kesan karenah “rakus kuasa” Mahathir dan segelintir pemimpin sekelilignya yang paling ketara sekarang ialah: generasi muda yang berpendidikan tidak langsung berminat dengan cara pentadbiran UMNO sekarang. Dianggarkan 1.6 juta pengundi baru (pada tahun 2004) adalah dari kelompok yang berpendidikan. Mereka tidak langsung berminat menyokong UMNO/BN. Paling malang sekali, penyokongan UMNO yang sedia ada (pun yang berpendidikan) telah lari lintang-pukang meninggalkan UMNO.

UMNO sudah kehilangan sokongan massa. Perincian dari sokongan undi dalam Pilihanraya ke-10 memboktikan perbedaan kelebihan undi UMNO berbanding Pembangkang (kategori kaum: Melayu) cuma setakat tidak lebih dari 300 ribu pemangkah saja. Apa akan jadi dalam Pilihanraya ke-11 nanti dengan ledakan sejumlah 1.6 juta pengundi baruyang “benci UMNO”? Tidakkah UMNO akan jadi “Parti NYAMOK dan PIANGGANG”? (pianggang – sejenis makluk perosak tanaman padi yang kecil sebesar nyamuk tetap berbau busuk).

Terdengar bisik-bisik bahawa UMNO sekarang sedang menggubal strategi untuk mengasuh, mendidik dan membasuh otak pelajar IPT secara hasutan, ugutan dan ‘ombok-ombokan’ (pujuk-rayu secara ugutan). Malangnya minda yang bersih dan pintar itu bukan mudah dilakukan begitu.

Mungkin segelintir dari jumlah seramai itu boleh ‘diumpan’, selebihnya (peratusnya mencecah 95%) adalah anak marhain yang tahu bagaimana ibu-bapa mereka dicekik oleh Regim Mahathir dipaksa untuk membayar hutang persekolahan. Sementara anak-anak Mahathir dan suku-sakat Kroninya menggunakan hak mereka/rakyat untuk jadi kayaraya. Patutkah mereka berterima kasih kepada UMNO/BN?

Siapa Masih Sokong UMNO?

Solan itu? Maaflah!! Memang itu soalan bertaraf “Tadika”. Bukan hendak menafikan kebijaksanaan pembaca. Tidak! Memang betullah jawapan anda itu, iaitu “UMNO hanya disokong oleh orang yang kurang mendapat maklumat atau orang yang “buta maklumat”.

Untuk melengkapkan agenda itu, Mahathir mempastikan supaya Teori “3M” dilaksanakan bersungguh-sunguh. Sudah jelas direktif dari regim ini mencegah seluruh jentera perkhidmatan awam dari mencampuri politik (hanya terhadap Pembangkang). Kebebasan Media massa disekat (khusunya edaran akhbar Pembangkang).

Di akhir-akhir ini penggunaan “wang” dan “politik wang” makin berleluasa. Bukan saja “politik wang” untuk meraih undi Pilihanraya, malahan dalam “pemilihan” MKT UMNO sendiri makin rancak diamalkan. Ini adalah bersebab dari dasar UMNO yang jelas bahawa hanya “Wang” mampu membeli “Kuasa”, dan dengan “Kuasa” itu masing-masing akan buat “Wang”. Rata-rata pemimpin UMNO disemua lapisan berfalsafah, “Apa guna masuk politik jika ‘end state’ nya bukan ‘DEMI KEPENTINGAN PERUT’..!!

Kesahihan falsafah itu dapat dilihat dengan ratusan wakil rakyat UMNO berkelompok membentuk satu “elit” yang lupa daratan. Bagi mereka kekayaan dihalalkan melalui rompakan ke atas hak dan harta rakyat. Ada diantara mereka hingga “mempawahkan” penternakan “Khinzir @ Babi” kepada kroni. Sambil itu mereka bersenang-senang mengutip iganjaran dan mbuhan bulanan.

Masyaallah!! Akhirnya Allah swt. tunjukkan satu dari malapetaka yang disediakanNYA sebagai pengajaran bahawa pemimpin UMNO sudah tidak layak dan tidak wajar lagi mentadbir sebuah negara Islam!!

Rancang Strategi “Alih-tumpuan”

Rakyat makin nampak bahawa Mahathir sedang cuba mengalih tumpuan rakyat dari permasalah dalaman politik UMNO/BN, dan antara Parti dengan rakyat. Dengan pelbagai ragam-cara yang tidak lagi diminati rakyat, Mahathir dan regimnya mengahasut dan menakut-nakut rakyat dengan menuduh Perhimpunan aman rakyat “BLACK14” (GELITA14) sebagai satu rusuhan bersenjata. Padahal, satu apa pun tak ada!!

Kerahan menangkap dan persediaan Polis yang “keterlaluan” (umpama angkatan perang) adalah suatu ugutan yang menafikan hak asasi rakyat. Mahathir tidak tahu bahawa rakyat mentafsir bukan setakat hak asasi mereka dihakiskan malah Mahathir sendiri memusnahkan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin yang masih ada kredibiliti dan kewibawaan.

Dengan penafian regim Mahathir atas usul perdebatan yang bawa oleh Pembangkang di Palimen mengenai kekejaman polis, penangkapan, pengurungan, hasutan dan adu-domba Mahathir ke atas penganjur “BLACK14” (GELITA14), maka nampaklah bahawa Mahathir adalah seorang “pengecut” untuk berhadapan dengan kenyataan.

Begitu juga keadaan yang berlaku di mahkamah! Mahathir dapat ditakrifkan sebagai seorang “penjenayah” yang engkar menjadi saksi dalam kes Anwar. Padahal, Mahathirlah orang paling vokal menuduh memfitnah, mengaib dan mewarwarkan keliling dunia (hingga mengaku ada bukti) mengenai tuduhan beliau.

Walhasil, Mahathir secara biadap telah menggunakan kuasa mahkamah (melalui ugutan) untuk menolak sapina terhadap beliau. Dengan affidavit 14 muka yang diarah supaya dirangka oleh Peguam Negara (dan diputuskan oleh hakim Arifin Jaka), kununnya kesaksian Mahathir adalah tidak releven!!

Makin jelas kepada orang yang mahu berfikir bahawa segala kacau bilau dalam UMNO/BN, politik negara, maruah bangsa dan kesan KONSPIRASI yang ditanggung oleh rakyat dan Anwar; adalah dirancang, diagenda, dan dilaksanakan dengan pengetahuan, kebenaran penglibatan lahiriah Mahathir (sebagai kepala pengurus dan ‘kepala besar” nya).

Hasil dari desakan rakyat, makin jelas bahawa Anwar adalah diantara mangsa “penganiayaan Politik” paling memalukan sebuah parti yang dulunya bermasruah. Kini sudah hancur, semata-mata Presidennya adalah seorang yang tamak, rakus kuasa, tidak berbudi dan zalim!!

Mei 2000: “Sarkis” Beraksi

Tidak salah jika rakyat menuntut Mahathir Mohammad UNDUR. “Orang ini” sudah tidak dikehendaki lagi. Generasi baru dan orang berilmu sudah menolak UMNO dan Mahathir. Jika Anwar tidak membongkar KORUPSI dan KONSPIRASI Mahathir dan sekongkolnya, seluruh rakyat akan terus tertipu. Setakat ini cuma segelintir penyokong UMNO yang masih berkepentingan dan “pekat” kebodoh-sombongan mereka yang akan ke PWTC Mei ini.

Pastikan kita berkesempatan melihat ulasan dan lapuran di kaca TV bagaimana sebuah “Sarkis” beraksi disebuah auditorium yang diatur begitu rupa untuk 2000 ‘haiwan’ ternakan Mahathir – bermain-main dan bercengkerama untuk tontonan 4.0 umat seluruh dunia!! Perhatikanlah nanti!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com