Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


KUBURKAN SAJA KARIER POLITIK MAHATHIR INI – MENYUSAHKAN..!! (Bah 2)

(Khusus sebagai taklimat untuk para perwakilan ke Perhimpunan UMNO Mei 2000)

SEMOGA HATI SISA UMNO DIPULIH ALLAH SWT. KE JALAN YANG BENAR!!

APAKAH kebanggaan perwakilan UMNO yang akan berhimpun di PWTC Mei 2000 ini? Jika mereka kelompok pejuang bangsa dan penegak undang, elok buangkan saja dalam dalam tong sampah sebelum masuk ke Dewan Tun Hussain Onn. Jika ada yang fikir mereka mewakili sebuah parti yang besar dan berkuasa, pandanglah keliling, bergantang mata memadang anda semacam ‘anjing kurap’ yang berpusu-pusu makan taik.

Bukan Menghina

Tidak ada siapa yang menghina anda, wahai… rakan sebangsa dan seugama. Jika selama ini UMNO yang tuan-tuan banggakan itu ada nilai-nilai murni. Hari ini rakyat sudah melihat setakat mana nilai-harga parti ini. Bersekali, nilai-harga diri anggota parti itu sudah hakis-hancur tidak bersisa lagi.

Lihat serba sedikit siapa diri anda dan parti yang anda WAJAR sokong, kononnya:

i) Keputusan Mahkamah Rayuan (adil?)

Untuk rekod, hari ini (29 April, 2000, jam 9.30 pagi) 20 juta rakyat Malaysia termasuk 10 juta orang Melayu dan 4 bilion umat dunia segala bangsa dan ugama, mengeluh panjang melihat bagaimana sebuah mahkamah negara Islam seperti Malaysia menengakkan keadilan ‘paling hina’ dalam sejarah tamaddun dunia.

Tidak ada siapa yang menyalahkan hakim-hakim yang dicekik begitu rupa. Juga tidak Mahathir sepenuhnya. Mereka menyalahkan rakyat negara ini. Antara yang paling berdosa adalah penyokong UMNO, pemimpin UMNO, ulamak UMNO dan sekongkol dalam UMNO yang tidak mampu menegakkan kebenaran, keadilan, keteluan dan KEMANUSIAAN.

Dunia mengejek, meludah ke muka penyokong UMNO, pemimpin UMNO, ulamak UMNO dan sekongkol dalam UMNO! Orang tidak yakin, tidak adalah alasan untuk menyakini UMNO dan seluruh regim UMNO/BN yang dipimpin oleh Mahathir Mohammad.

Tahukah anda? Kuasa Mahathir itu adalah pemberian tuan-tuan? Dengan kuasa itulah dia menggunakan segala-galanya untuk melindungi segala khianat, kezaliman dan kerakuasan yang dikongsinya dengan beberapa orang sekongkolnya? Anda setakat menanggung dosa kerana “menghalalkan”.

Tidak bermakna anda adalah sebagai dari kelompok “elit” yang di sekeliling beliau. Tanggapan Mahathir, anda yang akan berhimpun di PWTC Mei 2000 HANYA perkakas untuk beliau mempastikan bahawa kuasa dan kezaliman, nafsu dan keserahannya akan berpanjangan!!

ii) Faktor Agen Asing

Orang mengenai semua tahu, Mahathir tidak melepaskan peluang untuk menggunakan isu “Agen Asing” sebagai momokan. Akan terdengar Mahathir berfatwa isu “Ugama”, isu “Perkauman”, isu “Nujum sangkamara adu-domba” untuk menglipur-lara semua yang hathir. Mahathir tidak ada sebarang alasan lain yang memberi sesiapa juga keyakinan terhadap dirinya, pentadbirannya, regimnya. UMNO adalah sebahagian darinya. Tuan-tuan ikut memikul dosa.

Mahathir sedang bersembunyi dibalik lalang sehelai. Punggung tuan-tuan dijadikan perasi. UMNO dijadikanya batu loncatan. Sementara, amanah anda hanya beliau mengangkat diri supaya bersifat angkuh dan sombong melakukan apa juga yang terfikir dalam hatinya. Siapakah “Agen Asing” itu sekarang? Siapa YAHUDI itu?

iii) Mahathir Hilang Pedoman

Sebagai sebuah parti, UMNO sudah hilang kepemimpinan. Bandingkan dengan komponen BN, UMNO masih jauh beribu batu ketinggalan. UMNO tidak lagi jadi parti harapan orang Melayu. UMNO sedang menghadapi kehancuran. Bukan fitnah, bukan tohmahan… lihatlah apa yang berlaku pada November, 29, 1999. Jangkakanlah. Apa akan jadi pada P/raya akan datang? UMNO semata-mata mengharapkan komponen BN memeberi kuasa kepada puak BN!! UMNO sudah hilang ‘ketuanan dan kedaulatannya’..!!

Yang pasti sekarang, Mahathir dan dua-tiga kerat dikelilingnya sudah tidak boleh jadi “pemimpin harapan”. Mereka sudah kehilangan ‘pedoman’. Bagi mereka, “Pembangunan”, Kekayaan negara, kesejahteraan rakyat, janji menolong orang Melayu….segala-gala itu hanya setakat “janji yang bila-bila masa boleh dilupakan”!! Apa orang Melaka kata sekarang?

Tanya diri anda, berapa hutang tiap-tiap orang rakyat yang menanggung RM180 billion hutang negara? Hutang itu sedang ditambah dengan Mahathir sendiri menambah tanpa memaklumkan kepada anda? Berapa dari jumlah itu sudah masuk kedalam poket beliau, anak-anak, Kroninya?

iv) Pendidikan dan Kesihatan

Anda adalah mangsa dari kelurusan sifat orang Melayu yang “mudah diperbodohkan”. Jangan anda merungut memikirkan kesusahan anda hari ini kerana menanggung kos pendidikan dan perubatan anak-anak anda. Konsep “Penswataan” Mahathir hanya bertujuan membolot kekayaan untuk mengisi tembolok beliau, anak-anak, Kroninya saja. Dengan sokongan anda, anak-anak anda akan merengkok membayar “dosa” anda hari ini.

iv) Ugama Islam “Disekularkan”

Anda tidak pernah ambil tahu apa makna ‘sekular’. Mungkin ramai diantara kita memang kurang kefahaman tentang ugama yang kita warisi. Tetapi jika lihat anak anda menjadi peminum arak, perogol atau DIROGOL, isteri anda disekat dalam perjalanan dan disembunyikan dijadikan ‘barang jualan’, anak perempuan kesayangan anda berkahwin dengan lelaki yang tidak tau mengucap Syahadah…baru anda kesal? Nah itu hujung dari pangkal cakap “disekularkan” itu.

Itulah malapetaka yang diturunkan Allah swt. di Turkey, Bosnia, Chehnya, dan Afghan. Mungkin negara ini sedang menjurus keaaraha kegelapan “Islam”.

Regim Mahathir dengan bermacam-macam helah telah menghalalkan keadaan itu berlaku. Kununya atas dasar Malaysia ini ‘terbuka’. Apakah ‘terbuka’ berakhir dengan anda sendiri melupuskan Islam dan diganti dengan Islam yang dirancang dan disesuaikan dengan hukum manusia/insan?

Tentu dalam hati anda merasa dan berbisik betapa zalimnya DS Anwar Ibrahim diperlakukan. Tahulah anda sekarang, ITU adalah sebahagian perbuatan, karenah dan tingkahlaku seorang DIKTATOR yang mensekularkan Islam!! Diktator itu adalah Presiden parti yang tuan-tuan sendiri agung-agungkan!!

UMNO HANYA Satu Illusi

Untuk memuatkan apa yang diberi UMNO hari ini kepada seluruh kehidupan dan penghiduan, masa depan dan harapan orang Melayu di negara yang di Medekakan ini tidak lebih dari “SATU ILLUSI” (Bayang-bayang). Yang beruntung dan bertuah, yang kenyang dan yang puas hanyalah mereka tergolong sebagai “elit’. Jumlah 2,500 yang berhimpun dan 10 juta lagi diluar hanya tinggal dalam gelap, meraba-raba dan putus harapan.

Sebagai orang Melayu dan orang Islam, apakah UMNO betul-betul sehaluan dengan budaya bangsa Melayu, harapan dan inspirasi Melayu dan kehendak ugama Islam yang difirman dan disunnah?

Didoakan semoga hati anda dipulihkan Allah swt. KEJALAN YANG BENAR!! Bergantunglah kepada sejauhmana anda berani bertindak memperbetulkan keadaan!! Orang Melayu sudah lama membuat keputusan!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com