Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


UMNO SEDANG MENGIKUT SEBATANG “JALAN MATI”..!!

Paman PW,

Serangan sudah bermula. Mulai sekarang akan bertalu-talu. Harap jangan letih, ya. Salam kepada Pak MarhainTua. Saya sulungkan dengan yang dibawah, sebagai permulaan kata.

Tkasih….

Hormat dari saya
Amin Sapiro!

```````````````

UMNO SEDANG MENGIKUT SEBATANG “JALAN MATI”..!!

Selepas 2004, UMNO tidak akan bernyawa lagi.. Sebelum terlambat, tagisilah UMNO hari ini..!! Singkirkan Mahathir, bentuk UMNO jadi “Demokratik”!! (Khusus untuk Perwakilan UMNO di Perhimpunan 13-15 Mei, 2000)

TERPERANJAT saya bila seorang pemimpin UMNO yang menggelarkan dirinya “Pemimpin Bistari” telah menghantar e-mail kepada saya. Saya rasa dia adalah kawan lama. Kerana kawan baru tidak tahu e-mail saya. Beliau mengakui dirinya dengan bangga bahawa beliau seorang berjawatan dalam UMNO dan Kerajaan. Mungkin dia fikir saya akan gentar mendengar ‘kelentongnya’. (sampai kini saya masih ketawa mengingatkan…Hhihihi)

Katanya, “Kami (menunjukkan ramai) ucapkan seribu tahniah kepada kau (kurang sopan, gunakan anda kan boleh?) Sapiro (menunjukkan dia tidak serasi dengan saya – selalunya saya dipanggil kawan-kawan ‘Wak Amin’ saja). Kumpulan tulisan kau memang segar. Kritikan kau memang pedas. Kawan-kawan Umno banyak yang merujuk pandangan kau, dan kau patut berbangga. Masing-masing ada yang naik api. Bila-bila masa akan menyerang Presiden dengan “peluru pandu” ciptaan kau. Malangnya, kau tidak memberi cadangan untuk menerangkan bagaimana membaiki UMNO. Adakah itu sikap seorang pengkritik yang hebat?”

Wah! Wah..! Saya terperanjat. Dia cuba tunjuk handal. Saya semak semua koleksi saya di Lamanweb yang dikendalikan oleh Paman PW: Feu-Boikot, MindaRakyat dan Tranung Kite Cyberlink. Sebelum itu di Laman Sanggang. Kadang-kadang ada di Mahazalimtwo. Saya amat-amati. Teliti. Kesemuanya. Memakan berhari-hari. Tangguh kerja lain.

Saya tanya dalam diri saya, tidakkah dalam semua tulisan saya itu berbentuk “Criticisms-cum-Suggestions”? Kalau puak UMNO masih ada nilai-nilai sifat “minda terbuka’, tentu mereka akan membaca tulisan saya ‘between the lines’. Masakan sejak saya menjauhkan diri dari UMNO masing-masing sudah buta matahati dan hilang kejernihan diri.

Pemimpin UMNO Sudah Buta?

Saya tidak mahu menjawab e-mail mereka secara ‘close circuit’ Jawapan melalui e-mail akan menjadi tertutup dan peribadi.

Sebabnya: Pertama, hal-ehwal mengenai UMNO bukan soal peribadi saya. Ia bersangkut-paut dengan orang Melayu dan penganut Islam (paling kurang orang Melayu di Malaysia). Mahathir sudah terlalu lama merosakkan UMNO hingga parti ini tidak ada nilai kepada orang Melayu, rakyat dan negara!

Kedua, UMNO harus diakui. Sebagai parti, ia wajar diperbetulkan oleh rakyat dan bukan oleh pemimpinnya saja. Pemimpin UMNO yang ada cuma “burung kakak tua”. Mereka disuruh ‘angguk sini, angguk sana”. Separuhnya sudah macam “lembu” dan sebagaian besar sudah lama jadi “kuda”. Mahathir menunggang setiap “kuda-kuda” bangang UMNO.

Sementara itu, bermula pada 13 Mei ini, selama beberapa hari kemuaiannya “Lembu-lembu UMNO” itu akan dikorbankan untuk kenduri pertabalan Datuk Seri Presiden dan Datuk Seri Timbalannya.

Ketiga, UMNO sudah terlalu rosak. Kalau dianalogikan umpama sebuah kereta: “Tukar saja dengan kereta baru dan kondem terus kereta UMNO yang ini. Masukkan kereta yang lama dalam relau memasak besi di PERWAJA!! Orang Melayu telah lama mau supaya kereta yang ini dimusnahkan kerana acapkali meragam, menyusahkan penumpang dan merumitkan perjalanan.

Malangnya, pemimpin UMNO sudah BUTA. Mujur baik, ahli-ahli UMNO yang tersisa masih ada yang bermata terang dan sempat melihat yang benar dan membezakan yang salah!! Hematnya, Amin Sapiro (yang selama ini berdiri atas Pagar Berduri) makin ramai kawan-kawan.

DS Anwar – bagi beliau perjuangan orang Melayu bukan setakat menegakkan ‘nostalgia’ UMNO itu dengan sentimen yang dangkal dan tidak berfaedah. Beliau mahu melihat ORANG MELAYU merobah diri – menetang Kezaliman, menegakkan Keadilan, memperakukan Undang-undang dan mendukung Perlembagaan, membersihkan Pentadbiran dan menyingkirkan mereka mereka yang terlibat dengan ‘Penyalahgunaan Kuasa’.

Jika kawan-kawan dalam UMNO mahu jawapan dari saya, bacalah ‘between the lines’ segala yang saya tulis hampir 50 rencana dalam Koleksi saya. Bolehkah UMNO diobah menjadi gah semula? Keputusan itu terserah kepada anda!!

Presiden Kena Belasah

Berkata salah seorang dari mereka, katanya: “Janganlah kau menulis melampau-lampau menjelang Perhimpunan ini. Fahamlah, memang betul UMNO sekarang dalam gobra. Takkan kau tak tau, President parti memang dipilih tanpa mengikut lunas-lunas demokrasi. Beberapa pihak sedang merancang untuk membelasah Presiden dan kekalahan yang dialami sedemikian parah. Beliau memang telah membohongi UMNO. Nak buat macam mana?”.

Sekali lagi saya kata dalam hati – ‘…..Wah! Wah! Nampaknya UMNO sedang mengorak langkah baru. Kalau betullah begitu. Kalau tidak, bermakna UMNO masih tinggal dalam kepompong lama; kepompong yang dibalut sendiri oleh Presiden dan jongos-jongos yang diupah.

Saya dengar dari beberapa sumber bahawa sekumpulan ‘pembodek upahan’ UMNO telah diberi skrip untuk dibaca di Perhimpunan itu. Mereka diberi tajuk-tajuk tertentu, antara lain menyokong ‘Amanat Presiden’.

Mahathir akan membangkitkan dalam ucapan “amanatnya” kononnya akan dirangkum (antara lain):

i) Isu sekitar “Melayu Baru” – termasuk perakuan kununnya UMNO adalah parti yang menjurus kepada kepada budaya yang mencerminkan kekuatan kebangsaan dan keugamaan, keperibadian yang jelas dan mementingkan pembangunan minda sebuah masyarakat Melayu yang berteknoloji dan global;

ii) Perpecahan Melayu – kalau undi pembangkang Melayu. Jika orang Melayu tidak menyokong UMNO, Melayu akan mundur dan aspirasi Kemerdekaan orang Melayu akan musnah (kononnya terkubur!),

iii) Hasrat UMNO untuk memisahkan politik dgn agama adalah wajar. Kununnya PAS tidak berjaya membangunkan dua (2) negeri yang dirampas dari UMNO/BN. Mahathir akan sebutkan bahawa Kelantan tambah mundur dan kemiskinan paling teruk!

iv) Isu ‘berpaling tadah’ individu yg kununnya dapat rahmat dari perjuangan UMNO (UMNO yg mana?) tapi tak berterima kasih kpd UMNO (ie. Mahathir).

v) Mahathir akan ulang punca kelumpuhan UMNO dan kekalahan Terengganu sebagai kesalahan org Melayu kununnya termakan “gula2” Pembangkang yg hanya “mahu berkuasa” tapi tak ada startegi bangunkan bangsa. dll

vi) Isu Ekonomi yang kununnya telah bagus sangat!! (walaupun orang tau itu cuma bohong saja)!!

NB. Informasi statistiks menunjukkan bahawa ia telah di ‘doctored’ oleh Daem & Mamak Tongkang dengan kerjasama Jabatan berkenaan..!!

vii) Isu DS Anwar… walaupun sudah basi, dan satu dunia menuduh Mahathir memang pemfitnah, tetapi Mahathir akan mengulang-ulang cerita basi itu. Kununnya beliau sanggup ke “Maha”Kamah..!! Tapi Hakim yang putuskan tak payah!!

Khabarnya Mahathir akan kerapkali menyebut dalam ucapannya “Saya..saya..saya…” (menunjukkan beliau ego) dan jarangkali menyebut “UMNO..Umno..”. Tujuan ucapan beliau CUMA untuk membela diri. Bermakna dia mentakrifkan dirinya seorang Diktator!!

UMNO Yang Sudah Parah

Ramai orang berpendapat, Demokrasi bentuk amalan UMNO sekarang hanya wujud dalam “bayangan” saja. UMNO tidak lagi berdiri diatas lunas-lunas demokrasi yang lazim lagi. Jika Demokrasi UMNO yang dibangga-banggakan Mahathir dan jongos-nya ini diuji dengan sebenar-benarnya, diyakini UMNO akan mati tanpa mampu bertahan.

Jika Mahathir dan jongos-nya meletakkan UMNO dalam keadaan yang ada sekarang, tempohnya terlalu singkat bagi UMNO memperbaiki diri. Kerana, apa yang berlaku sekarang, Mahathir dan jongos-nya tidak lagi jujur dan amanah kepada parti dan ahli-ahlinya. Penipuan dan pembohongan yang makin ketara telah membunuh ‘the very essence of demokrasi’ dalam parti hingga makin nampak UMNO telah dipergunakan untuk memperkuatkan kuasa seorang DIKTATOR saja.

Adalah lebih baik menyokong sebuah parti yang bebas, terbuka dan sanggup menghadapi cabaran dari menyokong parti yang cuma ‘pura-pura’ demokratik tapi sebenarnya ‘tertutup’ dan ‘memaksa’..!! Dengan membiarkan ia hidup tanpa memberi kebebasan (sebagai nyawa) bermakna parti bukan ahli yang punya.

Untuk makluman Perwakilan di Perhimpunan, sebenarnya UMNO yang dibanggakan Mahathir adalah parti yang kehilangan identiti “Demokratik”. Walaupun ia masih hidup, tetapi hidup UMNO semata-mata kerana ada sokongan komponen BN yang memberi UMNO sisa-sisa bernyawa. Kerana itu sajalah UMNO masih nampak berkuasa. TETAPI, jika UMNO kehilangan sokongan komponen BN dan ‘Kuasa’, jika ia diuji dengan Demokrasi sebenar - PASTI UMNO akan lenyap dan terkubur tanpa nisan.

Bagi kawan-kawan dalam UMNO, itulah persepektif dan pandangan saya terhadap UMNO sebenarnya. Untuk memperbetulkan UMNO, bukan tanggungjawap saya. Perhimpunan di PWTC sehari dua lagi, bagi kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO tidak lebih dari “Sesi Penipuan” yang sengaja diolah begitu rupa dengan tujuan memberi Mahathir kesempatan terbuka (sebagai Presiden) untuk mengindoktrinasi minda kalian supaya terus mengikut telunjuk “Diktator”nya. Jangan soal beliau, atau cuba membantah. Mungkin andalah orang pertama yang menerima kesan-akibah kuku-besi seorang yang sedang berkhayal dan ‘hilangan pedoman’ selepas Anwar.

Perhimpunan: Bukan Tempat Bermesyurah

Kalau dulu memang tradisi UMNO “Lama” bahawa Perhimpunan itu bertujuan bagi menyatukan pendirian, mencari kepastian dalam merangka langkah-langkah bergerak kehadapan, tetapi sekarang ia tidak bertujuan seperti itu lagi. UMNO telah jauh berpatah ke belakang. UMNO telah jadi parti Feudal. Lebih teruk lagi, ada yang berkata: “Umno dah jadi Parti Komunis China”..!! Sebab, jika ada mana-mana pihak dan individu yang berhasrat membaiki UMNO, kita sudah lama nampak apa kesudahannya. Haihhhh…tak taulah!!

Cuba fikirkan sejenak. DS Anwar Ibrahim adalah mangsa dari kedegilan seorang rakyat marhain yang mencapuri UMNO dengan niat luhur. Tetapi kerana UMNO telah menjadi sebuah parti yang ditadbir oleh seorang Diktator dan jongos-jongos pilihan, disokong pula oleh puak upahan; maka hari ini seluruh UMNO terdiam, membisu dan tidak ada yang mempertahankan kebenaran sejagat.

Contoh lain: Dalam isu pemilihan Presiden, Ku Li yang cuba berhemah, dan nasihat luhur Musa Hitam yang berniat baik memberi pelbagai pesanan, TETAPI makin jelas ahli-ahli UMNO lumpuh hingga tidak mampu meletakkan mereka berdua ketahap yang bermaruah!!

Kalau tak percaya cuba anda bincangkan pandangan Musa yang mengatakan ‘Demo Reformasi sekarang bukan bertujuan ‘racial’ dan berbentuk ‘multi-racial’. Cuma pertahankan “GELITA14” (BLACK14). Percayalah, anda akan dicap ‘traitor’ UMNO. Siapa yang akan cakap begitu? Mahathirlah orangnya!! Kemudian tengok apa akan jadi, pasti akan ada orang upahan yang akan menuntut anda supaya dihalau dari Dewan Perhimpunan!! Mungkin, esok hari satu surat tunjuk sebab akan dikirimkan kepada anda.

Seperkara yang paling ganjil, tersebar berita bahawa ahli UMNO yang berkumpul di Kuala Lumpur dihalau “berambus” balik kampung, diugut dengan pelbagai amaran, dituduh terlibat dengan ‘politik wang’, dll.

Tetapi sebenarnya, itu berlaku kerana Mahathir sudah dapat apa yang dia mahukan. Cuba kalau jawatan Presiden UMNO itu dipertandingkan, semua orang akan nampak ratusan juta akan bertukar tangan. MAHATHIR Mohammad lah orang yang paling “top” menggunakan taktik menggunakan “Wang” untuk meraih kemenangan dirinya. Mungkin anda akan dijemput dengan ‘tepak sirih’ supaya datang ke KL. Mungkin juga anda akan jadi millionaires!! Sebab, Mahathir tidak mahu “demokrasi” hidup subur dalam UMNO!!

Disinilah KEBANGANAN dan kebebalan sekelomok besar pemimpin “Pertengahan” UMNO yang kesekiann kali dipermainkan seperti ‘pondan sundal bolong’ oleh Mahathir dan jongos-jongosnya.

Sekarang ‘nasi sudah jadi bubur’. Kerana ‘buah yang ranum sudah gugur’, dan Mahathir sudah mengupas kulit dan menanam benih ‘diktator’nya; maka Mahathir dengan segala kuasa yang ada padanya telah mengugut semua orang sesuka hati hingga menjadikan Kuala Lumpur “The Forbidden City”. Pemimin UMNO pula beliau anggap tidak lebih dari mereka yang wajar disuruh-arah seolah-olah guna mereka tidak lebih dari ‘hamba dan abdi’!! Tidak bermaruah lagi.

Kesimpulannya, Perhimpunan UMNO 13-15 Mei hanyalah satu maian “Wayang” yang tidak akan menyelesaikan apa-apa. Jangan buang masa. Rugi saja tenaga anda. Mahathir akan ketawa besar. Anda akan menangis sepanjang hayat. Keduali: jika ada masih ada jiwa dan semngat mengembalikan hak anda sebagai ahli yang berdafatar. Pukul Mahathir dan lontarkan keluar!! Anjing kurap harus dilakukan begitu. Apatahlagi Mahathir sudah lebih kurap dan bernajis dari “Anjing Kurap”!

Pandangan Reformis Rakyat

Seorang netter dari golongan rakyat di pihak Reformasi rakyat yang sedar, telah berkata: [[“…..If absolute democracy will kill UMNO, then logically UMNO shoul die! If it cannot stand the test of absolute democracy, why it should live at in the first palce? It is better to have a party which can survive such a democracy. It will be a better and more civilised to side an honest party. Keeping it alive by abusing power will not help survive UMNO, if it loses power it will just wither away, only fools will engineer to keep a party that cannot withstand and pass the democratic tests. Bedawi confims that UMNO has no democracy but survives because it is in power, take away the power the life-line breaks. And it is DEAD…!!!.”.

Maknannya UMNO sedang mengikut jalan mati. Bila sampai ke hujung jalan, anda tidak akan dapat berpatah membelok ke belgkang lagi!! Nak harap apa lagi?

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com