Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SELAGI MAHATHIR MENGUASAI UMNO SECARA “KUKU-BESI” UMNO AKAN JADI PARTI “BASI”..!!

SELAGI MAHATHIR MENGUASAI UMNO SECARA “KUKU-BESI” UMNO AKAN JADI PARTI “BASI”..!!
(Agenda Mahathir tidak lagi memperjuangkan nasib orang Melayu dan agama Islam!!)

MEMPROKLAIM UMNO “Baru(a) telah berusia 54 tahun dengan menyebut ia ditubuhkan pada 11 Mei, 1946 adalah satu PEMBOHONGAN. UMNO sebenar telah terkubur pada tahun 1987. Rais Yatim (pembakar jembatan) dan Sanusi Joned (samseng pukul rakyat) adalah antara “lembu-lembu” Mahathir (Bapak segala Fitnah) yang menyebabkannya. Mahathir dan jongos-jongos (konspirator) beragenda dengan tujuan untuk mengelirukan orang Melayu, khusus perwakilan dan seluruh sisa penyokong UMNO. Ini adalah FAKTA benar. Kita sudah lihat selama hampir 19 tahun dibawah teraju Mahathir Mohmamad!!

Regim Mahatahir sinonim KEZALIAMAN

Menyatakan 11 hingga 13 Mei ini sewajarnya dilihat sebagai TITIK PERALIHAN penting bagi melakukan anjakan paradigma dalam kelangsungan perjuangan agenda Melayu/Islam pada alaf baru; mungkin boleh jadi betul. TETAPI dengan syarat: Perwakilan berani memutuskan “UNDI TAK PERCAYA” kepada Mahathir!! Singkirkan “pak pacak” dan :tukang agguk”. Jika tidak Perhimpunan itu cuma suatu “bru..ha..ha..” angin panas saja!! Kosong. Jika ia dentuman “kentut” mungkin ada orang memberi riaksi!!

Dengan mengnyahkan Mahathir dan sekongkolnya, makin dirasakan perlu selepas sebahgian besar pengaruh UMNO dilihat terhakis semasa pilihan raya umum November lalu. UMNO telah merudum disemua negeri. Jangan ceritalah Kelantan dan Terengganu..! Akan menyedihkan puak UMNO saja.

Ini adalah benar. Kemunculan dan kejayaan besar PAS dan Parti KeADILan sebagai Pembangkang adalah petanda bahawa UMNO tidak RELEVEN lagi. Sokongan majoriti generasi muda Melayu yang jelas semakin memiliki pendirian politik yang rasional, praktikal, lebih terbuka, demokratik, vokal dan mengutuk KEZALIMAN – demi menegakkan semula Keadilan yang telah dihancurkan oleh Mahathir dan UMNO – adalah satu melapetaka kepada UMNO! Tetapi ia bermanfaat kepada Rakyat.

Walaupun ada ura-ura melakukan anjakan paradigma dituntut sendiri di dalam UMNO, TETAPI seluruh kepimpinan UMNO sudah dayus, lumpuh dan tidak bernafas lagi. Lihat apa jadi kepada Ku LI? Seluruh nadi UMNO sudah kaku dan kusut-masai untuk melakukan pembaharuan dan perubahan. Jauh sekalilah jika hendak menjejaki REFORMASI DS Anwar yang sedang berkembang subur dalam parti-parti Pembangkang.

Makin jelas, keseluruhan UMNO tidak mampu lagi memastikan parti itu kekal sebagai teras perjuangan nasionalisme Melayu/Islam. UMNO dilihat TIDAK akan bersedia melakukan anjakan sedemikian. Pemimpin UMNO makin tidak diyakini rakyat akan mampu membawa kesinambungan dan keutuhan kepada UMNO sebagai parti menaikkan tahap kewibawaan Melayu sebagai bangsa dan Islam sebagai ugama anutan orang Melayu!! UMNO sudah bankrap kewibawaan sebagai parti politik!!

Mahathir Pengkhianat Teragung

Mahathir sekarang berdiri dengan sokongan kaum Cina. Wawancara beliau pada malam 9 Mei 2000 memboktikan. Ia harus dibca ‘between the lines” dengan “a pinch of salt”. Mahathir tidak akan memberi manfaat kepada UMNO, orang Melayu dan ugama Islam lagi. Kiblatnya sudah berobah. Lihat siapa Kroninya sekarang? Selain dari anak-nya ialah beberapa korporat Cina. Orang Melayu tersadai!! Beliau adalah orang pertama BERPALING TADAH mempuruk dan menggadai UMNO, orang Melayu dan ugama Islam. Mahathir sudah mengkhianati UMNO, bangsa Melayu dan ugama Islam!!

Mahathir fikir semua orang Melayu dan kepimpinan UMNO sudah BUTA? Mahathir fikir semua orang Melayu dan kepimpinan UMNO tidak mampu lagi membawa corak pemikiran dan budaya orang Melayu? Mungkin pemimpin akan diganti, tetapi mentaliti pemimpin politik UMNO berjawatan kerajaan yang sedia ada akan terus Dayus selagi Mahathir dan mereka yang menerajui pucuk pimpinan UMNO itu kekal. Kerana, pemimpin UMNO yang ada sudah terlalu DAYUS, goblok, tamak-rakus dan lebih mengutamakan TEMBOLOK diri dari bangsa dan rakyat marhain. Maka UMNO sudah hilang dari lubuk hati orang Melayu!!

Contohnya:

1) Pemilihan:

Tidak ada lagi sesuatu yang dilakukan di dalam UMNO oleh Mahathir yang nampak akan membuka proses pemilihan demokratik. Ini, bermula di peringkat akar umbi. Pemimpin UMNO BUKAN lagi dipilih oleh ahli-ahli. Mahathir akan ‘tune’ supaya Perwakilan diindoktrinasi dan jadi “Tunggul Mati”..!!

KONONNYA, 2,000 perwakilan memilih barisan MKT UMNO yang baru. Itu adalah igauan siang hari. Pun, masih ada pemimpin UMNO yang mengigau di siang hari mengatakan UMNO mempunyai dua juta ahli. Dengan itu mereka mencongak “ikan dilaut” dengan andaian pimpinan UMNO ditentukan oleh 0.1 peratus keahlian UMNO. Mereka tidak tau apa pendapat 99.9 peratus lagi. Maknanya pemimpin UMNO terdiri sekumpulan “Pak Kadok” – mengahrapkan “ayam sabungan akan menang”..!! Kini sudah hancur kalah kampung tergadai. Meloponglah kalian..!!

2) Rasuah dan “Politik Wang”

Usaha-usaha membanteras gejala buruk itu daripada terus memporak-porandakan UMNO telah menjadi isu yang tidak dibendung. Akhirnya ia menjahanamkan UMNO. Budaya RASUAH menular menguasai semua peringkat. Dr. Mahathir adalah pioneer dan TERULUNG menggunakan ‘tool’ politik wang itu. Kebelakangan ini, kerana TERLALU terdesak, Mahathir telah menggunakan UGUTAN dan ANCAMAN terhadap mereka di peringkat negeri dan bahagian. Paling jijik, corak dan perjalanan mesyuarat telah siang-siang `diatur' oleh Mahathir, lantas menerobos ke peringkat ketua cawangan atau ketua bahagian.

3) Ugut-paksa

Adalah sesuatu yang benar, senarai kepimpinan parti (jawatankuasa Cawangan dan Bahagian serta keanggotaan Perwakilan ke mesyuarat Bahagian dan Perhimpunan Agung) telah pun ditetapkan lama sebelum mesyuarat bermula lagi. Kita lihat Mahathir sendiri terlibat supaya Abdullah Bedawi jadi Timbalan Presiden, Rafidah untuk WANITA dan Hishamuddin untuk Pemuda. Bermakna Budaya busuk itu adalah bikinan Mahathir. Mau obah? Mau kena ugutan dituduh “liwat” dari Presiden? Cubalah…..!! Itu adalah ugutan Mahathir. Demokrtikkah itu?

4) Pemimpin Pertengahan Jadi Alat

Dengan memperalatakan Ketua-ketua Cawangan dan Bahagian serta penjawat-penjawat politik tertentu, seperti setiausaha bahagian, ketua pemuda dan ketua wanita; corak dan perjalanan mesyuarat di setiap peringkat berjalan dalam senario UGUTAN dan PAKSAAN!! Wang bertukar tangan. Budaya wang tidak dapat diubah lagi kerana sudah sebati dan membudaya dalam UMNO. Meritocracy tidak ada!! Mampuslah bekerja untuk parti, tapi orang lain dapat nikmat kekayaan dan jawatan!!

Satu cara terbaik hanya dengan “melumpuhkan” UMNO dan mengganti dengan parti baru (Pembangkang Melayu) saja. Dengan itu, maka keadaan akan berobah secara TOTAL. Jangan harap akan wujud pembaharuan dan perubahan dalam UMNO; kerana Mahathir dan jongos-jongosnya tidak mahu sebarang apa jua bentuk REFORMASI dalam UMNO!! Kerana ia akan menjejaskan kepentingannya dan “click”nya dengan teruk. Jika rakyat yang rugi dia tak pedulik!

PEMBANGKANG Yang DEMOKRATIK

Sudah tiba masanya, UMNO dilumpuhkan diganti dengan parti yang sekarang bergelar “Pembangkang”. Sebenarnya Pembangang juga boleh jadi Kerajaan. Dalam sistem Negara demokratik, ahli bebas memilih dan menentukan parti sokongannya. Tidak bermakna UMNO/BN saja yang wajar menerajui kerajaan. Apatah lagi kerana UMNO/BN telah terlalu merosakkan negara, bangsa dan ugama; maka sudah sampai masa ia ditumbangkan.

Jalan lain telah buntu. Setelah petanda diberi dalam P/raya ke-10, seluruh pemimpin UMNO/BN yang menerajui kerajaan masih terus RAKUS, ZALIM, Memecah Undang-undang, GANAS, Diktator, Pemfitnah dan menyekat hak bersuara rakyat. Dengan itu, pilihan terakhir para pengundi ialah “UMNO perlu buang, dan pucuk pemimpin sekarang, ie. Mahathir dan sekongkolnya wajib disingkirkan” dari parti dan Kerajaan!!

Harapan pucuk pimpinan parti (regu Mahathir-Dolah Bedawi dan sekongkolnya), terutamanya di peringkat pusat atau Majlis Tertinggi UMNO akan menganut budaya baik dan jujur, amanah dan beritiqamah, telus dan bersih adah “wishfull thinking”. Jangan harap mereka akan berubah. Mahathir dan sekongkolnya tidak boleh lagi mengembalikan kepercayaan ahli-ahli dan rakyat terhadap para pemimpin pilihan pemimpin seperti Mahathir dan sekongkolnya.

Mahathir dan sekongkolnya sudah ‘berkarat’ dengan kezaliman dan keaiban AKHLAK!! Untuk merealisasikannya, satu cara cuma iaitu, SINGKIRKAN mereka dalam Perhimpunan ini. Perdebatkan dan laksanakan undi TIDAK PERCAYA semasa pengundian di perhimpunan agung UMNO. Orang Melayu dalam UMNO mesti “jati diri” dan bersifat “Melayu Baru”..! Mahathir memang TAKUT dengan para Perwakilan!!

Bayangkan: Konsep 10 undi bagi pemimpin yang dicalonkan bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti adalah umpama lakunan wayang “KARTUN Lat”. Konsep demokrasi lazim tidak pakai bonos. Itu cuma “mat jenin” Mahathir untuk kepentingan kuasanya!! Dunia dan parti komponen BN mentertawakan kebebalan dan kebangangan pemimpin UMNO Pertengahan dan Bawahan. Masakan UMNO berjaya menyelesaikan masalah “politik wang”, ugutan dan paksaan. Selagi Mahathir ada dalam UMNO dan menerajuinya, UMNO makin terpuruk hebat.

Konsep kuota dengan para pemimpin perlu melepasi jumlah pencalonan yang ditetapkan itu adalah satu lagi lakunan wayang “KARTUN Mickey Mouse”. Sudah nampak, “si Singa (Mahathir Mohammad) yang mengaum di luar tetapi menikus ke mahkamah” itu telah menggunakan “trickery” SANG TIKUS. Akhirnya bila dia berdua menang “tanpa bertanding”, kumpulan G5 & G7 yang berbincang di halau “BERAMBUS” balik kampung.!! Tapi kalau terjadi pertandingan antara Mahathir dengan Si Polan, si TIKUS itulah yang paling terkejar-kejar mencari undi!! Kita sudah tengok tahun l987, bukan? Mahathir hanya pentingkan diri sendiri saja!!

RASUAH Sinonim Pentadbiran Mahathir

Tidak dapat disangkal lagi bahawa sistem perwakilan UMNO akan terus terdedah kepada gejala RASUAH yang paling dahsyat. Memang benar. Kiranya, adalah lebih mudah dan murah merasuah. Punca wang pun mudah. Kali ini, Presiden UMNO sendiri menambah dengan UGUTAN dan PAKSAAN secara LICIK pula!! Kerana itulah Mahathir amat takut dengan sebarang pandangan sesiapa juga yang akan menggugat kedudukannya.

Tutup Mulut dan Paksa

Kerana itu, Mahathir telah menutup akhabar Pembangkang. Hingga, Mahathir telah membuang editor-editor akhbar arus perdana seperti Johan Jaafar (Utusan Malaysia), Nazri Abdullah (Berita Harian) dan Kadir Jasin (NST). Tolak tepilah HARAKAH, DETIK, EKSKLUSIF, HARAKI dan mungkin ada yang lain dalam perhatian.

Sebenarnya Mahathir bukan mengongkong fikiran rakyat massa saja, TETAPI lebih penting ia mahu menyekat budaya berfikir dikalangan UMNO dan pemimpin mereka. Mahathir menjalankan lNDOKTRINASI seperti negara diterajui oleh parti KOMUNIS dan DIKTATOR!! Tindakan Mahathir ini perlu dilihat bukan saja TIDAK memberi manfaat dan menguntungkan para pemimpin UMNO dan parti sendiri, MALAH membunuh daya berfikir dan hak memilih dalam UMNO. Tidakkah wajar seluruh UMNO meninggalkan UMNO atau MENGHALAU Mahathir supaya berambus saja dari UMNO? Sudah wajar sekarang Mahathir diGULINGKAN saja!!

Amat malang para pemimpin UMNO di peringkat negeri dan pusat diperperangkap di dalam `ugutan' Ketua-ketua Bahagian atas desakan Mahathir untuk menyokong dirinya dan “Team”nya. Ini berlaku sewaktu pemilihan MKT oleh perwakilan dalam perhimpunan agung semasa tahun pemilihan. Setelah itu, Mahathir akan bertindak seperti ``king maker'' dan ahli-ahli jadi `HAMBA SAHAYA'.

Dalam UMNO Tak Ada Lagi “Pembaharuan”

Kedatangan alaf baru ini, sewajarnya pemimpin UMNO yang mahu pembaharuan mesti melakukan penilaian diri. Mereka TIDAK boleh jadi “Pak Angguk” lagi. Jika mahu bergerak atas landasan “Melayu Baru”, kalian wajar bangun dan bersuara lantang, mencadangkan perobahan dari dalam dan membuang sesiapa yang berselingkuh dengan BAPAK PETUALANG itu!! Hanya UMNO boleh membaiki UMNO dari dalam secara demokratik dan bersepadu. Mahathir TIDAK boleh lagi kekal sebagai pucuk pimpinan parti. Jika dibenarkan berleluasa, pemikiran anda akan membunuh anda dan zuriat anda.

Sementara itu, Parti-parti PEMBANGKANG telah lebih maju berpuluh tapak kedepan, melakukan segala macam TRANSFORMASI dan REFORMASI. Mereka sedang mendapat sokongan padu segenap orang Melayu, semua kaum dari semua lapangan dan karyawan (profesionalisma). UMNO makin terhakis. Kewibawaan menipis!! UMNO makin hilang daya!!

Buang Mahathir Demi Kepentingan Parti

Selagi kalian tidak mahu merobah pucuk pimpinan, UMNO tidak lagi RELEVAN. Kerana, ahli-ahli UMNO yang aktif dan bebas minda melihat UMNO hanya menguntungkan satu puak saja!! UMNO telah kehilangan telalu ramai ahli-ahli dan penyokong. Yang tinggal kini hanya mereka yang bersikap pasif atau yang belot ke Rakyat , orang Melayu dan ugama Islam sendiri.

UMNO perlu menentukan semula pucuk pimpinan parti. Tidak ada salahnya menukar pucuk pimpinan. Kembalikan hak menerajui UMNO kepada semua ahli melalui pemilihan telus. Mereka ada hak menetukan halatuju parti. Mereka adalah relevan dan vital dalam menentukan masa depan UMNO. Jika itu dinafikan, pada tahun 2004, UMNO akan jadi parti “Nyamok”. Selagi UMNO dikuasai secara “KUKU-BESI”, UMNO akan jadi Parti “BASI”..!!

PS: Khusus untuk rakan-rakan ke Perhimpunan UMNO Mei ini

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com