Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PERHIMPUNAN UMNO MEI 2000 – PENGIKSTIHARAN PENGKEBUMIAN UMNO SPESIS TERAKHIR

MAKIN nampak sekarang, Perhimpunan UMNO yang dibesar-besarkan dengan “sengaja” itu semata-mata bertujuan untuk memuaskan hati beberapa orang pemimpin. Ia adalah sebagai proses mendaulatkan diri sebagai orang yang kekal untuk diletakkan ke kerangka “Kuasa” untuk sepenggal lagi.

Sebagaimana lazimnya, Perhimpunan itu adalah rencana dan agenda pemimpin yang berpakat sesama sendiri untuk menyatakan bahawa ahli UMNO dan pemimpin peringkat pertengahan adalah “hamba sahaya” yang tidak ada peranan apa-apa kecuali untuk menyokong mereka secara membabi buta!!

Bolehkah UMNO Mengangkat “Survival bangsa”?

Makin nampak UMNO tidak ada sebarang agenda untuk menobatkan bangsa dan ugama. Walau bagaimana berapi-api dan berbuih-buih mulut perpimpinnya melaung dan Perwakilan berdebat, akhirnya Mahathir dan sekongkolnya akan memaksa rakyat (khususnya orang Melayu) mengikut kehendaknya. Apa Mahathir atau pemimpin berkepentingan itu mau peduli? Bagi mereka, Perhimpunan telah menabal dan menobatkan mereka sebagai “raja” dengan 1001 kuasa ‘mutlak’, maka penyokong UMNO tak boleh cakap banyak lagi. Habis cerita!!

Lazimnya, sudah jadi budaya pemimpin berkepentingan itu - kalau degil, kalian akan disingkir. Paling dahsyat sekali, akan dicari pelbagai masalah peribadi dan rasuah untuk dijadikan bahan fitnah. Maka ‘mahkamah’ Mahathir (dengan nama jolokan “Maha-Kamah”) akan disuruh mengatur beberapa tahun mereka wajar dipenjara atau berapa puluh ribu mereka didenda.

Jadi, demi survival mereka, UMNO dan seluruh pemimpin bawahan terpaksa jadi “kakak tua” mengangguk kerana pemimpin berkepentingan itu menentukan semua. Senario itu disebut sebagai “Survival bangsa” kononnya!! Ini berpunca dari “demokrasi” dalam UMNO sudah tidak ada, mati dan hancur tidak bernyawa. Punah!!

Jijiknya kesah “Pertandingan Presiden dan Timbalan” yang kununnya dianggap ‘demokratik’ dan peristiwa Ku Li disingkiirkan dengan masalah ‘teknikal’ (kununnya) adalah satu contoh bagaimana UMNO ditipu habis-habisan demi mengiktiraf “PEMBOHONGAN” sebagai “KEBENARAN” seorang Datuk Seri Presiden..!!

Menghadapi abad ke-21

Makin nampak UMNO tidak lagi mampu berjasa kepada orang Melayu. Generasi muda telah nampak bahawa UMNO tidak mampu menghadapi cabaran Abad 21. Kerana, UMNO bukan lagi sebuah parti yang ada kewibawaan menyeluruh, mereka kini semata-mata berfungsi demi untuk mengangkat “pentingan diri” pemimpin tertentu. Itu saja.

Rafidah Aziz yang dikatakan ”menang” sebenarnya “KALAH besar” ditangan Siti Zaharah. Rungutan para pemilih dikalangan WANITA menjelaskan bagaimana boleh jadi begitu lama berjam-jam (pengiraan undi)? Masakan serumit itu untuk mengira 600 undi?

“Kan itu kehendak Mahathir. Rafidah mesti dimenangkan. Kalau tak, hancur agenda Mahathir..!! Manipulate lahhhhhh..” berkata seorang yang vokal yang tidak senang dengan sesi WANITA itu. Dengan itu, nampaklah bahawa agenda Mahathir mesti berjalan, samada “halal” atau “haram”.

Penggal Penentuan

Perhimpunan UMNO kali ini adalah suatu “penentuan” yang memberi semua sisa-sisa ahli, penyokong dan pemimpin UMNO Pertengahan untuk “menentuan” pendirian. Kali ini adalah kali terakhir mereka menentukan – samada mereka kembali memberi sumbangan kepada UMNO melalui penyertaan aktif atau MENINGGALKAN UMNO terus!!

Keputusan itu sudah nampak, lebih-lebih lagi mereka dari kalangan generasi muda yang berpendidikan. Seorang pemimpin WANITA dan Pemuda yang terpelajar (dengan nama jolokan “Elniza”) memaklumkan kepada saya (saya sempat bertemu beliau di lobby PWTC), katanya: “bersikap dinamik dalam UMNO hanya setakat untuk menyokong pemimpin yang beragenda. Walaupun ahli mampu memberi sumbangan kepada kemajuan bangsa dan negara, itu tidak menjadi kriterier. Dalam keinginan berpolitik, pemimpin UMNO percaya generasi muda tidak lagi mendapati UMNO sebagai parti yang sesuai untuk memenuhi aspirasi masa depan mereka”.

“Dalam hal ini”, kata Elniza lagi, “ia menunjukkan UMNO tidak lagi merupakan organisasi politik bangsa yang mampu mengangkat umat Melayu daripada pelbagai latar belakang sosial, pendidikan, ekonomi, pekerjaan dan usia kepada satu tahap pencapaian yang berwibawa”..!!

Nah! itulah pandangan seorang WANITA UMNO yang mempunyai “forward view” yang amat dinamis. Jika orang seperti Elniza sudah ramai keluar dari UMNO dan mengagotai KeADILan atau PAS – masakan cakap Ninam Shah atau Abdullah Bedawi ada makna apa-apa. Hanya cakap mengindahkan bahasa saja sudahnya!! Praktiknya, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui!!

UMNO Ketinggalan Zaman

Pembangkang Melayu dalam KeADILan atau PAS khususnya sentiasa mengadakan forum yang membolehkan orang muda melahirkan idealisme segenap budang hidup. Tetapi dalam UMNO, pucuk pimpinan tidak mahu menerima pandangan walaupun mereka tidak lagi mampu menurunkan pengalaman. Dalam UMNO, antara golongan muda dengan yang dewasa makin jelas terpisah. Ini diakui oleh Musa Hitam dalam ucapan beliau di JB.

UMNO hari ini telah jauh memisahkan agama dari perjuangannya. UMNO tidak mampu menegakkan syiar Islam untuk menjadi salah satu tonggak perjuangan. Karenah dan gelagat pemimpin UMNO sendiri telah jauh menyimpang dengan segala macam rogol, zina, fitnah, rasuah, khianat adu-domba dan “pecah undang-undang” dan “membelakangkan Perlembagaan” dijuarai oleh Presiden UMNO sendiri. Makin nampak bila Rafidah Aziz yang jelas RASUAH disokong secara memaksa oleh pucuk pimpinan yang beragenda!! Mahathir sendiri takut ke mahkamah memberi keterangan!! Islam kah itu?

Sebagai Perbandingan

Pembangkang Melayu seperti PAS, KeADILan dan PRM memahami dan menghayati agama Islam secara terbuka sejajar dengan hukum Allah swt. Sebaliknya UMNO telah mensekularkannya. PAS dan KeADILan mengutamakan kebangkitan Islam dari segi kandungan dan tidak seperti UMNO yang makin nampak “sekadar pada nama” sahaja.

Kes DS Anwar dan segala Fitnah yang sengaja diadakan, proses perbicaraan berat sebelah, puluhan kali pindaan tuduhan, layanan ZALIM kepada Anwar (mengapa ISA?), cercaan Mahathir terhadap Nabi saw. telah menyebabkan ugama Islam TIDAK lagi dihormati dan dianggap sebagai agama yang membawa kemajuan oleh kaum bukan Islam!! Mahathir mengutuk Islam di Malaysia hingga ke PBB dihadapan puak YAHUDI..! Inikah pemimpin UMNO yang berhemah?

Pergerakan UMNO (WANITA dan PEMUDA) tidak nampak ada strategi mantap bagi mengajak golongan muda menyertai UMNO. Mereka tidak mampu, jauh sekali dari tahu cara memahami isi hati dan menyelami aspirasi dan masalah mereka. Malah, yang paling jelas “penjarah” adalah golongan Pemuda dan WANITA ini. Merekalah pengikut taksub segala macam rogol, zina, fitnah, rasuah, khianat adu-domba dan “pecah undang-undang” dan “membelakangkan Perlembagaan” dijuarai oleh Presiden UMNO sendiri. Mereka adalah “Golongan Bisu”..!! Berbanding dengan Barisan Pemuda PAS dan KeADILan, mereka berjuang menentang fitnah, rasuah, khianat adu-domba dan “pecah undang-undang” dan “membelakangkan Perlembagaan” dijuarai oleh Presiden UMNO itu sendiri. Mereka sanggup dibelasah dan dilokap, dianiaya dan dipenjarakan oleh Regim bedebah ini. Sementara puak UMNO peluk tubuh!! Nak harap apa lagi kepada UMNO?

Kemampuan UMNO Terhad

Makin nampak UMNO tidak berjaya dan TIDAK mampu melaksanakan usaha untuk meningkatkan keupayaan dan kebolehan orang Melayu. Kejayaan dan keaktifan anak-anak Melayu makin dicemburui oleh pemimpin UMNO kerana mereka makin berminda bebas dan mempertahan hak asasi rakyat sebagai aktivis. Sementara itu, UMNO “Baru” cuba mengaku-aku macam ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong”..!! Padahal UMNO makin hebat mengongkong mereka.

UMNO telah menggalak dan mencetuskan politik pecah belah. Sementara KeADILan dan PAS meletakkan perapaduan Melayu sebagai kewajipan yang perlu disertai oleh keseluruhan umat Islam negara ini. Generasi muda makin nampak kemampuan UMNO makin terhad. UMNO jadi semacam “Pak Turut” ala ‘Lembu pawah’ bila diugut oleh pucuk pimpinan mereka. Kerana, dalam perut mereka dan cara hidup mereka diselubungi RASUAH!!

Abdullah Bedawi sendiri adalah seorang yang paling kuat MENUTUP pintu ijtihad rakyat. Beliau menunjukkan betapa perjuangan Islam UMNO merupakan suatu fahamanan terkongkong, cuma setakat “melepaskan batuk ditangga” saja.

Bagi golongan berpendidikan, UMNO tidak lagi sesuai dengan masa depan dan cita rasa anak-anak muda dan impian politik mereka. Kalau PAS mampu melakukan pembelaan terhadap golongan Wanita (cuti bersalian 90 hari contohnya) dengan meningkatkan peranan wanita dalam pembangunan ummah, sebalinya UMNO mengamalkan dasar menutup pintu peluang kepada rakyat bebas bersuara!! UMNO memprtahankan “sekularisma” dangkal dan palsu!! Masjid-masjid sudah dicemar UMNO dengan dakyah mereka!!

Generasi muda di kalangan wanita telah sedar masanya UMNO lebih berhemah. Hampir semua pemimpin wanita UMNO dan isteri-isteri menteri UMNO yang tidak langsung menunjukkan sifat “kewanitaan” seorang Ummah. Isteri PM dan Timbalan Presiden UMNO adalah ‘penjarah’ besar. Jangan cakaplah siapa Rafidah!! Temboloknya berisi dengan RASUAN.. bagi beliau itu satu yang ‘membanggakan”..!!

Melayu Diperburukkan

Majoriti bangsa Melayu telah hilang keyakinan kepada kepimpinan UMNO yang ada sekarang. Walau 1000 kali pemimpin UMNO diganti, namun BUDAYA mereka adalah sama saja.

Tanya kepada pemimpin UMNO sekarang apa bantuan yang ‘konkrit’ yang diberikan kepada orang Melayu yang tinggal di kawasan pedalaman, yang miskin harta dan modal, hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dengan pemakanan tidak seimbang, diserang pelbagai wabak, malaria, untut, cacing kerawit, batuk kering, beri-beri dan pelbagai penyakit. Mereka memerlukan kemudahan. Tanya apa jadi kepada golongan miskin yang merana? Sebaliknya, pelbagai ‘prgram Penswastaan’ diutamakan guna menjadi asas kroni UMNO mencari kekayaan!!

Orang Melayu amat kecewa!! Untuk membolehkan mereka menggunakan kepintaran dan ilmu di dada, peluang itu diserahkan Mahathir kepada kaum Cina. Kerana, pengusaha Melayu tak mau merasuah!! Kerana itu, mereka berada dalam keadaan dhaif. UMNO membiarkan mereka. Peluang dibolot oleh elit UMNO dan Kroni Mahathir dan regu-regunya. Orang Melayu tidak mendapat keistimewaan sebagai pribumi di tanah airnya. Dasar Ekonomi Baru disalahgunakan oleh puak UMNO. Sinonim “UMNO” sekarang ialah “Ali-Baba”. Kalau tak dek MCA, UMNO pasti hancur punah ranah!! Malah, orang Melayu makin banyak ditindas, tertindas dan menjadi mangsa diskriminasi kuasa penjajahan UMNO @ Mahathir laknatullah!!

Cuba tanya siapakah millionaire-billionaires itu. Dan tanya lagi, siapa mereka yang sengaja dinafikan untuk mencuba nasib dibidang perusahaan IKS? Ini berpunca dari teori “Pengkorporatan dan Penswastaan” Mahathir yang hanya untuk “membolot” kekayaan negara untuk Kroni dan anak-beranaknya saja. Semantara itu, ratusan ribu peniaga kecil diancam dengan pelbagai masalah dan karenah burokrasi yang disengajakan. Keperluan mereka dinafikan!!

Kerana itu, mereka yang giat berusaha sedang melihat penuh minat bagaimana Kerajaan PAS Terangganu dan Kelantan memberi khidmat kepada golongan ini. Selepas PAS dan KeADILan menakluki negeri-negeri tersebut, kini rakyat negeri lain dan orang Melayu mulai sedar bahawa “Memilih UMNO/BN membawa celaka kepada Bangsa dan Ugama”!! Sebab itu Ali Rustam (dengan kemahuan Mahathir) mengarahkan rakyat Melaka jangan melawat ke sana. Apa punya zalim ketua kerajaan macam itu?

SELAMAT TINGGA UMNO..!!

Berhimpunlah kalian dengan 2,500 penyokong cuma. Orang Melayu tidak peduli lagi walaupun kalian bertempik terlaung-laung hingga PWTC pecah!! Runtuhan PWTC itulah yang akan memusnahkan spesis UMNO terakhir!! Selamat Tinggal UMNO. Bersedialah kalian untuk dilenyapkan rakyat!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com