Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SAHIH – MAHATHIR DAN UMNO ‘BARU(A)NYA BUKAN UNTUK ORANG MELAYU LAGI..!!

TAK SANGKA, selama Mahathir ‘mengigau’ melalak-lalak di pentas, kali inilah paling ramai nampak para perwakilan yang menguap-nguap sambil memejamkan mata di Dewan. Seorang rakan perwakilan yang datang dari Tanjung (P.Pinang) berdengkur. Tetapi, secara tiba-tiba beliau terjaga bila terdengar orang membaca doa. Tergesa-beliau menadah tangan. Tetapi bila dilihat yang berdoa itu Datuk Seri Presidennya, selamba dia menyimpuh lengan memeluk tubuh. Sambil itu beliau berkata, “Beghapa banyak Mahadet nak muhung kat Tuhan. Belum dia bercakap, Allah dah tahu apa dia nawaitunya nak kelentong kita….!!”

Meludah Muka Sendiri

Seluruh ucapan liar Mahathir yang disebut sebagai “amanat” itu hanya membawa dua garis besar. Pertama, Mahathir mahu meneruskan agenda “Menipu dan Membohong” perwakilan dan UMNO dengan harapan rakyat (khususnya orang Melayu) akan percaya dengan segala agenda fitnah, rasuah dan kerakusan kuasa yang menjadi amalannya (supaya tersembunyi terus).

Yang kedua, Mahathir memang jelas sesungguh-sungguhnya beliau sudah kehabisan modal politik untuk membela segala karenah dan kerja jahat yang menyebabkan UMNO menghadapi kehancuran (dan disingkirkan oleh orang Melayu – mungkin oleh Komponen BN jua).

Walaupun berhari-hari beliau merancang ucapan dengan nasihat pakar saikoloji, kroni politik dan editor akhbar (penasihatnya); tetapi terlalu banyak orang mengetahui bahawa Mahathir BERBOHONG dan cuba mengalih pandangan orang dari kenyataan sebenar. Mereka yang “celik komputer” sudah sekian lama faham siapa Mahathir ada yang akan disebutnya sebagai “amanat” (kunun).

Disebalik ungkapan indah dicetak dengan huruf kasar dalam ucapan 1jam 55 minit itu, tersembunyi 1001 pembohongan dangkal, segala macam ugutan, dendam, keaipan diri sendiri yang sengaja disembunyikan. Mahathir berlagak seperti‘nujum sangkamara’. Tetapi tidak sesiapa hairan dan mengiyakannya. Segala yang diucapkan beliau 100% menghentam batang hidungnya semula. Segala cemuhan Mahathir terhadap Anwar, Pembangkang dan perihal Agen Asing yang kununnya berniat menjajah, dll. adalah umpama beliau “meludah ke langit – akhirnya jatuh bertepek-tepek semula ke muka beliau sendiri”..!!

UMNO Makin Kecamok

Sebaik saja Mahathir Mohamad menyebut “Melayu belum selamat”, pada anggapan beliau Perhimpunan akan terperanjat besar! Sebaliknya ada yang berbisik-bisik dengan kawan sebelah, “Elehhh…!! Orang Melayu dah lama “selamat”. Parti Pembangkang Melayu telah menyelamatkan orang Melayu. Nak harap Mahathir nak selamatkan orang Melayu? Haihhh..menjahanamkan, bolehlah..!! Orang Melayu dah tak cemas lagi..Piraaaahhhh..!!”

Seruan Mahathir meminta masyarakat Melayu kembali bertaut demi memperhebatkan usaha menjayakan agenda bangsa dan agama kerana kedudukan Melayu (kununnya orang Melayu masih belum selamat) telah menimbulkan riaksi senda-gurau dikalangan Perwakilan. Ada yang berkata dalam berbisik, “Yang tak selamat itu bukan orang Melayu lagi. Tapi, tu..dia.. si Mamak anak beranak dan Kroninya saja….!!”

Sedarlah Mahathir!!

Mahathir kena sedar bahawa perspektif dan hala tuju masyarakat Melayu sudah lama berubah. Perjuangan orang Melayu sudah lama bertukar. Anak-anak muda Melayu sedia menghadapi cabaran. Faktor ini semakin menjadi besar kepada UMNO “Mahathir” dan Mahathirnya juga. Alaf baru ini bukan masanya orang Melayu nak dengar cakap seorang ketua yang dah hilang ‘tempoh guna’ dan menyusahkan rakyat jelata!!

Mahathir kena ingat.! Sikap orang Melayu sudah rasa diri kaum mereka tidak selamat dengan keadaan yang sedang mengancam mereka. Ini adalah kesan dari pelbagai dasar Mahathir dan regimnya. Karenah dan agenda busuk Mahathir dengan sekongkolnya telah menghalang kemajuan, proses memajukan kaum Melayu dan menimba manfaat dari ugama Islam anutan mereka. Cabaran yang memburukkan kehidupan dan kesejahteraan orang Melayu bukan dari faktor dan unsor luar; tetapi dari dalam – iaitu pemimpin Melayu yang sekongkol dengan Mahathir dalam UMNO “Baru(a) ciptaan Mahathir sendiri.

Sehingga kini, Mahathir dan UMNOlah yang menyebabkan kaum Melayu terperangkap dalam situasi “yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran”. Jika doa Mahatahir dimkbulkan Allah, alamat yang nampak, kaum Melayu dan Ugama Islam akan terpuruk lagi!! Pasti lebih aif menentukan yang baik untuk bangsa negara dan agamanya!!

Mahathir memang sedar masyarakat Melayu sebenarnya TIDAK berperpecah. Masyarakat Melayu cuma berpecah dari menyokong UMNO; tetapi bertaut rapat dan berpadu dalam satu saf menentang KEZALIMAN dan Kekufuran nikmat. Persoalan masa depan Melayu dan ancaman yang dihadapi sekarang adalah berpunca dari karenah rakus kuasa Mahathir. Makin nampak, puak UMNO yang makin tersingkir dari lubuk hati orang Melayu, kini tidak boleh lagi diberi kepercayaan dan amanah.

Perjuangan Orang Melayu Wajib Serius

Perjuangan orang Melayu dalam alaf ke-21 ini sedang bermula. Tetapi perjuangan mereka bukan bersama “UMNO Baru(a)” lagi. Orang Melayu sudah bosan dengan seribu satu slogan. Selama 20 tahun ini, orang Melayu telah bermurah hati mengizinkan Mahathir dan jongos-jongosnya menerajui regim ini. Malangnya, karenah mereka makin merumitkan hidup orang Melayu. Rakyat marhain mati dalam harapan saja.

Tida ada satu pun kejayaan UMNO yang boleh dirasa nikmatnya oleh orang Melayu hingga boleh dibangga-bangkan. Kalau setakat KLCC, Mahligai Putra Jaya atau Global Express – Mahathir nampaknya cuba memperbodohkan orang Melayu. Pergolakan Politik Melayu makin kucar-kacir hingga UMNO Asal terkubur. Kini UMNO yang diharapkan tergadai. Itulah kerugian besar orang Melayu!!

Proses penyatupaduan orang Melayu membuat puak rakus dalam dalam UMNO dan Mahathir sendiri lebih mudah mengkosolidasi kuasa untuk kepentingan dirinya, anak-anak dan Kroninya. Pembolotan kuasa oleh mereka itulah yang menyebabkan hidup orang Melayu terancam hingga menghadapi bahaya hilang negara dan hilang bangsa dan terhakis nilai-nilai ugama.

Kini, orang Melayu merasa diri mereka ditekan. Jika Malayan Union adalah sah bahaya dari luar itu, hari ini gejala “Penjajah Dalaman” dari sekutu dalam UMNO (kaum sendiri) telah menyebabkan orang Melayu tersedar dari kesilapan. Dengan itu, sekaligus mereka terpaksa merapatkan barisan diluar UMNO Baru(a) sebagai daya untuk mempertahankan maruah diri, bangsa dan uagama.

Orang Melayu telah mula bersatu padu. Mereka mendapat mandat rakyat demi menyelamatkan masa depan, zuriat dan kekayaan negara yang menjadi pusaka warisan sejak nenek moyang dahulu. Tidak nampak lagi UMNO “Baru(a) mampu membela nasib orang Melayu. Nawaitu mereka sudah terpesong jauh dari apa yang diharapkan dari kemerdekaan. Sebaliknya orang Melayulah kaum yang makin tertekan oleh pelbagai dasar “hukum belantara” regim Mahathir!!

Sebagai permulaan, anak-anak muda yang berpendidikan telah mampu mengatasi masalah politik yang mengancam kebebasan dan hak asasi mereka. Walaupun mereka diugut dengan bermacam-macam angkara, namun perinsip mereka adalah “LAWAN TETAP LAWAN”..!! Mahathir tidak perlu menyebut isu “ketidakseimbangan ekonomi antara kaum” atau mengingatkan kononnya “orang Melayu akan menghadapi cabaran baru yang lebih dahsyat – globalisasi atau dunia tanpa sempadan”. Apayang sebenarnya berlaku oleh regim Mahathir adalah gejala pemimpin UMNO Barua(a) yang terlalu rakus mengikut nafsu IBLIS yang jelas ‘tanpa sempadan’..!!

Hematnya, cabaran baru sebenar yang lebih dahsyat ialah karenah ‘jembalang’ GANGSTERISME ala MAFIA tajaan Mahathir. Inilah yang menyebabkan “ketidakseimbangan ekonomi antara kaum” itu. Dalam wawancara beliau sebelum perhimpunan ini, Mahathir sendiri jelas menyebelahi kaum bukan Melayu – bukan kerana ikhlas beliau terhadap orang Melayu; tetapi Mahathir sedar bahawa tanpa kaum bukan Melayu, UMNO “Baru(a)”nya hilang kuasa dalam BN…!

Orang Melayu – Jangan Jadi Cagaran

Kini UMNO Barua(a) dan penyokong parti itu terdedah kepada gejala “pawahan” dalam skima politik Mahathir. Dengan itu, jika Mahathir terus menjadi peneraju parti orang Melayu [UMNO Barua(a)] itu, PASTI orang Melayu akan jadi ‘barang cagaran’. Inilah yang menjadikan 99% orang Melayu sudah berpaling tadah tidak lagi sanggup dijadikan “kuda Bangang” untuk tonggangan Mahathir berkuasa lagi. Orang Melayu sudah rimas dengan UMNO Baru(a) dan Mahathir Laknatiullah ini!!

Negara sekarang terdedah di bawah kecurangan regim Diktator ini. Mahathir tidak mahu orang Melayu yang bersih, cekap dan amanah menguasai pentadbirannya. Itu sebab, hingga hari ini Mahathir sentiasa menyokong puak yang terlibat dengan RASUAH, Menyeleweng, tidak kenal bangsa dan rengan tanggapan keugamaan. Keadaan yang diwujudkan oleh Mahathir itu lebih MERBAHAYA dari ancam sebarang kuasa asing. Orang Melayu makin sedar iaitu untuk mendaulatkan masyarkat Melayu adalah kewajipan sebuah barisan orang Melayu sendiri. Kini sudah ditemui formula keramat itu, iaitu hanya ‘BARISAN ALTERNATIF” saja yang mampu menyelamatkan Tanahair, Bangsa dan Agama!! UMNO Barua(a) sudah TIDAK ada guna!!

Barisan Alternatif – “Barisan RAKYAT”

Orang Melayu akan terus memperhebatkan usaha menyatupadukan masyarakat Melayu dengan mempelopori budaya baru yang lebih unggul dan bersifat jati diri. Barisan Alternatif dengan PAS, KeADILan dan PRM telah memperlengkapkan wadah rakyat. Barisan pemimpin mereka telah diberi mandat bagi memastikan parti itu terus memimpin perjuangan bangsa, agama dan negara, meolak Kezaliman dan menegakkan Keadilan.

Secara spontan, mereka yang diberi amanah telah menunjukkan kecemerlangan dalam setiap Persidangan Parlimen. Penyokong Barisan baru itu terdiri dari segala kaum, lapisan dan pekerjaan. Makin diwarnai kehebatan Barisan itu dengan golongan cendekiawan dan profesional yang mahir dalam penguasaan ilmu.

Atas segala-galanya, mereka dari kelompok ini telah berupaya menunjukkan daya melawan nafsu. Berbanding dengan pemimpin UMNO “Baru(a)”, rata-rata sudah terbukti perilaku mereka adalah lebih buruk dari “perompak” harta rakyat. Dalam hati sanubari mereka, TIDAK ada imbasan rohani yang murni lagi. Barisan pemimpin yang berwibawa dan bersih nawaitu dan matlamat sudah dimatikan oleh Mahathir. Tidak ada!! Demi kepentingan rakyat bangsa dan agama, Barisan Alternatif bersungguh-sungguh supaya tida mudah menyerah kalah atau mudah kecewa.

Percubaan Barisan Alternatif dalam P/raya November 1999 yang lalu adalah satu permulaan yang memberi petanda dari rakyat yang amat cemerlang. Jangan kita sebut kejatuhan Terengganu dan Kelantan “bungkus” habis BN ‘tunggang-langgang’. Perincikan pula bagaimana kedudukan UMNO/BN di Perlis, Kedah, Selangor dan Pahang. Tidakkah itu suatu pentanda bahawa orang Melayu dan rakyat amnya sudah mulai merobah keyakinan – mulai menyingkirkan UMNO/BN?

Perubahan keutuamaan (priority) dan pilihan orang Melayu dan rakyat am yang mendadak itu menyebabkan mereka mula yakin bahawa “UMNO/BN” bukan raksaksa yang tidak mungkin ditumbangkan. Demi hari, kian dirasakan bahawa UMNO/BN itu adalah semacam “Paper Tiger” yang kaku, palsu dan boleh dibuang bila-bila masa. UMNO/BN adalah umpama ‘patong’ tanpa nyawa. Mungkin Mahathir dan jongos-jongosnya saja yang menempa ‘mazhab politik sesat lagi menyesatkan’ supaya penyokong UMNO/BN terus menyembah ‘berhala puaka’ mereka.

Amanat Mahathir: KOSONG!

Nah! Perkumpulan di PWTC Mei 2000 itu – demikianlah hakikatnya. Itu sebab ‘amanat’ Mahathir seperti tin kosong, tiada isi dan jauh sekali dari membawa sebarang makna. Perwakilan yang datang sejak dari awal dinafikan hak mereka berbincang dan menetukan arah minda mereka. Siang-siang mereka dihalau “BERAMBUS” keluar dari “The Forbidden City named KL”. Dibesar-besarkan tohmah-fitnah kununnya mereka merancang “politik wang”.

Sebenarnya Mahathir takut dan amat gentar bahawa sudah terdengar ada ura-ura G7 & G5 akan bergabung dengan GELITA14 (BLACK14). Atau paling kurang mereka bersepakat untuk merangka strategi menumbangkan agenda regim Mahathir yang sudah makin tidak disenangi.

Mahathir sedar bahawa halatuju dan arah pentabiran regimnya menuju hancur memusnahkan UMNO/BN. Segala langkah-langkah perlu terpaksa diambil untuk mencegah sebarang isu dan gejala mengkecundangkan kuasa dan ‘power grip’ beliau. Sedaya upaya dicuba mencipta dan menyemai budaya TAKUT dan UGUT dikalangan Perwakilan. Mahathir tahu bahawa semangat Anwar dan Reformasi yang dilaungkan beliau mampu meletakkan Mahathir dalam keadaan kecundang, tercabar dan tidak lagi mampu bermewah-mewah.

Orang Melayu tahu dan Mahathir pun sedar bahawa perubahan yang dituntut oleh rakyat marhain sudah bermula. Mahathir, dengan menggunakan UMNO “Baru(a)”nya (sebagai platform) telah menamatkan Dasar Ekonomi Baru yang asal (rencana allahyarham Tun Razak) dan menggantikan dengan Dasar Ekonomi “BARUA”nya. Kerana itu, majoriti pengusaha Melayu mati ditengah jalan disekat oleh Kroni Mahathir yang rakus dengan title “ahli KORPORAT Melayu”. Tetapi mereka adalah proksi, nominee, anak-beranak dan Kroni dan kelompok elit istimewa Mahathir dan Daim.

“Puntianak Mengilai Malam”

Rafidah Aziz yang makin bergila-gila untuk jadi lebih kaya dan bebas melalukan rasuah telah berjaya dilindungi dan diangkat Mahathir sebagai ‘puntianak mengilai malam’. Portfolio Rafidah akan memberi sepenuh tumpuan bersama Daim dan seluruh Kroni Mahathir untuk merancang, merangka dan mengagendakan penyelerasan semua perkara “membolot” kekayaan negara.

Akan kita tengoklah tidak lama lagi, bagaimana Penasihat Kewangan Mahathir yang baru (keturunan Mamak juga) akan mengeluarkan pelbagai arahan dan rancangan bagaimana satu kelompok “Elit Ekonomi” dari sekongkol UMNO “Baru(a)” melaksanakan “rompakan disiang hari” keatas kekayaan negara. Apa riaksi Perwakilan UMNO? Jawapan paling mudah ialah, ‘MELOPONG lah kalian semua”..!! Kalau dapat pun setakat kuah basi yang sudah mereka ‘ludah-ludahkan”. Jilat dan telanlah!!

Itu bukan tohmah atau fitnah. Memang sudah nampak, selama ini keadaan begitu sudah jelas dan nampak. Tinggal cuma, tidak dilaksanakan mereka secara bermewah-mewah. Mahathir masih takut-takut kerana UMNO “Baru(a)” ditakutinya akan berpaling tadah. Tetapi sekarang Mahathir tahu bahawa tempoh regim beliau dan usia UMNO “Baru(a)” ini hanya setakat tahu 2004 saja Oleh itu, adalah lebih baik dikaut, dibolot dan dijahanamkan segala-galanya sementara kuasa mutlak ada ditangan mereka.

Mahathir sudah nampak bagaimana nasib Soeharto dan Marcos. Dengan berpandukan itu, beliau dan kroninya perlu ‘make hay while the sun shines’. Mahathir dengan kelompok “Elit Ekonomi” tidak peduli lagi samada orang Melayu kembali menderita atau punah.

Mereka tidak ada niat lagi melanjutkan Dasar membantu orang Melayu dan Bumiputera. Sebaliknya, Mahathir sendiri amat marah kepada orang Melayu dan Bumiputera hingga dicap sebagai golongan kaum yang tidak berterimakasih kepadanya. Sebagai balasan dendamnya, Mahathir tidak akan memaju dan membangunkan orang Melayu dan Bumiputera. Ali Rustam telah memulakan di Melaka!!

Orang Melayu Tak Kesah Lagi!

Jika puak UMNO Baru(a) tidak insaf dan bersatu padu dengan majoriti orang Melayu dan Bumiputera melontar jauh-jauh Mahathir dan jongos-jongos puak UMNO Baru(a) itu, majoriti orang Melayu tidak peduli. Barisan Alternatif dengan Reformasi yang berterus, jati-diri dan berdaya-tahan lasak akan mengembalikan hak kepada rakyat. Mahathir dan jongos-jongos puak UMNO Baru(a) dan semua Kroni-proksi, dalam kelompok “Elit Ekonomi” dan “Elit Politik”nya PASTI akan diheret ke Pengadilan MAHKAMAH RAKYAT. Harta rompakan mereka akan dipulangkan kepada rakyat dan mereka akan dipuruk dan dipenjarakan sebagai “Pengkhiant Negara” (Treason).

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berdiuri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com