Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PROFESOR “CANGAKONG”: BODOH SOMBONG – TAK DENGAR NASIHAT!!

HAMPIR 90% penulis yang tersenarai dan kerap menulis di LamanWeb Reformasi bukanlah mereka yang berkelayakan akademik setanding dengan gelaran yang diterima oleh cendekiawan dari menara gading. Mereka menulis berasaskan pemerhatian yang teliti, pengalaman dan perkelilingan yang sama sekali tidak menyenangkan diri mereka dan masyarakat sekitar.

Mereka percaya, sebaik-baik guru adalah pengalaman. Samada pahit atau manis, ia tetap lebih bermanfaat andainya sebilang hari membaca buku dan mentakrifkan diri orang paling hebat (kunun).

Apa yang menyebabkan penulis berhaluan ‘reformasi’ menulis dan terus menulis adalah bersebab dari keadaan yang terlalu menekan perasaan mereka. Dalam hati mereka menggelodak rasa jengkel yang mendesak, kesan-akibah yang direncana dan dilakukan oleh sesutu puak. Bagi mereka, kalau dibiarkan berleluasa akan memusnahkan tanahair, bangsa dan ugama.

Dengan kemampuan berasaskan pemerhatian teliti, pengalaman, perkelilingan dan minda yang TERBUKA, maka diasahlah pena mereka secara jujur dan ikhlas, tanpa sebarang motif untuk naik pangkat atau membodek sesiapa (untuk kepentingan diri). Mereka itu adalah individu dan perseorangan yang punya prinsip diri secara komited – tahu membedakan antara ‘yang benar’ dengan ‘yang salah’. Dengan itulah mereka terus berfikir dan mem’visi’kan segala sesuatu yang tidak menyenangkan itu – lantas meluahkan sentimen pandangan mereka untuk rakyat dan bangsa sendiri.

Terperanjat Besar

Seorang bergelar profesor dari sebuah menara gading tempatan menulis di Utusan Malaysia, antara lain katanya:

[[“…..Bagi Parti Keadilan Nasional pula, sikapnya menegakkan keadilan untuk seorang individu yang dianggapnya teraniaya, pula tidak dapat dianggap sebagai parti untuk orang Melayu sahaja. Ia lebih sesuai dilihat sebagai parti untuk rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum ini mirip kepada perjuangan ‘Malaysian Malaysia’, dokongan DAP….”]]

[[“…..ternyata Pas tidak konsisten dalam perjuangan dan isu-isu yang dibangkitkannya. Ternyata Pas terlalu banyak melatah, kadang-kadang tersasul, kalau tidak pun sentiasa berdolak-dalik dalam kenyataannya. Ini amat tidak meyakinkan dan amat berbahaya bagi kaum dan agama yang didakwa diwakili dan diperjuangkan kepentingannya…..”]]

Memang terperanjat kita membaca jika itu pandangan dari seorang bergelar cendekiawan tempatan. Nampak sangat beliau tidak mampu melihat keseluruhan perkelilingan hingga cuma berupaya melontarkan pandangan sebegitu dangkal, murahan dan tidak bermutu ladi sempit. Apakah beliau betul-betul berminda ‘tertutup’ bagai seorang yang berotak beku, tinggal dalam “gua batu” – tidak melihat cahaya dan suasana yang bergolak dan ‘volatile”?

Kita tidak tahu meletakkan beliau; samada bertaraf profesor “Kangkong” atau profesor “CANGKONG”..!! Tetapi yang jelas ialah, sebagai seorang berilmu tinggi yang seharusnya memiliki hidayah ilmu yang mengasaskan fakta-fakta ‘benar’. Beliau tidak seharusnya menilai sesuatu setakat duduk terconggok “mencangkong” dihadapan meja saja. Beliau seharusnya turun padang, melihat yang terang, bergaul dengan semua orang, jangan mudah teransang dengan hasutan dan pujukan ‘demi kepentingan pangkat dan wang’ – akhirnya diri diumpamakan orang sebagai JEMBALANG! “songsang”. Nanti padan muka kalau “diterang” orang..!

Kita sudah bosan dan rimas melihat kesan sifat ‘ampu bodek’ seorang berilmu yang pernah membakar “jembatan”. Kerana prinsip hidup sedemikian rapuh dan status diri sebagai seorang cendekiawan dikorban demi kepentingan ‘wang dan kekayaan’; akhirnya dalam pemilihan MKT UMNO baru-baru ini, orang itu “tumbang, tersungkur jatuh telentang”.

Cendekiawan Buta?

Kita juga dapat melihat seorang bertaraf ‘associate professor’ yang saban kali membuka mulut akan bersemburanlah ‘kebangangan’nya. Makin nampak beliau terhakis prinsip diri, hilang kebenaran dan jatuh martabat, peribadi dan tahap pendidikan ‘tinggi’nya. Sampai di Parlimen baru diketahui bahawa rupa-rupanya “Ph.D” yang selama ini yang dipakai dipangkal namanya sebagai “Dr.” itu tidak ada. Padan jugalah, selama ini tahap hujah beliau hampir sama dengan hujah dan debat penjual ‘ubat tradisional’ di Lorong Haji Taib atau Jalan Chow Kit. Mana muka mau tarok? Kan itu menghina diri namanya! Berapa banyak lagi ‘profesor CANGKONG’ yang ada di Menara Gading kita yang masih bercakap dan menulis dengan minda tertutup; tak taulah kita. TETAPI memang sah ada!

Orang Melayu sangat berharap anak bangsa mereka yang ada ‘grey matter’ dalam kepala hotak ‘lebih sedikit’ dari purata. Diharapkan sangat mereka akan memperjuangkan nasib bangsa dan negara dengan menyelitkan impian majoriti rakyat; bukan setakat melihat dari sudut yang sempit dan diselubungi kegelapan politik rakyat seolah-olah masing-masing masih “teraba-raba” hampir sesat.

Masakan mereka tidak nampak dengan mata-kepala, atau tidak ada hati-jantung merasa atau tak mampu menggunakan ‘kepala hotak’ untuk berfikir seketika. Apa yang Mahathir dan sekongkol dalam UMNO telah lakukan hingga seluruh peradaban masyarakat Melayu yang sebegini unggul, negara ini yang meletakkan Islam sebagai ugama utama – tiba-tiba dilandas 1001 fitnah-aib, pergolakan yang sia-sia; seharusnya dilihat dalam kontek yang lebih luas!

Rakyat nampak bahawa regim Mahathir telah begitu bermewah-mewah memperlekeh ugama dan membusuk-buang para ulamak yang menegakkan Kebenaran tanpa segan-silu.Mahathir merancang pelbagai agenda untuk memesong dan berper’bagang’kan rakyat, melakukan KEZALIMAN dan menafikan KEADILAN, lebih berminat dengan “politik wang” dan melakukan segala macam bentuk dan model RASUAH. Mahathir terbokti perompak dan Penyeleweng, mengancam-ugut sesiapa saja yang menegakkan Kebenaran, melindungi segala macam jenayah, rogol dan pemecahan undang-undang, dan….macam-macam lagi yang tidak mampu disebutkan disini.

Andainya, beberapa orang ‘profesor CANGKONG’ yang ada di Menara Gading itu melihat dengan “mata-hati” dan dengan ilmu; pasti mereka tidak akan menjejaki perjuangan majotiti rakan mereka yang sedang bergelut dan bersekongkol dengan sekelompok “serakah UMNO” yang berPresidenkan seorang rakus, tamak dan haloba. Jika mereka tidak mampu melihat segala kebusukan yang menjijikkan 20 juta rakyat di negara ini dan dunia semesta, lebih baik mereka turun dari menara gading itu dan cuba-cuma minta kerja ‘tukang angkat sampak’ dengan Syarikat Alam Flora saja!! Atau bagi mereka yang sanggup menjual maruah demi wang, pangkat dan nama dalam UMNO, dicadangkan cuba-cubalah jadi “tukang jilat tong taik” di syarikat korporat kroni Mahathir di “Indah Water Konsortium”. Itu lebih sesuai.

Isu Rakyat Bukan Setakat Anwar

Untuk makluman ‘profesor CANGKONG’ yang ada di Menara Gading kita yang cuma mampu menulis mengikut rasa; sesungguhnya mereka faham dan menghayati bahawa rakyat dan orang Melayu mewujudkan Parti Keadilan Nasional, berpatah menyokong PAS, PRM dan merangkum DAP dalam Barisan Alternatif bersebab dari kebusukan agenda Mahathir dan sekongkolnya yang mempergunakan UMNO untuk kepentingan diri mereka cuma.

Jika sekongkol ‘profesor CANGKONG’ yang berkepentingan itu melihat dengan matahati yang jernih dan tidak kelabu asap, akan nampak bahawa, bagi rakyat, Anwar sebagai individu tidak mejadi soal. TETAPI apa yang dipersoalkan hingga menjadi isu lebih luas dan serius (hingga mencakup permasalah hala tuju politik negara, kedaulatan bangsa dan kemantapan penghayatan ugama, keutuhan perlaksanaan undang-undang dan kedaultan Perlemmbagan Negara) – adalah kerana karenah, perbuatan dan agenda Mahathir yang menghakiskan hak asasi rakyat sebuah negara demokratik. Kini nampak bahawa nama baik negara dan rakyat sudah tercemar dan terhapus oleh 1001 macam karenah jenayah berpunca dari Mahathir dan sekongkolnya. Di Perhimpunan itu segala-galanya terbongkar.

Apa yang paling menjiijik dan memualkan isi perut rakyat ialah sikap dan karenah Mahathir sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri negara yang telah terang-terang bersepakat melakukan jenayah ala MAFIA untuk melakukan seribu satu kecurangan, kezaliman dan amalan sumbang terhadap rakyat. Mereka sepakat melakukan KONSPIRASI semata-mata untuk menunjukkkan betapa berkuasanya mereka. Undang-undang telah dibelakangkan. Bagi mereka, membujur lalu melintang patah!! Mahathir sendiri TAKUT diheret ke mahkamah!

Rakyat makin tidak senang dengan seribu satu gelagat dan agenda busuk lagi jahat Mahathir sebagai perancang. Berdegil-degil beliau menyokong dan melindungi perbuatan mengkhianat bangsa dan ugama oleh si “musibat” seperti Rafidah Aziz, Aziz Shamuddin, Daem Zaiduddin, Sanusi Joned dan semua mereka yang merancang dan melaksanakan perkara yang terlalu busuk dan makin terbuku di hati rakyat.

Jika ‘profesor CANGKONG’ itu masih kewarasan berfikir, pasti mereka merasa malu kepada diri sendiri, anak-anak sendiri, para mahasiswa, saudara-mara dan keluarga, masyrakat setempat dan seluruh kaum yang seugama (dalam konteks lebih luas – seluruh dunia bertamaddun) bahawa Mahathir telah ‘mendungu-bebalkan’ diri mereka sendiri!!

Dunia Mengejek Kita

Perhatikan sekarang: seluruh dunia (termasuk dunia Islam) sudah mulai mengejek kita. Mengatakan “PAS tidak konsisten dalam perjuangan dan isu-isu yang dibangkitkannya, mencap parti itu terlalu banyak melatah, kadang-kadang tersasul, kalau tidak pun sentiasa berdolak-dalik dalam kenyataannya” (kenytaan Professor itu) sekaligus mencerminkan betapa dangkal dan terkongkongnya minda “perofesor Cangkong” itu.

Kenyatan seorang bertaraf ‘profesor’ yang seharusnya mempunyai ‘skop’ penelitian yang luas dan terbuka tidak seharusnya sebegitu dangkal. Bukan sahaja kenyataan itu amat tidak meyakinkan dan amat berbahaya bagi kaum dan agama; malah dakwaan seumpama itu sekaligus merendahkan tahap beliau kepada seorang yang selama ini cuma tinggal dalam zaman “Jurasik” dengan minda mereka cuma tertumpu untuk “memburu mangsa, makan, berak dan bersetubuh” saja!!

Sebelum “profesor Cangkong” itu lahir kedunia, lebih 33 tahun dulu (mungkin puan profesor itu belum akil baligh datang haid lagi), PAS telah memperjuangkan suatu asas perjuangan yang menegakkan “Kebenaran dan menentang sebarang Kezaliman” secara konsiten. Kerana sebelum Mahathir menerajui UMNO “Barua(a)”nya, UMNO “Lama” bergerak diatas landasan yang seiras dan hampir senada dan seirama. Kerana itu, pernah dalam satu tempoh yang singkat PAS adalah sebahagian dari Barisan Nasional juga!!

TETAPI kerana UMNO adalah parti berubah kepada berprinsip ‘menegekalkan Rasuah, memperlekeh Ugama, melindungi Jenayah dan lazim sangat memecah Undang-undang”, maka PAS telah memutuskan sanggup “bercerai talak tiga” dengan BN. Namun, demi “consistancy” perjuangan mereka, pemimpin PAS tetap memeperjuangkan prinsip yang sama. Rebah bangunlah mereka. Mahathir yang beragenda dengan hasutan para penasihat “YAHUDI dan Freemason”nya telah menghentam PAS setiap wujud peluang yang ada.

Tak cukup di Perhimpunan UMNO, Mahathir ke PBB. Pun masih beliau memburukkan PAS dipentas dunia. Kerana terlalu terdesak dan berhasrat besar untuk meyakinkan para sabahat dan penasihat “YAHUDI dan Freemason”nya, Mahathir terbabas hingga memperlekeh Islam di Malaysia!! Masakan “profesor Cangkong” itu tidak terbaca dimana-mana agensi berita!! Apa guna jadi profesor kalau setiap hari cuma menatap indoktrinasi UMNO di lembaran Utusan Malaysia, Berita Harian, NSTP, GILA-GILA, Majallah MANGGA, WANITA atau melayari lamanWeb “porno 18x” saja…!! Cubalah keluar dari kepomp[ong anda dan berhenti sejenak berfikir, “jadi profesor tidak bermakna anda sudah cukup segala”..!! Haiiihhh…profesor amende macam tuuuu…???”

JADI, jika inilah tahap minda dan kecemerlangan seorang berdua ‘profesor’ Melayu kita hingga sanggup direndahkan terus-menerus oleh ugutan pemimpin UMNO; malang sangat anak-anak kami dihantar berguru kepada mereka. Kami sebagai ibu-bapa merasa gusar penuh debar, apa akan jadi kepada zuriat yang akan datang jika dididik dengan daya berfikir mereka yang dikuasai, dipengaruhi dan dikongkong oleh jenis-jenis ‘profesor Cangkong’ yang sanggup melemparkan “kebenaran dan kenyatan” sebenar (demi kepentingan pangkat, jawatan dan imbuhan kepentingan mereka…!!)

Perbandingan Paling Dangkal

Perbandingan yang diketengahkan si profesor itu amat dangkal. Katanya:

[[“….peranan UMNO sebagai pelindung kepentingan politik Melayu di Malaysia, adalah jelas sekali. Sikap beberapa parti Melayu dalam pilihan raya lepas, yang terlalu bermurah hati kepada pembangkang bukan Melayu, juga memperlihatkan betapa UMNO patut kuat dan kukuh untuk terus menjalankan peranan itu….”]]

Ramai orang yang gelak berderai!! Mungkin ramai yang bertanya, “Dah sama sewelkah profesor itu dengan Mahathir yang dah berumur menjangkau 74 tahun?”

Kalau beliau tidak mengigau seteruk itu, elok diingatkan bahawa sikap parti Melayu dalam pilihanraya lepas begitu jelas. Tidak ada orang Melayu yang rasional dan waras yang menyokong UMNO dalam P/raya yang lepas. Bukti nyata boleh dilihat iaitu: kecuali Johor, Melaka dan N. Sembilan (tolak Sabah dan Sarawak), semua negeri di Semenanjung yang lain telah habis tergugat oleh Pembangkang!!

Tak perlu diulang apa sudah jadi kepada Terengganu (negeri minyak) dan Kelantan (negeri jelapang padi). Lihat saja apa jadi kepada negeri Mahathir dilahirkan dan Pahang negeri Adnan Yakob si “pelucah Kebangsaan” itu! Kalau tidak dibantu dengan sepak terajang Undi Pos dengan ‘pertolongan cemas’ SPR, PASTI Mahathir sendiri akan kecundang di Kubang Pasu…!!

Jangan pula dibesar-besarkan kununnya kemenagan calun UMNO di Sanggang (atau Telok Kemang?) memberi UMNO/BN rangsangan. Orang semua tahu, kemangan P/raya Kecil bertulangbelkangkan berjuta wang guna “membeli undi” dan “menjual janji”. Itu tidak termasuk 1001 ugutan, paksaan, bujukan dan ancaman!!

Dalam pergelutan mendapat pengaruh ternyata UMNO dan BNlah yang tidak konsisten dalam menegakkan perjuangan dan isu-isu yang meyakin orang Melayu. Itu sebab, terlalu banyak yang dibangkitkan dalam perhimpunan di PWTC sehari dua ini. Rungutan itu umpama siaran ulangan cerita “Kartun” yang sudah basi. Saban tahu kita nampak itu-itu saja yang diulang-ulang jadi topik perbahasan para “sewelan” yang dah tinggal “gusi”. Hingga ramai perwakilan mengeluh kerana rimas, bosan dan jijik. Terdengar laungan “BOOOOOOO…!!” silih berganti.

Apakah profesor yang ini tak mau menceritakan kesah lucu Perwakilan terhadap Mahathir, Dolah Bedawi, Rafidah Aziz, Daem, dll. yang menjadi bahan persendaan kepada UMNO oleh mereka sesama sendiri?

Bodoh Sombong – Tak Dengar Nasihat!!

Makin jelas sekarang, jangankan UMNO makin relevan sebagai penjaga kedaulatan Melayu; malah UMNO dan seluruh pemimpin mereka umpama “kura-kura sedang berlari”. Sepanjang jalan bertaburan taik-taik. Ada delegasi asing yang dijemput khas oleh UMNO (dibayar tambang Klas penerbangan Satu, diduduk menginap di Hotel 5 bintang dengan layanan paling istemewa) tetapi memberi komen kepada beberapa pihak di sini bahawa UMNO sudah hampir tidak ada kewibawaan politik lagi!!

Ramai dhef-dhef asing berpendapat bahawa UMNO adalah satu-satunya parti Melayu yang TIDAK dapat lagi menerima tanggungjawab untuk tugas menjaga kedaulatan ketuanan Melayu. Sebuah parti yang khusus menjaga kepentingan orang Melayu dalam politik negara, secara tiba-tiba telah bertukar menjadi “parti nyamok”, hilang tahap dan ketokohan sebagai “tulang belakang” Kerajaan; mengharapkan sokongan parti Komponen untuk meletakkkan UMNO ke persada pemerentahan. Ada yang berkata, “jika ini terus berlaku, UMNO akan hilang dan terkubur dalam tempoh terdekat”.

Mungkin para “profesor Cangkong” yang rasa terlalu janggal bergaul dengan masyarakat, pasti tidak akan tahu. Itulah bahana dari sikap “enau dalam belukar” dan bersikap “bodoh sombong” tidak membaca hati dan tak mendengar kata nasihat rakyat banyak !!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com