Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SOROTAN BEBERAPA DIMENSI KEARAH KEHANCURAN UMNO “BARU(A)..!! (BAH.1)

(BARISAN ALTERNATIF, orang Melayu dan Rakyat Malaysia wajar berbangga, UMNO akan mudah tumbang dengan kelangsungan yang terbayang dari Perhimpunan Mei 2000)

TAMATNYA Sesi Perhimpunan UMNO kali ini memperlihatkan kesahihan bahawa UMNO tidak dapat lagi menetukan hala tuju parti yang makin jelas bergolak, kelamkabut dan tak tentu arah. Atas segala-galanya, UMNO sudah hilang ‘bearing’ kompas dan pedomannya.

Hidangan “Rojak Mamak” & “Teh Tarik”

Bermula dengan ucapan amanat Presiden (menang tanpa bertanding) hinggalah kepada trend pemilihan, muhasabah yang dicernakan oleh para pembahas, mood perwakilan (jangan lupa jumlah pemerhati jauh lebih besar berbanding pemilihan lalu); segala-galanya sudah jadi cacamarba “Rojak Mamak” dipaksa telan dengan “Teh Tarik”.

Perhimpunan yang dirancang Mahathir (kononnya) sempena UMNO genap berusia 54 tahun pada 11 Mei lalu (untuk tujuan saikoloji) tidak berjaya merangsang perwakilan dan orang Melayu amnya. Makin nampak bahawa UMNO semakin tidak mampu membangkitkan rangsangan dan tarikan sejak kekalahan P/raya ke-10. Cerita “Sanggang” adalah cerita “bangang” yang seharusnya memalukan UMNO, sebalik dari kebanggaan palsu!! Masyarakat Melayu dalam UMNO sendiri tidak ingin lagi memberikan perhatian kepada perhimpunan tersebut. Ini bersebab dari karenah dan keDiktatoran Mahathir dan beberapa konco-konconya yang mempunyai agenda tersendiri disembunyikan dari pengetahuan pemimpin Pertengahan UMNO. Orang UMNO sendiri sudah muak dan bosan!

Adalah sah, masyarakat Melayu telah berpecah; TETAPI dari UMNO. Inilah kesan dari kerakusan Mahathir yang BERKONSPIRASI hingga menimbulkan kegawatan politik UMNO 1998. Pemecatan Anwar sebagai agenda Mahathir yang sekongkol menyebabkan majoriti orang Melayu yang meluat dan jelik terhadap kebusukan pemimpin PEMBODEK Mahathir dalam UMNO. Mereka tidak menghargai amanah orang Melayu!! Mereka adalah pendusta dan pembohong, pengikis hak bangsa dan penggadai tanahair, bangsa dan agama demi kepentingan tembolok!!

Bibit-bibit ‘Ledakan’ Dari Dalam

Ucapan “amanat Presiden” (kononnya ‘amanat’, tetapi medan mengutuk dan menyalahkan orang lain selain dirinya) yang dirangka khas oleh pakar-pakar sekeliling Mahathir cuba mencorak perbahasan perwakilan. Sebulan sebelum Perhimpunan itu, Mahathir sendiri mengarah dan MEWAJIBkan (sebagai satu AGENDA Khas) supaya semua Ketua Bahagian “mengutuk Anwar” habis-habisan (sebagai satu sesi khas).

Bila ruang dibuka, Adam Hamid (wakil pertama dari Bahagian Senarai, pernah menjadi Exco DUN Negeri Johor) memulakan ayat pertama ucapannya dengan satu soalan bernada sanggahan. Tanya beliau:

“Datuk Seri, apakah dan adakah tuduhan yang Datuk lemparkan kepada DS Anwar selama ini, hingga UMNO bergolak dan kini dalam keadaan cukup parah, BETUL-BETUL Datuk Seri sendiri YAKIN dan ADA BOKTI sah? Bercakap benarlah dihadapan Perhimpunan ini, kerana setakat ini, majoriti Perwakilan tidak yakin. Kami perlu meyakinkan diri sendiri sebelum meyakinkan orang Melayu dan rakyat di luar!!”.

Mahathir terperanjat besar bagai nak pengsan (memang Mahathir dah lama ‘by-pass’). Sdr. Adam Hamid mengulang soalan yang sama menonyoh ke batang hidung Mahathir sebanyak tiga (3) kali. Adam berbalik belakang. Mukanya memandang tepat kepada Mahathir. Serius. Mencabar. Mahathir tercengang resah. Gelisah. Kebingungan. Cuba pura-pura ketawa ‘serba salah’. Tersenyum senget dengan muka bagai orang kena ludah-ludah. Mahathir cukup-cukup ‘dibagi malu’.

Seluruh Dewan bertepuk dan bersorak, gegak-gempita bagai mengejek menyumpah seranah!!. Ada yang bertepuk sambil bersorak, gelak tertawa mengilai, bertempik berkeriauan…“UP..!.. UP..! UP..! UP..!”. Harapan mereka Mahathir akan bangun dan menjawab. Mahathir tak juga bangun. Singa jadi tikus mondok kekejangan. Desakan Dewan bergema makin hebat. Ada suara harmoni bersorak dari tengah Dewan, “JAWAB..!!.. JAWAB..!! JAWAB..!! JAWAB..!!..”. Mahathir terketar-ketar memandang Sulaiman Ninam “Mamak-tandil” Shah, umpama mintak “nyawa” supaya di selamatkan maruah…!!

Dengan segala kepakaran seorang Pengerusi berpengalaman, Sulaiman Ninam Shah mententaramkan Dewan dengan menggunakan veto pengerusi majlis, memutuskan sambil berkata, “Soalan itu tak perlu jawab, Datuk Seri. Boleh jawab masa menggulung”…

Sekaligus Perwakilan yang degil bersorak, “JAWAB..!!.. JAWAB..!! JAWAB..!! JAWAB..!!.. Tak jawab tak sah..!!” Orang makin gamat ketawa! Setelah reda, baharulah Sdr. Adam Hamid berucap semula.

Hematnya, walaupun Mahathir terselamat, tapi itu cuma sementara saja. “The damage was already done”…!! Maruah Mahathir tercabar. Mahathir – ‘wira dunia ke-3’, Presiden UMNO ‘tak ada pilihan’, Perdana Menteri yang sudah ‘dilenjan’; sekarang terkebil-kebil jadi objek ejekan…!! Rasakan!!

Sdr. Adam meneruskan ucapan mengajak Perhimpunan supaya memuhasabah dan mengkritik tingkah laku sebahagian pemimpin UMNO yang sengaja menyebabkan orang Melayu meluat-bosan terhadap parti. Beberapa orang Perwakilan selepas beliau juga mengasak kepimpinan UMNO supaya melakukan banyak pembetulan diri dengan segera menerusi penerapan budaya Melayu sebenar. Jangan lagi berfalsafah Melayu Baru(a) ala Mahathirisma.

Rata-rata, seolah-olah para Perwakilan menyarankan supaya pucuk pimpinan sendiri harus bertanggungjawab menurut kemahuan rakyat yang telah memberi hala tuju yang menentukan. Jangan ada dikalangan UMNO yang “cuba-cuba” memimpin perjuangan agama, bangsa dan negara ikut suka hati dan nafsu iblis seorang ketua yang rakus. Jika tidak, galilah kubur dan siapkan liang lahad siang-siang!! Memang Mahathir diberi malu secara sindiran yang spontan.

Kali ini, Mahathir lemah, rasa tersingkir dan hilang daya melepas diri dari sindiran tajam Perhimpunan. Peristiwa beliau sendiri memimpin ‘bacaan doa’ bukan saja memburuk UMNO, malah memberi petanda “Mahathir umpama Abu Jahal” yang pernah satu ketika turut berdoa memohon Tuhannya supaya memusnahkan tentera Islam!! Apa jadi kepada Abu Jahal…?? Itulah ‘doa’ si Abu Jahal yang akhirnya ‘menjahanamkan’ diri laknatullah itu. Seluruh angkatan perang dan konspirasinya hangus “terbakar”. Mungkin ramai ‘kaki ampu’ penulis cabok ‘tarak kepala wotak’ upahan akhbar pemfitnah Utusan Malaysia cuba merobah tafsiran yang ‘salah’ sebagai ‘sebenar’. Nah..telanlah pulak!

Haha..! Mustahil dan masakan Amin Sapiro dan rakan-rakan seperjuangan dapat ditipu dengan “wang dan kekayaan” supaya lari dari menceritakan yang benar!! Jika tidak masakan ‘geng’ kami sanggup jadi “Ahli UMNO atas Pagar Berduri”. Bukan ganjaran imbuhan kontrak dan pangkat menteri yang kami cari. DS Anwar di Sg. Buloh, tetapi rakyat masih anggap beliau masih “Timbalan Perdana Menteri bakal Perdana Menteri”. Itulah contoh perjuangan menegakkan kebenaran. Tahuilah kalian, setelah harapan rakyat menjadi kenyataan, baru kami berhenti dari ‘menyerang’…(Adam Hamid salah seorang dari beribu yang kami wakilkan ke Perhimpunan)!!

Mahathir Main Sembunyi “Keling Silap Mata”

Rata-rata, makin nampak semangat ketulusan terpancar di kalangan sebahagian besar wakil yang berucap. Mereka bukan lagi menegur sebaliknya menyindir tajam bagai “menyeranah” Mahathir manusia berwajah insan tetapi bernafsu syaitan. “Boooo..!!” tiba-tiba jadi budaya baru UMNO yang sukar ditegah-larang!! Ini berbeda jauh dari keadaan dulu. Cubalah larang…!! Pasti akan berduyun-duyun mereka keluar Dewan. Agensi Berita Asing dan tempatan memang lapar dengan berita perkembangan Perhimpunan.

Makin banyak kebencian yang tersembunyi terhadap pucuk pimpinan parti dan sekongkongkol yang berkonspirasi (yang dikenal pasti) telah diserang. Perwakilan seolah-olah sudah lama tahu bahawa Mahathir dan Timbalannya, Abdullah Badawi memang mahu main sembunyi-sembunyi di sebalik pelbagai alasan yang tidak masuk akal. Tetapi, selama mana cuba nak main wayang atau cakap macam “keling mabok” drama Tamil IIlam!!??

Mereka berdua ditegur secara terbuka (lazimnya memang secara berkias). Kali ini Mahathir dan Abdullah telah ditonjol pada “dahi” dan hidung. Majlis Tertinggi (MT) telah disifatkan seolah-olah “pondan siam” oleh pembahas. Gelaran “kakak tua” betul-betul memalukan mereka yang ‘terkena’. Mahathir makin nampak bawa permainan “sembunyi-sembunyi” selama ini mensahihkan beliau betul-betul macam “Keling Silap Mata”. Sekarang jangan cuba pakai lagi. Nampak Mahathir lebih banyak membelek-belek fail dari mendengar taklimat “keramat” Perwakilan yang sudah muak dan bosan!! Tafsirkanlah suasana, nilai diri dan maruah seoarang bersgelar ketua!! Memang ‘HAPRAK’, kan?

Mahathir Wajib Baca Hati Rakyat

Tradisi dan budaya “Yes-man Kakak tua” Barisan MT diselar tidak tersisa. Mereka diejek dan diperlekeh. Suatu penghinaan pastinya. Mereka dianggap kelompok “muka-muka pondan” yang tidak ‘berpelir’ dan ‘berkote’, takut menyanggah karenah pihak tertentu (maksudnya Mahathir dan Dolah Bedawi). Hingga, keadaan UMNO yang telah parah, menyebabkan UMNO kalah teruk dan wajar ditakrif sebagai “terlongkop”. Walaupun ada pihak Kroni yang siang-siang diarah berucap secara “defensif’ menyebelahi karenah ‘puaka’ kedua-dua mereka, tetapi nampaknya ditenggelamkan oleh “Booooo.. dan piraaaaahhhh…!!” (ada yang bercakap sendiri mengeluarkan kata-kata lucah). Mahathir dan Dollah jadi gelabah.

Semua sedar bahawa UMNO sudah ‘tergadai-terlelong’ oleh Mahathir kepada parti komponen. Kemenangan yang lalu bukan sesuatu yang membanggakan. Tak ubah kata bidalan, “menang sorak kampug tergadai”, “rumah sudah pahat berbunyi”..!! UMNO telah dijadikan pertaruhan, dan amanah orang telah dicagarkan. Jika inilah peradaban pemimpin UMNO, tidak akan ada sebiji mata dikalangan orang Melayu akan meletakkan UMNO ditempat asal. “Berpatah galahlah UMNO, dan berdayung lenganlah ke tepian”. Silap nasib tak baik, belum tiba ditebing, kaki sudah disambar buaya lapar. Dengan itu, negara, bangsa dan ugama akan hilang dari dalam tangan. Mahathir dan sekongkol akan tepuk punggung dan terbang ke negara lain yang ditempa siang-siang untuk bermastautin!!

Rata-rata, mood “kegeraman” di kalangan pemimpin Pertengahan UMNO makin galak menyentuh isu “konsep parti menguasai kerajaan”. Tetapi, dengan tak secara langsung mereka menyindir Mahathir PUKIMAK dengan kasar tanpa sopan. Ada yang berkata, “Jangan jadikan jawatan dan kedudukan untuk berlagak hingga dikata orang kita ni ‘Diktator’.. Malulah sikit muka. Padankanlah sikit diri dengan semangat dan perjuangan UMNO. Jika UMNO tumbang, terimalah nasib dihumbankan kemana orang suka!! Waktu itu UMNO tak ada ‘power’ nak pertahankan nasib ‘awak’; sebab semuanya mesti dilaksanakan “by the rule of Law’..!! Sendiri cakap sendiri mesti bertanggungjawap. Jika tidak ,mana muka mau tarok?”.

Memang pedas membahang siapa yang terkena percikan. Menyinga panas bagai bara api dicucuh ke lubang telinga. Reaksi perhimpunan berobah suasana dari yang diwarwarkan dengan “BOOOOOOO…..!!” dan ejekan. “Padan mukaaaaaaa….!!” Menggeliat Mahathir, Dolah Bedawi dan Rafidah kena sondol. Berpeluh ‘Mamak’ Ninam Shah walaupun air-cond PWTC ditahap maksimum!!

Hahah…masakan cerita ini akan tertulis di Utusan Meloya dan akhbar seangkatan dengannya. Atau TV 3-suku yang masih menipu rakyat dan dunia. Kan malu kalau orang tau!!

Perhimpunan Pembangkang

Jika ada pihak penulis upahan si pemimpin UMNO di Utusan Malaysia, Berita Harian dan NST cuba mentafsirkan kehebatan Mahathir sebagai President dan Dollah sebagai Timbalan, atau mewarwarkan Perhimpunan UMNO kali ini besar signifikannya; yang sebenarnya itu adalah agenda PEMBOHONGAN bertujuan untuk melindungi kekecundangan seluruh kepimpinan UMNO dan UMNO sebagai sebuah parti.

Perwakilan makin nampak memberi kepastian: jika Mahathir tidak UNDOR dan UMNO tidak sanggup membuat keputusan selari dengan kehendak dan tuntutan orang Melayu – dalam tempoh terdekat – bersebab dari kebosanan majoriti pemimpin UMNO bawahan, mereka terpaksa “membantu” UMNO menjadi PEMBANGKANG pada tahun 2004!! (satu sindiran tajam).

UMNO makin jelas tidak mampu menilai segala kelemahan dan kesilapan kerana gejala ‘kaki ampu’ disekeliling Mahathir terlalu takut, baghal dan bahlol amat!! Jika mereka bersungguh-sungguh menyatakan yang benar dengan menasihati Mahathir (bermula di peringkat awal pergolakan), mungkin UMNO berjaya dibendung dari gejala perpecahan. Malangnya, semua pihak terlalu PENGECUT dan mementingkan TEMBOLOK, hingga sekarang “nasi sudah menjadi bubor”..!! Telanlah sendiri!

Untuk berpatah kebelakang, majoriti pemimpin UMNO membayangkan satu syarat, iaitu “Singkirkan Mahathir dan kikis segala gejala yang dikutuk orang Malayu dan Rakyat”.

Tetapi masakan boleh dilakukan, kerana itu HANYA wujud di pihak parti Pembangkang. Dengan itu, tidak ada pilihan lain lagi – wajar berhijrah segolongan besar pemimpin dan penyokong UMNO ke pentas Pembangkang pula!!

Hikmah Besar Kearah “Kemusnahan”

Isu Presiden dan Timbalan “MENANG TANPA BERTANDING” ditafsirkan majoriti Perwakilan mengandungi hikmah besar kearah “kemusnahan masadepan UMNO”. Mereka ketawa besar! Masing-masing hairan betapa teruknya pucuk pimpinan UMNO dengan tafsiran ‘DEMOKRASI mereka’. Begitu juga, walaupun Perhimpunan dan pemilihan berlangsung tanpa sedikitpun UMNO bergolak, bak kata pepatah Melayu “Jangan sangka air tenang tak ada buaya”..!! Sebenarnya, perwakilan tidak ada pilihan, kerana semua calun mempunyai latarbelakang Rasuah, Mengeleweng, Jenayah, bermoral rendah dan berkarekter mudah ‘makan ugut’ oleh pihak atasan parti!! Pilih yang mana pun, begitulah warna dan coraknya.

Apa yang hendak dikesalkan – Datuk Seri Presiden, Timbalan dan Menteri Kewangan, Ketua WANITA dan semua ‘orang besar-besar’; kesemua mereka adalah “sampah masyarkat” yang mendukung prinsip “iblis” yang Maha hina lagi menghinakan!! Merekalah yang akan membawa UMNO kearah kehancuran!! Bagai Luncai, biarkan mereka “terjun dengan labu-labunya..!”.. Hehehe…BIARKAN..!.. BIARKAN..!.. BIARKAN..!.. si polan!!

Konsep Presiden dan Timbalan Presiden MENANG tanpa bertanding itu telah menjadi bahan ketawa dan cemuhan semua pihak (termasuk beberpa pihak dalam UMNO sendiri). Kemunculan semula Najib Razak, Muhammad Mohd. Taib dan Muhyiddin Yassin sebagai regu-bertiga Naib Presiden gandingan 1993; tidak bermakna mereka adalah orang yang terlepas dari gejala Rasuah, Menyeleweng, bermoral rendah dan berkarekter mudah diugut’ oleh pihak atasan. Hakikat sebenar, kerana semata-mata perwakilan “tidak ada pilihan”. Oleh itu pilih sajalah yang mana-mana asalkan mereka berhidung dan berwajah macam ‘manusia’.

Hematnya, dalam kelompok manusia “bermata satu”, kalau ada yang ‘bermata satu setengah seperdua”, pilih sajalah asalkan mereka “tidak buta”. Nak harap yang ‘dua mata dan dua telinga’, terpaksalah berpindah ke pihak Pembangkang saja.

Bukan “Keramat” Lagi

Penerimaan baik Dr. Mahathir keatas Naib Presiden “regu-bertiga” itu, sekali lagi adalah ‘pembohongan’ beliau semata-mata. Mahathir sendiri ada “orangnya” sendiri. Walapun ramai pemerhati melihat gandingan tersebut sebagai yang terbaik untuk membantu pucuk pimpinan, tetapi seluruh UMNO nampak segala ‘taik yang dihurung langau hijau’ satu badan mereka akan memberi rasional bahawa UMNO sudah tidak ada orang yang berwibawa, bersih untuk dijadikan sebagai teladan. Kerana, Mahathir ada agendanya. Dia tak akan peduli saiapa. Logiknya, UMNO sebagai sebuah parti, MUSTAHIL mampu bertahan menghadapi masa hadapan dengan sikap dan karenah Mahathir yang berencana hina. Ia juga satu alamat jelas bahawa UMNO sedang meluncur ke satu gaung “yang amat dalam dan menghancurkan”. Cuma Mahathir yang akan ketawa.

Gandingan regu-bertiga itu akan terus menerus melunturkan keyakinan masyarakat Melayu bahawa keseluruhan UMNO sebagai sebuah parti, tidak lagi punya imej yang konstruktif kepada parti. Pembangkang Melayu makin mudah memberi hujah dan penilaian “apa sudah jadi kepada UMNO”!! Isyarat yang nampak adalah jelas bahawa Perwakilan tidak ada minat terhadap UMNO lagi. Kalau UMNO “Barua(a)” nak punah-ranahpun tidak ada siapa yang rugi!

Walapun dari segi struktur, UMNO lengkap dengan “office bearers” dan ada sejarah ‘murni’ kononnya, tetapi yang penting dan lebih utama bagi pengundi dalam Pilihanraya ke-11 ialah kualiti pemimpin dan calun-calun wakil rakyat. Nama “UMNO” sebagai sebuah parti BUKAN suatu yang “keramat” lagi!! Pembangkang adalah pilihan yang ‘hak’ direstui rakyat!!

Perhimpunan Tidak Ada “Engsang”

Pengundi sekarang sudah cukup arif dan matang. Pilihanraya ke-10 dan apa yang berlaku setelah UMNO/BN menang, dan betapa busuknya karenah regim Mahathir terhadap rakyat dan orang Melayu, TELAH menyebabkan UMNO/BN tidak ada guna dalam konteks integrasi nasional. Mahathir dan sekongkolnya makin nampak lebih rakus, pelahap, ganas, ZALIM dan cuba mengadu-domba dan lari dari Kebenaran UNDANG-UNDANG.

Mahathir makin berleluasa melaksanakan agendanya. Sementara itu, makin jelas pula kekejaman beliau terhadap rakyat. Hak Asasi rakyat makin dihakis dan dimusnahkan. Pelbagai peraturan yang bukan-bukan digubal dan hak serta kepentingan rakyat makin tidak dipedulikan. Malangnya, tidak ada sebarang ‘dengus’ dari puak UMNO untuk menyuarakan bantahan, apatahlagi untuk “membangkang”. KEDAYUSAN puak pemimpin UMNO diperingkat Pertengahan, walaupun ada seorang berdua yang cuba bersuara, telah ditenggelam dan ditekan oleh pucuk pimpinan dan sekogkolnya.

Barisan kemimpinan UMNO tidak lagi wujud tanda-tanda progresif menyuarakan aspirasi, bukan saja rakyat, malah ahli-ahli. UMNO tidak lagi mampu mencerminkan aspirasi Perwakilan yang (ada juga yang waras) dan rakyat banyak. Majoriti mereka sudah hilang rangsang terhadap UMNO keseuruhannya!!

Dalam keadaan yang ada, melaunglah kalian (konnnya) “semaikanlah budaya kritikan berkualiti dan konstruktif dalam forum seperti MT”. Namun Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda, kesemua mereka itu adalah muka-muka ‘DAYUS’ yang cuma meladani kepentingan diri untuk dijaga.

Fikirkanlah: Adakah muka-muka seperti Rafidah Aziz tepat untuk diletakkan harapan, atau Mohmmad Mohd Taib hendak diketengahkan; atau Najib – sebagai misalan? Mereka pasti akan dihantui oleh nasib menimpa Anwar. Padahal “Anwar lebih bersih, berkarisma dan bukan calang-calang”. PUN masih di KONSPIRASIKAN!!

(bersambung)

PS; Analisis selanjutnya akan memaparkan tafsiran perhimpunan terhadap masadepan UMNO yang terumbang-ambing. UMNO sendiri yang memberi Pembangkang suatu tahap keyakinan.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com