Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SOROTAN BEBERAPA DIMENSI KEARAH KEHANCURAN UMNO “BARU(A)..!! (BAH.2)

Rafidah Bantu Tumbangkan UMNO

Kejayaan Rafidah yang menang ‘kulit bawang’ menewaskan Zaharah adalah petanda ‘silent protes’ yang wajib dibaca bahawa Rafidah tidak diterima oleh WANITA. Semua orang tahu, Mahathir memainkan peranan besar dalam siri kempen menyokong Rafidah bagi kepentingan agendanya. Mahathir dan sekongkolnya patut nampak bahawa Rafidah sebagai pilihannya tidak dihormati. Sekaligus bermakna bahawa Rafidah telah gagal dari mula untuk meletakkan WANITA ketahap yang bermakna. Itu adalah petanda bahawa WANITA dan Mahathir sudah kehilangan peranan meningkatkan kewibawaan UMNO ketahap sewajarnya.

Isu kekalahan tipis Siti Zaharah tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja lebih-lebih lagi dengan wujudnya pelbagai macam ejekan liar yang tidak pernah didengar dulu, TETAPI mengandungi makna jelas. Kedudukan Rafidah dan Naib Ketuanya, Datuk Shahrizat Jalil mungkin merasa selesa dan membanggakan. Tetapi jawatan saja bukan sesuatu petada populariti mereka. Pengundi dan para ‘gurkha’ dibawah adalah mereka yang sebenarnya lebih berusaha.

Kedudukan Rafidah dan Timbalannya sudah jelas tidak mampu melakukan penyatuan semula sayap Wanita dalam waktu yang singkat. Pengalaman menunjukkan kesemua calon wanita yang bertanding ke jawatan MKT kecundang. Bermakna tanggapan kaum bapa dalam UMNO memberi petanda bahawa wanita sukar diletakkan untuk memberi input yang mampu melawan karenah pucuk pimpinan yang beragenda tersembunyi. Sebaliknya, merekalah pengampu paling kuat dan hina!!

Dalam sesi perbicaraan MKT pada 3 September 1998, masih terdengar Rafidah ‘berceridau’ bagai murai cabut ekor. Pertelingkahan ‘betina’ celupar ini dengan Setiausaha Amerika di suatu sesi antarabangsa di Kuala Lumpur menunjunkkan gelagat wanita kalau terhimpit dan terdesak.

Berbanding dengan KeADILan, contohnya: DS Wan Azizah adalah pioneer yang mampu menjuarai partinya. Keterbukaan ini telah membuka minda ramai orang termasuk pemimpin dan penyokong UMNO. Mungkin Mahathir kebingungan sekarang. Mungkin juga beliau merasa bahang melakukan satu kesilapan besar kerana ‘backing the wrong horse..!!”. Hancur UMNO!

Marapatkan Barisan Semula

Tugas terpenting merapatkan semua barisan dalam UMNO ternyata lebih sukar dari menarik rambut dalam tepung. Walaupun kononnya dasar “tidak mempertandingkan” jawatan tertentu akan mengelakkan dari “perpecahan”, hakikatnya itulah satu-satu gejala yang merobek UMNO hingga berkecai bagai perca dimamah lembu! Pemimpin Pertengahan dalam UMNO tahu bahawa dasar dan falsafah Mahathir itu cuma untuk melindungi beliau dari kecundang.

Pergerakan Pemuda merasa bahangnya. Hishammuddin “pundan terulung” Pemuda UMNO memenangi kerusi tanpa bertanding. Sementara hakikat itu telah meletakkan Ketua Pemuda ini sebagai ‘abdi’ bagi menjilat Presiden. Jika Timbalan boleh menang besar dengan maruah terawas sempurna, sekaligus kedudukan Ketua Pemuda upama “lembu pawah” guna menarik pedati sarat berisi taik tuannya. Hilang maruah, hilang ranggah!

Barisan exco Pemuda tidak diyakini untuk diharap membantu keadaan yang makin jelas berkecamok dalam UMNO. Falsafah “Pemuda Singa UMNO” sekaligus hilang tandas tidak lagi mampu untuk dijadikan pergerak kepada parti amnya. Budaya “lesu” ini khusunya dalam konteks menarik golongan muda kedalam UMNO akan menjadi realiti. Mereka memang bebal dalam hal menarik golongan muda. Golongan ini makin peka apa jenis parti yang wajar disokong. Kedudukan UMNO yang TIDAK terbuka adalah bertentangan dengan prinsip ‘manusia terpelajar’ yang jadi peradaban golongan muda.

Kini UMNO ketandusan sandaran dan pelapis untuk menghadapi cabaran perkeliling yang makin membesar. “The hostile environment” itu makin sukar untuk diperendah-rendahkan. Jangan fikir Pembangkang seperti Barisan Alternatif membariskan budak-budak “kanyak kurang akal” seperti terdapat dalam PEMUDA UMNO. Mereka yang komited dalam Barisan Alternatif terbokti lebih wira dan perkasa. Kezaliman regim Mahathir memaksa mereka keluar masuk penjara dan lokap, dihadapkan dengan pelbagai fitnah dan maki seranah “si sewel tua” ini. Semua itu adalah perkara bisa. Pemuda UMNO hidup selesa sebagai pengampu dan pembodek tanpa menghayati prinsip “pemuda tiang bangsa”. Merekalah yang paling korup dan tenggelam punca!!

Seperti lazimnya, dalam UMNO mereka yang kalah berakhir dengan sikap ‘hostile’. Di situlah amalan UMNO, bermula; dan ke situlah penghujung jalan politik mereka. Prinsip dan amalan UMNO adalah jelek, iaitu ‘yang menang tidak mahu kalah; dan yang kalah tidak akan berpeluang menang lagi’. Jika itu berlaku juga, pasti akan berlaku sesuatu yang diluar dugaan. Perkara pertama: FITNAH dan Konspirasi akan dimulakan. Akhirnya, akan berlakulah persekongkolan dan tohmah mentohmah. Ultimatumnya, pasrah!!

UMNO Makin Gusar

Semangat bekerja dalam UMNO digerakkan oleh imbuhan dan wang. Inilah faktor yang mencanai minda hampir kesemua mereka. Semangat mereka tida sewaja mana. Semangat merapatkan semula barisan bukan priority mana-mana pihak setelah menerajui UMNO, iaitu “Cari ‘fulus’ dulu, tegapkan kedudukan diri”. Terakhir sekali, barulah fikirkan parti. Soal berjuang untuk parti, bangsa dan ugama itu tidak terlintas langsung dalam ingatan. Keadaan ini yang menyebabkan masa depan Melayu tidak akan selamat kerana hala tuju UMNO dan pemimpinnya semakin tidak berketentuan. UMNO hanya ‘bertuankan yang seorang’. Rakyat hanya umpama barang – untuk mainan!! Bila-bila masa akan diketepikan.

Realiti yang dihadapi UMNO makin jelas menggusarkan. Kedudukan Barisan Alternatif di kalangan rakyat makin terserlah. Rakyat makin pintar menelah, iaitu dari mereka bertungkus-lumus menyokong parti yng saling bertelagah dan banyak karenah (seperti UMNO), lebih selesa mereka meletakkan harapan dan amanah kepada sebuah parti yang “solid” dan mantap (Baisan Alternatif).

Pergelutan merebut jawatan sudah mula membayangi UMNO Bahagian menjelang tahun-tahun pemilihan yang akan datang. Sepak-terajang non-politik disemua peringkat, politiking memual dan membosankan memberi kesan sampingan terhadap dedikasi bekerja untuk parti dan bangsa. Bukan saja ini yang akan memusnahkan UMNO, malah keadaan itu tidak dapat lagi dikikis dari kepala hotak ‘siol-biol’ yang telah membudaya dalam UMNO. Hahaha… UMNO menyediakan laluan mudah untuk Barisan Aternatif!!

Harapan UMNO memenangi hati orang Melayu telah tertutup rapat. Perhimpunan UMNO yang telah diselesaika membawa dimensi yang sungguh luas dalam memporakperandakan UMNO sebagai sebuah parti peneraju Kerajaan. UMNO dan orang Melayu tidak sinonim lagi. Apalah gunanya “merajuk air diruang…”!

Umno Dalam Persekitaran Yang Memusuhinya Pengakuan Mahathir Mohamad bahawa Umno kini hidup dalam "hostile environment" tidak usah dikesalkan. Rakyat bukan saja menentang pemimpin yang “kurang ajar”, rakus dan rasuah; malah rakyat sudah sedar bahawa parti yang menerajui regim ini sudah “tidak boleh diharap” lagi!!

Mahathir yang berlakun drama sedih bercerita bertemu dengan lebih 400 pegawai tinggi kerajaan. Kemarahan merka terhadap si “sewel” itu, Regimnya dan UMNO sebagai parti menghalalkan yang munkar ada sebab-musababnya. Para mahasiwa tidak terubat cuma dengan biasiswa. Bermakna, UMNO sedang dipersimpangan. Keadaan yang berubah tidak akan menjamin kakitangan awam, media dan golongan akan melihat UMNO sebagai parti berwadah.

Semua ini membuktikan bahawa Pembangkang telah menyelami jantung-nadi Umno dan BN. Jangan tak tau, Pembangkang seperti pemimpin KeADILan adalah bekas penjawat UMNO dan kakitangan awam yang berpengalaman. Mereka serba tahu segala “trick of the trade” UMNO menangani Pembangkang dimasa lampau. Sekarang, “meja sedang dipusingkan”.

Sebab Sebenar Kerana “Anwar”

Mahu atau tidak, Mahathir dan UMNO harus mengakui bahawa kehilangan sokongan terhadap UMNO adalah berpunca dari karenah Mahathir terhadap Anwar. Walau selama ini Mahathir bermati-matian menyalahkan PAS atau siapa saja dalam alam ini (selain dirinya); namun hakikatnya: Mahathir adalah ‘puaka jembalang’ yang harus disingkirkan. Andainya Mahathir masih bertahan, pada tahun 2004, UMNO sendiri akan lihat bahawa lebih ramai orang UMNO akan berpaling tadah menikam UMNO dari belakang!!

Penggulungan Mahathir di Perhimpunan tidak mungkin berupaya mengambil hati atau memujuk kembali ahli-ahli Umno dan penyokong parti itu supaya kembali menyokong UMNO. Jangan harap orang Melayu akan bersatu semula menyokong UMNO. Rakyat sudah “hardened”, dan cabaran terhadap UMNO tidak lagi bergantung kepada samada regim ini akan mendera rakyat atau tidak. Rakyat sudah semakin insaf bahawa regim ini tidak pernah menepati janji setelah mereka menang.

Igauan dari kebiadapan dan keserakahan Ali Rustam, kecurangan dan kuku-besi Daim terhadap kontrator Melayu dan IKS, sifat “diktator” Mahathir hingga begitu ZALIM dan bermegah memecah undang-undang dan meletakkan diri mengatasi undang-undang, perlindungan terhdap perasuah dan penjenayah – tidak akan terubat dengan ancaman terhadap kakitangan awam. Keadaan yang telah menimbulkan rasa kurang senang pihak-pihak rakyat akan mengajar mereka.

Ancaman Dari Dalam.

Mahathir sendiri berhadapan dengan ancaman dari dalam. Perkara yang sedang bergolak dalam UMNO makin jelas. Keadaan dan perkelilingan dalam UMNO telah menjurus kearah perpecahan dalam UMNO sendiri. Doa Mahathir ditafsir berbeda dari “airmata buaya” yang dilihat orang pada tahun l996. Perpecahan di dalam UMNO begitu serius hingga menyatukan semula orang-orang Melayu bukan lagi suatu kemampuan UMNO, tetapi adalah resposibiliti Pembangkang Melayu!!

Jika Mahathir mengugut untuk bertindak memusnahkan kekuatan budaya kesetian kepada pemimpin (dimaksudkan terhadap Anwar), jawapnya “orang Melayu tidak sebodoh itu setia kepada pemimpin membuta tuli! Mahathir lebih lama dalam politik dari Anwar. Mengapa Anwar terkemuka? Seharusnya kesetiaan orang Melayu harus kepada Mahathir . Tetapi sebaliknya.

Bermakna, orang Melayu adalah rasional. Mereka dapat menilai antara pemimpin jenis ‘HAPRAK’ seperti Mahathir “laknatullah” dengan Anwar yang tersingkir kerana “Konspirasi”, aniaya dan Fitnah…!!”. Konsep Mahathir itu bermula dengan tanggapan yang salah. Tafsiran beliau terhadap orang Melayu menujukkan bahawa Mahathir tidak faham budibahasa dan pekerti orang Melayu. Kerana, zuriat Mahathir cuma secalit berdarah Melayu!!

Bagi orang Melayu, kesetiaan kepada parti bergantung kepada siapa peneraju. Ia akan dinilai atas hemah dan karenah mereka. Contoh yang lalu, Datuk Onn bin Jaafar adalah pegasas UMNO. Tetapi beliau tidak ada pengikut kerana “Party Negara” tidak sehaluan dengan kemahuan rakyat (walaupun Datuk Onn adalah pemimpin yang berhemah).

Peribadian Mahathir Bernajis “Mughallazah”

Sebaliknya, kini Mahathir bukan sahaja mempunyai keperibadian hingga rata-rata rakyat dan orang Melayu menggelarkan beliau dengan 1001 title. Malah Mahathir sendiri berbangga memperakukan dirinya “MahaFIRAUN”, “DIKTATOR” dan sebagainya. Tidak kurang yang menyumpah-seranah beliau dengan jolokan “Laknatullah”, “Bedebah”, “Jembalang tanah”, “MahaPUNDEK”, “Poddahhh..” dan berbagai-bagai lagi. UMNO pula sudah makin jelas hilang ‘wadah’ setelah jelas Mahathir menggunakannya sebagai platform untuk menghalalkan “Rasuah, Fitnah, Balas-dendam, Membolot kekayaan, Merampas hak asasi rakyat, merogoh kesejahteraan dan menipu rakyat, Membohong”..!! Inilah bokti kerasionalan orang Melayu, bukan ‘taksub’.

Pengaruh dan karisma Anwar memang masih kuat. Fikirkan ini: sebuah regim dan seluruh kekuatan pentadbiran regim ini cuba membunuh pengaruh Anwar, dan UMNO dengan seluruh jentera dan kelengkapan yang – ternyata tidak mampu memusnahkan pengaruh Anwar. Ini semata-mata berpunca dari “Kebenaran” yang ada dalam semangat perjuangan Anwar yang senada dan seirama dengan rakyat. Mahathir ‘membunuh’ Kebenaran itu.

Sebaliknya, Mahathir makin ternyata hilang cengkaman terhadap rakyat. Kehilangan Terengganu dan kemungkin beberapa lagi negeri di Semennjung (Kedah dan Pahang) bukan satu perkara yang mudah. Tetapi, kerana rakyat sudah tahu dan matang dengan perjuangan Anwar, maka Mahathir kini tidak lebih dari ‘sekor spesis tikus’ yang lemah dan akan pupus!! UMNO makin tenat!!

Strategi Pembangkang Melayu

UMNO tidak dapat mentauladani strategi dan kegigihan Pembangkang Melayu. Lebih-lebih lagi setelah melihat dan merasa UMNO makin hilang rasa ‘sayangkan rakyat’ dengan pelbagai tindakan mengancam kesejahteraan rakyat. Makin UMNO cuba mengetatkan pelbagaikan sekatan dan halangan, mengancam kebebasan rakyat, meningkatkan serangan dan membusukkan imej dengan menggunakan perkidmatan Polis dan jabatan Kehamin; selagi itulah UMNO/BN dipencilkan rakyat.

“The BLACK14” akan disertai oleh G5 dan G7 UMNO. Carilah mereka. Masakan semudah itu. Tetapi sebenarnya mereka ada “and just arround the corner” saja. Mahathir makin kehilangan taring. Kuasanya sudah luntur dan kewibawaan beliau sebagai presiden parti telah hancur.

Nyah Mahathir..NYAHKAN!!

Orang Melayu sudah putus dalam hati, bahawa kehidupan dan kesejahteraan mereka tidak semestinya perlu bergantung kepada UMNO. Untuk mengangkat maruah bangsa, kedaulatan tanahair dan ugama anutan mereka, UMNO sudah jadi semacam petualng yang merintang. Mahathir juga bukanlah dikelaskan sebagai pemimpin yang berhemah walau mungkin UMNO mengagkat beliau sebagai ‘raja berdaulat’ yang wajib disembah!!

Nah..!! Sembahlah oleh kalian puak UMNO patung “puaka” itu, moga-moga kalian akan dibawanya ke “Neraka Jahanam” yang disediakannya.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com