Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


JANGAN HARAP MAHATHIR DAN ‘TEAM WAWASAN’ AKAN MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU! (BAH 1)

UMNO dengan “Bergu Bertiga”

Analoginya, Perhimpunan UMNO Mei 2000 dapat diumpamakan seperti sekumpulan anak-anak yang menangis menginginkan ‘pistol mainan’. Jika dengan memberi patung mainan itu, anak-anak akan berhenti meraung, berikan sajalah. Kalau mampu berikan ‘susu se botol’ dengan puting koson untuk nyonyot supaya mereka terus nyenyak tidur.

Apa yang disebut sebagai “Team Wawasan” dengan kemenangan regu “Najib Razak, Md. Tyson dan Muhyiddin” kununnya individu yang pernah terlibat rapat dengan DS Anwar satu masa dulu.

Ada pihak yang membuat tanggapan bahawa selain dari ‘Regu Bertiga’ itu, seramai 15 orang lagi ada mereka yang berhaluan sama mengagotai MKT UMNO. Bermakna, paling kurang 18 orang yang terkait dengan Anwar berada dalam MKT. Itu adalah assumpsi kununnya mencermin satu kekuatan untuk membela Anwar (kununnya) dan melemahkan Mahathir!! (Hahaha……!!)

Abdullah Bedawi, selaku Timbalan Presiden merangkap Timbalan Perdana Menteri telah mengimbaskan, malah seakan-akan meyakinkan Perwakilan dan pemimpin UMNO Pertengahan bahawa “team” itu adalah dibawah ‘Pengurus’ yang baru. Maksudnya, jika dulu ‘team’ itu diurus-selia oleh DS Anwar; kali ini oleh Abdullah Bedawi pula. Abdullah mengakui beliau pernah tidak sefahaman dengan Mahathir. Dengan itu, beliau adalah ‘neutral’ dan tidak di “Habibie” Mahathir. Seolah-olah, UMNO akan berubah menjadi sebuah parti yang menurut kemahuan rakyat – sehaluan dengan apa yang diwariskan Anwar selama ini. (Hahaha……!!)

Sewaktu Abdullah Bedawi melafazkan ikrar janggal itu, seluruh Dewan 2500 perwakilan bertepuk hebat. Memang jelas nampak wujud satu suasana yang amat menggembirakan. ‘Mood’ kepuasan terpancar diwajah masing-masing, seolah-olah semangat Anwar kembali wujud dalam UMNO. Dr. Mahathir tersenyum memerhatikan suasana rioh-rendah perwakilan. (Hahaha!! Petanda agenda beliau mengena).

Yang Arif Saja Mampu Berfikir

Senyuman bagi Mahathir seringkali memberi makna. Beliau mentafsirkan bahawa Perwakilan, para Pemimpin UMNO dan penyokong telah mendapat kepuasan. Hematnya, walaupun Anwar disingkirkan (oleh beliau secara paling hina hingga menimbulkan kemarahan majoriti UMNO) namun dengan kehadiran ‘team’ pro-Anwar bermakna sekarang beliau sedikit sebanyak telah dimaafkan. Kehadiran ‘team wawasan” itu seolah-olah akan ‘menyekat’ sikap “keterlaluan” Mahathir. Memang itulah ‘random mood’ majority orang-orang UMNO dan orang Melayu setakat ini, iaitu mahu supaya karenah Mahathir diredakan (lebih jauh disekat).

Senyum Mahathir Ada Makna

Dr. Mahathir tersenyum dengan senyuman yang tidak segembira sewajarnya (suatu lakuanan yang mengandungi 1000 makna). Perwakilan nampak puashati kununnya Mahathir sedang mendapat tentangan dengan kehadiran tiga (3) orang Naib Presiden yang kununnya bekas rakan Anwar. Harapan mereka di Perhimpunan Itu membayangkan satu kepuasan berarus “kemenangan”. Kununnta, UMNO kini mendapat “team pelapis” bakal memperjuangkan nasib Anwar (Mat Jenin memang terkenal dengan berangan-angan).

Dalam satu nafas, Mahathir dengan SENGAJA menyebut bahawa ‘team’ itu bukanlah cadangan beliau, jauh sekali dari tajaan beliau. Kemenangan mereka tidak ada kena mengena dengan cadangan, rancangan dan sokongan beliau. (Hehehe…lidah biawak mana yang tidak bercabang?)

Spontan, tepukan gemuruh menggema seluruh Dewan. Dr. Mahathir dapat membaca bahawa mood perwakilan UMNO memang kuat menyokong Anwar. Bagi Mahathir tidak menjadi hal. Beliau seolah-olah melihat kemenangan “team wawasan” itu memberi semacam petanda bahawa beliau (Mahathir) dipihak yang lemah sekarang (kerana wujud kelompok penentang beliau dalam MKT). Realitinya, beliau masih Presiden dan rancangan beliau memang sengaja bertujuan melegakan keadaan.

Bila Abdullah Bedawi, selaku Timbalan Presiden sewaktu berucap berkata bahawa beliau sekarang menjadi ‘pengurus’ baru ‘team’ itu (atas sifat beliau pernah tersisih dari UMNO); tepukan gemuruh terdengar lagi. Sekali lagi Dr. Mahathir tersenyum ‘senget’ – suatu ukiran senyum yang tidak segembira yang harapkan (memang bijak Mahathir melakunkan drama Tamil Illam).

Terdengar pula desas-desus kununnya ‘team’ itu peranah melafaz ikrar (sesama mereka dua bulan dulu di Melaka?) untuk berpadu membentuk satu ‘team wawasan’. Jumlah individu yang sedehana besar akanmemberi kesan. Dengan sokongan Abdullah Bedawi, mereka telah merayau memujuk Bahagian-bahagian UMNO supaya menyokong ‘pakatan’ itu. Kononnya, tujuan mereka ialah untuk mewujudkan satu ‘team’ untuk melemahkan sikap keterlaluan Dr. Mahathir. Justeru itu, perwakilan yang datang ke perhimpunan Mei 2000 seolah mendapat semacam harapan dan ‘rangsangan’ (tetapi tidak keterlaluan hingga membawa cadangan menyingkir dan menggulingkan Mahathir).

Mudah Terpukau

Adalah menjadi satu kenyatan bahawa: Dalam politik, “pukau-memukau” audience adalah suatu kebijaksanaan untuk survival. Memberi keyakinan ala drama “Tamil” juga besar maknanya. Dalam konteks ini, Dr. Mahathir boleh dikatakan “pakar”. Jika tidak, masakan selama lebih 18 tahun kedudukan beliau tidak sedemikian tergugat.

Bermula dengan TS Musa Hitam hingga tiga orang Timbalan Perdana Menteri telah ‘dibuang’nya dengan cara beliau tersendiri. Walaupun ada pergolakan, tetapi kedudukan Mahathir secara umum masih dikatakan mantap, tidak jelas tergugat sangat. Mahathir tidak pedulu utuk beliau. Yang penting bagi beliau ialah, “I am still the Prime Minister as well as the UMNO President..!!”. Kuasa beliau masih mutlak dengan 1001 prerogatives!!

Tetapi kali ini, dengan pembuangan DS Anwar, keadaan benar-benar telah memberi Mahathir “kata dua”. Kerana Mahathir berdegil tidak mahu UNDOR, Mahathir tetap utuh sementara UMNO/BN telah mulai menjadi mangsa dengan pelbagai hambatan.

Diakhir-akhir ini, UMNO khususnya, sebagai tulang belakang BN memang nampak ‘ger-ger’, bergolak hebat dengan majoriti penyokong “berantakan”. Walaupun dengan mempurukkan Anwar dipenjara, diaib dimahkamah dan dibelasah; namun pengaruh Anwar dalam masyarakat Melayu dan UMNO masih jelas seperti biasa. Malah, boleh dikatakan, Mahathir sendiri merasa dirinya dalam keadaan serba salah, semakin sulit untuk memegang tampuk kuasa dengan selesa. Pengaruh dan serangan Parti Pembangkang makin meningkat. Rakyat makin nampak menyebelahi mereka. UMNO kehilangan banyak penyokong.

Anwar Jadi Punca

Dua tahun berlalu, nampak Mahathir hampir-hampir kecundang sendirian. Dalam menangani masalah ekoran dari ‘pembuangan’ Anwar itu, hingga kini keadaan menunjukkan bahawa “Anwar masih menghantui UMNO” sementara “Mahathir hampir-hampir dikafankan politiknya”.

Alasan kejatuhan UMNO/BN kerana PAS dan berpecahan orang Melayu, adalah suatu ‘momokan’ bohong. Isu Anwar adalah penyebab utama. Desas-dedus dikalangan pemimpin UMNO menyebut Mahathir telah membuat pengakuan.

Kedudukan UMNO sebagai sebuah parti kian hilang daya. Yang paling melemaskan Mahathir dan beberapa puak dalam UMNO dan komponen BN ialah: sokongan kaum bukan Melayu terhadap Pembangkang sudah mulai menggugat MCA, MIC dan GERAKAN. Jika dulu PAS adalah musuh utama Mahathir, tetapi sekarang KeADILan dengan parti sekutu dalam Barisan Alternatif makin ketara mendapat sokongan rakyat.

Yang paling merisaukan Mahathir dan sekongkolnya, pemimpin UMNO peringkat Pertengahan yang ada telah menunjukkan bahawa mereka tidak ragu-ragu lagi meninggalkan UMNO jika UMNO tidak sanggup merobah cara, sikap dan haluan.

Pilihanraya ke-10 adalah menifestasi yang tidak boleh dipandang remeh dan rengan. Kejatuhan protégé Mahathir di Terangganu dan Kelantan; kesengitan cabaran dan penentangan yang cukup ketara terhadap UMNO/BN di Kedah, Perlis dan Pahang dan beberapa negeri lain (selain Johor, Melaka dan N. Sembilan) memberi bayangan bahawa UMNO/BN akan kecundang lebih dahsyat lagi dalam P/raya ke-11.

Mahathir adalah objek dan personaliti yang menjadi kebencian rakyat. Seperti yang terjelas dari Perhimpunan terbaru itu, Mahathir dan seluruh UMNO membayangkan keresahan yang amat sangat dengan gejolak golongan pengundi muda, terpelajar dan berminda terbuka menyebelahi Pembangakang. Rata-rata mereka tidak menaruh minat sedikitpun terhadap UMNO dan BN. Jumlah mereka ditaksir sekitar 1.6 juta. Jika mereka tidak memilih UMNO/BN, pasti jumlah sebesar itu akan meletak parti ini ke “petak Pembangkang” dalam p/raya ke-11.

Dengan mood yang makin nampak (pertama kali dalam sejarah negara ini) kaum bukan Melayu/bukan Islam kian gigih mulai memahami ‘pentadbiran Islam’ di Kelantan dan Terengganu. Mereka mulai dapat menerima konsep pentadbiran Islam (dalam konteks ideolgi politik dan kedudukan PAS dan parti komponen Barisan Alternati). Kesannya Barisan Alternatif dan PAS makin mendapat sokongan pengundi bukan Melayu/bukan Islam.

Itu adalah seperkara yang amat mencuriga dan menggelisah dan menggelabahkan Mahathir dan UMNO/BN.

“Carrot and Stick” Tidak Diendahkan

Mahathir sedar bahawa keadaan itu tidak boleh sekadar beliau lakukan dengan cara mengugut, mendera, menyekat; waima “memujuk” dengan wang dan rasuah, menjanjikan Rancangan Pembangunan atau apa juga ‘ombok-ombokan’ yang sedap didengar!!

Tuntutan orang Melayu semakin matang. Lebih jelas lagi, orang Melayu secara lantang menuntut dalam satu ‘continuum’ iaitu: “Buang Mahathir, kikis sekongkolnya, heret mereka yang bersalah ke mahkamah, bicarakan”. Orang Melayu mahu tengok dengan mata kepala “UMNO bersih” dari gejala “Rasuah, Penyelewengan, Kezaliman, dll”.

Menjelang pilihanraya akan datang (satu masa yang amat sengkat) mereka mahu lihat: “UMNO terbokti benar-benar meletakkan Islam ketahap yang sebenar”. Sementara itu, tuntutan supaya “Anwar yang diyakini orang Melayu TIDAK bersalah” hendaklah dibebaskan, diberi kedudukan seperti sebelumnya (reinstate) menerajui” politik negara seperti sebelum beliau “diaib-fitnahkan” oleh Mahathir!!

Hematnya, siri agenda tuntutan orang Melayu khasnya dan rakyat amnya itu memang sukar Mahathir melaksanakan. Pemimpin UMNO sendiri mahu ia dilaksanakan. Bermakna, lebih baik Mahathir gantung diri atau kelar leher sendiri dan hingga mati pendarahan!! Mungkin itu saja akan ada orang yang bersimpati kepadanya.

Mood sokongan majoriti dalam kepimpinan UMNO sendiri sudah menunjukan kecenderungan yang sama seperti rakyat banyak (jangan sebut Pembangkang). Jika keadaan tidak ditenangkan, walaupun Mahathir berhempas-pulas bersikap ‘nujum sangkamara’, merancang pelbagai ‘adu-domba’ dan cuba memberi 1001 alasan mengapa Anwar “patut disingkirkan”; pasti UMNO tidak akan mampu mempengaruhi penyokong supaya berbalik ke pangkal jalan menyokong UMNO!!

Pembangkang Makin Berwibawa

Tambahan pula, orang Melayu dan rakyat banyak sudah melihat bahawa Pembangkang Melayu dan gabungannya dalam Barisan Alternatif telah berjaya mengembalikan satu suasana politik tanahair yang diingini oleh rakyat. Mereka ternyata bersih dan amanah, menghayati peradaban dan peribadi yang mulia, jujur dan ikhlas, tidak bercakaran sesama sendiri, mantap dan berwibawa.

Contohnya: Rakyat telah mula memberi perakuan bahawa Pentadbiran PAS dibawah YAB TG Haji Nik Aziz di Kelantan dan YAB TG Haji Abdul Hadi di Terengganu telah mampu mentadbir negeri dengan berhemah dan amanah. Hutang beratus-ratu juta yang ditinggalkan oleh pemimpin UMNO/BN dulu telah mulai dijelaskan. Pembangunan “gila-gila” dimansuhkan, rakyat diberi kefahaman melaluim proses pembelajaran mengenai hala tuju dan penghayatan Islam dalam pentadbiran Kerajaan berbentuk Islam, dll.

Contoh yang ketara: Keptusan P/raya Kecil Sanggang memperlihatkan statistik sokogan kaum bukan Melayu/bukan Islam meningkat (peratusnya adalah rahsia). Sokongan orang Melayu tidak pula berkurangan.

Petanda seumpama itu harus dibaca oleh Mahathir, UMNO dan sekongkolnya dengan penelitian yang terperinci. Wajar diimbangi, dengan kehadiran pemimpin terkanan UMNO Pusat yang turun padang di Sanggang berkempen menabur 1001 janji dan hamburan wang berjuta bersekali dengan ‘jual janji’ Pembangunan dan hadiah tanah, dll; namun kelebihan undi majoriti yang diperolehi calun UMNO/BN itu amat mengecewakan.

Bermakna pengaruh UMNO/BN adalah lemah dan kesasaran, walaupun baru dua bulan dulu P/raya Umum dilaksanakan!!

(Bersambung)

PS: Kupasan rengkas ini adalah dengan input dari beberapa ‘moles’ dalam UMNO “Baru(a)” yang bermaklumat tepat. Mereka membocorkan ‘Agenda SULIT” ini kerana terlalu bosan dengan karenah, rencana dan agenda Mahathir dan sekongkolnya yang terang –terang menipu rakyat dan orang Melayu..!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com