Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SAMPAI BILA PENULIS RENCANAN AKHBAR ARUS PERDANA BERHENTI “MENJILAT BONTOT” TUAN MEREKA?

Bahagian 1

Sebuah rencana yang ditulis oleh seorang penulis upahan puak UMNO di Utusan Malaysia pada 23 Mei 200 berjudul “Betulkan keburukan di Jakarta dulu” memberi gambaran jelas niat hati penulis itu. Tulisan yang nampak sengaja bertujuan menyindir Amien Rais (Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia) itu sekalgus sengaja berniat jahat mengaitkan Reformasi di negara ini sebagai usaha mendiskredit perjuangan Reformis di sini. Hematnya, niat beliau itu wajar diulas secara terbuka.

Rencana “Turning Over “ Yang Gagal Sasaran

Penulis itu sengaja memberi tumpuan kepada kenyataan sdr. Amien Rais terhadap tindakan ‘tidak wajar’ regim Mahathir Mohammad ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sekaligus beliau (penulis upahan itu) membuat beberapa hujah yang meleret-meleret hingga menampakkan betapa rendahnya mutu minda beliau sebagai penulis sebuah rencana akhbar arus perdana UMNO dalam rangka ‘membodek’ “tuannya”. Beliau gagal memujuk untuk men”turning over” pemikiran rakyat. Itulah malangnya. Itulah maka rencana beliau tawar-hambar tidak ada sebarang hujah konkrit punya nilai apa-apa.

Rencana “turning over” penulis itu memang nampak sebagai usaha menyambung ulasan bengis yang diluahkan oleh Hamid Albar dan Rais Yatim – dua orang pengampu bertaraf menteri yang beragenda besar yang dibayar gaji dari wang rakyat oleh regim Mahathir. Malang lagi, dalam parti dan pentadbiran sebuah negara yang makin dikecam hebat oleh rakyat dan negara dunia, penulis itu tidak pula mampu mengutarakan hujah ‘turning over’ yang mantap dan punya daya.

Terbaru, ialah kecaman John Howard, Perdana Menteri Australia mengenai kezaliman keatas Anwar. Insiden terbaru membawa insiden bersahutan cakap antara Mahathir-Howard. Makin nampak ia berkesudahan sebagai satu pertelagahan peribadi di pihak Mahathir. Hamid Albar dan Rais Yatim cuba membalas kenyataan sdr. Amien Rais; mungkin dengan harapan sdr. Amien akan bersikap seperti Howard. Tetapi tidak pula nampaknya, kerana sdr. Amien ternyata tahu benar apa isu sebenar yang dihadapi oleh regim Mahathir yang sedang ‘tercekik’ ini. Mungkin beliau terfikir, “Biarkanah ayam sakit itu mati dengan sendirinya”.

Ramai pihak mentafsirkan bahawa isu yang disentuh Howard dan Amien Rais adalah membabitkan isu besar seperti ‘KEADILAN, KEZALIMAN, PERIKEMANUSIAAN DAN HAK ASASI MANUSIA’. Isu-isu itu ada isu pokok yang menjadi fokus universal dalam peradaban dan tamaddun manusia sejagat. Mereka tidak bertujuan mencampuri isu rumahtangga negara jiran.

Malangnya, penulis rencana itu membayangkan Mahathir-Hamid-Rais Yatim telah begitu bebal hingga menjadikan isu besar itu ditafsir penulis sebagai asas menyerang sdr. Amien Rais secara peribadi. Malah makin nampak penulis terlalu sensitifnya hingga membayangkan dasar regim Mahathir mengeheret negara ini kearah “Ostrich Policy” (burung Ostrich selalu menyendiri) di arena antarabangsa. Betapalah bangangnya pemimpin puak UMNO!!

Penulis itu pula sanggup menjadikan dirinya “tukang kipas” tuannya!! Mungkin harapannya mau supaya parti KeADILan akan dianggap orang sebagai parti yang mendapat ilham dari ‘agen-agen asing’. Memang regim Mahathir mudah menuduh dan memfitnah dengan menggunakan media yang dikuasainya, dan penulis upahan mereka rela walau diupah cuma sesuap nasi saja.

Reformasi Malaysia Bukan Impot

Penulis rencana upahan UMNO itu menyebut kononnya “sejak dahulu lagi, Amien yang dianggap jaguh reformasi Indonesia sememangnya telah lama berusaha untuk membawa gelombang itu ke Malaysia melalui pemimpin-pemimpin seperti Anwar”.

Kita hairan, bagaimana penulis ’kera sumbang’ itu boleh mengandaikan Reformasi yang berlaku di negara ini dibayangkan diimpot dari Indosesia (atau dari mana-mana sekalipun). Jika beliau ada mata dan otak dalam kepala, tentu beliau nampak bahawa Reformasi yang berlaku di negara ini adalah secara kebetulan hampir sama detik berlakunya dengan, bukan saja di Indonesia, malah dimana-mana.

Penelitian menunjukkan bahawa:

1) Reformasi di Malaysia berpunca dari faktor-faktor yang sama pada masa dan ketika yang sama dengan di Indonesia. Jika Soeharto melakukan “Kolusi, Korupsi dan Nepotisma” KKN; Zahid Hamidi (sekarang bertukar jadi belukang) pernah menonyoh hidung Mahathir (pada tahun 1976) bahawa regim Mahathir juga melakukan semacam KKN di Malaysia. Malangnya cuma berbeda pada sebutannya saja, iaitu Rasuah, Nepotisma dan Kronisma (RNK) tetapi perihalnya adalah sama!!

2) Karenah regim Mahathir membudyakan Rasuah, Nepotisma dan Kronisma (RNK) dalam jangka tempoh terlalu lama (sejak 15 tahun lebih – tempoh Mahathir menjadi PM) sebiji mirip Soeharto. Ini menyebabkan rakyat yang sudah muak dan bosan dengan budaya ini menyatakan keresahan hati mereka atas isu yang sama dengan Indonesia. Gegaran dari Krisis Kewangan di Malaysia dan Indonesia berlaku pada masa yang sama.

3) Urutan dari kerakusan kuasa Mahathir (seperti Soeharto juga) dengan melakukan kezaliman yang tidak ada tolok bandingnya, bukan saja kepada Datuk Seri Anwar malah kepada rakyat.

Segala-gala ini berlaku dalam kedua-dua buah negara terbabit: Indonesia dan Malaysia. Ia adalah satu fenomena kemanusiaan sejagat bersebab dari keadaan yang sama. Jika keadaan itu berlaku di ceruk dunia selain Indonesia, apakah penulis rencana itu akan mengatakan rakyat Malaysia mengimpot Reformasi dari negara tersebut juga? Nampaknya penulis itu kebuntuan hujah disini.

Jadi, dengan itu, apa jua kenyataan yang disebut oleh sdr. Amien Rais bukan saja tidak langsung releven untuk dikaitkan dengan kebangkitan gerakan reformasi di Malaysia, malah mengandai dan mengimbaskan seumpama itu juga adalah terlalu BANGANG!!

Gerakan reformasi yang berlaku di Malaysia adalah bersebab dari sikap regim Mahathir yang sama karenah dengan regim Soeharto. Kenyataan sdr. Amien Rais adalah berdasar faktor-faktor kemanusian – jauh sekali dari kewajaran penulis itu menuduh beliau kununnya ada hubungan/terkait dengan gerakan reformasi di Malaysia. Mengapalah beliau berhujah sebodoh itu!!

Pantas Membuat Perobahan

Dalam konteks ini, yang berbeda besar ialah, Indonesia pantas membuat perobahan. Soeharto pula lebih memikirkan kesejahteraan rakyat dengan berundor. Sebaliknya, regim Mahathir dan Mahathir sendiri bergerak seperti kura-kura. Mahathir sengaja melengah-lengahkan penyelesaian yang dituntut oleh rakyat kerana kepentingan beliau, anak-anak dan kroninya terlalu bertimbun dan kompleks.

Kerana itu Mahathir tidak ada pilihan selain dari melindungi Rasuah, Nepotisma dan Kronisma (RNK) dan menolak Reformasi – mungkin begitu sampai si tua ini mati. Contohnya, Perhimpunan UMNO Mei 2000 menampakan muka-muka bangsat yang ‘taik Rasuah’. Mahathir masih berlindung!!

Lihat sekarang siapa yang dilantik sebagai Ketua WANITA dan Naib Presiden partinya. Lihat juga, berapa puluh kali Mahathir menyebut akan berhenti dan undur, tetapi beliau terus memberi alasan yang tak masuk akal. Sebaliknya, Mahathir makin bersikap DIKTATOR dan beraja dihati bersultan dimata!! Kini sudah melarat cacing ke mata. Parti komponen BN seperti MCA sudah mengalami bahang kecundangan kaum Cina terhadap keserakahan BN yang menggila-gila.

Dengan itu, tuduhan penulis ‘serkap jarang’ itu melontarkan tuduhan kununnya “Amien yang dianggap jaguh reformasi Indonesia sememangnya telah lama berusaha untuk membawa gelombang itu ke Malaysia melalui pemimpin-pemimpin seperti Anwar” ADALAH umpama si penulis itu mengambil sikap seorang yang duduk dalam bilik gelap dan melontar batu ke langit. Akhirnya jatuh semula – bukan saja batu jatuh menimpa kepala penulis sendiri sebagai “hamba yang hina”, TETAPI kepala “tuannya” juga dipelengkung sama.

Penulis itu membuat serkap jarang, katanya, “Sdr. Amien Rais tidak pernah merasa gagal, kecewa atau menanti saat dan ketikanya untuk 'membalas dendam' terhadap Malaysia, kepada Mahathir”. Tetapi orang semua nampak gerakan Reformasi yang berlaku di Malaysia tidak ada hubungan, kepentingan dan kait-mengait dengan beliau (Sdr. Amien Rais).

Sebaliknya, yang benar-benar kecewa adalah rakyat negara ini; kerana Mahathir telah “berperang” dengan rakyat sendiri. Dan ini telah menarik perhatian seluruh dunia bertamaddun. Kerana Indonesia adalah sebuah pentadbiran yang bertamaddun (tidak se Feudal pentadbiran Mahathir); sebagai pemimpin yang rasional, sdr. Amien Rais (seperti mana-mana pemimpin dunia yang lain) sudah tentu akan menyentuh isu ‘KEADILAN, KEZALIMAN, PERIKEMANUSIAAN DAN HAK ASASI MANUSIA’ itu – lebih-lebih lagi beliau menerima tetamu kehormat dari sebuah negara jiran. Tetamu itu pula jelas memperjuangkan hak asasi rakyat.

Sekiranya pelawat itu adalah Mahathir, sdr. Amien Rais pasti tidak akan mengeluarkan kenyataan seperti itu. Beliau adalah seorang yang tahu menjaga maruah tetamu, tinggi hemah dan sopan; berbanding Mahathir yang semua orang tahu seorang ‘kepala batu’ (recalcitrant) dan bermulut celupur, ego dan tidak tahu menjaga maruah diri dan maruah rakyat dan negaranya.

Bagi sdr. Amien Rais, Indonesia ternyata mampu menyelesaikan masalah dalaman politik negara mereka secara paling tertib. Kini wujud sistem politik yang lebih teguh dan demokratik disana (selepas Soeharto tumbang). Malangnya Mahathir dan UMNO/BN masih terkial-kial bagai orang tua kehilangan tongkat; mencari-cari jalan mana yang harus diikut. Masakan regim Mahathir menemui jalan lurus kerana Mahathir sendiri menutup semua jalan yang ada!!

Isu Kezaliman Adalah Isu Kemanusian Sejagat

Puluhan negara-negara dunia ‘membelasah’ Mahathir dan kepimpinannya kerana karekter dan karenah beliau mengendalikan amanah rakyat tidak langsung mencerminkan apa yang disebut-sebut sebagai perjuangan membela nasib negara ke tiga. Apa yang nampak, lidah Mahathir bercabang banyak, cakap tak serupa bikin. Itu yang menjadi masalah besar.

Negara ASEAN adalah antara jiran terhampir yang merasa bahang dari keresahan rakyat negara ini yang ditekan, digugat dan dinafikan hak asasi mereka. Selama 30 tahun dibawah Soeharto, pengalaman mereka dikira masak; berbanding rakyat Malaysia selama 20 tahun. Walhal, beberapa negara ASEAN yang tunjang tidak mengamalkan dasar ‘menafikan kebebasan rakyat’ seburuk Mahathir lakukan kepada rakyatnya. Di Indonesia sekarang, rakyatnya sedang menikmati kebebsan itu.

Rakyat Malaysia sedang “dibungkus” oleh Mahathir dan regimnya dengan 1001 macam kekangan, hambatan dan ugutan. Lihat saja kebebasan persuratkhabaran yang sedang mengalami ancaman paling dahsyat. Tetapi di Indonesia, kerajaan mereka menggunakan akhbar sebagai saluran untuk mengetahui tuntutan rakyat. Mereka bebas berinteraksi dan berinformasi. Di Malaysia, rakyat diperbodohkan umpama jalan-sehala. Saban hari, yang didengar dan dibaca cuma apa Mahathir kata. Rungutan rakyat tidak menjadi panduan beliau membetulkan kesalahan beliau.

Akbar Indonesia adalah bersifat “ombudsmen”. Mereka bebas menyuarakan hasrat rakyat. Di Malaysia, Mahathir adalah panglima perang yang yang menggunakan senjata berat mengistiharkan perang dengan akhbar rakyat yang cuma bersenjatakan batang-batang pena. Itulah jenis demokrasi “Mahathir dan UMNO “Baru(a)”nya. Malangnya, penulis rencana itu sudah masuk kantung Mahathir juga – cuma ata upah seringgit dua. Walhal, implikasi tulisan beliau merosakkan minda dan wadah rakyat menitip keadilan dan menumbangkan kezaliman.

Maknanya, regim Mahathir lebih cenderung mengamalkan fikiran sempit dan ‘uncivilized’, walaupun ketamaddunan manusia menuntut supaya regim jenis ini dihapuskan saja.

Rakyat nampak, gerakan reformasi di negara ini jelas membayangkan bahawa ia tidak ada langsung kena mengena dengan kepentingan sdr. Amien Rais, John Howard atau Clinton walaupun mereka sebut perkataan menyokong gagasan rakyat itu sekalipun. Mereka sebut, sanggah atau bantah semata-mata kerana apa yang dilakukan Mahathir terang-terang menyentuh identiti ketamaddunan dan hak manusia sejagat. Mungkin Mahathir akan hanya disokong oleh PM parti Komunis China atau Yeltsin!! Tak taulah kita.

ASEAN Makin Bimbang

Negara ASEAN amat bimbang dengan perobahan sikap dan dasar regim Mahathir mengekang kebebasan rakyat yang wajar dilontarkan jauh-jauh. Apa yang dilakukan oleh Mahathir Mohammad sekarang adalah bertentangan dengan keterbukaan yang menjadi inti dasar sesebuah negara yang bertamaddun. Kerana perjuangan kearah itu terlihat diwujudkan oleh Anwar, maka dunia telah mentakrifkan beliau sebagai “Bapak Reformasi” rakyat di negara ini.

Kerana regim Mahathir sangat-sangat menekan “Reformasi” yang dibawa oleh Anwar (demi melindungi Rasuah, Nepotisma dan Kronisma regim Mahathir sendiri); maka Anwar dijadikan ‘tawanan politik’ dengan mensengajakan hukuman penjara jangka-panjang menggunakan siri Fitnah yang dihakimkan oleh senarai “hakim suruhan”; dengan Mahathir Mohammad sendiri sebagai dalang berdiri dibelakang tabir mengatur hukuman!

Wan Azizah Berjiwa Perjuangan

Tetapi, isteri DS Anwar: YB DS Wan Azizah Wan Ismail, berserta anak dan rakan Anwar yang menghayati perjuangan beliau, menyedari bahawa perjuangan Anwar bukan untuk diri. Maka, dunia yang melihat dan memahami telah tertarik untuk memberi sokongan padu.

Sementelah pula, Regim Mahathir makin nampak mencerut dan merogoh kebebasan rakyat dengan melakukan tindakan ‘balas dendam’ yang bukan-bukan (diluar perikemanusiaan). Sekaligus dunia bebas dan NGO antarabangsa (termasuk cendekiawan negara Islam) telah mencemuh regim ini. Mengapa penulis itu tidak menyentuh isu itu? Takut upah dikurangkan?

DS Wan Azizah menjadi “Ibu Reformasi”. Beliau menjadi setaraf dengan Corrie Aquino di Filipina dan juga “Ibu Demokrasi Myanmar”. Ini menyebabkan Mahathir jauh tertinggal kebelakang. Wan Azizah telah dicemburui oleh Mahathir!!

Perjuangan DS Wan Azizah dan seluruh parti komponen Barisan rakyat: BARISAN ALTERNATIF makin diminati pemimpin dunia melebihi populariti Mahathir yang kian merudum dan diperhinakan. Bukan setakat sdr. Amien Rais atau John Howard yang menghormati perjuangan Reformasi rakyat, malah seluruh dunia bermaddun akan menyambut kedatangan Wan Azizah, rakan-rakan Anwar yang menghayati perjuangan beliau menyambut dengan “hati terbuka”.

Malangnya Mahathir dilontarkan ke sudut saja!! Mungkin cuma dibela oleh penulis upahan seperti itu. Tinggal Mahathir dan jongos-jongosnya masih cuba memberi gambaran sebaliknya melalui penulis rencana upahan yang melambak di kaki lima.

Akhbar-akbar Melayu milik regim ini dan penulis rencana upahan mereka telah bermati-matian berbuih mulut cuba meyakinkan rakyat dan dunia bahawa kebangkitan Reformasi rakyat di Malaysia ada hasil dari bikinan ‘agen-agen asing’ yang kununnya cemburu dengan pembangunan Malaysia dibawah Mahathir. Malangnya rakyat sudah tahu sejak dua tahun ini bahawa Regim Mahathir sentiasa mengamalkan ‘turning over’. Tidak ada siapa yang meyakini hujah yang membosankan mereka.

Rakyat Malaysia yang terpelajar dan terdidik dengan sifat marhain menolak dakwaan Pembangunan yang menyebut bahawa bangunan tertinggi dalam dunia yang dicacakkan di Kula Lumpur, Tiang Telefon tertinggi di Malaysia, ‘Mahligai tercanggih RM200 juta untuk penginapan Mahathir dengan anak-anaknya”, Global Express – kapalterbang RM200 juta yang beli dengan ‘airmata rakyat’ waktu ekonomi negara dalam parah adalah PEMBANGUNAN, konon.

Tidakkah mereka tahu bahawa rakyat nampak Pembangunan oleh regim Mahathir ada udang sebalik batu. Konsep “10 percent” sebagai komisyen menjadi-jadi. Kes Telekom Malaysia adalah satu contoh yang sedang ditutup rapi, walaupun Jepun sendiri mendedahkannya. Malu besar, orang luar mendedahkan kebusukan regim ini!! Apa macam penulis upahan? Nak bela juga lagi?

Rakyat (termasuk UMNO sendiri) menolak Demokrasi ala Mahathir yang mempastikan beliau ‘menang tanpa bertanding’ sebagai Presiden parti. Mahathir menyokong dan melindungi pemimpin parti yang rasuah untuk dijadikan talibarut yang diupah untuk mengakat martabatnya yang sudah terpuruk. Itu, adalah antara rungutan rakyat yang saban hari bergejolak hebat. Penulis itu tidak berhujah mendedahkannya. Mengapa begitu bacol dan dungu sangat?

(Bersambung)

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com