Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SAMPAI BILA PENULIS RENCANA AKHBAR ARUS PERDANA BERHENTI “MENJILAT BONTOT” TUAN MEREKA? (2)

Bahagian 2

REFORMASI Makin Dihayati Rakyat

Seperkara yang sangat dihargai oleh rakyat terhadap DS Wan Azizah ialah kesungguhan beliau dan rakan-rakan berhadapan dan menerangkan perjuangan rakyat negara kepada pemimpin-pemimpin Indonesia termasuk Amien Rais dalam satu majlis di Masjid Al Azhar, Jakarta.

Satu masa dulu Mahathir juga adalah bersikap sama; dengan mendedahkan kebusukan UMNO diluar negara kerana beliau dibuang oleh UMNOn beliau dicap sebagai “Ultra”. Dengan itu, tindakan Wan Azizah tidak salah.

Menegakkan kebenaran yang dituntut rakyat, sebagai Pembangkang adalah tanggungjawap beliau. Beliau telah berusaha keras menelanjangi karenah busuk dan menjijikkan yang dilakukan oleh puak Mahathir, yang makin meresahkan rakyat.

Alhamdulillah, gambaran demokrasi ala Mahathir dan tentangan Barisan Alternatif terhadap regim Mahathir telah mendapat sokongan moral dari pihak negara jiran seperti Indonesia. Mereka cuma setakat ingin mempelajari pelaksanaan reformasi ala Malaysia dan bentuk demokrasi Mahathir di negara ini. Sebagai jiran, mereka bukan mahu campurtangan, tetapi lebih bermaksud ingin mengetahui ‘suka-duka’ jiran – sebagai silaturahim!!

Malangnya, akhar-akhbar di Malaysia telah diarah memberi gambaran yang “parah” mengenai lawatan itu. Terfitnahlah sdr. Amien Rais kununnya mulai “menaburkan 'dendam kesumat' yang selama ini terpendam di hatinya”. Rakyat negara ini ketawa besar melihat gelabah pemimpin regim Mahathir kerana terasa pedas cili api yang ditumbuk lumat-lumat oleh DS Wan Azizah sebagai “sambal pedas” untuk sumbatkan kemulut Mahathir dan pemimpin regimnya. Terlolong-longlah kalian!!

Namun, rakyat merasa cukup bangga kerana perjuangan mereka makin jelas diterima negara jiran ASEAN dan dunia. Hanya Mahathir yang makin tersepit dan malu besar. Nasib “kau” lah, Mahathir oiiiii….!!

Dunia Pula Di Fitnah Oleh Mahathir

Dalam proses “menegakkan benang basah”; regim ini dan akhbar-akhbar sekongkol Mahathir terus mentafsirkan secara membabi buta kununnya “kenyataan Amien 'buta' tentang sistem undang-undang di Malaysia, cuba mengamalkan 'politik ala Amerika' dan cuba mencampuri urusan dalaman negara lain”.

Aduhai! Tafsiran paling bodoh itu membuatkan rakyat di negara ini ketawa besar bergema kerana akhbar-akhbar upahan sekongkol Mahathir masih memainkan ‘dendang lama’ yang membosankan berjudul “Agen Asing Cemburukan Mahathir dan Regimnya”. Walhal, rakyat sudah lama menolak lagu itu kerana tidak secocok dengan akal-budi dan firasat rakyat.

Buktinya, P/raya ke-10 menyaksikan kelumpuhan UMNO/BN walaupun dendang “Agen Asing” itu berbulan-bulan jadi “Top Ten” dalam carta “Top-Pop” Mahathir sebagai “signature-tune” apabila beliau melalak-melaung dimana juga beliau berucap!!

Mengapa penulis itu tidak mendedahkan, bukan saja sdr. Amien Rais, malah pemimpin dunia sejagat mempertikaikan tindakan ke atas Anwar yang jelas tidak adil dan zalim?

Layanan Regim Mahathir ke atas Anwar cukup-cukup diketahui dunia – memang diluar batas-batas perikemanusiaan. Soeharto yang lebih dikenali “Bapak” segala Kolusi, Korupsi dan Nepotisma Indonesia; namun kerajaan berhaluan Reformasi disana tidak melayan Sorharto sedahsyat Mahathir melayan seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang belum dipastikan bersalah. Dengan itu, kita dapat menilai siapa Mahathir sebenar – berhati manusia atau haiwan!!

Penulis itu berbuih-buih mulut membela Soeharto kununnya “bekas Presiden itu dituduh dengan pelbagai dakwaan tetapi sehingga kini tidak pernah dibuktikan kesalahan. Sebaliknya beliau terus dicaci, dihina dan dimusuhi bukan sahaja oleh rakyat tetapi juga oleh pemimpin seperti Amien, seolah-olah beliau tidak melakukan secebis pun kebaikan untuk Indonesia” Penulis itu bertanya,” apakah itu tidak biadap?”.

Soalan itu dijawab oleh rakyat di negara ini dengan pertanyaan, “Apakah perbuatan regim Mahathir selama ini paling sopan terhadap Anwar?”. Butakah mata penulis itu? Tidakkah Anwar keluar dari lokap dengan mata lebam, dan Mahathir merayap keliling dunia menjual “pemhongan”? Mengapa Mahathir kecut “buah kangkang” bila diheret ke mahkamah? Soeharto tidak dilakukan semacam itu sangat oleh Kerajaan reformasi Indonesia!!

Adalah suatu yang amat logik Menteri Undang-Undang, Yusril Ihza Mahendra terpaksa mengganti beberapa hakim-hakim kerana terlibat dengan rasuah. Malangnya di negara ini ada hakim yang disebut terlibat dengan rasuah sebaliknya Mahathir menaikkan pangkat pangkat. Beginilah sebuah regim Diktator melanjutkan hayat kepimpinan mereka.

Sah Mahathir bertaraf “MahaFIRAUN”..!!

Mungkin penulis itu mewarwarkan Mahathir sebagai “Bapak Pembangunan”. Tetapi beliau tidak mengkaji sejarah FIRAUN!! Si Laknatullah itu juga adalah bapak pembangunan dalam zamannya. Hingga hari ini pun rakyat Egypt mendapat banyak wang hasil pelancungan yang melawat Pyrimid bikinan Firaun. Namun, Firaun tetap dilaknat Allah swt. Apatahlagi jika sudah MENGAKU diri bertaraf “MahaFIRAUN”..!!??

Sikap “mengata dulang paku serpih” ternyata makin benar apabila melihat Mahathir mengkritik kuasa besar mengamalkan sikap tidak menghormati hak negara lain. Mahathir lebih mengamalkan sikap 'talam dua muka' – kerana beliau memberi persetujuan, laluan dan kesepakatan kapada George Bush untuk menghentam Iraq (sebuah negara Islam) maka Amerika memusnahkan Iraq punah-ranah. Kemudian Mahathir pura-pura menyeranah Amerika. Inilah dia cara YAHUDI yang diamalkan Mahathir (Tidakkah Mahathir anti perkembangan Islam?).

Ternyata Mahathir begitu terpengaruh dengan taktik Hitler sebagai cara menangani masalah kebangkitan rakyat membantah regimnya. Mahathir menggunakan cara regim komunis membunuh demokrasi rakyat. Dan, Mahathir lebih YAHUDI dari Yahudi bila mengutuk ugama Islam. Penulis sekali lagi tidak berani membutirkan fakta-fakta dalam rencananya.

Pengamat politik antarabangsa melihat regim Mahathir melakukan manuver politiknya dengan menimbulkan pelbagai keresahan dan masalah dalam negara. Sebaiknya, yang dituduh ialah agen-agen asing cuba merosakkan minda rakyat yang menuntut Reformasi. Ini semata-mata kerana beliau sudah semakin takutkan kuasa beliau yang makin kecundang. Jika kecundang, Mahathir adalah orang pertama akan diheret ke mahkamah. Pengadilnya bukan lagi Agustin Paul atau Ariffin Jaka, tetapi 22 juta rakyat yang berdiri menuntut keadilan telus!!

Isu yang sedang 'meledak' sekarang ialah kerakusan Mahathir untuk terus berkuasa hingga regimnya bermatian-matian mahu UMNO mentafsirkan yang “TIDAK” demokratik itu sebagai “demokratik”. Pemilihan Mahathir dan Abdullah Bedawi sebagai Presiden dan Timbalan tanpa bertanding telah dipertikaikan sehebat-hebatnya oleh pimpinan UMNO akar umbi. Dan karenah Mahathir menghakis peluang pencabar bersemuka dalam sebuah pemilihan demokratis adalah memalukan UMNO sendiri. Implikasinya, rakyat sudah lari lintang pukang meninggalkan UMNO. Demokrasi sudah mati, walaupun dalam UMNO yang telah diBARUAkan.

Mahathir Tidak Ada Semangat Setiakawan Asean

Bagi Mahathir, Semangat Asean tidak ada. Yang penting baginya ialah “temboloknya” mesti kenyang dan kuasanya terus ‘mantap’. Kerana itu, beliau tidak peduli apa orang kata, walaupun beliau berperang dengan rakyat.

Pemimpin dunia melihat Indonesia menghormati semangat berjiran sesama ASEAN. Kerana itu mereka ingin melihat kewibawaan ASEAN terpelihara atas asas-asas yang diperakukan oleh dunia sejagat. Malangnya Mahathir membawa negara ini dan imej ASEAN kesebuah jurang yang amat dalam. Ini amat memalukan semua pihak. Kerana itu, pemimpin ASEAN jijik dan terus mengecam keserakahan Mahathir. Di sini sdr Amien Rais berdiri dipihak yang benar mengeluarkan kenyataan beliau. Malangnya, regim Mahathir malu besar bila kebusukan mereka dikecam dan didedahkan.

Mungkin penulis upahan Utusan itu sengaja buat-buat lupa. Sebelum Wan Azizah ke Indonesia, Mahathir pernah ke Indonesia sebulan dua dulu. Sebagai mengalas melindungi kebusukan beliau, Mahathir bersikap mengata dulang paku serpih, terus menerus bermulut celupar terhadap orang yang singkirkannya (Anwar).

Yang paling memalukan, Mahathir sendiri terlalu bacul dengan tidak menghormati undang-undang negara sendiri. Jadi, kepergian Wan Azizah adalah melupus jejak Mahathir, kerana jiran di Indonesia diberi taklimat yang salah oleh Mahathir. Maka sekarang baru jiran kita tahu duduk perakara sebenar!! Alhamdulillah..!!

Sebagai orang yang berakal, elok sangat penulis itu membuang sedikit sifat terlalu menghormati kepada “Orang Atas” dalam berbicara sebagai mengangkat “tuannya”. Sifat itulah yang menyebabkan akhbar arus Perdana makin tidak lagi dianggap punya nilai kewartawanan mereka. Sekaligus, pemimpin regim ini makin terpuruk diceruk dapur dan akhbar mereka mungkin “gulung tikar”..!!

Selama ini rakyat sudah bosan dengan adu-domba dan fitnah “orang atas” akhbar-akhbar itu yang dilaungkan mereka. Media tempat seperti TV3 tak putus-putus mengambil kesempatan menayang gambar-gambar propaganda yang tidak releven. Kununnya itulah kesan Reformasi di Indonesia sebagai contoh palsu menakutkan kaum-kaum di Malaysia.

Makin jelaslah bahawa regim Mahathir ‘sengaja dan secara langsung’ mencampuri urusan dalaman negara jiran. Mereka cuba memberi tafsiran yang memalukan pihak jiran. Ia digunakan untuk menempelkan imej buruk terhadap Reformasi yang berjalan pesat di negara kita. Malangnya keburukan perbuatan regim Mahathir semua orang tahu!! Mahathir dan regimnya makin malu!!

Adalah amat malang, pemimpin politik UMNO tidak ada keyakinan memainkan peranan yang lebih luas dalam usaha memberi penjelasan kepada pemimpin yang 'berpemikiran rakus' dalam kelompok sekongkol Mahathir Mohammad. Mungkin mereka sendiri tidak mahir dengan undang-undang dan Perlembagaan sendiri. ATAU, seperti yang disebut oleh Anwar, mereka terperangkap didalam kepompong RASUAH paling dahsyat. Mereka takut kena jerat?

PEMUDA dan WANITA UMNO: BACOL!!

Pergerakan PEMUDA dan WANITA UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) makin dayus dan “pondan” untuk mengorak langkah melakukan pembetulan; samada dari dalam atau ke luar. Sekalipun mereka melakukan kunjungan silaturahim bagi menemui pemimpin- pemimpin negara luar, mereka merasa canggung dan malu untuk membuka mulut kerana mulut mereka berisi daki-daki kotoran rasuah dan kezaliman yang paling busuk. Sebelum mereka membuka mulut, bau busuk kezaliman regim Mahathir sudah terhidu!!

Sokongan yang diberikan oleh majoriti pemimpin negara luar kepada Anwar adalah besasakan KEBENARAN yang terbukti adalah “memang benar”. Reformasi tidak menjadi isu besar kepada mereka, tetapi hak rakyat sebagai manusia yang dijejaskan oleh regim Mahathir telah melarat cacing ke mata!! Itu yang menjadi isu dunia terhadap regim Mahathir.

Kesengajaan penulis itu menitikberatkan berkali-kali, sebagai berata, “Amien berfikiran Amerika”; seolah-olah beliau cuba mengcap bahawa gagasan Reformasi rakyat negara ini adalah satu rancangan agen asing (Amerika?) yang disalurkan melaui Amien Rais kepada Wan Azizah. Jika itulah maksud si penulis, memang sahlah bahawa beliau adalah penulis upahan regim Mahathir yang bebal dan sasau, sesat ditengah-tengah arus perdana rakyat sedang membahas dan mengutuk keHAPRAKan regim ‘tuan’ si HAMBA ini.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta atau dimana-mana terbukti “tergigit lidah” bila isu Anwar dibangkitkan oleh delegasi asing. Kerana, kebenaran tetap hidup dan bertakhta. Mahu disurukkan bagaimana caranya, kerana Mahathir saban hari melakukan kedurjanaan terhadap rakyat. Dalam dunia canggih teknoloji maklumat, otak manusia berkembang dan berfikir dengan pantas. Umat manusia makin terdedah dengan kebenaran yang sukar disembunyikan.

“Talam dua muka” regim Mahathir: MENYUSAHKAN

Sikap “talam dua muka” regim Mahathir, yang dipelopori Mahathir sendiri; membuktikan hakikat bahawa selama ini sesetengah pemimpin di negara ini hanya ‘main wayang’ dalam isu menangani gejolak penentangan rakyat terhadap keserakahan regim ini. Cara mereka mengendalikan tindakan buruk terhadap Anwar dan rakyat menjelaskan bahawa regim ini makin terbenam. Pemimpin mereka kepupusan baka. Pemimpin yang ada adalah spesis terakhir.

Malangnya, Regim Mahathir melalui kebebalan penulis upahannya cuba memesongkan perhatian rakyat dan dunia dari kebiadapan regim ini; seolah-olah regim ini dikhianati oleh orang luar yang kununya mencemburui mereka. Sebenarnya yang paling cemburu ialah mereka terhadap kehebatan sokongan rakyat di negara luar terhadap kepimpinnan politik kerajaan mereka yang berwibawa.

Sampai bila regim Mahathir mahu hidup dalam angan-angan. Sampai bila UMNO dan penulis bertaraf “Matat Kambing” hingga sanggup jadi “lembu pawah” untuk menarik pedati berisi taik tuannya. Ini kena tanya penulis seperti rencana beliau yang diulas ini!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com