Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MAHATHIR MAKIN GUNDAH-GULANA, HATI DI DALAM PENUH DEBAR!!

MAKIN banyak orang nampak bahawa ‘GELABAH’ sedang menghantui regim Mahathir Mohammad apabila disebut saja parti Pembangkang bergerak cergas menunut rakyat mengamalkan Demokrasi bebas. Sejajar dengan itu, Rakyat juga terang-terang menuntut supaya hak asasi rakyat massa di negara ini supaya regim Mahathir jangan cuba sekat.

Malangnya, makin nampak regim ini berusaha sungguh-sungguh untuk membunuh dan membinasakan amalan Demokrasi dan Kebebasan, walaupun ia adalah atas hal yang hak selari dengan Hak Asasi Manusia sejagat.

Mahathir Makin Gelabah Amat

Lawatan YB Datin Seri Wan Azizah dan beberapa pemimpin tunjang parti KeADILan Nasional ke Indonesia mengharu-birukan regim ini. Padahal, Mahathir dan beberapa orang “tegap” pernah beberapa bulan dulu melakukan lawatan yang sama dengan sebuah rombongan. Beliau berkesempatan memperbaharui tuduhan dan fitnah beliau (walaupun tanpa bukti) terhadap DS Anwar.

Malangnya, kerana Mahathir tidak mampu meyakinkan pihak kepimpinan Indonesia yang pengetahuan tentang ragam politik di Malaysia, khususnya mengenai PEMBOHONGAN beliau, maka tidak ada sebarang komen dari sesiapa di sana.

Sebalinya, lawatan YB Datin Seri Wan Azizah beberapa hari dulu telah menyebabkan regim Mahathir membayangkan ugutan melalui Duta Besar Malaysia ke Jakarta yang dilaporkan sebagai berkata, “bisa membahayakan hubungan Indonesia-Malaysia”.

Sekaligus, beberapa penulis rencana upahan Mahathir di akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia menulis memburuk-burukkan beberapa pihak; berbangkit dari lawatan itu. Jika komen itu berbentuk ‘rencana’, dari segi kewartawan ia bermakna suatu ‘kesengajaan’ (deliberate). Usaha seumpama itu ditafsirkan melebihi kapasiti kewartawanan biasa. Selalunya, ada “orang atas” yang mengarahkan, paling kurang memberi ‘green-light’, bukan ‘amber’ Cuma, kita tidak pasti siapa dia. Tapi orang tahu, kerana di negara ini siapa dia “orang berkuasa” kalau tidak “orang itu":..!!

DS Wan Azizah Makin Menyinar

Nah!! Begitulah hebatnya parti KeADILan Nasional dari kacamata regim Mahathir (bukan setakat rakyat saja). Kebetulan Datin Seri Wan Azizah adalah isteri Anwar. Itu lagi Mahathir bimbang.

Berkata seorang diplomat asing, “That makes Mahathir nervous..!!”. Menjawab rakannya, seorang Korporat anak tempatan, “That makes things change from bad to worse..!!” Mereka ketawa berdekah-dekah sambil menikmati jamuan Hi-T yang terhidang di Kedutaan itu.

Bagi pihak Indonesia, lawatan Datin Seri Wan Azizah dan rombongannya tidak lebih dari kunjungan hormat dari seorang pemimpin dan wakil rakyat sebuah parti politik yang sedang meningkat pengaruh di negara jirannya ini Jika kita di Malaysia memiliki budaya yang sama dalam kelompok Nusantara, sebagai jiran – tetamu wajar disambut, dilayan dan diajak berbicara.

Hairan juga kita memikirkannya: bagaimana mungkin regim Mahathir menafikan budaya Melayu nusantara yang sehalus dan selunak itu, berbudi bahasa. Apakah regim Mahathir ini sudah hilang sopan dan kemasyarakatan Melayu mereka? Tak tau lah!! Mungkin kerana Mahathir masih teguh dengan resam budaya dan pemikiran “mamak tongkang” keturunan Indianya.

Maksudnya, orang lain jangan dihormati lagi kerana “semua orang lain di bawahnya adalah kecil-kecil belaka, kecuali dirinya kalau sudah jadi “tuan besar”…!!” Sebaliknya, kalau dirinya di bawah, dialah orang yang paling “tidak boleh dipercayai”. Sehabis-habis buruk perangainya. Tengok saja “Raja Mandeliar” dan “Si Kitul” durjana. Tidakkah Bendahara Ser Maharaja TERBUNUH kerana KONSPIRASI mereka berdua? Kedua-dua manusia “gampang” itu memang patut sangat dihukum SULA!!

Mengapa KeADILan Digeruni Mahathir ?

Dari insiden pertemuan Duta Besar Malaysia dengan Ketua DPR Akbar Tandjung, Khamis (25/5). (akbar Indonesia), ulasan beliau mencerminkan kepada semua pihak bahawa ‘Anwar ada di mana-mana’.

YB Datin Seri Wan Azizah dan rombongannya dan parti KeADILan Nasional (yang makin digeruni oleh regim Mahathir); tidak lebih dari sebuah parti dalam komponen Barisan Alternatif. Hematnya status parti KeADILan tidak lebih dari komponen yang lain.

Bezanya cuma satu, Wan Azizah adalah isteri DS Anwar. Tetapi, kalau setakat itu, seharusnya ia tidak menjadi masalah. Umpamakan saja Siti Hasmah (isteri Mahathir) yang melawat Iraq sedikit masa dulu; orang tak bising – malah orang tak mau ambil tau pun. Orang tak peduli kerana beliau (Hasmah) ke Iraq ditafsir rakyat sekadar mahu melihat kesan perbuatan ‘kesepakatan’ Mahathir dengan George Bush yang mempersetujui Amerika mehentam Iraq hingga lumpuh..!! Lawatan Siti Hasmah (isteri Mahathir) pun tidak diharap oleh kerajaan Saddam Hussein; sebab “it serves no purpose”! Cuma Mahathir saja yang terhegeh macam “belukang darat”..!!

Tetapi Mahathir menganggap lawatan YB Datin Seri Wan Azizah jauh berbeza. Memang betul juga. Tentu Mahathir ingat sangat-sangat bahawa rakyat Indonesia pernah mengalami kepedihan hidup dibawah pemerentahan seorang Diktator. Karenah Soeharto dengan dasar KKNnya, rakyat tercekik dan kesulitan hidup meningkat. Kerana pengalaman pahit itu sangat mencengkam hati dan perasaan rakyat Indonesia (waktu itu), adalah logik dan berpatutan mereka bertukar-tukar fikiran sesama sendiri (dengan Datin Seri Wan Azizah).

Jika ada orang yang mempertikai dan menyalahertikan lawatan Datin Seri Wan Azizah; hematnya – siapa makan cili dialah yang terasa pedasnya!! Tetapi, “Mengapa harus regim Mahathir menyanggah”? Kecuali regim ini betul-betul termakan “Cili Api” yang tumbuk lumat-lumat oleh Datin Seri Wan Azizah..!! Pun kita tak tau nak jawab. Terserahkan kepada regim Mahathir untuk memberitahu kita ‘siapa mereka sebenarnya’..!! Heheheh…..!! (tumpang saya ketawa sinis bersama kawan-kawan, ya).

Dari persepektif yang mendatar, Datin Seri Wan Azizah adalah satu-satunya pejuang yang berusaha menegakkan demokrasi di negara ini. Beliau bukan keseorangan. Beliau adalah bersama Pembangkang lain dalan Barisannya Kehebatan Barisan Alternatif memang terserlah. Pilihanraya ke-10 menyaksikan UMNO yang diterajui Mahathir dengan Barisan Nasional (BN) kecundang besar. Dua puluh (20) kerusi Parlimen UMNO terbungkas, terlongkop bergelimpangan bagai bangkai-bangkai musuh yang tersungkur diruduk pedang pihak lawan. Ada yang nyaris hilang deposit. Kalau tidak kerana MCA dan MIC (dan beberapa pihak lain?) menyelamatkan, harus BN lumpuh hancur-lebur.

Itulah “kehebatan” inti perjuangan Anwar dalam menegakkan KEADILAN dan menumbangkan KEZALIMAN. Walaupun ia makin bermaharajalela; namun kesan dari kebusukan pentadbiran regim Mahathir benar-benar telah memakan jauh ke dalam hati dan sanubari rakyat massa.

Mahathir “Pemerkosa” Demokrasi Rakyat

Anwar tidaklah bertubuh besar seperti raksasa. Tetapi jelas beliau terlalu perkasa bagi regim Mahathir. Laungan REFORMASI yang menjadi teras perjuangan beliau telah mengigit cuping telinga Mahathir yang sampai hari ini masih ”PEKAK dan BENGAP”.

Kebelakangan ini, di Perhimpunan UMNO Mei lalu pun terang-terang memperjelaskan bahawa Mahathir sudah mulai ditentang oleh pemimpin Pertengahan dalam partinya sendiri. Tentangan kepimpinan UMNO peringkat pertengahan terhadap Mahathir mula nampak terkilas sejak beliau mengisytiharkan dirinya dan Timbalannya Abdullah Bedawi “menang TANPA bertanding”. Mahathir cuba memaksa UMNO mentafirkan ‘nasihat sebagai ARAHAN’. Dan Mahathir mahu “undemocratic” sebagai “democratic”. Ini memperlihatkan sejauhmana konsep “demokrasi” terpelihara oleh regim ini melalui telunjuk berkaitnya.

Satu contoh yang paling mengesan, terkilan dan kesal di hati ahli-ahli UMNO ialah, dunia tahu, Tengku Razaleigh Hamzah yang turut dicalonkan rakyat untuk sama-sama bertanding merebut kerusi Presiden parti sengaja dinyahkan dengan rencana Mahathir dan kuncu-kuncunya. Padahal, dengan kemasukan Ku Li itu, paling sedikit mampu memperbaiki imej Mahathir dan UMNO/BN yang makin terpuruk dan rosak binasa.

Tetapi, kerana ketakutan meragut segenap sarafnya, maka Mahathir melalui satu lagi Konspirasi Politik juga telah melakukan suatu “perkosaan” terhadap demokrasi dalam UMNO. Amat malang sekali Mahathir jelas dan ketara dilakukannya di tengah-tengah partinya sendiri. Rata-rata pengokong UMNO/BN mentafsirkan Mahathir “umpama Penghulu mencuri kambing rakyat di kampung sendiri”..!! Hehehe…

Jangan diungkitlah apa bentuk pencerobohan yang dilakukan oleh Mahathir terhadap undang-undang, paksaan para hakim mahkamah, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Polis; waima Perlembagaan Negara!! Kerana sudah melampau batas, maka kini tidak ada orang yang percaya lagi tuduhan ke atas DS Anwar. Jika selama ini cakap Mahathir diyakini dunia sebagai benar.

Jika selama ini Mahathir setanding dengan jolokan “Wira Dunia Ke-3”, tetapi sekarang makin nampak bahawa Mahathir “yang itu” juga telah bersalin bulu remang bertukar menjadi “PEROMPAK dan PEMBOHONG” terkini dalam negaranya!! Kalau benar Mahathir seorang yang jujur dan telus, masakan orang masih tertanya-tanya, “Mengapa Mahathir TAKUT-KECUT datang ke Mahkamah?”.

Jadi tidak salah sekarang jika rakyat, negara jiran dan dunia membayangkan bahawa sebenarnya Mahathir adalah seorang yang sedang memerangkap diri dan regimnya dalam satu jaringan yang membalut seluruh anggota regimnya hingga hilang kewibawaan dirinya sebagai seorang pemimpin (mungkin juga sebagai manusia).

DS Wan Azizah Makin Dicemburui

Lawatan DS Wan Azizah kemana juga mampu menjawab puluhan soalan bermula dengan “Mengapa… dan seterusnya”. Segala soalan itu dijawab oleh beliau dengan cukup-cukup memuaskan hati, langsung meyakinkan pihak yang bertanya. Puncanya, jawapan DS Wan Azizah itu berteraskan kebenaran, ketelusan dan BUKAN fitnah beragenda.

Berbanding dengan Mahathir pula. Pun beliau terus-menerus melakukan puluhan lawatan keluar negara. Contohnya, beliau ke Jepun sebaik saja Anwar dipukul dan dibelasah di dalam lokap oleh seorang yang menyandang fungsi dan tugas sebagai Ketua Polis Negara – repeat: Ketua Polis Negara. Mahathir serta-merta menafikan. Jongos-jongosnya seperti Rais Yatim yang berkelulusan Ph.D (yang kemaruk dan cemburu dengan perlantikan Ibrahim Ali jadi Timbalan Menteri), terus tampil ke kaca TV memberi versinya. Mungkin Rais mengharapkan, jawatan Ibrahim “Katak” akan dialih oleh Mahathir kepadanya.

Mahathir terus menuduh Anwar mencederakan diri sendiri. Orang mulai tidak percaya. Anwar adalah seorang yang teguh memegang prinsip agama. Orang yakin bahawa Mahathir memang tahu perkara sebenar. Masakan beliau tidak tahu – kerana kucing Siti Hasmah beranak pun Mahathir tahu, inikan pula satu kejadian paling menggemparkan seluruh pemimpin negara dunia..!!

Tambahan pula Mahathir adalah Menteri Dalam Negeri yang menjaga gerak-geri setiap anggota polis, sehingga jika ada antara mereka yang menerima rasuah walau RM1 cuma, Mahathir mesti diberi tahu!! Jadi tidak ada siapa yang percaya PEMBOHONGAN beliau.

Tetapi, tanggapan dunia terhadap DS Wan Azizah sama sekali tidak begitu. Kerana itulah, DS Wan Azizah terus digeruni oleh Mahathir dan regimnya.

Pandangan dunia terhadap Wan Azizah dan parti KeADILAN dan Barisan Alternatif tidak boleh dianggap sebagai berlebihan. Dunia memerlukan kebenaran, ketelusan dan bukti nyata untuk diyakinkan. Sebilangkali DS Wan Azizah melawat ke mana-mana, orang pasti akan bertanya mengenai “demokrasi dan kepemimpinan di Malaysia”. DS Wan Azizah perlu bercakap benar!! Salahkan seorang wakil rakyat bercakap benar?

Mahathir jangan Kecil Hati, OK?

Mahathir tidak harus kecil hati; kerana Wan Azizah bukan saja isteri Anwar, malah beliau juga adalah milik rakyat yang diwakilinya di Parlimen Malaysia. Kedudukan beliau dalam dua kapasiti itu harus dinilai lebih tinggi berbanding dengan Mahathir.

Setakat ini Mahathir tidak mampu menafikan dirinya untuk dilihat sebagai “Ketua Konspirasi Politik ” yang menyebabkan Anwar di FITNAH dan disingkirkan dari meneruskan khidmat unggul beliau yang sangat diprihatini oleh seluruh rakyat negara ini.

Mahathir tidak harus kecil hati; kerana hampir semua agensi berita asing (CNN, dll) pernah mengemuka dan mengajukan soalan dan barisan pertanyaan yang sama kepada beliau. Malangnya Mahathir menjawab dengan “kelentong” saja. Ini, bukan saja menimbulkan banyak lagi soalan yang TIDAK terjawab dengan saksama; malahan dunia makin meragukan kejujuran Mahathir.

Dunia makin merasakan bahawa makin banyak Mahathir berbohong dan cuba menyembunyikan fakta-fakta benar dan cuba menganggap ‘he can fool everybody all the time”, makin itu Mahathir dipandang tidak bercakap benar Akhrinya, orang tahu, bukan saja Mahathir sudah jatuh SEWEL; malah beliau sedang menganiyai dirinya, partinya, dan seterusnya seluruh rakyat Malaysia!!

Kesan dari “kelentong” Mahathir yang makin ketara, kini timbul tanggapan buruk di kalangan pemimpin dunia bahawa Mahathir dan pemimpin dalam regim beliau seolah-olah tidak boleh dipercayai lagi. Alasan bahawa regimnya adalah “dipilih oleh rakyat Malaysia” makin kurang diyakini apabila laporan pemantau pilihanraya pihak luar mendapati bahawa ada bukti-bukti bahawa pilihanraya umum ke-10 tercemar dengan pelbagai kecurangan.

Keadaan yang berlaku selama ini tidak dapat memberi Mahathir dan regimnya kemampuan untuk menyanggah dan menafikan anggapan dunia bahawa “seolah-olah Anwar itu saja yang menjadi pemimpin Malaysia, orang lain tidak boleh”. Memang nampak sekarang bahawa “Anwar itulah saja yang menjadi pemimpin Malaysia – Mahathir tidak boleh!!”

Walaupun setakat ini dapat ditafsirkan oleh regim Mahathir kununnya cuma segolongan kecil saja yang memberikan sokongan terhadap Barisan Alternatif dan parti kompennya, namun makin hari kian jelas bahawa kegelabahan Mahathir dan regimnya cuma membenamkan isu Anwar telah menjadikan “Anwar” semacam “Raksasa Politik” yang sedang bergerak mara ke hadapan untuk menumbangkan regimnya.

Mahathir Mendalangi KELUCUAN!! Hahaha

Buktinya amat jelas, Mahathir sendiri sanggup BERBOHONG dan MENGHASUT rakyat kununnya pemimpin parti KeADILan akan melakukan rusuhan besar-besaran dengan merancang demo aman: BLACK14 (GELITA14). Kuala Lumpur dihuru-harakan oleh Mahathir melalui jongos terkanannya: Dollah Bedawi. Dikerahlah kontinjen anggota polis – bagai sebuah “Angkatan Perang”. Padahal, satu kejadian yang tidak diingini pun tidak berlaku.

Sebaliknya, pemimpin parti KeADILan ditangkap polis pada jam 2.00 malam dini hari di rumah sewaktu beliau, isteri dan anak-anak sedang nyenyak tidur Dan yang paling mentertawakan dunia, “molotov cocktail’ yang kununnya dijadikan senjata oleh para demo, dan berita itu sengaja dibesar-besarkan oleh Perdana Menteri Mahathir; akhirnya ditemui oleh pihak polis cuma sebuah “Pistol Air mainan” dari kocek seluar seorang anak kecil yang bersiar-siar dengan orang tua mereka!! Kan itu nampak sangat Malaysia dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang sudah 100% jatuh SEWEL? Ha..ha..haha…..haiiiii…!!!!!!!! Bagaimana mahu menyekat dunia mentertawakan dia!?

Mahathir Jangan Main ‘WAYANG’ lagi

Mahathir seakan-akan menjadikan seluruh pemimpin Politik UMNO dan Barisan Nasional tidak beza seperti sekawan “anak bangsawan” yang main cerita “Jula Juli Bintang Tiga”. Mahathir adalah pengarah pelakon terbabit dari belakang tabir. Jika tidak mahu melakukan watak orang jahat, anda akan ditendang dari pentas. Jadi, si Mamat (kebetulan asalnya memang orang baik-baik) terpaksa bertukar jadi “jahat” demi kepentingan periuk nasi. Tapi, yang sebenar si ‘tuan direktur’ itulah paling BEDEBAH yang sengaja berdendam KESUMAT!!

Dalam konteks realitinya, sebagai bukti yang paling jelas di pentas Politik Antarabangsa, ketika Duta Besar Malaysia ke Indonesia ditanya “Apakah Malaysia melihat Wan Azizah sebagai orang berbahaya?”; sepantas kilat Duta Besar M. Isa menjawab dengan terang, jelas dan tegas, "SAYA KIRA TIDAK…!!"

Jadi soalan rakyat kepada Mahathir sekarang ialah, “Ke mana lagi muka Mahathir mau tarok?” Hahaha….Mari ketawakan DIA!!.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com