Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


CERITA DALAMAN DI ISTANA BERNAMA “THE FORBIDDEN CITY”!

Dipetik daripada :
Laman Fitnah e-UMNO

KEKUSUTAN politik yang kian meruncing sekarang (khususnya), dan kelembapan ransangan pertumbuhan ekonomi (umumnya), yang melanda negara dan rakyat – kebelakangan ini dilihat mengahalakan tanda-tunjuk lurus ke arah Putera Jaya. Di situlah tempat “bersemayamnya” seorang “raja” lantikan sendiri yang cuma disokong oleh para pengampu yang berstatus ‘eunuchs’ yang telah di ‘kasi’ sejak mencebur diri dalam kelompok orang-orang ‘istana larangan’ itu.

Ramai yang terdorong untuk sama-sama merealisasi ‘impian’ masing-masing. Tetapi yang jelas, kalau mahu jadi kaya cepat, cari-carilah ‘kaki seluar’ para taukeh besar penganjur politik puak ‘yang itu’ yang berkesanggupan memperlekeh rakyat, bangsa dan ugama untuk jadikan tempat bergantung. Syarat utama masih satu dan ‘yang itu’ iaitu: harus jadi “Pak Turut”, sanggup jadi “hamba-sahaya’ dan ‘kosongkan kepala’ dan isi dengan kekeparatan!!

Makin nampak, se kumpulan manusia cukup mudah bertukar wadah menjadi ‘iblis’ semata-mata kerana sesuap nasi. Ada pula yang bijak bermadah, menipu diri sendiri dengan niat mahu bina ‘jembatan baru’ yang serba canggih. Malangnya, mereka tidak sedar – diri mereka adalah dijadikan ‘alat’ pemuas nafsu dan impian orang lain cuma. Mereka sanggup terus hidup tanpa makna, dan mungkin mati sebagai orang yang dihina!! Apa boleh buat, bukan salah ibu mengandung atau permintaan badan. Yang jelas dan ketara: mereka adalah mengejar ‘daki dunia’- pangkat-darjat dan status-nama. Minda terperangkap, tidak peduli sebab impian masing-masing terlalu tinggi.

Orang seperti inilah yang disebut ‘bangang’ itu. Bunyinya tak manis, tetapi sesetengah pihak; hasilnya persis. Menguntungkan. Amat menguntungkan! Yang tinggal papa kedana adalah rakyat marhain yang tidak boleh berbuat apa. Masih adakah orang Melayu berpemimpin?

Para ‘eunuchs’ yang dikasi pula makin ramai bilangannya. Kesanggupan mereka juga tidak terbatas. Ada yang akur dan sanggup dijadikan ‘jantan lacur’ yang ‘menjual punggung’ oleh ‘tuan besar’ mereka. Ilmu dan jiwa mereka terhakis habis hingga mereka sanggup mencium mangkuk penadah setiap kali tuan mereka ‘bernajis’.

Sistem puak ini sangat terpelihara dan sukar digegar. Prinsip yang dipegang, walaupun bercorak ‘cacamarba’, namun ia berfungsi untuk faedah mereka Puncanya, peraturan yang terpakai adalah mengikut ‘nafsu-nafsi’ tuan yang memberi nafas untuk mereka ‘bernyawa’. Kuasanya adalah mutlak. Cuba sanggah, ‘neraka dunia’ adalah ganjarannya. Tetapi, jika sanggup menurut, mungkin ‘neraka’ tadi hampir, namun ia akan diheret keluar dan dilindungi. Akan diberi pula kemulian sebagai tambahan. Syaratnya hanya itu: akui yang salah sebagai benar dan nafikan yang benar sebagai fitnah!

Orang luar sedang meneliti perkembangan setiap detik yang berlalu. Apa yang dilihat langsung tidak meyakinkan mereka bahawa negara ini akan bergerak ke arah sebuah negara yang bertamaddun dan makmur. Masakan boleh – setiap undang-undang dicabul, kebebasan dan hak rakyat jelata dicincang hancur, dan aturan yang ada cuma mengikut selera sang ketua yang sudah mati jiwa sebelum betul-betul masuk kubur. Nak harap apalagi?

Pun, rakyat cuma mampu merungut. Saban hari mereka mengesahkan cerita derita tanpa hujung. Tidak nampak pula impian itu akan tercapai total; kerana masa masing-masing pihak yang terbatas sebegitu gampang terbuang. Namun hasil yang harapkan bagai mengharapkan ‘kucing bertanduk’.

Masakan berjaya, jika yang jadi lawan itu adalah jenis manusia yang mengunakan ‘peraturan belantara’. Jika dirujuk piagam kaum ‘Jahiliah’, masih ada juga budaya dan peraturannya. Tetapi satu dunia sudah melihat sekarang bagaimana ‘Jahiliah moden’ ini melaksanakan agendanya. Pun masih ramai yang mahu membetulkan keadaan mengikut norma-norma sejagat – kununnya demi menegakkan imej baik yang dihormati. Mhhhhh…!! Nabi junjungan sendiri sanggup berperang menumbangkan ribuan syahid demi menegakkan kebenaran, keadilan dan menentang kezaliman!! Tak cukupkah contoh itu?

Lain perkara boleh diketepikan, tapi sekarang perkembangan ugama sendiri ditentukan ulamak yang mana yang diharuskan dan ulamak mana yang dinafikan. Merungut saja lah lagi…kununnya ugama yang semurni ini akan disekularkan. Bercakaplah anda hingga berbuih mulut, kalau tidak juga bertindak sendiri ‘jangan harap Allah swt. akan merobah nasib kaum yang sengaja tidak mahu berfikir’..!!

Mungkin orang Melayu tidak mengerti nilai Kemerdekaan dan pengertian Penjajahan. Mungkin akan terus terperangkap jasad dan jiwa dalam “The Forbidden City” yang dicipta sendiri!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com