Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


GELOMBANG KONSPIRASI KEDUA : PERANCANGAN MAHATHIR YANG LEBIH MERBAHAYA

Dipetik daripada :
Laman Fitnah e-UMNO

Bahagian 1

Mahathir Tidak Banyak Pilihan Lagi

Apa pilihan Dr. Mahathir untuk meletakkan UMNO/BN sebagai sebuah parti yang mampu menerajui negara selepas tahun 2003/4? Persoalan ini bukan saja memeningkan kepala Mahathir, malah beberapa kelompok kepimpinan UMNO dan komponen BN turut merasa gugatannya.

Adakah kenyataan mengenai “PM bukan-Melayu” itu suatu alternatif terbaik bagi menyelamatkan dirinya di samping meraih sokongan orang Melayu dan bukan Melayu? Atau, kenyataan itu membunuh UMNO/BN sekaligus? Apa implikasi padangan semua pihak terhadap beliau sekarang?

Ramai yang berkata, nampaknya, makin lama makin Mahathir kehilangan pedoman dalam mencari arah menepati fungsinya sebagai pemimpin rakyat berbilang kaum. Mungkin kepimpinannya sudah terluka begitu parah. Mungkin juga inilah perilaku seorang pemimpin yang makin “lemah” dan tersingkir!

Latarbelakang Semasa

Isu Anwar

Sudah hampir dua (2) tahun, namun Anwar masih lagi menjadi igauan Mahathir, UMNO dan BN. Mahathir dengan segala daya kepimpinnya, yang pada mulanya cuba menganggap gerakan Reformasi itu sesuatu yang remeh dan setakat gugatan pemuda jalanan; terbukti sekarang sebagai tanggapan yang salah. Buktinya adalah jelas, pilihanraya ke-10 memberi bekas dan lataman yang sangat mendalam hingga menyebabkan UMNO dan BN hilang kewibawaan.

Sekarang gerakan Reformasi sudah wujud dengan gahnya. Ia telah mendapat tempat bertinjak untuk melaksanakan agenda. Walaupun dua tahun dulu ia bermula di peringkat ‘jalanan’, tapi kini regim Mahathir telah mulai goyang dan makin gelabah kesan dari solidariti dan kegigihan mereka.

Tuntutan “Keadilan” dan kekuatan menumbangkan “Kezaliman” massa yang diterjemahkan oleh penyokong reformasi Anwar bukan satu perkara yang semudah itu dipadamkan. Yang menyulit dan menyakitkan regim Mahathir untuk membunuhnya ialah: Perjuangan para reformis adalah konsisten. Mereka bukan setakat mendapat penghayatan dari rakyat, malahan pembentukan Barisan Alternatif telah menjadi batu sempadan yang memisahkan zaman kegemilangan UMNO/BN sebagai parti monopoli.

Barisan Alternatif (BA) telah melukis satu garis panjang yang memisahkan dua ideologi yang berbeda antara amalan UMNO/BN dengan kemahuan rakyat. Disinilah bermula merosotnya sokongan rakyat terhadap UMNO/BN dan menghebatnya dukungan rakyat terhadap BA.

Kerana politik itu ada ‘besar’ dan psikologi manusia tidak semudah itu di ‘turnover’, masa yang makin singkat tidak akan memberi ruang yang banyak kepada Mahathir dengan segala pemimpin yang ada dalam UMNO dan BN menerap dan memupuk keyakinan massa semula.

Tambahan pula, apa yang dilakukan oleh Mahathir dan para pemimpin dalam UMNO dan BN, makin jelas bertentangan dengan prinsip undang-undang dan norma budaya dan kemahuan massa yang kian bertamaddun. Sekaligus ini meletakkan parti itu jauh kebelakang. Keadaan ini membawa kepada senario politik domestik yang jauh berbeda dari sebelum Anwar dipecat.

Domestik

Terdengar percakapan di belakang tabir, berita angin yang bertiup kencang menyebut Mahathir dalam keadaan paling tertekan dan sedang menerima tekanan yang kuat. Banyak pihak mengatakan ia memang benar. Cuma orang UMNO dan beberapa individu dalam BN yang terdekat dalam kelompok “inner circle” sahaja yang tau hakikat sebenar. Rumusannya: UMNO memang parah dilanda masalah dalam yang serius. Begitu juga MCA.

Kini, kedua-dua komponen BN ini sedang menghadapi perpecahan dalaman yang serius bukan-bukan. Gejala Kem berpuak-puak dan Team dalam parti makin mencabar ke’presidenan’ Mahathir dan kepimpinan MCA. Segala-galanya menuju ke satu hala yang jelas, iaitu “penyingkiran Dr. Mahathir bukan lagi satu ura-ura atau pura-pura”.

Sesungguhnya, Mahathir memang sudah terlalu jauh menyimpang dari kenyataan politik dan budaya rakyat. Beliau telah diputuskan oleh majoriti pemimpin UMNO (khususnya) dan segolongan komponen Barisan Nasional (umumnya) supaya beliau tidak lagi menerajui politik dan pentadbiran negara. Ini di satu pihak.

UMNO dan MCA merasa amat tersinggung dengan kenyataan Mahathir membangkit isu “adu-domba” mengenai “PM bukan Melayu” itu. MCA sepakat tidak suka Mahathir mempergunakan MCA sebagai alat untuk menepis hujah kebencian UMNO untuk meraih simpati dan sokongan orang Melayu terhadap dirinya. Kenyataan Mahathir adalah bertujuan peribadi, terkeluar jauh dari konsep berbaik-baik sangka antara kaum di negara ini.

Kedua-dua parti bersependapat bahawa Mahathir sengaja mencetuskan adu-domba dan masalah. Dengan itu, kenyataan Mahathir itu tidak dipedulikan. Sebaliknya kebencian komponen BN kian marak ‘menyumpah’ Mahathir.

Di satu pihak yang lain, Mahathir dan beberapa pihak dalam UMNO/BN mengakui bahawa Barisan Alternatif adalah ancaman paling hebat yang pasti mampu menghakis keutuhan UMNO/BN untuk menerajui Kerajaan dalam pilihanraya ke-11. Ini adalah senario yang amat merunsingkan. Ditambah dengan beberapa puak dalam UMNO/BN yang pada mulanya saling bercakaran sesama sendiri, kini telah sepakat iaitu bagi menyelamatkan parti; satu tindakan tegas harus dirancang dan dilaksanakan segera. Hampir mereka mencapai keputusan iaitu “Mahathir harus DISINGKIRKAN mulai sekarang”..!!

Antarabangsa

Apa yang paling dicurigai adalah, Dr. Mahathir sebagai ketua kepimpinan negara bukan setakat tidak dihormati didalam politik domestik, malah beliau sudah hilang kewibawaan di arena politik antarabangsa amnya. Yang paling terkini, Mahathir yang dulu menjadi fokus berbicara antara ketua-ketua pemimpin negara ASEAN khususnya dan Asia Timur amnya, sudah hilang “taring”. Ini tidak baik kepada imej Malaysia di arena antarabangsa.

Di Tokyo baru-baru ini, lawatan dan ucapan Mahathir di Forum terbabit ditafsirkan oleh ketua-ketua negara Asean dan Asia sebagai tidak langsung berkesan. Beliau telah gagal untuk membangkitkan keinginan negara Asia untuk menyokong beliau. Delegasi mentakrifkan Mahathir sebagai seorang yang cuma pandai bercakap tetapi tidak tahu menilai implikasi dari perlaksanakan cadangan “cacamarba”nya.

Lawatan Mahathir ke Indonesia beberap bulan dulu dan perckapan beliau kepada pemimpin negara jiran itu telah diragui keikhlasannya. Gus Dur telah menyindir Mahathir dengan selamba. Ramai pemimpin Indonesia yang ketawa. Kerana itu media tempatan arus perdana telah diarah supaya meburuk-burukan imej Gus Dur, hingga kerap dilihat pelbagai umpat-keji dan rencana tidak beretika dijadikan tajuk dalam media arus perdana di Malaysia. Negara Asia menganggap bahawa tempoh Mahathir sudah lupus. Mereka menanti Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin Malaysia ke arah era baru.

Cadangan Mahathir untuk meletakkan East Asian Economic Caucus (EAEC) dalam kerangka sistem ekonomi antarabangsa ditakrifkan sebagai tidak praktikal. Tambahan pula, keterampilan Mahathir sudah tidak disegani oleh hampir semua pemimpin negara lingkungan ‘Pacific Rim’. Mereka melihat bahawa kepimpinan dan parti yang menerajui Malaysia selepas tahun 2004, bukan lagi UMNO/BN dengan Mahathir atau jongos yang sekongkol dengan beliau (Mahathir). Malaysia dijangka akan mengalami iklim perubahan politik yang total.

Dari petanda yang tersebar di arena antarabangsa sekarang, lawatan Rafidah Aziz ke luar negara baru-baru ini adalah total gagal dan tidak menemui sasaran. Bermakna, pelaburan luar akan terus tandus dan ekonomi Malaysia dalam tempoh 4 tahun mendatang ini akan kekal sebagai ‘rangkakan kura-kura’. Semua ini bukan kerana apa-apa, semata-mata berpunca daripada kedudukan Mahathir yang ditolak rakyat dan pertelagahan UMNO/BN tidak lagi diyakini sebagai pentadbir negara yang berwibawa.

Malaysia sedang berhadapan dengan “krisis keyakinan’ antarabangsa. Itu adalah satu malapetaka. UMNO/BN dan Perdana Menteri dari kelompok mereka sudah tidak releven!!

UMNO/BN Makin Berwaspada.

Beberapa kelompok dan Team dalam kepimpinan UMNO dan BN (yang saling bercakaran dan mengalami masalah dalaman) merasa perlu untuk bertindak lebih jelas dan tegas demi menyelamatkan parti. Mereka mengakui wujudnya 3 faktor besar yang wajib di selesaikan sebelum menghadapi Pilihanraya ke-11, iaitu:

a) menyelesaikan masalah dalaman parti komponen, dan mencari tindakan alternatif;

b) mencari ikhtiar terbaik untuk menyaingi (bukan menyekat kerana tidak mungkin lagi) kehebatan pengaruh Barisan Alternatif;

c) mengendurkan tanggapan yang makin memburuk terhadap Kerajaan pimpinan Mahathir yang persis “undemocratic” berhaluan ‘Diktator-Fascis’.

Kepimpinan UMNO dan BN tidak ada jalan lain melainkan samada menasihatkan Mahathir berundur dengan baik atau ‘memaksa’ beliau meletakkan jawatan melalui ‘tekanan’ (walaupun berakhir dengan ‘disgrace’ yang memalukan).

Faktor di (a) telah hampir diputuskan melalui prinsip iaitu “yang busuk mesti dibuang”. Bermakna UMNO dan MCA wajib merobah pucuk pimpinan mengikut cara yang terbaik, kecuali jika tidak ada jalan lain. Terdengar, UMNO dan MCA akan mengenakan Akta Rasuah yang tegas dan keras terhadap mereka yang bersalah. Kepimpinan UMNO di peringkat Pertengahan telah memutuskan supaya pimpinan UMNO yang berwibawa wajar menyokong usul untuk membawa Mahathir sebagai saksi dalam kes tuduhan palsu terhadap DS Anwar. Sekaligus, mereka dituntut mengulang bicara Anwar di Mahkamah Rayuan Persekutuan.

Jika Mahathir engkar menjadi saksi, beliau akan diheret ke mahkamah atas tuduhan “terlibat menyekat siasatan Kes Rasuah Abol Hassan, Rafidah, dll.). MCA pula akan membawa kes Ling Leong Sik ke mahkamah. Semua mereka akan dikenakan tahanan. Penahanan pemimpin terbabit akan merobah imej kerajaan UMNO/BN sedikit demi sedikit menjelang pilihanraya ke-11.

Faktor (b), Kerajaan akan mengendurkan kekangan terhadap BA dan mewujudkan persaingan yang sihat. Keadaan sekarang tidak langsung memberi kesan, malah ia makin menyempitkan kedudukan UMNO dan BN untuk meraih pengaruh di kalangan rakyat (khususnya bakal pengundi muda). Jumlah 1.6 juta pengundi muda yang terpelajar tidak semudah itu di “turnover”. Media massa akan dilonggarkan. Dengan itu akhbar arus perdana yang sudah rugi beratus juta akan mendapat pembaca semua.

Faktor (c) dijangka akan merubah persepsi pelabur asing. Kelonggaran syarat dan peraturan kewangan akan memberi ransangan kepada keadaan aliran modal ke dalam negara. Hanya dengan itu, pelabur tempatan yang menyimpan wang di luar negara (hampir RM40 billion) akan datang semula. KLSE yang sedang merudum dijangka akan pulih dan jentera ekonomi akan bergerak semula.

Itu adalah rancangan drastik yang bertujuan positif yang akan dilaksanakan. Dalam tempoh yang singkat ini , jika keadaan tidak berubah, pentadbiran Mahathir & UMNO/BN pasti akan tambah parah.

Nota: Bersambung ke-Bahagian 2: Bagaimana jika rancangan itu gagal?)

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com