Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


GELOMBANG KONSPIRASI KE-DUA: PERANCANGAN MAHATHIR YANG LEBIH BERBAHAYA (2)

Dipetik daripada :
Minda Rakyat

Bahagian 2

Manusia merancang, Allah swt. juga merancang. Bagaimana jika rancangan Mahathir terhadap UMNO dan sebaliknya, gagal?

Terbayang Percanggahan “Dalaman”

Apa yang nyata sekarang, Mahathir makin nampak bahawa sebahagian besar pemimpin UMNO (75%) dan BN sudah mulai sedar mereka dipergunakan oleh beliau dan Kroninya. Mahathir juga nampak UMNO sudah mulai menentangnya secara terang-terang. Perhimpunan Mei 2000 menyaksikan dua insiden yang dipamerkan oleh perwakilan yang memberi Mahathir bacaan paling menakutkan. ‘Boooo….!! terhadap Rafidah dan kemenangan 12 undi cuma adalah petanda yang menunjukkan bahawa WANITA sudah terbelah dua. Perwakilan (secara keseluruhan) tidak menghormati Rafidah. Ejekan seumpama itu adalah pertama kali dalam sejarah UMNO. Dengan itu, agenda “wanita’ rekaan Mahathir memberi petanda: GAGAL.

Siti Zaharah ‘menang’ dalam “kalah”. Rafidah tidak akan mampu membawa perubahan total yang menguntungkan politik Mahathir. Bantahan pemimpin grassroot makin menyulitkan dan mencabar. Urusan Rafidah untuk menguasai WANITA pada tahun-tahun mendatang pasti sukar. Kegagalan Rafidah adalah kegagalan Mahathir. (Di luar Dewan ada yang bergurau..”Eloklah, sorang Pak Pandir sorang mak Andeh..” ketawa semua).

Kedua, dengan menyelinapnya ‘Geng 15’ kedalam MKT, walaupun dihadapan Mahathir mereka semacam menikus “yesmen”, tetapi dibelakang-belakang, Mahathir adalah orang yang dibenci dan dikutuk habis-habisan. Bermakna rancangan Mahathir telah gagal ditengah jalan. Sekali lagi kekuatan pemimpin grassroot UMNO memainkan peranan.

Dengan timbulnya bermacam-macam isu “melindungi rasuah” melibatkan Mahathir secara langsung dan terang-terang [seperti yang terbongkar di mahkamah oleh Datuk Shafie Yahya (BPR)], Mahathir merasa keadaan tidak lagi menyebelahi beliau. Mungkin Mahathir berjaya menggubal Konspirasi Ke-2 nya, tetapi risiko dan implikasinya adalah negatif terhadap imej UMNO.

Campurtangan beliau secara langsung dalam keputusan ‘outright’ yang tidak demokratik menggunakan “belukang” upahan seperti peguam K. Raja Segaran untuk mendapat perintah sementara menghalang Majlis Peguam daripada meneruskan mesyuarat tergempar yang bertujuan mendesak pergantungan jawatan dan menubuhkan satu suruhanjaya siasatan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin; dan didengar pula di depan seorang hakim R. K. Nathan (berstatus “belukang upahan” juga), kenyataan Mahathir melanjutkan tempoh jawatan Eusoff Chin, sokongan Pemuda UMNO dalam pertelingkahan Rais-Eusoff Chin & Lamin – adalah sangat mengkacaubilaukan keadaan sebenar.

Itu adalah Konspirasi untuk menyelamatkan Mahathir semata-mata. Konspirasi itu sudah diduga. Masakan 8000 peguam yang faham ‘jig-saw puzzle’ semudah itu tidak mengetahui apa yang ada dalam ‘perut’ Mahathir dan Eusoff Chin. Keterlibatan Mahathir dalam isu kebangkrupan PERWAJA dan skandal Mahathir-Eric Cheah yang sengaja dipenyap, pertelingkahan Mahathir-Daim bagai ‘api dalam sekam’, kes Rasuah Ling Leong Sik dalam isu pampasan RM40 juta penternak khinzir dan penjualan tanah 200 hektar bagi penempatan semula penternak terbabit dan lesapnya wang RM240 juta itu (ditangan Leong Sik) entah kemana hingga menimbulkan isu kepada MCA, dan puluhan yang lain – adalah bayangan siri tekanan yang menunjukkan Mahathir sedemikian lemah dan terdedah kepada tekanan puak UMNO dan komponen BN yang tidak berasa senang kepadanya.

Kesemua ini adalah menunjukkan bahawa bukan Mahathir yang “berkuasa mutlak” dan mempunyai daya mengungut pemimpin UMNO; tetapi sekarang adalah sebaliknya. Oleh itu, pemimpin UMNO sudah mulai ‘engkar’ dan tidak mahu lagi akur total (jika mereka mahu) dengan sebarang arahan Mahathir yang makin liar. Pemimpin UMNO dari “Kelompok Sedar” ini telah mengambil sikap membiarkan rakyat dan pemimpin UMNO bawahan menyuarakan bantahan senyap (berserta Pembangkang) terhadap Mahathir. Mereka membiarkan Mahathir komited lebih dalam lagi hingga terbenam, tidak boleh timbul dan bernafas.

Agenda Mahathir Bertentangan Dengan UMNO/BN

Para pemimpinan UMNO dan BN (khususnya MCA) merasa sedikit resah dan gelisah dengan kenyataan Mahathir mengenai isu Perdana Menteri yang disebut oleh beliau di Perhimpunan MCA baru-baru ini. Bukan kerana apa yang dinyatakan oleh Mahathir itu akan dilaksanakan, tetapi mereka tidak suka Mahathir meletakkan kedua-dua komponen BN itu dalam hubungan tegang hasil dari adu-domba Mahathir sebagai pucuk pimpinan BN.

Pemimpin kedua-dua komponen BN terbabit telah sepakat berpendirian bahawa sebenarnya Mahathir hendak mencari jalan keluar. Kerana, beliau adalah dalam keadaan terlalu tertekan dan terhimpit dengan masalah yang timbul dari sikap beliau melindungi rasuah kroninya (Abol Hassan, Rafidah, dll termasuk kes Ketua Hakim Negara Eusoff Chin. Mahathir sengaja menyatakan kontrak Eusoff Chin akan dipanjangkan); maka beliau mencari helah. MCA berkemungkinan akan mengadakan siri dailog dengan PAS dalam beberapa isu. Ini bukan mencari publisiti murahan tetapi mempelajari dasar dan komitmen sebenar PAS yang memungkinkan kaum bukan Islam membuat appresiasi terhadap pentadbiran PAS/BA.

MCA sudah nampak bahawa DAP sudah jauh ke hadapan dalam perkara ini. Penilaian dan pemantauan MCA menunjukkan bahawa penyokong MCA di Terengganu dan Kelantan telah memberi sokongan hebat dengan penyesuaian mudah terhadap dasar dan amalan kepimpinan dan pentadbiran PAS/BA di sana. Dengan itu Mahathir mengambil jalan paling berisiko tinggi dengan menyentuh isu Perdana Menteri dari keturunan bukan Melayu itu. Harapannya supaya rakyat akan beralih dari isu keterlibatan dirinya dengan rasuah. Berasaskan Akta yang ada, Mahathir boleh dikenakan tindakan undang-undang (Akta Hasutan). Mahathir sendiri makin rasa kecundang.

Proses UMNO/BN Membersihkan Nama

Umum telah mengetahui bahawa keputusan yang melapurkan Mahathir sendiri tidak mahu penyiasatan keatas beberapa kes rasuah dan penyelewengan melibatkan beberapa pemimpin dalam UMNO (Rafidah Aziz, dan puluhan MB dan Menteri) dan BN (Ling Leong Sik dan Samy Velu) serta kakitangan awam (Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin, Peguam Negara Mokhtar Abdullah, Bekas KP Perancang Ekonomi Abol Hassan dll), siasatan keatas skandal PERWAJA, Telekom, dll. dari diteruskan – adalah bersebab dari sangkut-paut beliau dengan kepentingan diri (Mahathir), anak-anak dan Kroninya.

Hematnya, jika satu “pekong” terdedah, seluruh tenaga-kerja Jabatan Kehakiman, Jabatan Peguam Negara dan BPR memerlukan 5 – 10 tahun untuk menjalankan perbicaraan dan membuat keputusan. Rakyat tentu nampak bagaimana kes rasuah Soeharto bergerak bagai ‘semut’. Kalau mereka yang terlibat diletakkan sebagai tahanan, penjara-penjara yang ada tidak cukup menempatkan mereka sementara tiap-tiap prosiding mahkamah ditamatkan. Mungkin ada yang mati sebelum kes-kes itu tamat.

Tetapi, itu sajalah jalan bagi UMNO/BN untuk meningkatkan kewibawaan parti. Ramai yang menykong supaya kesempatan penahanan Mahathir dan beberapa pemimpinan BN yang terlibat dengan Rasuah dipergunakan dalam keadaan terlalu terdesak. Kes-kes itu akan dijadikan bukti bahawa UMNO/BN tidak pandang bulu menangani isu besar itu. Diharap dengan itu rakyat akan dapat di”turnover”. Walaupun risiko ini amat tinggi kepada UMNO/BN; tetapi inilah saja modal politik terbesar yang termampu bagi UMNO/BN mengadapi pilihanraya ke-11. UMNO/BN tidak boleh bergantung semata-mata kepada fakta-fakta ‘defensive’. Rakyat mahu tengok satu perubahan total jika UMNO/BN mahu terus “survive”. (Changes are not only said to be done but must be seen to be done and well done!). Rakyat sudah pintar. Mungkin beberapa kerat dikalangan pemimpin UMNO/BN saja yang masih berotak cetek dalam kategori “bebal @ bangang”!

Mahathir Dalam Kerunsingan Amat

Dengan itu Mahathir hanya ada cuma satu pilihan, iaitu menuntup pintu “demokrasi’ dan bertindak menggunakan “kekerasan” (walaupun menafikan keutuhan undang-undang). Mahathir dengan beberapa orang kroni dan pemikir “impot” (bukan mereka dari kalangan UMNO/BN) telah memutuskan akan menangkap dan memenjarakan beberapa orang pemimpin di kalangan parti sendiri yang didapati belot dan berpaling tadah kepada beliau. Akta ISA dan Hasutan akan digunakan! Masalah yang akan menimpa, UMNO/BN akan porak peranda. Sekaligus, Mahathir sendiri akan diperap dipenjara sebelum ada pihak yang kena. Mahathir makin delimma lagi!

Mahathir merancang akan mengadakan siri lawatan keluar negara sebagai menunjukkan bahawa keadaan adalah seperti biasa. Kununnya, lawatan itu akan membayangkan bahawa segala-galanya adalah tenang dan stabil, dan beliau terus berkuasa dengan mantap (paling kurang sementara beliau masih hidup dan bernyawa). Mahathir tidak mahu menanggung malu seperti Soeharto dan Marcos, atau Mobutu dan Shah Iran. Apatah lagi seperti nasib Caucescue, Diktator Romania !!

Untuk terhindar dari musibah paling menakutkan itu, Mahathir (dengan kuasa yang tersisa) telah dinasihatkan oleh juruperunding “khasnya” (puak Freemason Yahudi) supaya menggunakan pelbagai macam kuasa. Mahathir dinasihatkan melalui beberapa “micro-plans” untuk mencegah senjata “demokratik” rakyat (untuk menumbangkannya) disekat samada secara lebih keras mau pun sulit. Penguatkuasaan dan perlaksanaannya berperingkat-peringkat. A

ntaranya yang telah diputuskan (rahsia terperingkat), Mahathir akan:

menerus dan merestui rasuah dan melindungi sebarang kroni yang terbabit, samada dalam kelompok pimpinan kerajaan atau kakitangan awam; dengan syarat mereka akur dengan kemahuannya (keputusan melanjutkan kontrak jawatan Ketua Hakim Negara dan menolak supaya beliau diheret ke mahkamah, dll);

merancang untuk mengugut dan memaksa atau memberi ganjaran rasuah dan melindungi sebarang saksi yang berpotensi membocorkan rahsia terperingkat mengenai kebusukan beliau selama ini (termasuk polis, tentara dan kakitangan awam, dll.);

meneruskan politik wang dalam UMNO/BN dan akan menggunakan kuasa wang untuk memanipulasi sebarang pilihanraya dengan kerjasama SPR dan agen-agen kerajaan seperti BTN, KEMAS, dll.;

melaksana dan meneruskan agenda Fitnah (khususnya terhadap parti Pembangkang PAS dan KeADILan) dan ‘membeli’ pemimpin mereka dengan upah supaya mereka-reka cerita bohong dalam media (sekalipun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan palsu);

menapis puak ulamak yang serasi dengan matlamat beliau untuk terus berkuasa, sekaligus akan merombak, mengatur dan mengawal semula fungsi masjid melalui pegawai pilihan UMNO saja, menentukan para penceramah, memantau sebarang ceramah, menentukan khutbah yang menyokong regim ini hingga ketahap membuat sindiran bersandarkan tafsiran firman dan sunnah yang sengaja diputar-belitkan;

menghatar ‘kader-kader’ (programe “anak angkat”) ke kampung-kampung dalam pendalaman (terdiri dari penuntut dan para mahawiswa dan kakitangan awam akan baru dan di ‘ear-marked’ untuk kenaikan pangkat sebagai upah-ganjaran) supaya menghasut, memfitnah Pembangkang; sementara itu menyokong dan memperakukan segala tindak tanduk Mahathir (setelah mereka diberi program intensif). UMNO dan komponen BN (diperingkat Pertengahan dan Bawahan) telah diarah untuk memberi kerjasama total meminta orang kampung supaya menerima programe “anak angkat” ini.

jika keadaan terlalu mendesak, akan dilaksanakan satu “Ops Lalang” sekali lagi termasuk pemimpin UMNO/BN yang berpaling tadah (tetapi ada pihak yang akan menentang keras). Siri kegiatan ini akan dipertingkat dan diperhebat menjelang tahun 2003/4 ini. Sekarang tumpuan paling serius sedang dilaksanakan di Terengganu dan Kelantan. Beberapa tempat di Perak, Kedah, Pahang dan Selangor telah ditanda. Banyak diantara orang kampung menerima ‘anak angkat buruk laku’ itu kerana terpaksa. Malangnya ada diantara mereka (anak angkat) itu bersikap angkuh dan mengugut. Ada yang bertengkar dengan “bapak angkat seminggu” mereka kerana antara “anak angkat-bapak angkat” tak sebulu. Mungkin program “jahat” ini umpama senjata makan tuan. Orang kampung menganggap ‘anak angkat’ itu adalah “spy” mengitip fahaman politik mereka. Pun terjadi, beberapa oang anak angkat itu lebih “membangkang dari pembangkang”. Ini membawa penyakit besar kepada UMNO. Jadi, dalam ramai-ramai anak angkat itu, ada yang balik ke JPA tak dapat naik pangkat.

(Nota: Bersambung ke Bahagian 3: Rancangan Mahathir vs UMNO/BN – pihak mana akan berjaya?)

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com