Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MAHATHIR JANGAN CUBA CETUS ADU-DOMBA SENTIMEN PERKAUMAN!!

KENYATAAN Mahathir Mohamad kepada penuntut Malaysia di Cairo berthabit isu “PM Bukan Melayu” itu adalah bertujuan menyemai sentimen PERKAUMAN yang JAHAT lagi BUSOK; lebih dari memberi ingatan ikhlas untuk kepentingan masa depan orang Melayu dan orang Islam di Malaysia.

Beberapa hari sebelum itu beliau telah menyentuh perkara dan isu yang sama dalam Perhimpunan Cina. Cuma nadanya saja yang berbeda; tetapi masih dalam kategori “adu-domba” perkauman yang jahat.

Ramai orang mentafsirkan kenyataan itu sengaja dilakukan atas niat untuk memperlengkapkan agendanya untuk meraih semula pengaruh yang terhakis teruk dikalangan orang Melayu. Bermakna ia sengaja dilakukan “demi kepentingan politik dan pengaruhnya dan UMNO/BN” yang telah merudum teruk.

Kaum bukan Melayu nampak, bila beliau bercakap kepada kaum Cina, beliau akan memberi ‘carrot’ kepada mereka. Dan, bila ia berhadapan dengan orang Melayu, beliau akan memomok mereka dengan pelbagai ciri ‘nujum sangkamara’.

Itulah dia Mahathir Presiden UMNO yang sudah terbuang dari senarai nama pemimpin bagi orang Melayu (dan mungkin juga bukan Melayu). Sekaligus komponen BN sudah teraniaya oleh Presidennya.

Jika Mahathir mempunyai niat dan tujuan yang baik, bukan sentimen berbau perkauman yang harus diberi tumpuan. Ada banyak cara lain. Tambahan pula, golongan muda Melayu berpelajaran dan berpendidikan (seperti penuntut di Cairo itu) adalah berminda terbuka. Begitu juga bukan Melayu

Mahathir dan UMNO perlu ambil ingatan BAHAWA:

1. Selama ini, dalam soal mengejar ilmu pengetahuan, tidak ada langsung terselit perasaan perkauman dalam hati penuntut Melayu atau bukan Melayu sebagai unsur galakan. Masing-masing sedar kelemahan dan kekuatan sendiri. Masing-masing bersefahaman. Apa yang penting ialah faktor-faktor peluang. Jadi, ucapan Mahathir itu adalah terlalu biadap, bebal, kurang hemat, kurang ajar dan sewel. Sebagai seorang pemimpin negara, Mahathir adalah seorang penghasut No. 1 yang pengecut dan tidak lagi berwibawa!

2. Bukan saja penuntut, malahan sesama rakyat massa berbilang kaum tidak lagi bersaing berasaskan perkauman dalam menuntut sesuatu. Masing-masing memperakuan hak keperluan sesama kaum dalam pembahagian ‘cake negara’. Buktinya adalah nyata: Berapa ribu jumlah tenaga pakar dan cendekiawan Melayu berjaya meraih kelayakan di tahap Ph.D dalam semua bidang ilmu. Tidak ada pihak yang dengki hati.

3. Cuma satu saja, Mahathir kena ingat betul-betul: Jika sistem dan dasar negara dan sikap diktator amalan Mahathir yang terlalu cenderung mengamalkan kuku-besi diamalkan berterusan, walaupun seseorang penuntut itu berjaya sebagai pemegang Ph.D undang-undang seperti Rais Yatim, atau pakar undang seperti Eusoff Chin dan para Hakim yang arif seperti Arifin Jaka dan Agustine Paul, Mokhtar Abddullah; atau Dr. Hamid Osman, Nakhaie dan Dusuki Amad ulamak UMNO….dll.; namun kehebatan dan sumbangan kelayakan tinggi mereka akan hilang di “flush” kedalam jamban. Ini semata-mata kerana mereka di UGUT, diRASUAH, diANCAM, diKHIANAT dan diarah BERBOHONG hingga menjadi manusia ditahap “BEBAL @ BANGANG” dan ‘kakak tua’. Minda mereka dipaksa tutup dan lidah mereka dikerat pepat.

4. Selama ini, dalam soal mengejar ilmu pengetahuan, tidak ada langsung terselit perasaan perkauman dalam hati penuntut Melayu atau bukan Melayu sebagai unsur galakan. Masing-masing sedar kelemahan dan kekuatan sendiri. Masing-masing bersefahaman. Apa yang penting ialah faktor-faktor peluang. Jadi, ucapan Mahathir itu adalah terlalu biadap, bebal, kurang hemat, kurang ajar dan sewel. Sebagai seorang pemimpin negara, Mahathir adalah seorang penghasut No. 1 yang pengecut dan tidak lagi berwibawa!

5. Bukan saja penuntut, malahan sesama rakyat massa berbilang kaum tidak lagi bersaing berasaskan perkauman dalam menuntut sesuatu. Masing-masing memperakuan hak keperluan sesama kaum dalam pembahagian ‘cake negara’. Buktinya adalah nyata: Berapa ribu jumlah tenaga pakar dan cendekiawan Melayu berjaya meraih kelayakan di tahap Ph.D dalam semua bidang ilmu. Tidak ada pihak yang dengki hati.

6. Cuma satu saja, Mahathir kena ingat betul-betul: Jika sistem dan dasar negara dan sikap diktator amalan Mahathir yang terlalu cenderung mengamalkan kuku-besi diamalkan berterusan, walaupun seseorang penuntut itu berjaya sebagai pemegang Ph.D undang-undang seperti Rais Yatim, atau pakar undang seperti Eusoff Chin dan para Hakim yang arif seperti Arifin Jaka dan Agustine Paul, Mokhtar Abddullah; atau Dr. Hamid Osman, Nakhaie dan Dusuki Amad ulamak UMNO….dll.; namun kehebatan dan sumbangan kelayakan tinggi mereka akan hilang di “flush” kedalam jamban. Ini semata-mata kerana mereka di UGUT, diRASUAH, diANCAM, diKHIANAT dan diarah BERBOHONG hingga menjadi manusia ditahap “BEBAL @ BANGANG” dan ‘kakak tua’. Minda mereka dipaksa tutup dan lidah mereka dikerat pepat.

Inilah kesan dari sistem “FREEDOM or PRISON” yang menjadi teras pentadbiran amalan Mahathir. Dengan itu, kenyataan Mahathir tidak releven langsung untuk masa kini dan masa depan rakyat majmuk negara ini!

Pemimpin komponen BN terbabit telah sepakat berpendirian bahawa sebenarnya Mahathir hendak mencari jalan keluar dari kemelut kewibawaannya yang sudah hapus. Dengan melakukan ADU-DOMBA, Mahatir berharap kepentingan dan keupayaan beliau yang telah “hangus” jadi debu itu akan “rejuvinate” dan hargai.

Eloklah Mahathir JANGAN HARAP!! Orang Melayu dan kaum bukan Melayu sudah mulai tidak percaya, malah mencurigai agenda beliau kepada UMNO dan BN, dan pemimpin mereka yang sekongkol. Ini semua adalah angkara Mahathir punya bencana!! Eloklah Mahathir cari cara lain yang lebih bermaruah, releven dan selamat.

Mahathir jangan fikir Reformis “jalanan” akan pupus cuma dengan “lokap” dan “water cannon”. BLACK14 adalah contoh bagaimana Mahathir dan sitem Diktatornya malu besar sebagai pemimpin Malaysia paling PEMBOHONG yang telah HANGUS kewibawaan!!

Mahathir menempelkan “kulit babi” ke muka sendiri. Siapa mau tengok? Rakyat dan negara akan selamat dengan Mahathir dan sekongkolnya DIHUMBANKAN kedalam penjara saja!!

Pengundi muda berjumlah 1.6 juta tidak akan memilih parti laknat UMNO dan BN lagi….!! Akan jadi parti nyamok lah menjelang 2003/4 nanti..!! MAPOS lah!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com