Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SELAMAT BERCERAMAH BERSAKSIKAN KERUSI KOSONG DI DEWAN

SIKAP dan karenah Dr. Mahathir dan sekongkolnya dalam UMNO dan BN makin mengoyak bagai pekung membusuk dan bernanah. Bermula dari rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh puak yang kepentingan hinggalah kepada perlindungan yang diberi terhadap penjenayah. Kini timbul pula perlekehan undang-undang dan penyekatan kebebasan yang tenat.

Apa yang nampak, rakyat (tak kira apa jua lapisan) mungkin masih toleran, sementara regim ini makin bermaharajalela dalam segala-galanya tanpa sebarang hormat kepada rakyat dan dunia. Ini bukan fitnah tapi adalah kenyataan!!

Di akhir-akhir ini, makin nampak ketara umpama “cacing sudah melarat ke mata”. Mahathir dan UMNO/BN tidak peduli lagi samada rakyat di negara ini bergolak dan curiga-mencurigai kesan dari kenyataan beliau atu sebaliknya. Beliau sudah sampai ketahap mewarwarkan sentimen adu-domba perkauman yang memutar ‘jarum jam’ ke belakang.

Mahathir nampak sudah lebih dari yang dijangka. Dengan sikap dan budi pekerti umpama seorang ‘kurang ajar’; seolah-olah beliau ingin sangat kesabaran rakyat diduga untuk ditekan. Mahathir sudah tidak lagi berpekerti mulia dan bersopan. Beliau sedang mencari ikhtiar supaya rakyat bermusuhan sesama kaum. Mungkin beliau mahu perselisihan kaum atau rusuhan kaum. Mungkin inilah agenda beliau terakhir.

Jika itu agenda beliau, bermakna, rakyat harus membuat keputusan: apakah ini dia manusia yang harus dijadikan pemimpin – jauh sekali sebagai ketua negara!!

Rakyat nampak bagaimana Soeharto dan Marcos membuat helah untuk mencetuskan pertelagahan. Menantu Soeharto adalah orang yang bertanggungjawab. Akhirnya, Soeharto sendiri terjebak dalam kesengsaraan. Marcos juga begitu.

Tetapi, dalam kes di negara ini, Mahathir adalah orang yang cenderung kearah itu. Beliau sudah keterlaluan hingga menggunakan semua jentera pentadbiran negara dan orang harapan yang seharusnya berfungsi menegakkan keadilan, keamanan dan undang-undang – dipergunakan tanpa menimbangkan amanah rakyat.

Mungkin dicelah-celah itu ada segelintir mereka yang mengaut faedah diri. Tetapi itu tidak bermakna 20 juta rakyat harus tunduk dengan karenah Mahathir dan jongos-jongosnya (yang makin tertekan) bersenang-senang bagai perompak “jalanan”!! Sementara itu rakyat banyak merengkok dalam kancah kepapaan segala.

Begitu sekali regim ini melakukan “kesumbangan”, namun pihak Pembangkang masih lagi kaku untuk (secara terang dan jelas) melaksanakan kepercayaan rakyat yang menuntut supaya mereka mengambil tindakan yang berkesan. Kesedaran yang tercetus dalam puluhan ceramah seluruh negara, tinggal sebagai ‘hembusan angin panas’. Apakah senjata pembangkang hanya setakat itu saja? Rakyat sudah mulai bertanya dan meminta kepastian. Apakah rakyat dipaksa mengikut undang sedangkan regim Mahathir melakukan apa disukai walau dengan mencabul kedaultan undang-undang?!

Nampaknya dua ‘forces’ itu tidak nampak berpanca, dan agenda masing-masing pihak (Pembangkang dan regim Mahathir) umpama menemui ‘stale-mate’ yang tidak berkesudahan!! Pembangkang cuma setakat merungut bagai kucing membaham ikan. Ada kes “melanyak” bekas regim ini ditangguh-tangguh. Kunun hendak bersopan. Kalau Mahathir setaraf pemimpin “Republik Pisang”, beliau akan akur dengan sikap sopan?

Mungkin sudah sampai masanya rakyat sendiri merasa bosan dengan cerita lama yang dimainkan oleh Pembangkang. Rakyat juga manusia, dan mereka juga mahu ketelusan. Mereka juga boleh hilang keyakinan jika ada pihak yang cuma “cakap tak serupa bikin”!

Pembangkang wajar memberi arah supaya rakyat dapat memberi kerjasama; dan dengan itu keadaan yang makin menekan ini berakhir dengan noktah. Rakyat mahu melihat Pembangkang lebih beraturcara dalam melaksanakan wadah yang diamanahkan rakyat. Jangan cuba bercakap saja, tapi dibelakang asik derma saja.

Jika Pembangkang tidak ada lagi ikhtiar melakukan sesuatu yang berkesan, jangan terperanjat jika ceramah Pembangkang akan bersaksikan ratusan kerusi kosong tidak berorang….!!

Selamat anda membuka sumbat “tempayan pekasam”..!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com