Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


PEMBANGKANG WAJAR BERTINDAK BERSAMA RAKYAT!

Dipetik daripada :
Laman Fitnah e-UMNO

PEMBANGKANG WAJAR BERTINDAK BERSAMA RAKYAT!
Jangan habis sekadar bercakap


Berikut ini kami siarkan artikel terbaru Wak Amin Sapiro yang dikirimkan kepada FeU melalui insan perantara. Sama-samalah kita doakan kesejahteraan Wak Amin

Di katil ini banyak hidayah yang datang menusuk kepala saya. Sementara itu, tak putus-putus pula kawan-kawan lama datang melawat membawa berita. Mereka menyebut ungkapan lazim seperti “Ketuanan Melayu, survival orang Melayu, perpecahan orang Melayu, dominan politik orang Melayu, pensekularan Islam…..” Macam-macam lagi. Semua rungutan mereka mengenai orang Melayu adalah rungutan kekecewaan belaka! Bising!!

Saya bukan pakar rujuk untuk berbicara mengenai orang Melayu. Sejak Anwar dilucutkan jawatan, dari sikap UMNO yang serba “kaku”, saya sudah tahu siapa “Melayu UMNO”. Kenapa mereka tidak tanya saja puluhan profesor dan cendekiawan yang melambak-lambak dalam UMNO? Tanyalah Mahathir Khir, Firdaus Abdullah, Ramlah Adam, Musa Mohamad Menteri Pendidikan – semua mereka pintar belaka bila berbicara mengenai orang Melayu.

Atau, kenapa tidak tanya saja ribuan pemimpin UMNO yang bersidai-sidaian di ruang legar PWTC atau di warong kopi? Tidakkah mereka itu setiap dua tahun berhimpun dan berbincang mengenai politik bangsanya. Masakan saban kali berhimpun mereka termakan segala “brain-wash” dan “turnover” si Tua bangka itu? Tidakkah mereka menggelarkan diri sebagai “pejuang Melayu”, “Pejuang Bangsa, Negara dan Agama”?

Perhatikan saja berapa punya bodek orang-orang itu kalau menulis di media utama, atau bercakap dalam wawancara di kaca TV saluran perdana. Kadangkala terasa sangat orang Melayu ini adalah bangsa yang dominan dan prominen di negara ini. Cuma satu saja mereka bercakap melalui ‘hidung’; sementara itu mereka tutup mata dan telinga!! ROBOT lah!

Dikaitkanlah, betapa hebatnya Mahathir sebagai pemimpin Melayu. Disanjung, dipuji dan angkat umpama ‘nabi’ mereka. Seolah-olah tanpa Mahathir kutuanan Melayu reput, survival orang Melayu hanyut, perpecahan orang Melayu berlarut-larut, dominan politik orang Melayu hancur-lebur…..!! Sudahlah!! Makin nampak kesemua mereka sudah hilang keyakinan diri. Pendidikan mereka makin nampak tidak dimanfaati oleh bangsa sendiri. Orang jenis inilah yang sanggup jual negeri, waima lelong habis maruah diri!! Tak sedar kaum-kerabat mereka meronta-ronta untuk dikasehani?

Apa UMNO Buat?

Sebagai jawapan, saya cuma bertanya kepada mereka, “Jika orang Melayu tidak yakin lagi punya kutuanan bangsa, curiga dengan survivalnya, dominan politiknya – asyik bercakap tentang perpecahan bangsa; apa orang Melayu harus buat?”

Saya tanya juga: Jika hari ini – dengan pergolakan politik orang Melayu yang makin meruncing dan dengan ekonomi orang Melayu makin genting – masih di takuk lama berbanding dengan kaum lain; apa pemimpin UMNO sudah buat, sedang buat dan akan buat? Masih setakat mengumpat dan mengeji saja? Kan itu kerja bangang!!

Dalam tempoh dua jam mereka melawat saya, berkali-kali saya ulang bahawa dominan Melayu dalam politik, pemerintahan dan pembangunan ekonomi negara makin hari nampak digadai-cagarkan oleh “belukang darat” para pemimpin dalam UMNO juga. Jangan salahkan sesiapa. Salahkan pemimpin mereka sendiri. Tetapi, jangan salahkan pemimpin itu 100%; elok menilai diri dan tepuk dada tanya selera. Mengapa bila diberi peluang memilih, kenapa masih ramai yang terpikat dengan kain pelikat dan beras se kampit? Tidakkah murah sangat harga diri?

Orang Melayu Tempang Berjingkit

Dari situlah bermula tempangnya langkah-langkah orang Melayu untuk berjalan lancar kehadapan; apatahlagi menghadapi cabaran masa depan. Rasuah kecil-kecilan itulah puncanya. Orang Melayu mudah dan murah sangat dibeli. Itulah faktor sebenar timbulnya perpecahan dan kehancuran orang Melayu masa depan. Itulah punca orang Melayu semakin lemah. Kalau begini juga karenah diri, satu masa nanti orang Melayu “makan tanah, makan pasir”!

Rata-rata para pemimpin orang Melayu dalam UMNO sudah melupakan wadah perjuangan sebenar yang khusus berfungsi untuk mengisi Kemerdekaan. Dari apa yang nyata, hari ini wadah itu hanya dimanfaatkan oleh segelintir mereka yang dominan dan prominan disekeliling orang-orang berkuasa dalam pentadbiran negara. Hingga, makin nampak (seperti kata DS Anwar) orang Melayu makin terperangkap dalam kepompong “Nepotisme, Kronisme, Korupsi”. Kesannya, makin tergadailah ruang terbuka untuk membaiki diri. Kemungkinannya, nasib dan masa depan generasi orang Melayu akan terus malap dan tinggal dalam gelap.

Tanyalah kepada diri sendiri, “Apa UMNO dan kepimpinan yang ada sudah buat?” Pernahkah mereka termenung sejenak dan mencerakinkan, “Benarkah para pemimpin orang Melayu sudah mantap jati-diri sekiranya saban hari setakat menerima arahan dan suntikan slogan cuma dari seorang Presiden mereka si Mahathir Mohamad ini? Saya katakan bahawa saya tak fikir pemimpin UMNO pernah cermin-cermin diri. Mungkin mereka cukup sangsi kalau-kalau bayang muka mereka dicermin seperti muka “babi”!

Apa yang kita nampak, Mahathir hanya menyuruh orang Melayu setakat berbangga! Dituding jarinya ke Menara Berkembar, ke Mahligai Putera Jaya, ke Global Express, ke Satelit MEASAT (yang tidak nampak di mata), ke Proton Saga, ke Lebuhraya Selatan-Utara, ke Jembatan Pulau Pinang, Ke PERWAJA yang sudah bangkrup…! Bangga! Bangga semua! Hingga Khutbah di Masjid Negara di arah Imam mewarwarkannya!!

Mahathir membangang-bangsatkan orang Melayu semudah itu!! Ulama UMNO sanggup menukar cawat dengan serban. Kes JAIS adalah satu dari puluhan contoh teladan. Ditambah pula dengan ulamak sekular di bawah kolong “Sisters In Islam”. Jika dibiarkan puak ‘betina sundalan’ ini berfatwa, alamat ramailah penuh sesak ‘kupu-kupu malam’. Mungkin satu lagi sektor ‘perindustrian’ yang akan tumbuh dimonopoli oleh orang Melayu bermazhab “I…selam!!”

Tetapi Mahathir ‘mamak’ ini tidak pernah menuding jari kepada keruntuhan sosial orang Melayu, bagaimana beliau mensekularkan Islam, bagaimana sukarnya usahawan IKS Melayu mendapat pinjaman Bank, apa rancangan dan ikhtiar UMNO untuk mendedah dan merialisasikan golongan terpelajar dan profesional Melayu menghadapi anjakan paradigma ke bidang ekonomi dan keusahawanan, bagaimana merialisasikan peningkatan penyertaan orang Melayu dibidang perniagaan. Tak ada!! Langsung tak ada!

Pernah saya katakan dulu bahawa Perhimpunan UMNO tidak lebih dari satu pesta ‘ceremonial’ untuk menabalkan Presiden parti yang akan memberi amanat, diikuti dengan sesi para perwakilan beramai meresmikan istiadat “Menjunjung Duli”. Lazimnya, istiadat pertabalan itu selama tiga hari. Setiap hari, tiap-tiap perwakilan diarahkan supaya menyiram “air mawar” dan merenjis ‘tepung tawar” ke muka “raja” yang baru ditabalkan. Sebagai upah, mereka dibawa ke satu majlis makan kenduri. Itu saja upahnya. Lain tak ada!! Pulang kampung, tanam jagung!!

Memalukan sangat! Orang Melayu makin nampak sebagai satu kaum yang cukup cepat berbangga kalau diberi pujian. Kalau berjudi pun: menang se ringgit dikatakan untung se laksa. Padahal kerugian yang ditanggung berganda-ganda. Tetapi, kerugian selalu dijawab dengan bersabar..”Tak apa! Tak apa! Esok masih ada!”. Cuba tanya mereka, “Esok itu bila?”. Akan menjawab mereka, “Rezki ditangan Allah!!”. Fuuuhh…! Nama nak menyalahkan diri, memuasabah diri…orang Melayulah yang paling susah. Kerugian bikinan sendiri, Allah pula yang salah.

Walhasil, 25 tahun PETRONAS menggali khazanah bumi nenek moyang kita; setakat ini hanya RM45.0 bilion saja harta terkumpul?” Jika orang Melayu masih mau diayun Mahathir setakat berbangga, sampai kiamat soalan-soalan itu masih terbiar tidak berjawab! Tidakkah bermakna orang Melayu sudah tergadai terlelong dijual di bumi bertuah ini?

Pemimpin Kaki Songlap

Memandang jauh ke hadapan, apa yang mejadi masalah sekarang ialah minda orang Melayu makin tidak sedar bahawa kecenderungan untuk membendung perselisihan dan perbalahan dikalangan pemimpin mereka yang berkepentingan, makin nampak tidak ada satu biji mata yang berani mengenengahkan kesilapan. Masing-masing harap-mengharapkan hingga perancangan orang-orang tertentu berjalan lancar. Mahathir tepuk tangan di belakang!

Mahathir ‘mamak’ ini tahu benar. Kelemahan orang Melayu adalah kerana jiwa mereka macam ‘bara api’. Bila ditimpa embun jantan, padamlah ia. Ini semua termaktub dalam ‘bible’ Mahathir P***M** yang berjudul “Dilemma Melayu”. Terang-terang si bedebah laknat ini berkata – “orang Melayu sanggup menerima sistem ‘Feudal”. Orang Melayu boleh dibeli sekupang dua!!

Hari ini terbukti sudah bahawa orang Melayu yang mengaku “madani” itu lebih bangang-dayus dari penghuni gua zaman ‘batu’. Rata-rata mata hati mereka buta macam kayu!! Sudah begitu busuknya orang Melayu diperlekeh oleh si Mamak Barua ini, masih mereka ‘terhangguk-hangguk” macam kepala ‘Sesibur’. Masih merafak sembah menjunjung duli!! Memang orang Melayu, bukan setakat buta; mereka ramai yang dah tuli!!

Sekali lagi dirujuk: Lihat saja apa yang berlaku semasa Perhimpunan UMNO Mei 2000. Perhimpunan sepenting itu tidak ada sebarang kesan untuk menjana perubahan terhadap penyelesaian masalah semasa atau masa depan orang Melayu.

Sebusuk itu cara Mahathir melatik diri sebagai presiden parti, kempunan sangat untuk melihat mana-mana pemimpin UMNO yang membantah menyoal-tanya! Ow… kununnya demi perpaduan parti dan mengekalkan status quo. Ya ke? Apa guna itu semua jika pemimpin yang wajib jadi “pagar, tetapi pagar itu pula makan padi?” Tidakkah itu bukti kontan yang boleh ditafsirkan bahawa pemimpin Melayu sudah sebati dengan sifat terhegeh-hegeh macam kerbau korban yang diheret dengan belati? Satu demi satu mereka ditumbangkan, dihiris leher, dilapang daging dan diberi makan kepada bangsa yang seugama. Makanlah daging sudara mu sendiri!!

Persoalkan Kes Rasuah Ini!

Saya yakin tidak akan ada walau sebiji mata mata di kalangan puak UMNO berani menyoal Mahathir bagaimana selama 25 tahun PETRONAS menggali minyak diperairan negara, bagaimana HANYA RM45 bilion saja harta PETRONAS yang terkumpul.

Analisa seorang pakar yang mahir dalam ilmu perakaunan akan dapat menterjemah dan memberi kesimpulan memang ada unsur-unsur “songlap” dalam kekayaan yang ditimba oleh PETRONAS selama ini. Masalahnya, oleh siapa dan bagaimana?”

Seseorang yang membaca Laporan PETRONAS, walaupun kelulusan setakat Darjah 3 Sekolah Dewasa, tentu akan berkata, “Banyak itu sajakah? Yang lain mana? Siapa yang telan?”.

Dari Laporan itu, nampak bahawa PETRONAS telah dijadikan oleh pemimpin UMNO yang pintar dalam ‘songlap-menyonglap’ sebagai “perigi buta” untuk ‘membaham’ khazanah rakyat. Seorang kawan yang mahir dalam ilmu pentaksiran nilai dan perakaunan meyakinkan saya bahawa jika dikira secara purata, seharusnya PETRONAS mempunyai harta paling kurang RM280.0 bilion, bukan RM45.0 billion. Jika begitu mana perginya jumlah wang rakyat sejumlah RM235.0 billion lagi? Tidakkah wajib Mahathir menjawapnya di Parlimen? Jika tidak puas hati dengan jawapan “si Pembelit Negara” itu, mana muka-muka Pembangkang yang tuntut supaya semua akaun PETRONAS dibentangkan?

Inilah satu contoh bagaimana regim Mahathir ini wajib disoal dan ditanya ketelusannya. Pembangkang wajib mempersoalkan di Parlimen kerana rakyat berhak dipastikan. Rakyat mesti tahu bahawa bumi Malaysia ini bukan pesaka yang dianugerahkan oleh suku-sakat Mahathir dari Kerala. Jika Mahathir benar kaki songlap, tidakkah wajar sekujur tubuh si pengkhianat negara ini di kelar-kelar? Heret saja Mahathir ke “mahkamah rakyat”, siat-siat setiap inci kulit ditubuhnya supaya rakyat nampak samada darah Mahathir itu “putih” atau “berkarat” – seperti air longkang di perlimbahan!!

Bermakna, jika orang Melayu yakin dengan ketuanan bangsanya diakui ada, survival mereka adalah perjuangan utama, dominan politik mereka adalah afdhal baginya; mengapa tidak mereka mengambil hikmah dari perpecahan bangsa itu bersatu semula di bawah satu panji-panji baru untuk menentang kezaliman? Tidakkah sudah tiba masanya orang Melayu menetukan siapa yang wajar jadi pemimpin mereka: “Mahathirkah, UMNOkah” atau satu parti baru yang serasi dengan wadah majoriti orang Melayu?

Orang Melayu harus bangkit dan bersatu diseluruh negara. Orang Melayu WAJIB mempersoalkan sejauhnama sangat hebatnya Mahathir ini jika masing-masing yakin dengan bukti-bukti nyata bahawa Mamak Barua ini adalah “Bapak segala pelindung rasuah dan seorang raja songlap”..!! Mengapa orang Melayu masih lagi teragak-agak menunjukkan bahawa negara ini adalah tanahair mereka?

Orang Melayu Di Perbodohkan

Saban hari Mahathir menumpukan pembohongan dan adu-dombanya dengan tujuan untuk mencorak minda orang Melayu dengan ‘momokan’ “perselisihan dan perbalahan”. Kununnya, isu yang dibangkitkan Pembangkang Melayu semata-mata bertujuan untuk memecah belahkan orang Melayu dan merosakkan agama Islam. Diwarwarkanlah kununnya tindak tanduk Pembangkang semata-mata bertujuan menghancurkan masyarakat orang Melayu itu. Tetapi sebaliknya, Mahathir lebih suka orang Melayu berpecah-belah hingga mudah ia memerentah.

Cuba Pembangkang yakinkan orang Melayu, diajak sama-sama duduk dan berfikir sendiri, sedar dan insafkan mereka siapa sebenarnya yang berselisih dan berbalah dengan rakyat? Tidakkah UMNO yang didalangi oleh Mahathir laknatullah itu yang mengkhianati perjuangan orang Melayu hingga terbabas jauh menyimpang dari amanah seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan diredai Allah?

Adakah Mahathir ini masih layak menerajui kepimpinan negara dan orang Melayu jika terang-terang si “barua bangsat” ini tidak menghormati undang-undang, mengadu-domba dan mengahasut rakyat, mengsonglap harta dan khazanah rakyat dan melindungi suku-sakat, kroni keparat dan tukang jilatnya yang rasuah, berpaut kepada ranting-ranting kuasa melalui ugutan, paksaan dan tipu-helah, menggunakan UMNO untuk memijak kepada setiap orang Melayu, menafikan natijah ugama Islam dengan bermampus-mampus mensekularkan, menggadaikan ketuanan Melayu kepada kaum lain?

Soal diri anda, wahai orang Melayu, “Apakah orang Mealyu layak mengakui kaumnya telah Merdeka jika setelah hampir setengah abad merdeka, namun orang Melayu masih mempersoalkan isu kutuanan bangsanya, survivalnya, dominan politiknya, saban hari bercakap tentang perpecahan bangsa? tidakkah itu memberi satu bukti jelas bahawa orang Melayu telah gagal memerdekakan negara dan bangsanya? Tanya!! Tanya!! Malulah!!

Makin hari makin nampak bahawa kaki pemimpin Melayu yang melangkah tidak lurus lagi. Orang Melayu yang bergelar pemimpin dalam UMNO yang dibaruakan Mahathir telah menghumbankan orang Melayu ke dalam jurang perhambaan. Orang Melayu sudah jadi hamba. Jika di zaman Firaun, puak Yahudi dikerah membina piramid; hari ini orang Melayu dikerah oleh si MahaFIRAUN moden ini untuk menggali emas dari bumi sendiri; dan dengan harta kekayaan itu orang Melayu pula dibeli. We are bought by Mahathir Mohamad from the gold dugged from our own soil!! Bangang sangat orang Melayu ini.

Hari ini, orang Melayu kena lihat dengan mata kepala sendiri. Tidakkah anda masih menadah tempurung sebagai kakitangan awam, pekerja kilang, penggilap lantai jamban, penyapu jalan; sementara kaum lain dimanjakan dengan “hikmah” oleh pemimpin UMNO di tangan Mahathir hingga mereka menjadi “tuan” kepada seluruh orang Melayu?

Fuhhh…!! Masih orang Melayu di Perhimpunan UMNO bersorak-sorai, berkokok berderai- derai, mendendangkan lagu “Perjuangan” dengan nada permai (kunun), sementara itu taik masing-masing di punggung dibiarkan kekeringan….!! Keturunan Keling bangsat ini dijulang-julang, sementara anak bangsa sendiri dihalang menentang!! Memang otak orang UMNO tidak cerdik lagi…!!

Semua melihat Mahathir senyum simpul kerana jeratnya mengena. Orang Melayu amat mudah dibuai dengan angan-angan Mat Jeninnya. Bermain-mainlah mereka dengan seribu impian yang ‘muluk-muluk’. Dua tahun kemudian akan diulang semula cerita yang sama. Orang Melayu masih ditakuk lama, sementara kaum asing sudah lajak kehadapan memiliki segala!! Namun, UMNO masih berpresidenkan Mahathir – mungkin sampai habis nyawanya!!

Padan jugalah hampir setengah abad negara Merdeka, orang Melayu masih sanggup menerima momokan’ dengan isu “perselisihan dan perbalahan”, masih kacau-bilau dengan isu ‘perpecahan’, sanggup merela dan membiarkan Mahathir memperlekeh undang-undang dan agama Allah dan rasulNya, sanggup menerima adu-domba dan hasutan hingga bercakaran, membiarkan Mahathir dan kroninya mengsonglap harta dan khazanah rakyat tanpa soal, masih bergelimang dengan isu kutuanan bangsa, survivalnya, dominan politiknya, bercakap tentang perpecahan kaum sendirii…!! Apa ini? Sampai bila orang Melayu mahu merungut seperti ikan sembilang dalam lubangnya?

Orang Melayu! Kenalilah Diri Mu

Tanya setiap orang Melayu, siapa diri mereka di negara bertuah ini? Suruh mereka pandang keliling!! Setiap kakitangan awam, siapa? Di Jabatan Kehakiman, Polis, Peguam Negara – siapa mereka? Tengok siapa dia kepala Tentera!! Pandang wajah mereka, dan tengok warna kulit mereka, dengar bahasa pertuturan mereka – bahasa apa? Kaji asal-usul mereka dari mana datangnya. Dari kampung!! Anak petani, nelayan, orang perhumaan!!

Jika mereka mengaku satu kaum dan menganut ugama yang sama, mengapa mereka masih teragak-agak untuk seiya-sekata? Mengapa tangguh-tangguh mewujudkan rancangan mega seluruh negara: Kenapa tidak ditangkap saja Mahathir dan sekongkolnya, heret mereka ke muka pengadilan rakyat? Jika sah didapati bersalah – humbankan saja mereka sebagai tahanan rakyat!

Kita sudah lihat, Anwar dilakukan sedemikian rupa oleh si bedebah mamak ini. Tell you, this man called “Mahathir Mohamad” has no repect of the Law!! Jika begitu sikapnya, adakah kita (rakyat) akan dituduh melanggar undang-undang jika mengheret orang yang tidak menghormnati undang-undang (Mahathir) dihukum kerana mahukan dia mematuhi undang-undang? Salahkah kita (rakyat)? Peduli apa orang cakap? Setakat ini satu dunia mendayuskan rakyat dan orang Melayu di tanah tumpah darah ini!! Memanglah orang Melayu makin nampak bangsat, tak tau harga diri..!!

Falsafah semangat perjuangan warisan datuk-nenek moyang kita zaman berzaman mudah saja. Jika harga kemerdekaan perlu dibayar dengan darah, lakukan! Tidakkah semasa zaman “Dharurat” ribuan pemuda Melayu gugur ke bumi sebagai para jihad? Sekiranya semua jentera “perkhidmatan rakyat” itu sepakat, masalah segampang ini pasti akan selesai dalam tempoh tiga hari!! Nak tunggu 5 tahun lagi?

Kalau orang Melayu dalam UMNO, atau rakyat masih teragak-agak tidak juga mahu keluar dari kepompong dan menyoal ketelusan Mahathir Mohamad; sampai kiamat orang Melayu akan terus-menerus seperti “ayam tongong” disumpah umat – bodoh-sombong tak kenal di untung!! UMNO dan orang Melayu sendiri bertanggungjawab dengan hilangnya tanahair, bangsa dan agama anutan orang Melayu.

Jangan ambil mudah!!

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)
(Dari katil rawatan)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com