Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


UMNO : SEMALANG SANGKURIANG MEMBINA CANDI BROBODOR !!

Tiba-tiba saja seorang cendekiawan kawan lama datang melawat saya. Memang lama juga kami berkawan. Sejak dari zaman ‘masa bodoh’ hingga sekarang. Kerana berlainan kecenderungan, kami berpisah dipersimpangan jalan. Masing-masing menurut haluan hidup yang berlainan. Cari makan. Tetapi, hari ini, kami akhirnya bersua dipenghujung jalan. Alhamdulillah!! Semua atas kehendak Allah!!

Dari senyumnya saya tau ada perkara besar yang hendak diajaknya saya berbicara. Saya tunggu. Saya katakan, “Hanya hujung jari saya yang tidak sehebat dulu mengetip kekunci komputer, tapi minda saya taklah sesewel sesetengah pemimpin UMNO!!”

Dia ketawa! Sambil ketawa beliau bersenda, “You ni Amin, kalau bercakap mesti bermula dengan “UMNO” dan habispun dengan “UMNO”. Masih sayang lagikah kepada UMNO?”

Saya jawab dengan rasa terkilan. Kata saya (secara berkias), “You tak baca ke dalam LamanWeb reformasi? Puluhan artikel pendek yang tertulis oleh penulis reformasi, analisa mereka, semangat dan perjuangan mereka; tak kan lah mereka sengaja nak buang masa menulis. Saya peminat Marhaintua, Amin Sapiro (pembohong juga saya), adik manja reformasi Tun Teja, Dahlia, Elniza, Sarjan Ops 2004….dan entah berapa ramai lagi. Mungkin saya tak keluar ke jalanraya berdemo. Betul! Tetapi saya tahu ramai orang UMNO yang baca tulisan kawan-kawan dan adik-adik itu; saban hari membicarakan tentang Reformasi yang menjadi nawaitu mereka!!”

Meleret-leretlah kami bersenda-gurau sambil berbincang masalah pokok. Berkatalah kawan saya itu lagi:

“Umat Melayu sedang berpecah belah, Amin. Berkelompok-kelompok. Jika gagal di atasi dengan cepat dan cermat, pasti keadaan itu akan menggugat dominan dan ketuanan orang Melayu dalam politik dan pemerintahan tanahair”, katanya.

Saya jawab dengan nada rendah, “Jika benar ada “perpecahan Melayu” dan menggugat ketuanan Melayu; semua itu adalah porak-peranda bikinan UMNO. Semua telunjuk menuding kearah Mahathir. Penyokong UMNO, Menteri UMNO, pemimpin UMNO…semua!! Nak salahkan siapa?” saya tanya.

“Tak guna cakaplah. Cuma kita ikhtiar cara membetulkan keadaan semua” katanya serius. Saya jawab dengan selamba,”Kan sekarang ni dah betul? Pilihanraya ke-10 orang Melayu dan tunjuk. UMNO dah lingkop…!!” kami ketawa.

Kami bersetuju atas satu fakta, iaitu kesemua masalah ini berpunca dari Mahathir Mohamad. Selagi dia masih bersembunyi dibalik lalang sehelai menghindar diri dari segala macam rasuah dan penyelewengannya; maka UMNO akan hancur berkecai. Tak kira Melayu, Cina, India, Iban, Melanau, Semang, Sakai segala bagai, bagi semua mereka sependapat – RASUAH ‘is just like weather, it affects everybody; Dick, Tom and Harry!!”, saya kata. Dia mengangguk.

Saya kata, “Saya tak mau cakap bersandarkan firman, hadis dan sunnah. Saya tak layak. Saya bukan ulama. Tetapi yang sedikit saya fahami itu sudah cukup untuk memberi saya panduan dan pegangan iaitu, Rasuah dan Penyelewengan adalah tegahan Allah swt paling keras. Jika pemimpin melakukan rasuah; di dunia juga wajib ia diheret ke muka pengadilan. Apatahlagi kalau pemimpin itu terang-terang memfitnah, berkonspirasi, mengugut, memaksa dan mengahasut adu-domba, menggunakan pengendali undang-undang untuk melindungi keaiban yang dilakukan…. adili dia!! Lepas tu humbankan ke dalam penjara..!!” (saya dah mula berkhutbah. Padahal dia Profesor Madya).

“Betul cakap you. Masalahnya siapa nak mulakan? Siang-siang dia dah lantik orang “nya” di Jabatan Kehakiman, Peguam Negara, Polis, Tentera, Kakitangan Awam, Menteri, dari pemimpin Ketua Cawangan sampai Imam-Penggawa di ceruk kampung!” jawabnya seperti orang terdesak.

Saya kata, “Masalah sebenar bukan itu saja. Orang Melayu yang diatas-atas tu dah “mampos jiwa”nya. Banyak yang ada pendidikan, tetapi hati-hempedu lebih teruk macam saya ni yang tak cukup pelajaran. Macam orang kampung, nelayan dan setenggan; you ingat diorang tak tau ‘baca’ ke?” saya tanya. Dia terdiam.

“Sekarang, saya baca cerita drama di Sauk, hampir semua orang yang datang lawat saya ketawa saja. Semua kata tak hairan!! Agenda Mahathir dan puak konspiratornya mana ada hujung pangkal. Lain kesah saya tak peduli, tetapi kalau 15 orang nak pikul lebih 100 laras M16 dengan ammo panjat bukit ulang alik dekat setengah batu dalam tempoh 2 jam; nampaknya diorang tu lebih handal dari Sangkuriang membina Candi Brobodor dalam tempoh se perempat malam!! Kerana terlampau riak-takbur hingga melanggar pantang, tertidur sekelap - malam pun siang!!” Kami ketawa lagi!!

Ketawa kami menarik perhatian jururawat bertugas yang mengawasi kesihatan saya. Melihat saya ketawa gegak gempita, dia berkata, “Pak Amin dah sehat sangat ke?”. Saya tergamam. Saya tanya diri saya, “Saya dah sehat ke?”.

Seperti orang bodoh saya buka teori lama saya. Saya kata, “Mahathir ni tak mahu menerima baka Melayu sebagai pucuk pimpinan politik negara. Mahathir ada kepentingan “mega”nya. Inilah faktor penyebab maka Musa Hitam, Ghafar, Ku Li dan Anwar…entah siapa lagi menerajui kepimpinan negara; apatah lagi menjadi teras kepada bangsa!”.

Kawan saya menjawab, “Macamana you boleh kata begitu?”

Saya jawab,”Sebab Mahathir dah nampak orang Melayu nih terlampau lurus. Ketua jalan bengkok, disangkanya lurus. Kalau orang Melayu pandai bengkang-bengkok macam Mahathir, Samy Vellu, Leong Sik, Lim Kheng Yeik… Lim Ah Lek, dah lama Mahathir letak jawatan! Tapi malangnya orang Melayu masih ikut cara Tunku, Tun Razak dan Hussein Onn. Cuba orang UMNO di MKT yang 15 orang itu depan Mahathir cakap “Yes, Sir” tapi belakang-belakang buat konspirasi ‘tumbangkan Mahathir’…saya fikir dah lama salah seorang dah jadi PM baru. Saya garenti selamatlah UMNO, selamat bangsa dan ugama!!”. Terperanjat beliau!!

Sebelum sempat beliau mencelah, saya “sumbu” lagi, “You orang cendekiawan. Cuba turun padang laaa! Janganlah duduk di awang-awang saja. Sekadar membuat analisa politik menggunakan ‘desk-top komputer’ saja, tak guna. Tak realistik!! Seorang cendekiawan memandang politik “one-way street”. Padahal Mahathir dan jongos-jongos mengamalkan “extra-politics”. Maksud saya, Mahathir akan gunakan ugut-paksa bila dia tersepit. Itu macmlah jadi orang politik..! hehehe”. Kami ketawa lagi

Mengangguk beliau. Bersetujulah nampaknya. Bertanya pula dia, “Bagaimanakah keadaan ini harus di atasi? Ke manakah akhirnya Melayu yang sedang berpecah belah dan sedang diganggu gugat ketuanannya (kununnya) sekarang?”

Saya jawab, “Tidakkkk…. Jangan kita serkap jarang. Orang Melayu tak berpecah. Yang berpecah itu ialah UMNO. Orang Melayu dah sekumpul-sepakat menentang UMNO. Persoalan-persoalan yang berbangkit sekarang – perpecahan orang Melayu hanyalah “bayang-bayang” cuma. Sebenarnya tak ada!! Keutuhan politik Melayu dan dominan Melayu sudah lama tergugat kerana Mahathir ada agenda tersembunyi sebagai melengkapkan rencananya untuk berkuasa sampai mati…!! You tak caya lagi? You tengok apa Dolah Bedawi. Apa sudah jadi? Mengayun dagu sampai tinggal gusi…tak juga jadi Perdana Menteri..!!”. Kami ketawa lagi.

Setelah reda kami ketawa, saya sambung, “Kesetiaan Melayu kepada UMNO dan Barisan Nasional tidak lagi total. Kununnya ahli UMNO 3.0 juta. Yang dah mati, yang cabut lari tak masuk aci? Macam si Khalil bilang 3 juta dengan jari kaki. Heheheh…!!” ketawa lagi.

“Yang berkrisis itu adalah UMNO.” saya sabung lagi. “PAS tak berkrisis. KeADILAN pun tidak. Pengikut dan penyokong Anwar jauh sekali. Mereka solid-molid. Hanya Mahathir saja yang berkrisis dengan orang Melayu seluruhnya. Dia dah istihar perang saraf. Jadi, yang cemas dan dalam “fear” hanyalah Mahatahir, jongos-jongosnya, kroni politk dan proksinya saja. Kerana “fear” Mahathir diakhir-akhir ini sudah jadi “phobia”; maka dia mengamalkan “bigotry”. Maknanya Mahathir sudah ‘jittery’ dengan ragam dan isu-isu keugamaan, politik dan perkauman. Sebab, Mahathir terlampau banyak melakukan kesalahan! Rakyat dah berdendam..!!”.

Termenung dia. “Logik cakap you. Sakit-sakit pun you ni berteori juga ke?” balasnya.

“Takkk…bukan apa!! Saya nampak apabila ada saja masalah politik dan ekonomi dalam negara, Mahathir hasut UMNO supaya libatkan PAS. Seboleh-bolehnya justify dengan mengkaitkan PAS dengan isu ugama. Sudah tu bangkitkan, momokkan dengan isu perkamuman. Tak cukup dengan itu, “pak Sauk” yang direncanankan sendiri ‘menceroboh’ pun dilibatkan dengan politik, ugama dan PAS …Pembangkang!! Apa punya PM yang UMNO dapat? Dolah Bedawi pun satu punya bangang ..!! Ikut saja apa kata si Mamak Tongkang”. Kami ketawa lagi.

Saya sambung, “Malangnya, dipalitkanlah kununnya orang Melayu berkrisis! Itulah bijak putar-belit si Mamak P***M** niiii” saya kata. Kami ketawa keluar air mata!! Hahaha…

Bertanya beliau, “Tidak ke you fikir persekongkolan cauvenis DAP dengan ekstrimis PAS yang bergabung dengan para pendokong reformasi penyebab kepada krisis ini?”

Saya jawab, “Itu fasa kedua. Jika DAP digelar cauvenis dan PAS digelar ekstrimis; bagaimana dengan kombinasi BN selama 40 tahun ni? Lihat bagaimana Mahathir membangkitkan isu “PM bukan Melayu” dan riaksi “senyap” MCA? Tidakkah itu menunjukkan bahawa Mahathir tahu bahawa parti politik di negara ini masih jauh dari “berhaluan tengah”? Orang yang membahaya dan berpotensi menghancurkan dominan politk bangsa Melayu sebagai bangsa tunjang di negara ini dipelopori oleh “taukeh besar” UMNO itu lah! Bolehkah masalah yang bakal timbul dipandang ringan dan disapu dibawah gulung tikar? Si Hishamudin (bangang punya budak) cakap macam budak tadika!! Kenapa Mahathir tidak merujuk kepada UMNO atau orang Melayu dan mendapat mandat sebelum bercakap? Apa…Mahathir fikir negara ini kepala bapak dia punya ke? Dia fikir telinga orang Melayu semudah itu dipulas?”.

Saya minta maaf kepada kawan saya itu kerana terkasar bahasa. Dia senyum!! (kalau nak marah pun dia punya pasal lah! dah mintak maaf dah lah!!)

Beliau menjawab, “Saya kira, Mahathir memang bertujuan cuba menakut-nakutkan orang Melayu tentang survival bangsanya. Mungkin dia fikir untuk meniupkan keinsafan dan kesedaran kepada bangsa Melayu dan pemimpin Melayu, itulah caranya pada sangkaannya. Mungkin dalam hatinya cuba menunjukkan bagaimana buruknya kesan percaturan politik sekarang, dan kesannya kepada dominen dan masa depan Melayu” katanya.

Saya jawab dengan selamba, “Masalah dominan politik orang Melayu akan runtuh hancur lebur sekiranya Mahathir masih lagi beragenda untuk berkuasa terus-menerus. Bukan bermakna, Mahathir mau berkuasa terus kerana mahukan orang Melayu jadi bangsa dominan. Saya fikir sebab Mahathir “has one too many ‘tengkoraks’ in the closet..!!”. Kami ketawa lagi.

“Tapi Mahathir tak sedar, makin orang Melayu ditindas, makin pula orang Melayu insaf ketuanannya tercabar!! Jangan Mahathir nak bersadiwara. Dia membahayakan politik orang Melayu!! Yang rugi dirinya. Orang Melayu dah ada Barisan Alternatif ..bermaksud ‘alternatif’ dalam ertikata sebenar!!”. Jawab saya.

“Selagi Mahathir dan sekongkolnya masih ada dalam UMNO, mengamalkan politik “Negara Pisang”, UMNO/BN akan terus kecundang. Orang Melayu sudah mulai menunjukkan rasa tanggungjawab mengatasi krisis politik orang Melayu dengan menyebelahi Pembangkang. Kerana, ini adalah hak dan tanggungjawab mereka sebagai satu bangsa dan satu agama. Mereka terasa dijajah. Tak kira samada Melayu UMNO, Melayu PAS atau Melayu KeADILan, PRM; mereka semuanya meyakini islah dan gerakan REFORMASI yang menentang Kezaliamn dan menegakkan Keadilan! Maknanya orang Melayu dah mentafsirkan politik mereka melampaui isu “Anwar”!!” saya kata.

“Betapa tidak? Satu dunia sudah nampak bahawa Mahathir melakukan suatu keaiban paling dahsyat dalam sejarah Melayu moden. Seorang bertaf PM menjadikan bakal penggantinya “political prisoner”, menggunakan seluruh jentera Kehakiman dan Perundangan, Polis, Mass media dan seluruh jentera parti untuk membunuh jiwa rakyat dan merampas hak asasi mereka. Pasti orang Melayu tidak terlepas dari memikul tanggungjawab menyahut tuntutan mereformasikan minda bangsanya. Tidak ada siapa yang boleh menafikan amanah dan tugas besar ini akan hanya tercapai tanpa kesedaran rakyat. Kalau you tak percaya, lepas Terangganu, mungkin Pahang, Kedah, Perak, Selangor… akan terbalik semua menyokong Pembangkang!!” sambung saya.

“Perjuangan orang Melayu sudah melampaui faktor Anwar. Itu pandangan umum. Mereka sudah hilang kepercayaan kepada UMNO/BN. Mahathir memang Rasuah. Itu sah! Kerana itu, rakyat sudah angkat senjata untuk memerangi Mahathir dan UMNO sebagai pelindung Rasuah. Dengan PAS, KeADILan-PRM dan DAP dalam satu barisan yang didukung rakyat, saya yakin UMNO dan komponennya tidak akan bernyawa lagi.”

“Cuma syarat mutlaknya, Pembangkang mesti aktif bersama rakyat. Jangan setakat asyik berceramah loghat-ligat. Rakyat dah jelak-muak dengan ceramah. Rakyat mahu sesuatu yang substantif. Ingat…satu ini…”Mahathir does’nt give a damn about laws! Shall we then?” Terperanjat beliau!! Terdiam!

“Jika UMNO mahu kembali mendapat sokongan rakyat, parti itu perlu mecontohi komitmen komponen Pembangakang, kebebasan dan keberanian para pemimpin mereka untuk meletakkan parti mengatasi pemimpin. Pemimpin yang busuk wajar dibuang. Malangnya, UMNO membuang SALAH ORANG!!”

Dia mencelah, “Bagaimana dengan pengembelingan DAP, PAS sanggup terima?”

Saya pintas, “Mengapa UMNO sanggup terima MCA? MIC? GERAKAN? Sampai Melayu Pulau Pinang tertindas? Dihalalkan! Kenapa UMNO langsung tak ambil kesah? Kerana takut kaum Cina berpaling tadah? Bermakna Mahathir main kejit mata dengan komponen BN! UMNO pulak bangang…mengizinkannya!! Tapi DAP adalah sebaliknya. DAP cuba dengan keupayaan yang ada menterjemahkan dasar PAS kepada kaum Cina – bahawa PAS bukanlah sebuah parti politik yang wajar dituduh ekstrimis, fanatik dan bermusuhan. Kit Siang sendiri mengakuinya di Australia. Ini yang sebabkan Mahathir takut. BN dah ketinggalan jauh!! Sebab masing-masing sebok mengisi tembolok. Berketuakan orang nyanyok! langsung parti hancur. Remok..!!” Dia tersengeh.

Sambung lagi, “UMNO/BN makin takut kerana orang Cina sudah mulai tidak ‘ngeri’ kepada PAS. Dengan perubahan kepada dasar “Haluan Tengah” yang dipeloporkan oleh KeADILan, maka kaum Cina dan India sudah mulai memandang gabungan Alternatif sebagai “workable solution to the present political predicament”. Ini melariskan dasar BA dari aspek ekonomi dan pelaburan. Bab yang ini, saya nampak UMNO/BN sudah 1000 batu jauh ketinggalan”

Saya tambah, “Paling buruk sekali, UMNO merestui perampasan hak asasi dan kebebasan rakyat. Mahathir menggunakan mahkamah dan undang-undang bagi menyekat kebebasan itu. Kebebasan media disekat dan wartawan diugut melalui proses yang bukan-bukan. Walaupun Negara ini terbentuk melalui undang-undang sekular British, namun sistem perundangan itu pun telah dimusnah-hancurkan oleh nafsu-nafsi Mahathir. Hakim-hakim dan Peguam Negara diugut dan dikorap, hingga Hakim, pegawai Polis dan BPR tidak lagi memperlihatkan satu tahap amanah dan kebebasan bertindak mengikut amalan sebuah negara bertamaddun”.

“Mahathir tak habis-habis menyalahkan semua pihak melainkan dirinya. Doa ingat semua orang buta? Ini bersesuaian dengan “Theory of Fear”. Sementara dibelakang tabir, beliaulah yang meletakkan jambia ke leher semua. Kecuali lehernya. Mahathir fikir orang tidak tau? UMNO tahu, Pembangkang tahu, kakitangan awam tahu, Polis tahu, Hakim tahu, Peguam Negara tahu, Tentera tahu, YDP Agung tahu, ulama Islam tahu….rakyat tahu! Mengapa orang tidak melakukan penghukuman? Jawabnya mudah: Orang Melayu tidak sepakat. Orang Melayu dalam UMNO banyak dah jadi “pijat-pijat”. Orang Melayu masih sanggup menerima!! Masalahnya, tak ada satu biji mata orang UMNO bertanya sesama mereka..” sampai bila”? Sampai kiamat ke?”

Masa melawat sudah tamat. Beliau beredar. Di wajahnya nampak hati beliau penuh debar!! Pita rakaman saya juga sudah sampai ke penghujung litar. Mungkin dailog kami sudah cukup mencabar minda seorang cendekiawan!! Tak sangka bilik rawatan ini pula sudah jadi tempat berceramah.

Amin Sapiro
(Ahli UMNO atas Pagar Berduri)
(Dari katil rawatan)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com