Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


ROMPAKAN DANAHARTA: SATU CABARAN KPD PEMBANGKANG!!

Saya terbaca rencana pendek di laman MindaRakyat bertajuk “ROMPAKAN PERBENDAHARAAN/BANK NEGARA OLEH TUN DAIM DAN MAHATHIR” oleh ‘Atm 236/PD’ dan rujukan/komentar oleh sdr. WebAntu di laman >http://come.to/antu< bertajuk “ Danaharta More power – Benama”.

Membaca rencana dan kupasan seimbas itu, walaupun kita ketiadaan data-data, masih dapat difahami maklumat yang dipaparkan. Buktinya, apa yang di bentang oleh Shafie Salleh, Timb. Menteri Kewangan ‘smells some rotten tengkorak well hidden in the closet’.

Apatahlagi bagi seorang pakar bisnis yang mahir dalam bidang khusus ini atau mereka yang terus terlibat dengan Daharta, pasti lebih berilmu dan mengetahui seluruh “jig-saw puzzle” yang diberitakan itu. Ini mesti selongkar habis-habisan. Itu adalah sebuah harapan.

Sebagai rakyat, kita tidak harus membiarkan berita ini terus berlalu begitu saja. Kerana kurang ilmu kita anggap berita ini tidak releven kepada rakyat, adalah satu hakikat menunjukkan kedunguan kita.

Pembangkang yang bijaksana harus mencari pihak yang berkebolehan untuk melakukan analisis dengan menuntut supaya data-data terperinci dipaparkan kepada semua anggota Palimen. Kalau kurang mahir, Pembangkang harus mencari pakar bisnis dan akauntan menyemak ke akar umbi.

Sebagai Pembangkang, we strongly hope you all have to be substantive in all your promises. Masakan Zahir Ismail nak tutup ruang lagi sebab Shafie Salleh, Timb. Menteri Kewangan dah buka pancak silatnya. Masih rakyat tak dengar apa ulasan Pembangkang!! Isu ini adalah ‘pertinent’ kerana melibat tiap-tiap sen hak rakyat.

Kalau Pembangkang berhasrat mahu memperjuangkan hak rakyat, tuntutlah sekarang supaya sebuah Suruhanya Di Raja ditubuhkan segera kerana (jika benar) ada penyelewengan hak dan harta rakyat berjumlah ratusan bilion dalam Danaharta. Dalam keadaan ekonomi ketandusann kini – perkara ini adalah isu negara. Wang berbilion itu bukan Mahathir atau Daim gali dari kubur bapak mereka!! Ini wang rakyat!! Rakyat punya. Jangan nak buat suka hati!!

Kita nampak bahawa semua pemerentahan Diktator sperti Soeharto dan Marcos, Mobutu sese seko, Reza Pahlavi, Pinnocet ‘are all capable of staging dirty tricks and embazzlements of public accounting and finance’ semasa pemerentahan mereka. Jika Mahathir-Daim selama ini dibayangkan sebagai pemimpin “rasuah dan menyeleweng”; Pembangkang wajib meyakinkan rakyat dengan menyelongkar setiap data komputer di Bank Negara dan Kementerian Kewangan. Sekarang juga!!

Jika selama ini harapan rakyat adalah menuntut ketelusan diperjuangkan oleh Pembangkang, sudah sampailah tempoh dan waktunya mereka berdepan dengan “the so called penjenayah” itu di Parlimen atau di mahkamah.

Cabaran ini adalah satu agenda rakyat untuk melihat sejauhmana Pembangkang sanggup berdepan dengan penjenayah bagi pihak rakyat. Kami sudah pilih tuan-tuan sebagai “Yang Berhormat”, sekranglah masanya tuan-tuan meningkatkan imej sebagai “Yang Berkhidmat” pula.

Rakyat tidak mahu lagi Pembangkang asyik dengan ceramah saja. Rakyat mahu satu kelangsungan yang jelas, berfakta dan menyebelahi rakyat. Bergeraklah wakil-wakil Pembangkang sekarang. There seemed something that smell fishy at Danaharta. Let us beyond “Anwar”. Ini lebih penting dari “rompakan Al-Ma’unah” Ini rompakan “Al-MALA’UNAH”!

Buck-up and role your sleeves NOW!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com