Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


ISU “AL-MA'UNAH”: MAHATHIR SENDIRI TERPERANGKAP BERSAMA UMNO/BN NYA!!(Bahagian 1)

LAPORAN-LAPORAN akhbar tempatan yang memuatkan pelbagai cerita, ulasan dan kenyataan dari pihak yang terlibat dalam “Peristiwa Grik” makin tidak mampu menyakinkan rakyat akan kebenaran kenyataan regim Mahathir.

Penafian Dangkal

Penafian beragenda para pemimpin UMNO dan kerajaan, dan paksaan regim ini keatas kakitangan awam supaya menyokong tuduhan terhadap Pembangkang bahawa keganasan Al-Ma'unah merupakan ''sandiwara' yang dipentaskan oleh UMNO; telah menjangkau ke peringkat serius.

Setelah TPM Abdullah Bedawi membuat penafian (kerana dilihat rakyat masih tidak yakin juga); maka keesokan hari kemudiannya, Dr. Mahathir sendiri telah membuat kenyataan terbuka (di Sarawak). Ini menunjukkan satu fakta dan petanda besar yang memberi makna bahawa kerajaan pimpinan Dr. Mahathir sudah tidak lagi diyakini oleh rakyat. Regim ini sudah hilang kewibawaan dan sedang mengahdapi krisis keyakinan rakyat (termasuk dikalangan UMNO/BN) yang sangat teruk dan parah.

Sebahagian besar rakyat yang mengikuti perkembangan politik negara, khususnya ‘Drama Sauk’ ini, rata-rata menuduh dengan pemikiran rasional lagi waras, bahawa sikap dan karenah Dr. Mahathir dan seluruh kepimpinan regimnya telah menunjukkan bahawa mereka sangat-sangat memerlukan satu peristiwa dan kejadian yang membolehkan mereka meletakkan seberat-berat tuduhan kepada Pembangkang – khususnya PAS dan KeADILan.

Mereka telah yakin sekarang bahawa majoriti rakyat telah berpaling tadah tidak berhasarat lagi menyokong UMNO/BN. Sekaligus, jika arus deras politik rakyat yang memihak kepada Pembangkang itu tidak disekat, pasti UMNO/BN akan kalah teruk dan tidak lagi mampu menerajui pentadbiran negara selepas pilihanraya ke-11 kelak. Ini membawa malapetaka kepada puak yang melakukan rasuah dan penyelewengan perlaksanaan Dasar negara.

Mahathir: “Bad-blood” Dengan PAS/Pembangkang BA

Keadaan dan gelombang baru politik rakyat ini sudah cukup lama diperhatikan oleh Dr. Mahathir. Beliau yang selama ini memang mempunyai “bad blood” terhadap PAS sejak beliau menjadi PM, telah nampak dan terbukti bahawa taktik dan agenda beliau untuk menawan Kelantan semula telah “back-fire”. Ini terbukti dengan bergandanya tekanan beliau menggugat kekuatan PAS di Kelantan. Kejatuhan Trengganu dan beberapa kerusi Parlimen dan DUN negeri stategik BN telah menjadi igauan Mahathir dan UMNO/BN.

Buktinya, dalam setiap Perhimpunan UMNO, Dr. Mahathir bukan menghuraikan ucapan dasar; sebaliknya beliau mengutuk, memfitnah dan mencaci PAS secara berlebihan. Dalam masa yang sama beliau akan bercakap dengan huraian yang memburukkan ugama Islam. Ini sekaligus telah menjatuhkan kredibiliti beliau dan UMNO/BN.

Orang Melayu dan Islam makin nampak bahawa Dr. Mahathir telah jauh menyimpang dari asas pentadbiran Islam (seperti yang dituntut orang Melayu). Sebaliknya, beliaulah orang yang mensekular dan merosak aqidah generasi orang Melayu akan datang. Walhal, PAS bertungkus-lumus berusaha menegakkan syiar Islam sejajar dengan Perlembagaan negara yang mendaulatkan Islam di negara ini.

Dari bukti-bukti yang nyata, orang Melayu tidak dapat lagi memaafkan Mahathir dan regimnya (UMNO/BN). Senario ini sungguh-sungguh telah menakutkan beliau (Dr. Mahathir), lebih-lebih lagi 1.6 juta pengundi muda telah membenci UMNO/BN dan tidak akan menyokong parti itu!! UMNO sudah kehilangan dan ketandusan “pelapis muda” dan pengundi berpotensi. Ini juga sangat merbahaya kepada UMNO dalam menghadapi Pilihanraya ke-11.

Makin nampak sekarang, Dr. Mahathir memang berniat jahat terhadap PAS dengan sengaja. Sekaligus Mahathir dan regimnya merancang untuk mensekularkan Islam dengan maksud untuk menguasai minda dan politik, ugama dan amalan budaya orang Melayu dan orang Islam. Dengan itu, beliau akan dapat terus berkuasa, mengaut sumber harta dan kekayaan ekonomi (untuk diri beliau, anak-anak dan kroninya), mengugut semua pihak supaya beliau diangkat mengatasi undang-undang dan melakukan semahu hati tanpa mempeduli dan menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara.

Mahathir dan Batu Asas DIKTATOR

Hari ini, beliau telah meletakkan diri beliau sebagai seorang DIKTATOR sampai mati. Hari ini juga agenda beliau itu sudah terang bagai bersuluh. Perhimpunan UMNO yang lalu dipaksa supaya perwakilan menerima beliau dan timbalannya menang “tanpa bertanding”. Dengan membunuh “demokrasi” dalam UMNO, maka “lulus jarum lulus kelindan”. Mahathir dlantik dan dibiarkan menjadi seorang pemimpin “totalitarian” yang semborono oleh UMNO!!

Tetapi kewujudan beliau sebagai “Diktator-Totalitarian” telah mendapat bantahan keras secara diam-diam dikalangan rakyat bawahan dari semua kaum dan lapisan masyarakat. Ini berlaku secara senyap-senyap.

Penganalisis politik yang memuatkan rencana mereka melalui media letronik “internet dan lamanweb” berjaya memberi rakyat “counter-analysis” sebagai usaha menerangkan kedudukan yang sengaja disembunyikan oleh akhbar-akhbar arus perdana. Usaha itu amat berkesan hingga analisis peristiwa Grik itu telah diyakjini rakyat sebagai ‘SANDIWARA Mahathir-UMNO” atas tajaan regu Dr. Mahathir-Abdullah Bedawi dan kroni-kroninya. Keyakinan rakyat itu amat memeningkan Mahathir!

Penafian para pemimpin UMNO, khususnya Mahathir dan Abdullah Bedawi sendiri tentang “Sandiwara Sauk” makin nampak sengaja dijadikan usaha untuk dipanjang-panjangkan kelangsungannya oleh Mahathir. Mereka nampak makin gelabah kerana rakyat tidak ‘termakan’ dengan cerita ‘pembohongan’ sekitarnya. Ramai rakyat menganggap peristiwa itu sebagai “Sandiwara Olo-olok”.

Ini membawa kepada kenyataan Rais Yatim mengugut rakyat dengan berkata:

[[Sekiranya ada pihak yang sengaja membuat tuduhan kononnya rompakan senjata dan pembunuhan tebusan yang dilakukan kumpulan Al-Ma'unah sebagai sandiwara kerajaan, mereka "boleh didakwa atas tuduhan menghasut. Dakwaan itu boleh dilakukan mengikut Akta Hasutan 1948”; walaupun golongan terbabit cuba melindungi tindakan mereka dengan hujah berbau keagamaan.]]

Kenyataan ini membayangkan bahawa regim Mahathir sah sekarang ‘desperado’.

Yang paling tidak rasional, tidak bermoral dan tidak beretika demokratik ialah apabila Dr. Mahathir dan sekongkolnya BOLEH menuduh parti Pembangkang terlibat dengan tuduhan dahsyat. Senaiknya, Pembangkang diugut jika dibenarkan membuat kenyataan.

Kerana itu, rakyat mempertikaikan lakunan di Sauk itu. Mereka terus menyakini bahawa ia benar-benar sebagai “Sandiwara UMNO”. Bermakna, Mahathir sudah kalah “bungkus tikar-bantal” dalam menawan keyakinan rakyat!!

Kenyataan Leftenan General Zaini Said pula yang menuduh rakyat yang tidak mempercayai kejadian Sauk itu sebagai tidak benar; adalah “orang gila”. Kenyataan beliau menghasilkan “countr-productive” dan sia-sia. Makin ia menunjukkan bahawa “agenda Mahathir” itu adalah “Sandiwara Orang-orang Gila KUASA”.

Zaini Said tidak wajar mengeluarkan sebarang kenyataan begitu kerana ini adalah urusan politik rakyat. Hak beliau tidak mengharuskan beliau mecampuri urusan politik kerana tugas beliau dianggap sudah selesai. Beliau harus duduk diam-diam “disarangnya”.

Bermakna Mahathir sedang berperang saikoloji dengan rakyat. Nampaknya Mahathir kecundang!! Lebih-lebih lagi, dengan merangkumkan agenda mengaitkan PAS atau man-mana komponen Pembangkang dan seterusnya melakukan “tangkapan Ops Lalang” (yang diwarwarkan oleh orang tertentu dalam kerajaan) ramai menduga bahawa ia akan jadi pilihan terakhir Mahathir. Apakah Mahathir akan melakukan itu sekiranya rakyat masih tidak yakin dengan “Sandiwara Sauk” untuk membabitkan PAS?

Apa riaksi rakyat?

Dari berita terperingkat, program Ceramah Abdullah Bedawi di Pulau Pinang kepada kaum Cina untuk menerangkan Peritiwa Grik dan cubaan beliau mengaitkan PAS; terpaksa dibatalkan kerana kaum Cina tempatan menuntut supaya ia dibatal dan ditiadakan.

Bermakna agenda Mahathir-Abdullah Bedawi memfitnah pemimpin Pembangkang telah dianggap sebagai salah satu proses penganiayaan yang sia-sia. Jika dibiarkan, kaum Cina yang tidak terlibat dengan “agenda perkauman” akan memberi senjata “percuma” kepada Mahathir dan UMNO. Masyarakat Cina tidak mau masuk campur dalam pelbagai “Sandiwara UMNO”.

Tafsiran masyarakat Cina itu adalah benar dan bukan fitnah (sumber maklumat dari pihak kaum Cina tempatan yang dipaksa terlibat).

Perkembangan perubahan sikap kaum Cina itu sangat mengecewa dan merisaukan Mahathir dan regimnya. Ia memberi makna bahawa rakyat semua kaum tidak menghalalkan sekiranya “Ops Lalang” dilakukan. Rakyat membantah iaitu sekiranya Dr. Mahathir (beragenda untuk mengistiharkan Dharurat dan menubuhkan kerajaan ‘MAGERAN’), agenda regim ini dianggap sebagai melakukan satu tindakan yang tidak HALAL dari segi Perlembagaan.

Rakyat semua kaum mentafsirkan ia sengaja diada-adakan dengan tujuan melanjutkan skima “kuasa” beliau untuk menjadi seorang Diktator.

Sample itu pernah dilakukan oleh Marcos selama 20 tahun, dan Mobutu Sese seko di Zaire; sewaktu pemerentah diktator-diktator itu. Akhirnya mereka dihalau oleh rakyat dan kerajaan bertukar tangan. Rakyat kembali aman.

Beberapa pihak tahu bahawa ‘Sandiwara Sauk’ adalah sandiwara palsu. Rakyat makin percaya ia adalah bikinan Mahathir dan kelompok Konspiratornya tanpa diketahui oleh pihak tentera dan polis serta pegawai tinggi perkhidmatan awam.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com