Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


ISU “AL-MA'UNAH”: MAHATHIR SENDIRI TERPERANGKAP BERSAMA UMNO/BN NYA!!(Bahagian 2)

Peristiwa Sauk: Sandiwara “Orang Gila Kuasa”

Itu sebab apabila ‘Sandiwara Sauk’ dilaksanakan; kerana ia dilakukan tanpa satu Perancangan dan ‘Penyelarasan’ yang mantap; maka beberapa pihak (termasuk menteri-menteri dan Ketua Polis Negara) telah mengeluarkan kenyataan bercanggah. Ini menyebabkan rakyat merasakan ia satu “tipu-daya” oleh pihak perancang dibelakang tabir. Dan tabir besar itu berbentang di satu ruang rahsia di Mahligai di Putera Jaya.

Dr. Mahathir sendiri “senyap dan membisu-kaku” semasa lakunan dipentaskan. Ini menjadikan rakyat makin yakin bahawa ia adalah “Sandiwara Mahathir dan segelintir pemimpin UMNO”. Beberapa orang SB telah tahu bahawa mereka mesti bergerak memnantau “public opinion”. Kerana rakyat tidak yakin, maka Abdullah Bedawi telah menyerang rakyat. Ini diikuti oleh Mahathir dan Rais Yatim.

Akhirnya, beberapa pihak terpaksa menyerahkan skrip yang “gagal” kepada Dr. Mahathir untuk kendalian dan arahan beliau selanjutnya. Malangnya keyakinan rakyat terhadap “authenticity” peristiwa itu makin merosot berlipat ganda. Sandiwara itu terbukti “GAGAL”..!!

Sahlah sekarang bahawa peristiwa itu adalah ‘Sandiwara Mahathir’ yang bertujuan mengaitkan PAS dan Pembangkang. Niat asal beliau untuk melaksanakan satu ageda MEGA yang sangat aib dan berkemungkinan besar (akan merobah amalan sistem Demokrasi negara ini) telah gagal!! Jalan keluar ialah rakyat harus diugut secara DIKTATOR!!

Mahathir gagal memerangkap rakyat. Itu adalah pasti dalam isu ini. Kerana ''sandiwara Mahathir'' ini dimulakan oleh beliau untuk memenuhi agenda dan menutup pelbagai jenayah dan pengkhianatan beliau (Dr. Mahathir) dan regimnya sendiri, maka rakyat terus-menerus menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih penting. Ini termasuk berpuluh-puluh laporan Polis oleh Pembangkang kerana Dr. Mahathir adalah orang yang engkar kepada undang-undang. Mahathir tidak boeh jawab.

Rakyat makin melipatgandakan tuntutan supaya mengeheret Dr. Mahathir ke mahkamah sebagai saksi, atas karenah beliau melindungi penjenayah rasuah seperti yang dinyatakan oleh Datuk Shafie Yahya (dengan kenyataan bersumpah di mahkamah tempoh hari).

Pembelaan diri DS Anwar oleh beliau sendiri di mahkamah ‘memburaikan” kesah terpeinci KONSPIRASI POLITIK Mahathir dan sekutunya. Rakyat makin faham sekarang bahawa Dr. Mahathir adalah seorang ‘PENJENAYAH’ yang Zalim dan beragenda busuk lagi jijik.

PETRONAS: Rasuah Mahathir-Daim Perlu Dikesan

Beberapa kes lain yang menyebabkan rakyat curiga telah timbul. Persoalan yang menyebabkan timbulnya kecurigaan harta sebenar PETRONAS yang terkumpul (terlalu jauh berkurangan dari sepatutnya semenjak PETRONAS beroperasi) menjadi isu tututan rakyat yang membayangkan bahawa Mahatir-Daim adalah terlibat melakuan penyelewengan harta rakyat.

Telah dikesan bahawa Mahathir-Daim telah melakukan pelbagai “bail-out” dan “rompakan” ke atas akaun dan operasi PTERONAS. Anggaran yang disebut adalah terlalu besar, mencecah ratusan billion!!

Didengar pula, terdapatnya beberapa kes-kes penyelewengan dan manipulasi dalam pengendalian DANAHARTA. Ini berikutan dengan pelbagai pembayaran oleh Dr. Mahathir sebagai Menteri Kewangan (selepas Anwar dilucutkan jawatan) kepada beberapa pengendali Projek Mega yang bangkrup dan tersadai.

Kesemua itu dirangkumkan dibawah kategori “bail-out”. Tetapi, pihak yang mengetahui dengan bukti-bukti di tangan menunjukkan bahawa regu Mahathir-Daim dan kroni-kroninya telah membolot laba berjumlah ratusan billion ringgit. Ia dilakukan dibelakang rakyat dan segala kesan jejak sedang dilupuskan!!

Jika Mahathir-Daim tidak menjawab dengan bukti nyata, rakyat menganggap ia sesuatu yang benar. Mahathir makin tenggelam dalam tuduhan rasuah dan penyelewengan.

Regu Dr. Mahathir-Daim dan kroni-kroninya makin rasa terdesak sekarang. Rakyat sudah mampu menilai siapakah yang berbohong dalam fitnah Mahathir terhadap Pembangkang.

Selama ini rakyat hanya setakat sedar wujudnya penjenayah dan pengkhianat negara yang menyebabkan ketengangan suasana politik dan keharmonian kaum. Tetapi kini rakyat sudah faham dan mereka yakin siapa sebenarnya yang menyebabkan kemerosotan perkembangan aktiviti ekonomi dan kemusnahan fabrik sosial yang makin terganggu dan meleset-merudum.

Ini berikutan gejala budaya “Samseng dan Lucah” dikalangan muda-mudi dan kanak-kanak sekolah. Mereka tahu bagaimana Sanusi dilindungi oleh Mahathir dalam kes “membelasah” pekerja MAS. Rakyat juga nampak bagai Adnan Yakob melakunkan “Simbol LUCAH” di Sanggang!! Kes rogol gadis sunti Rahim Thambi Chik masih menjadi igauan rakyat. Kesemua mereka adalah pemimpin UMNO. Dr. Mahathir tidak membantah malah membela!! Adakah Pembangkang yang bersalah?

Malaysia dan Penyalahgunaan Sumber

Rakyat sudah mulai menolak hujah Dr. Mahathir menuduh George Soros menyebabkan ekonomi merudum. Kerana rata-rata negara lain yang terbabit telah kembali merecup menyambung kedudukan ekonomi mereka kearah “Asian Tigers” semula, rakyat yang berpelajaran makin nampak siapa sebenarnya yang menjadi punca hambatan dan halangan ini berlaku seterusnya. Perkara ini tersebar luas melalui pelbagai cara.

Rakyat sudah nampak negara-negara seperti Thailand, Korea Selatan dan Indonesia telah mampu melakukan perobahan pemerentahan secara drastik. Dengan itu, mereka telah kembali normal dan stabil dalam waktu yang singkat. Paling kurang, negara-negara itu telah menuju ke arah “normalcy” dan stabiliti. Tetapi Malaysia makin dihantui oleh gejala politik dan krisis ekonomi dan sosial yang tenat.

Untuk mengabui pandangan rakyat, Dr. Mahathir tak putus-putus menyalahkan Barat. Padahal Barat berdiam diri kerana mereka tahu bahawa Dr. Mahathir sedang “lemas” dalam banjir yang dibuatnya sendiri. Rakyat sedang “mengepung” beliau!

Dengan itu, jari-jari sedang menuding ke arah Dr. Mahathir dan kroni dalam regim beliau. Orang Melayu, khasnya, dan lapisan kaum bukan Melayu (golongan peniaga) berpendapatan rendah dan sederhana telah mulai yakin bahawa regim Mahathir tidak lagi mempunyai kewibawaan dan imej, kemampuan dan daya untuk membetulkan keadaan yang makin kucar kacir.

Maka timbul satu fenomena sentimen dikalangan rakyat untuk tidak lagi memberi sokongan terhadap regim UMNO/BN.

Ini dapat dilihat dari keputusan pilihanraya kecil Teluk Kemang. Pengundi Lukut (majoriti kaum Cina) dan ketumbukan tentera di Teluk Kemang tidak menyokong calun BN. Fakta ini adalah satu bayangan sebagai petanda bahawa regim Mahathir akan kecundangan dalam pilihanraya ke-11 kelak. Hakikat ini amat merisaukan Mahathir, UMNO dan BN!

Perbincangan Parlimen Sedang Dikawal Ketat

Dr. Mahathir dan kuncu-kuncu tertentu dalam UMNO masih lagi kekal dengan sikap mengutuk dan mengecam parti-parti Pembangkang. Padahal, Pembangkang sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan imej dan keadaan politik dan ekonomi negara bagi kepentingan rakyat.

Buktinya, persidangan di Dewan Rakyat telah menunjukkan bahawa Pembangkang telah mengusulkan supaya gejala jenayah Mahathir dan UMNO/BN dibicangkan. Ini adalah usaha Pembangkang untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Demokrasi masih segar di Parlimen Malaysia, dengan itu keyakinan pelabur dapat ditingkatkan.

Kerana Mahathir menyekat tindakan Pembangkang, apa yang berlaku adalah sebaliknya!! Dunia tidak yakin wujudnya demokrasi dan kedaulatan undang-undang di peringkat Parlimen.

Walaupun usul Pembangkang itu umpama “jadam” yang pahit, tetapi Dr. Mahathir dan regimnya mengambil langkah dan tafsiran yang salah dengan melakukan pelbagai tohmahan beragenda. Ini disebabkan Dr. Mahathir tidak mahu kebusukan beliau dan regimnya “dibongkar dan terbongkar”.

DAN, disinilah terbitnya “SANDIWARA SAUK” sebagai ikhtiar Dr. Mahathir menghindarkan diri sendiri dari dituntut oleh rakyat seluruh negara (semua kaum, termasuk UMNO dan komponen BN sendiri) berura-ura mengusulkan UNDI TAK PERCAYA kepada beliau di Parlimen.

Sebagai langkah desperado, Dr. Mahathir telah memaksa Speaker Dewan Rakyat (Parlimen) Tun Mohd. Zahir Ismail supaya “mengawal” tindak-tanduk Pembangkang dengan menafikankan hak mereka dalam sesi Parlimen dengan maksud mematikan usul Pembangkang (yang mewalili rakyat) supaya keserakahan, jenayah rasuah dan kes-kes melibat beliau (Dr. Mahathir) TIDAK dibicangkan.

Bermakna sekarang bahawa Demokrasi di negara ini telah dihapuskan oleh tangan ganas dan KUASA Diktator Dr. Mahathir melalui regim yang disokong membuta-tuli oleh pemimpin UMNO/BN. Kakitangan awam tingkat atas yang dikorup dan diugut supaya menurut agenda beliau.

Selain dari rasuah wang, kenaikan pangkat dan ugutan’ Dr. Mahathir telah menggunakan “pujukan” dengan anugerah Bintang. Leftenen General Zaini dianugerahkan Datuk Seri, dan Megat Joned pula “Tan Sri”. (ketawa rakyat).

Ini makin dilihat oleh rakyat sebagai sifat ‘tidak bertanggungjawab’ pegawai tinggi awam lantikan regim Mahathir dari berfungsi dengan betul demi kesejahteraan rakyat.

Mungikin agenda Mahathir selanjutnya akan tepat dan benar seperti yang diduga oleh rakyat bahawa beliau akan meneruskan agenda “Dharurat” dan “MAGERAN”. Ia akan jadi jalan keluar terakhir sebagai “workable alternative” (pada sangkaan beliau).

Fitnah Mahathir “Back-fire”

Siri fitnah Mahathir satu demi satu sedang dilaksanakan secara praktikal dengan tujuan memerangkap minda rakyat dengan maksud menyakinkan rakyat bahawa apa yang beliau bakal lakukan adalah “justified” dan wajar. Soalnya: Adakah Dr. Mahathir pasti rakyat tidak akan menentang?

Dr. Mahathir makin curiga dan kecewa!! Beliau makin gentar melihat rakyat akan keluar beramai-ramai berdemo diseluruh negara, menuntut beliau meletakan jawatan dan hidapkan ke muka Pengadilan Rakyat!!

Apakah beliau akan memenjarakan semua rakyat atau membunuh tiap-tiap orang? Memang sah Mahathir sudah GILA!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com