Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MENYOROT TULISAN DAHLIA : MINDA GENERASI MUDA MASA KINI.

Kita pasti terbaca sebuah rencana pendek bertajuk seperti berikut di Laman Minda Rakyat: “43 TAHUN KERAJAAN BERJAYA MENYATUPADUKAN RAKYAT DI MALAYSIA?”.

Diturunkan seluruh kandungannya untuk rujukan bersama:

[[…Sejak malam tadi, sudah banyak juga posting dan kenyataan dibuat berkaitan dengan wawancara Mahdey berkaitan isu Sauk.

Saya cuma tertarik kepada kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden MCA, Ong Ka Teng semasa diwawancara di NTV7 bersama Fuad Hasan dan Kapt Najmudin (Ustaz), iaitu beberapa minit sebelum wawancara khas dengan Mahathir ke udara.

Kata beliau (diringkaskan saja) ," memang benar, kita bimbang isu di Sauk akan menyebabkan kaum bukan Islam tersalah anggap terhadap orang Islam di negara ini. Selama 43 tahun kerajaan telah berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum, tetapi dengan kejadian begini kita bimbang ia akan memecahbelahkan perpaduan ini"

Menjawab pertanyaan lain yang dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei, beliau berkata;

" tidak mustahil perkara itu akan berlaku jika ia tidak dibendung oleh kerajaan".

Persoalannya:

1. Memang benar, Tuanku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Hussein Onn telah membantu menyatupadukan rakyat di Malaysia di bawah satu panji kemerdekaan, tetapi siapakah yang memulakan kehancurannya ini dan memporak-perandakan keharmonian negara serta menimbulkan sentiviti perkauman jika bukan Mahathir Mohamad? Mahathir bukan saja memecahkan belahkan perpaduan kaum, malah menghancurkan imej Islam di negara ini. Usaha Mahathir menganiaya perkembangan Islam sudah terserlah. Mahathir tidaklah sehebat mana...

2. Mengapa isu 13 Mei diutarakan? Siapakah yang lebih jahat? Kerajaan BN atau pembangkang? Singkaplah kembali sejarah, mengapa 13 Mei berlaku? Kepada Ong Ka Teng dan puak-puak MCA, jangan cuba mengelirukan keadaan dengan menyebut Islam cuba memecah-belahkan kaum di Malaysia. Yang sebenarnya, Mahathir Mohamad anak Kutty itulah yang bapak segala kehancuran di muka bumi Malaysia ini.

Jangan kerana isu Al-Maunah yang diputarbelitkan oleh Mamak sekor tu, kamu yang di dalam MCA cuba nak jadi handal pulak!

Bercakap soal Islam dan tidak segan silu menghina Islam. Jangan lupa yang kami anak-anak Melayu Merdeka ini masih bernyawa. Jangan kami dihina begitu!!

# Apapun, jelas membuktikan bahawa cakap Mahathir sudah tidak laku lagi... terpaksa membuat wawancara khas , satu program TV paling bangang tahun ini!!…]]

DAHLIA/KL

```````````````````````````````````````````````````````````

Persoalan yang diketengahkan oleh adik Dahlia itu wajar dijadikan asas kita menentukan pendirian bersama.

Mampukah Mahathir Menangkis?

Keberkesan tulisan sependek itu, telah mengimbau hati saya untuk sama-sama menyambung pandangan Adik ini. Saya cuba mentafsirkan bagaimana Mahathir betul-betul sudah ketandusan modal politik; dan sekaligus mempersoalkan sejauhmana beliau mampu menangkis ledakan rakyat membenamkan beliau, UMNO/BN dan regim serakah beliau dari lipatan sejarah.

Walaupun apa yang ditulis oleh Dahlia itu tidak panjang, tetapi sekaligus menobatkannya sebagai seorang serikandi Reformasi yang berminda tajam dan berjiwa kental. Kita dapat rumuskan:

1. Memang benar Naib Presiden MCA, Ong Kah Teng, Fuad Hasan dan Kapt Najmudin (Ustaz), mewakili 3 golongan rakyat. Kah Teng mewakili kaum China, Fuad Hasan mewakili puak UMNO dan Kapt Najmudin (Ustaz) mewakili ulama UMNO. Semasa diwawancara di NTV7, mereka nampak tidak langsung memperlihatkan ketajaman minda kepemimpinan yang boleh ditakrif sebagai berwawasan. Mereka tidak mampu memperkirakan keharmonian kaum, tidak langsung menghormati ugama Islam. Sebaliknya, ketiga-tiga mereka semakin nampak berminat menyalah tafsirkan Islam tanpa beralas.

2. Mereka harus sensitif dan peka diri bahawa mereka tertipu bontang dijadikan alat oleh Mahathir untuk memburukan keadaan yang tenteram hingga berkemungkinan akan mencetuskan keadaan yang akan merosakkan fabrik sosial yang selama ini tidak lagi menjadi persoalan Mahathir.

3. Apa yang kita nampak sekarang, rakyat telah mulai yakin bahawa Peristiwa Al-Maunah itu adalah “Sandiwara Mahathir” yang sengaja direka-cipta dengan tujuan paling jelas dan ketara semata-mata bertujuan untuk “Menenggelamkan isu RASUAH MAHATHIR MOHAMAD yang sebenar-benarnya menjadi tumpuan dan tuntutan rakyat”. Mahathir sengaja beragenda dengan melakukan “Sadiwara Sauk” itu sebagai jalan terakhir memulakan siri episod mengalih pandangan dan mengelirukan rakyat yang sudah makin faham.

Malangnnya, ketiga-tiga mereka yang diwawanca itu segaja tidak memperlihatkan kebjaksanaan hingga sanggup bercakap hingga memberi petanda bahawa mereka bertiga adalah orang-orang yang “bodoh-tongong” dan tidak layak menjadi pemimpin 20 juta rakyat yang berminda terbuka, berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas lagi rasional.

Pemimpin Regim Mahathir Buta!!

Sebagai anggota kerajaan, mereka harus lebih jauh melihat kehadapan dan menganalisi implikasi dari “Sandiwara Mahathir” ini.

Mari kita fikirkan bersama, bahawa:

1. Sebagai seorang ustaz dan orang yang mengetahui selok-belok Islam, Kapt Najmudin wajib mempertahankan bahawa Islam adalah suatu agama yang bergerak atas landasan “keamanan” dan bukan “perbalahan dan perpecahan”. Kesempatan yang lakukan oleh Dr. Mahathir itu wajib dikecam hebat. Lebih-lebih lagi, beliau sebagai ulamak Islam wajib meletakkan ugama mengatasi jawatan, imbuhan dan kekayaan yang bakal dihadiahkan oleh regim Mahathir yang terdesak memberi sesiapa saja umpan.

2. Sebaliknya, Najmudin sendiri bersama-sama merosakkan gegangan Islam dihadapan seorang bukan Islam seperti Ong Ka Teng (mewakili MCA – satu kelompok kaum yang berjumlah besar dinegara ini). Perbuatan Najmudin itu amat menyedihkan umat Islam dan orang Melayu. Beliau adalah seorang lagi pengkhianat agama sebandingan dengan sekongkol ulama UMNO bertaraf “Abu Jahal” melinium ini.

3. Fuad Hasan yang mewakili UMNO pula sangat dangkal hingga memburukkan Islam dan bangsa sendiri dihadapan khalayak umum dengan menyemai bibit-bibit kebencian kepada Islam, bangsa Melayu sendiri dan UMNO sebagai sebuah parti Melayu.

4. Ini membawa tafsiran kepada rakyat hingga makin jelas sekarang bahawa UMNO dan pemimpin mereka sudah tidak nampak kebenaran kerana terlalu dangkal ilmu dan berminda cetek. Dari huraian beliau dan Najmudin makin nampak jelas bahawa politikus Melayu dalam UMNO telah hilang sensitiviti mereka terhadap ugama dan amanah bangsa. Ini berpunca semata-mata kerana mereka sudah “dibeli” dengan habuan hingga sanggup diperbudak-budakkan oleh Mahathir sedungu itu.

5. Fikirkan ini, Ong Kah Teng yang mewakili MCA tidak seharusnya begitu lancang mulut hingga melupakan bahawa beliau tidak seharusnya mengeluarkan pandangan seolah-olah pandangan beliau kununnya mewakili kaum Cina. Kah Teng perlu sedar bahawa majoriti kaum Cina sangat mengerti bahawa Dr. Mahathir adalah dalam “Delimma” yang mendesak kerana mengahdapi tuntutan rakyat supaya beliau UNDUR dari arena politik Malaysia.

6. Ong Kah Teng sebenarnya tahu bahawa Dr. Mahathir dan kroni politik beliau dalam MCA telah melanjutkan tradisi menSONGLAP hak dan kekayaan orang Cina golongan berpendapatan rendah. Bermula dengan Lee San Choon hinggalah kepada Tan Koon Suan, dan sekarang Ling Leong Sik pula; kaum Cina sudah sedar bahawa MCA adalah sebuah parti berhaluan “Rasuah dan Penyelewengan” yang TIDAK BOLEH DIHARAP untuk membela nasib majoriti kaum Cina.

7. Dengan mencampur-adukkan fakta-fakta ugama Islam yang terbit atas ‘kacau-bilau’ tafsiran salah oleh Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO yang berkepentingan; dan bagaimana puak-puak itu mewar-warkan tafsiran buruk terhadap agama Islam; Kah Teng wajar sedar bahawa beliau sedang membantu Mahathir melaksanakan agenda Meganya untuk melihat negara ini huru-hara.

8. Jika kejadian Mei 13 berulang, yang paling untung besar dan mendapat manfaat-faedah lumayan HANYA Dr. Mahathir seorang dan keluarga serta kroni beliau saja. Semua kaum kembali semula ke era sebelum tahun 1969. Jika Mahathir berjaya menghasut minda rakyat dan mencetuskan pergaduhan kaum, negara memerlukan tempoh 100 tahun lagi untuk membetulkan keadaan.

Siapa Mahathir Sekarang?

Jawapan yang jelas dapat dirumuskan bahwa makin nampak kepada kita Mahathir sah seorang:

i) pelampau batas-batas seorang penganut dan penghayat sebarang ugama,

ii) tidak mempedulikan keharmonian Rukun Negara, Perlembagaan dan Undang-undang,

iii) hilang budaya, amalan dan peranan seorang pemimpin sebuah masyarakat yang bertamaddun; dan,

iv) seorang penghasut dan penyangak yang menjadi penyebab negara dan rakyat huru bara dalam kancah permusuhan.

Sebagai seorang pemimpin dari puak UMNO yang menajdi tulang belakang Barisan Nasional, sikap beliau pemimpin memaksa komponen BN menyokong beliau hingga menyebabkan negara huru hara adalah suatu hakikat yang tidak boleh dimaafkan.

Siapa yang rugi dan siapa yang mendapat faedah?

Nampak sekarang bahawa “Sandiwara Mahathir-UMNO” di Sauk telah mengorbankan ‘nyawa’ manusia sebagai helah untuk membuktikan kepada rakyat bahawa peristiwa itu adalah “real” dan tidak boleh dihujah sebagai “sandiwara”. Apakah pembunuhan itu “justified”?

Realiti sebenar, Mahathir adalah diketahui MEMANG bermusuhan dengan PAS dan Pembangkang lain yang beragama Islam (termasuk NGO). Mahathir amat rungsing hingga hilang akal kerana makin tidak mendapat sokong rakyat semua kaum.

Perkembangan terbaru ini ditafsirkan sebagai “the major threat” kepada beliau bersama kroni dan anak-anaknya. Dengan itu, beliau memutuskan supaya PAS dan Pembangkang lain yang beragama Islam (termasuk NGO) wajib dimusnahkan dengan apa cara (walapun dengan mencetuskan pergaduhan kaum).

Dengan itu, Mahathir sudah nyata dimata rakyat tidak peduli dengan kesejahteraan umum. Beliau diketahui mengugut dan mengancam semua pihak yang berkepentingan dalam UMNO dan komponen BN dengan arahan tegas supaya menumpukan usaha supaya meyakinkan rakyat bahawa “Agama Islam dan penganut agama Islam di Malaysia adalah berniat jahat”. Ini adalah hasutan paling busuk lagi jahat Mahathir hingga orang Melayu seluruhnya mensetarafkan beliau dengan Abu Lahab, Hamman dan Firaun (kategori Mala’un)

Mahathir hanya memikirkan kepentingan peribadinya sahaja. Mahathir tidak peduli lagi tuntutan rakyat asalkan matlamat beliau berkuasa dan menguasai kekayaaan negara akan terpeihara.

Inilah yang menyebabkan Pembangkang sudah mulai ragu-ragu dan rakyat sudah mulai bercakap terang-terang dan sekaligus mendorong rakyat semua kaum mengambil kesimpulan bahawa selagi Mahathir dan UMNO/BN berkuasa, negara dan rakyat akan terjerumus ke dalam kancah permusuhan yang selama ini cuba dielakkan.

Bagi rakyat , pembunuh beberapa orang rakyat begitu tidak memberi guna dan prospek apa-apa selain dari suatu pertunjukkan berunsur “barbaric”! Tetapi bagi Mahathir, itu tidak menyentuh ‘conscience’ beliau. Sebelum “Sauk” ialah 13 orang korban di Memali!!

Makin nampak Mahathir dan jongos-jongos gelabah dan melatah. “Sandiwara Sauk” adalah satu dari agenda yang sengaja dipentas, diarah dan lakukan oleh para ‘seniman’ pilihan Mahathir. Malangnya dailog masing-masing saling bercanggahan!!

Kesimpulannya:

Disinilah tepatnya ulasan adik Dahlia yang berminda tajam itu. Beliau sebagai bakal pemimpin alternatif generasi akan mampu dan berani menunjukkan siri kebusukan agenda Mahathir dengan jitu mentafsirkan bagaimna Mahathir mengeheret kaum lain ke kancah permusuhan kaum.

Pandangan adik ini adalah dari sudut ‘humanitarian’ dan tidak sama sekali berbau politik. Pemimpin regim Mahathir harus belajar sedikit dari generasi muda seperti ini bahawa golongan muda-mudi ini sudah lebih jauh bermaddun dan terdidik dengan nilai-nilai murni.

Rencana pendek adik Dahlia itu adalah satu pncerminan luahan hati rakyat semua kaum yang sebenar. Ia dipaaprkan dengan jujur dan ikhlas sebagai tanggungjawab generasi mereka. Serikandi harapan generasi muda ini mahu kemerdekaan tanahair, masadepan generasi bangsa dikembalikan seperti sediakala. Nampak sekarang UMNO/BN yang dipimpin oleh Dr. Mahathir bukan lagi jadi pilihan.

Dengan itu, sebagai orang Melayu, penyokong Barisan Alternatif yang memperjuangkan Reformasi:

1. Kita sebagai rakyat harus berbangga bahawa adik Dahlia mampu memberi gambaran sebenar apa sedang diagendakan oleh Mahathir dan agen-agennya. Mungkin bukan semua pemimpin dan penyokong UMNO/BN totok sedar hakikat ini.

2. Kita bersyukur kehadhrat Illhahi bahawa serikandi Barisan Alternatf generasi akan datang tidak semudah itu melatah. Sebaliknya mereka berusaha memberi ingatan kepada semua sebagai usaha memulihkan imej bangsa dan agama Islam yang sebenar.

Malang sekali, apa yang kita nampak, pemimpin UMNO seperti Fuad Hasan dan orang beragama seperti Kapt Najmudin (Ustaz) ikut sama bermain sentimen dengan Mahathir Mohamad hingga sanggup mengahsut pemimpin kaum Cina seperti Naib Presiden MCA, Ong Ka Teng dipujuk supaya membusukkan agama Islam.

Cita-rasa Minda Generasi Muda

Tetapi kita berterima kasih kepada pejuang Raformasi generasi muda dan bersyukur kepada Allah swt. kerana generasi muda masa kini terus meneruskan mendedah dan membanteran regim Mahathir dari berlaku sewenang-wenangnya.

Kita berterima kasih kepada penulis-penulis internet yang tidak putus-putus melakukan analisis tentang kebusukan agenda Mahathir dan kroni beliau menghasut rakyat memburukkan keutuhan agama Islam melalui proses persendaan oleh regim yang berketuakan seorang DIKTATOR ini!!

Kita berharap penyokong MCA seperti Ong Ka Teng, pemimpin kerdill UMNO Fuad Hasan dan ustaz bangang seperti Kapt Najmudin akan insaf bahawa mereka sekarang sedang mengangkat seorang ketua mereka yang sah bersahabat karib dan saling berpeluk-pelukan dengan YAHUDI. Ketua mereka inilah yang sedang merosakkan minda rakyat.

Jangan Mudah Dikelirukan

Membetulkan keadaan itu dan meletakkan kemerdekaan tanahair, menegakkan kewibawaan bangsa dan meletakkan kemurnian agama Islam ketempatan sewajarnya, memperjuangkan “Keadilan dan menumbangkan Kezaliaman”, mematahkan agenda buruk Mahathir untuk melanjutkan “kuasa Diktatornya” dan segala macam Rasuah dan Penyelewengan Mahathir harus dijadi KEUTAMAAN perjuangan sekarang.

Kita harus terpesong dengan episod-episod BODOH yang sentiasa di “sandiwarakan” oleh Mahathir untuk “mengeliru dan mengalih” pandagan rakyat. Itu bukan tugas adik Dahlia yang seorang ini saja.

Tanyalah diri anda, apakah sumbangan dan pengorbanan anda pula menolak kebusukan agenda Mahathir untuk memushakan negara, bangsa dan agama Islam ini?

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com