Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


INGAT UMNO: DATANG KEBENARAN DAN LENYAPLAH KEBATILAN!! (1)

INGAT UMNO: DATANG KEBENARAN DAN LENYAPLAH KEBATILAN!!
Pemimpin dan Penyokong UMNO hilang pegangan!!

Mahathir Mohamad, President orang UMNO yang masih mengaku dirinya Perdana Menteri, makin nampak keterluan rimas melihat “Sadiwara Sauk” yang direkaciptanya bersama beberapa orang pengikut ‘jumud’nya betul-betul nampak kecewa direndam perasaan yang amat gundah lagi dan gabra.

1. Apa Kesudahan Sandiwara Mahathir di Sauk?

Diakhir-akhir ini, beliau terpaksa menyudahkan sandiwara jijik itu dengan tajuk baru dinamakan “Sandiwara UMNO” pula. Makin itu makin ramai orang UMNO yang menggeleng kepala. Masakan sandiwara “kejam dan zalim” mahu dipalitkan kepada orang yang tidak bersalah. Kata mereka, “Kalau nak mampos pun, kojol sendiri sajalah. Kalau ke Neraka, kroni tak mau lah!!”.

Sebelum memanjangkan bicara, ingin saya menyampaikan sepotong Firman Allah swt. didalam surah Al Isra’ ayat 81, yang bermaksud:

[[ Katakanlah sesungguhnya yang benar telah datang dan yang batil telah hilang, sesungguhnya yang batil pasti akan lenyap/hilang]].

Bertitik tolak dari ayat itu, perbicangan kami yang dipandu oleh seorang ulamak yang pernah menjadi penyokong kuat UMNO (satu masa dulu, kini telah menolak mentah-mentah parti itu) berlanjutan hingga berbicara perkara-perkara dan permasalahan terkini yang sangat releven dengan ‘events’ yang dilakukan UMNO dengan pengarah utamanya: Datuk Seri Dr. Mahathir, Presiden dan Perdana Menteri UMNO yang kini hidup dalam serba-salah.

2. Amalan Jahiliah Pilihan UMNO

Berkata beliau lagi, “Amalan Jahiliah bukanlah merupakan amalan yang berasaskan agama dan aqidah. Bahkan mereka tidak punya agama dan aqidah yang teguh mengamalkan juga. Sebab itu amalan dan perbuatan jahiliah tidak lebih dari sekadar menurut kehendak nafsu menjadi warisan yang sukar dihapuskan. Kerapkali wang, ganjaran pangkat dan habuan menjadi kiblat mereka. Ia menjadi adat didalam kehidupan seharian. Tengok saja apa yang terjadi kepada mereka (maksud beliau puak pemimpin UMNO)”.

Sepulangan saya dari majlis itu, saya kembali menyemak pita rakaman wawancara Mahathir dan beberapa puak dari kelompok UMNO. Saya tanya diri saya, “Apakah mereka taksub hingga terpesong begitu jauh dari kebenaran?”.

Teringat saya seorang netter di LamanWeb FGR menyebut:

I. Pemimpin UMNO (Barua) mahukan orang Melayu “Baru”(a) sederhana dalam mengamalkan agama Islam. Apakah konsep “sedeharana” kepada mereka? Adakah bermakna Solat Zohor, 'Asar dan Isya' jadikan 2 rakaat, maghrib 1 1/2 rakaat dan subuh 1 rakaat agaknya?

II. Apakah memadai bersolat setakat seminggu sekali saja (hari Jumaat) sebagai tanda sederhana dan menunjukkan mereka Islam kununnya.

III. Kita nampak WANITA UMNO mentafsirkan ‘Aurat’ boleh dedah. Pakai tuduh juehkan jambul, atau telanjangkan rambut di kepala – samada rambut asal atau ‘cemara’… SEDERHANA namanya!! Orang Islam buat kerja-kerja mungkar dibiarkan kerana itu urusan dia.

IV. Begitu juga, Pemimpin UMNO berdiam diri saja bila berlaku kes-kes ROGOL dikalangan mereka atau menyepak-terajang rakyat bila ada yang kena pada seleranya. Mereka tak boleh ditegur dan tak boleh dilarabf-kritik, sebab mereka mengamalkan Islam SEDERHANA.

Sekaligus saya teringat kesah Rahim Thamby Chik MEROGOL gadis bawah umor. Dan terdengar kesah orang UMNO pergi ke Indonesia melawat Jawa Pos (akhbar Indonesia) mengaduakan prihal (Dr. kah dia?) Abu Hasan Omar, MB Selangor melakukan “persetubuhan haram” dengan adik iparnya hingga melahir bayi diluar nikah !! Kerana mereka bertaraf pemimpin, maka undang-undang syariah dikendur dan dibengkang-bengkokkan supaya selari dengan konsep “SEDERHANA”. Itulah dia UMNO dan pemimpin mereka!!??

V. Pemuda pemudi Islam berkelakuan tak senonoh, minum arak, bohsia dan menggila-gila dengan Konsert Bolliwood dan Vengaboys. Pemimpin UMNO tak ambil pusing sebab mereka mengamalkan konsep Islam “Mahathirisma“ yang serba SEDERHANA.

Teringat saya Ning Baizura (kununnya masih dara) mengaku hebat dalam “pergelutan ala Xena”, hingga “5 Herculis campur Sindbad” pun boleh kalah kalau setakat “mendayung tongkang” nya yang sudah bertukar menjadi setanding “belulang kasap” yang dijemur kering.

VI. Pemimpin kaki betina dibiarkan seperti Megat Joned dan suku-sakat UMNO amat bangga kerana melanyak “dara-dara bawah umor”, Pemuda pemudi Islam masuk gereja utk nonton konsert (seperti apa yg berlaku di gereja Monfort Boys' Home di Shah Alam). UMNO membiarkan saja. Kununnya, UMNO dan pemimpinnya adalah “open-minded dan sporting” dan atas segala-galanya mereka adalah SEDERHANA, katanya.

VII. Sapu duit rakyat, tak apa, sebab kita mengamalkan Islam SEDERHANA. Pukul dan penjara rakyat yang membantah Persahabatan “peluk-cium” antara Mahathir dengan Yahudi. Melakunkan “drama Sauk” atas nasihat Yahudi (juruperunding beliau) dianggap sebagai usaha ‘mengglobalisasikan’ negara dan rakyat!!

Makin lantang seruan rakyat dengan berkata “Wahai ulama UMNO (Barua), sila beri penjelasan, apakah dia tafsiran mengenai amalan Islam SEDERHANA kalian? Kemanakah kalian hendak bawa Islam, dan kemanakah hala tuju aqidah yang umat Islam kalian arahkan?

Jawapan yang terdengar cuma….. “Kami tak boleh berbuat apa-apa. Siapa nak bagi pendapatan bulanan? Siapa yang nak bagi kami jawatan, pangkat dan gelaran Tan Sri, Datuk, Datuk Wira sebagai habuan dunia? Biarlah ugama tinggal ugama asalkan perut kami kenyang…sudahlah!!

3. Sandiwara Bertukar Tajuk Asal

Dari pita rakaman wawancara Mahathir dan sekongkolnya yang disedut dari TV Malaysia, nampak kepada kami (Bekas UMNO yang sama-sama menonton) betapa malu dan serba-salahnya beliau (Mahathir) terpaksa mengerah, memaksa dan mengugut semua pemimpin UMNO (yang tidak tahu hujung pangkal) supaya bercakap di TV dan menulis di media massa. Saban hari Mahathir memantau pergerakan mereka bagi mempastikan ‘Sandiwara Pembohongan Mega’ melinium ini mampu memberi daya dan keberkesanan yang setimpal dengan tujuan asal beliau.

Malangnya, sandiwara itu masih tidak mendapat tahap “Tayangan Perdana” bertaraf ‘Box Office’ pawagam rakyat.

4. Mahathir dan UMNO Tersilap Bersar

Makin nampak Mahathir tersilap besar! Beliau masih dalam ‘dreamland’ dengan menganggap dirinya masih ada kaliber dan ketokohan selama hampir 18 tahun. Beliau tidak menerima hakikat dirinya secara tiba-tiba kehilangan kewibawaan – pudar, malap dan ‘evaporate’ bagai kepulan asap.

Makin rakyat nampak bahawa segala sadiwara “Pembohongan, Rasuah dan Penyelewewngan” beliau yang beragenda Mega selama ini telah dikesan dan didedahkan untuk rakyat dan dunia sejagat melihat dengan mata kepala.

Bukan salah siapa. Kesemuanya berpunca dari sikap beliau yang tamak kuasa dan bangsat jiwa dan peribadi yang penuh dengan dendam dan kesumat serta prasangka iblis yang menghasut rohaninya.

Pagi ini, Ahad 23 Julai 2000, kedua-dua “orang bangang” yang jadi barua Mahathir – Jamaluddin Jarjis yang berkelulusan akedemik Ph.D dan Hamid Zainilabidin yang terkenal dengan “Khutbah Pro-UMNO” nya telah diupah khas oleh Mahathir dan regimnya supaya membantu mempromosikan peralihan “Kiblat” umat Islam supaya terpesong dari kebenaran Allah swt.

5. “Islam Sekular Mahathirisma” – satu ‘Ajaran Sesat’

Mereka berdua itu adalah diantara puluhan pemimpin puak UMNO kalangan “penganut Ajaran Sesat” yang dipelopori oleh Mahathir. Mereka adalah “kumpulan” yang ternyata taksub dengan imbuhan wang dan ganjaran dunia. Dikatakan Mahathir menerajui “Ajaran Sesat UMNO” kerana parti itulah yang bermati-matian mewujudkan satu fahaman Islam yang disebut “Islam Sekular Mahathirisma”.

Contoh yang nyata, Mahathir mengeluarkan pelbagai fatwa dan hasutan yang sangat-sangat bertentangan dengan Islam sebenar yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw. Mahathir dengan sengaja telah memperlekeh Nabi dengan menyindir janggut Baginda.

Mahathir mencabar dengan angkuh menggila-gila dengki dengan kepimpinan dan kesungguhan Baginda sebagai pesuruh Allah swt.

Mahathir mencabar kenabian Muhammad saw yang kununnnya hanya mampu mengetuai satu kabilah, wahal dirinya (Mahathir) menerajui sebuah negara 20 juta hingga diberi gelaran “Wira Negara Ke-3”. Mungkin Mahathir tidak tahu jumlah penganut Islam hampir 2.0 billion seluruh dunia. Mahathir ingat lain orang “tak ada baca ka?”

Mahathir telah mengugut dan memaksa rakyat Malaysia dan orang Melayu beragama Islam supaya BERSYUKUR kepada beliau dan UMNO Baruanya kerana memberi rezki dan kesejahteraan. Bermakna Mahathir telah mengalih aqidah umat Islam dari bersyukur kepada Allah swt. kepada beliau (Mahathir).

Mahathir tidak sedar, kalau setakat menjadi Presiden UMNO (tanpa bertanding seperti FIRAUN) atau menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti Diktator Hitler, Pinnocet, Soeharto, Marcos, Stalin dan Lenin, orang tak pandang sebelah mata. Kau pasti akan mampos, dan waktu itu satu dunia akan bersorak-sorai merayakan “memaposan” seorang “ahli neraka Jahanam” dari bumi Tuhan!! Alhamdulillah…syukur nikmat!!

Dengan karenah menyerupai Yahudi dan Nasrani, Mahathir menggunakan semua jentera awam dan wang untuk memberi imbuhan kepada semua pihak selagi mereka sanggup menajdi “hamba-sahaya dan budak suruhan”. Yang afdhal bagi beliau, namanya mesti diangkat, dijulang dan diketengahkan sebagai seorang pemimpin “sahaja” dalam UMNO yang dinobatkan dengan “kuasa” sampai maut merentap nyawa dari tenggoroknya!! Maut sedang mengintai detik terakhirnya!!

6. Mahathir Menentang Fitrah Manusia

Dengan menggunakan khidmat para penjilat dari puak UMNO (seperti Jamaluddin Jarjis) yang sanggup denga rela hati memperbodohkan diri walaupun punya degree akedemik Ph.Dnya, dan Hamid Zainilabidin yang menggadaikan ilmu ugama yang di timba dari Al-Azhar, tetapi lebih bangang jauh lebih dungu-bebal dari “anak-anak tadika Islam”; mereka berdua bercakap dengan otak sebegitu cetek dan minda yang madal lagi tumpul. Alangkah menderitanya jiwa mereka!!

Sebelum ini Fuad Hassan (anak seorang Ulamak terkenal) dan seorang Ustaz Kpt Najmudin telah masuk perangkap yang sama. Mereka membantu puak bukan Islam dengan memberi tafsiran dan kefahaman seolah-olah agama Islam itu adalah agama yang tidak sesuai untuk dijadikan ugama resmi seperti termaktub dalam Perlembagaan negara. Ini adalah bertepatan dengan hujah Mahathir di Perhimpunan UMNO Mei 2000 dan semua Perhimpunan sebelum itu. Katanya, Islam terlalu kuno dijadikan landasan pentadbiran sebuiah negara!!

Sebagai menambah golongan orang Melayu dalam kategori “Bangang dan Madal” itu, terangkumlah beberapa orang cendekiawan yang rosak akhlak dan luntur jiwa bangsa membantu Mahathir mewar-warkan faham “MahaJUMUD” nya. Di media arus perdana, timbullah nama-nama jelek seperti Firdaus Abdullah dan Ramlah Adam yang mudah dibeli dengan memberi mereka kenaikan pangkat sebagai “profesor”.

Rumusannya, tugas “hamba-sahaya” Mahathir itu adalah semata-mata menyebarkan “prophecy” Mahathir dalam agenda beliau merosakkan pandangan rakyat terhadap perjuangan rakyat “menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman dan Kebatilan”.

Mereka ‘melalak’ mengutuk sesiapa juga selain diri tuan mereka dan diri sendiri. Tidak pernah mereka mempersoalkan karenah Mahathir melakukan pecah amanah selaku seorang penjenayah undang-undang negara, menganjurkan sesi-sesi fitnah dan adu-domba, memutarbelitkan fakta-fakta agama, takut ke mahkamah menjadi saksi, melindungi penjenayah rasuah, perogol dan pembunuh, merompak harta rakyat, menghasut umat Islam mengecam agama dan menyeleweng pelbagai fakta melalui fitnah dan dendam kesumat.

Puak-puak upahan itu tidak saggup berbicang dan membincangkan isu sebenar bagaimana orang Melayu telah dipandang hina oleh Mahathir dengan menggunakan UMNO yang disokong olehj komponen BN!! Tak ada!! Mereka sengaja buat-buat lupa. Kepentingan perut makin mengatasi segala-gelanya.

Bagaimana mau membaiki UMNO yang sudah terlalu parah, terlanjur nazak menanti maut saja? Tak ada obat lagi, melainkan mati bergalang tanah, dan dilipat dan gonyoh-gonyoh buang kelubang tandas..!!

(bersambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com