Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


INGAT UMNO: DATANG KEBENARAN DAN LENYAPLAH KEBATILAN!! (2)

INGAT UMNO: DATANG KEBENARAN DAN LENYAPLAH KEBATILAN!
Pemimpin dan Penyokong UMNO hilang pegangan!!

(Bhagian 2)

7. Apa Guna Mereka Ini Lagi?

Penganut Islam di negara ini dan rakyat yang berpendidik makin tidak nampak langsung apa gunanya pemimpin UMNO ini. Makin banyak soalan menerpa minda mempersoalkan sejauhmana ilmu dan pengalaman hidup mereka bermanfaat dan dimanfaati untuk tanahiar, bangsa dan agama.

Mahathir kini ketawa besar. Sebagai keturunan berasal “bukan Melayu”, memang dari mula niat dan nawaitu beliau yang makin jauh meninggalkan budaya dan amalan orang Melayu dibantu dengan sepenuh jiwa oleh pengikut “UMNOisma” yang di Baruakannya.

Kebelakangan ini, dengan cara beliau mentafsirkan Islam dan meletakkan agama yang menjadi darah daging kepercayaan bertuhan orang Melayu itu, beliau sekarang merasa megah dan bangga ‘to have proven to the world as how stupid and idiotic the Malays are – no matter how educated and how religeous they are..!!” (he thought so).

Mahathir tahu bahawa seluruh rakyat sudah mentakrifkan “Sandiwara Sauk” adalah sadiwara bikinan beliau. Tujuan beliau mengadakan pementasannya adalah atas dua sebab, iaitu untuk:

1) Memburuk-buruk dan meningkatkan ikhtiar melumpuhkan Pembangkang PAS dan KeADILan’ dengan itu beliau berharap akan membunuh ‘lawan’ dan sokongan rakyat akan berkurangan berbanding UMNO/BN yang makin kecundang (malangnya tidak juga);

2) Melindungi segala rasuah, penyelewengan dan 1001 kejahatan dan kerakusan beliau (Mahathir) dan sekongkolnya yang menyebabkan negara ini, bangsa Melayu dan agama Islam dan keseluruhan kewibawaan politik, ekonomi dan kesopanan susila dan undang-undang “jahanam”.

Makin hari makin jelas bahawa sandiwara yang bermula dengan nama “Sandiwara Mahathir” wajib dipolitikkan menjadi “Sandiwara UMNO”. Harapan Mahathir ia akan akan berjaya menepati sasaran dan matlamat seperti disebutkan diatas.

Malangnya segala tindakan beliau itu (walaupun sudah berwawancara di TV/RTM (semua Channnel) masih juga rakyat tidak “termakan”, khususnya orang Melayu – penganut Islam.

Seluruh rakyat yang tahu bahawa tujuan sebenar Mahathir ialah untuk menyembunyi dan melindungi niat jahat, rancangan mega dan keserakahan budi dan maksiat yang tersembunyi dalam benak kepalanya. Mahathir adalah ‘didikan Syaitan’ yang direjam!

8. Gentar Serangan LamanWeb Reformasi

Jamaluddin Jarjis dengan muka yang serba-salah benar-benar sukar meyakinkan rakyat dengan hujah dangkalnya. Berkali-kali beliau menyebut betapa berjayanya para penulis dan penganalisa ‘events’ LamanWeb mematahkan cerita dan huraian pemimpin dan media UMNO yang tidak masuk akal.

Segala yang dipaparkan oleh seluruh jentera regim Mahathir yang digunakan telah dihambat-sanggah oleh penulsi lamanweb dengan penuh bijaksana. Makin nampak betapa dangkalnya ilmu ‘penjarah UMNO’ dalam perdebatan mereka. Memang padan, Allah swt. telah membisikkan kebenaran kepada mereka yang mahu amanah. Masihkah pemimpin dan penyokong tidak insaf?

Beliau bukan saja setakat kesal dengan jolokan penulis lamanWeb menyebut peristiwa itu sebagai “Sadiwara UMNO”, malah beliau nampak seolah-olah mengakui bahawa “rakyat tahu pembongkaran rahsia kerajaan pemimpinan Mahathir Mohamad yang menyebabkan UMNO/BN lingkop hancur-lebur”.

Tetapi, kerana beliau terpaksa menerima geleran bercakap, dan cakap beliau dirakamkan pula; maka beliau terpaksa menggadaikan harga diri dan maruah hingga memusnahkan degree Ph.D yang sedemikian sukar dicari dulu.

9. Ulamak “Ular Senduk”

Begitu juga Hamid Zainalabidin yang terkenal “taksub dan sanggup mendewa-dewakan Mahathir yang menganut mazhab Mahathirisma”. Hamid Zainalabidin hilang segala ilmu keagamaan yang sah dan sahih semata-mata memikirkan dirinya wajib dijadikan “hamba Mahathir” dan membantu memesongkan tafsiran “aqidah dan ketuhanan yang benar lagi adil”. Lidah beliau bercabang tiga, sejajar taraf “Ulamak Suk” penghuni Neraka. Cakap macam ulamak, perbuatan seperti “Dajjal”..!!

Hamid berhujjah dengan nada ‘tergap-gagap’ membela “tuannya” yang makin melatah. Beliau tahu, Mahathir meletakkan pisau tajam dibelakang tengkuknya. Ketakutan yang keterlaluan memperlihatkan bagaimana dalam terketar-ketar beliau sanggup memperlekeh Islam dan penganut Islam di negara sendiri.

Beliau sedar betapa besar dosa menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Beliau sedar tidak amanah kepada ajaran Allah swt semata-mata dalam perut gendut berisi rezki haram mempersedan agama Allah.

Sedaya upaya Hamid cuba mengangkat setinggi langit dakyah “pensekularan” Islam mengikut arahan tuannya supaya disebarkan. Sah beliau contoh “Ulamak Akhir Zaman”..!!

Itulah kuatnya perangkap yang dipasang oleh Mahathir hingga pemimpin dan ulamak UMNO dan Kakitangan Awam hilang jati diri, maruah dan harga jiwa untuk membela bangsa. Mereka masuk kantung bagai belodok yang hidup dalam “dua dunia”. Masyaallah jauhnya mereka ini menyimpang!!

Kita dapat melihat bagaimana DS Anwar ibrahim sanggup mengahdapi ancaman diluar perikemanusiaan yang dikenakan sebagai tindakan kerana membetulkan keadaan yang sangat bersalahan atas perbuatan Mahathir Mohamad selama ini. Kerana kebenaran adalah dipihak beliau (Anwar), rakyat makin nampak bahawa Mahathir dan sekongkol pengampu beliau dalam UMNO dan perkhidmatan awam patut sangat dinafikan hak mereka sebagai pemimpin.

10. Ahli Asal Meninggalkan UMNO

Berkata seorang penulis internet di Lamanweb, katanya:

[[“….Terlupakah Mahathir kepada pemimpin2 UMNO Asal bahawa utk mendapatkan sokongan orang Melayu, “you have to win their hearts and soul; not by force of power?”.

Malangnya, Mahathir tersilap langkah. Lagi keras tindakan dilaksanakan seperti melarang diadakan kuliah agama di pejabat2 kerajaan, melarang pendakwah tertentu menyampaikan kuliah agama, menukarkan j/kuasa masjid dgn orang2 UMNO (walau pun mereka jarang ke masjid kerana diruntun gejala maksiat), menyekat itu dan ini, maka lagi ramai orang Islam dan orang Melayu menjauhkan diri dari UMNO”, katanya.

Sambung beliau lagi, “Dengan mengarahkan PAS membuang perkataan Islam dari nama parti, tidak bererti akan berbondong-bondong orang PAS keluar PAS dan terus menyokong UMNO. Malah sebaliknya mungkin berlaku”.

Beliau berpesan kepada Mahathir dan para “penjilatnya” supaya, “Muhasabahlah diri dulu. Jangan asyik menuding jari kpd orang lain saja. Menuduh PAS menghasut dan macam-macam lagi tidak akan mengubah pendirian rakyat semudah itu menyokong UMNO”.

Zaman sekarang, rakyat sudah pandai menilai, tidak mudah termakan hasutan. Kalaulah orang ramai begitu bodoh dan naive, dengan penguasaan 100% parti pemerintah ke atas media TV, radio dan akhbar, sepatutnya sudah tentu kerajaan tidaak menghadapi sebarang masalah mempengaruhi mereka, katanya.

Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Jadi “surely there must be something very SERIOUSLY WRONG to UMNO and Mahathir’s ideolgy. Why don't you all look into yourself one by one first? Yg benar tetap benar, dan yg salah tetap salah?”]] kata beliau menamatkan pandangan beliau yang ikhlas.

Soalan kita, “Bolehkah hati yang sudah berkarat dibersihkan dengan air?” Lebih-lebih lagi saban hari mereka memakan barang dari sumber yang haram dan melakukan maksat besar?

11. Riaksi Rakyat – Bosan Kepada UMNO/BN & Mahathir

Reaksi kepada tindakan regim Mahathir sangat keterlaluan. Itu adalah pernyataan rakyat. Tindakan pemimpin UMNO yang "keterlaluan" merupakan reaksi kepada ugutan Mahathir terhadap mereka yang melampaui batas.

Contohnya, Fitnah dan keaiban yang dituduhkan terhadap Anwar dan fitnah Mahathir terhadap parti Pembangkang dapat disamakan seperti karenah sebuah regim Yahudi memerangi umat Arab dan penganut agama Islam.

Kalau pemimpin UMNO yang sentiasa merancangkan agenda dan jika pendakwah bebas menunjukjkan jalan yang benar disisi Islam ditafsirkan oleh pemimpin UMNO sebagai mencari kesalahan, tidakkah itu bermakna pemimpin UMNO sendiri yang mengakui diri mereka ‘membudayakan amalan Jahiliah’??

Misalnya jika pegawai kerajaan yang mengetahui selok-belok pentadbiran dan faham apa kesudahan permainan ugutan Mahathir dan jongos-jongosnya yang mengancam rakyat; kemudian ramai diantara mereka yang membenci kerajaan, itu bukan salah Pembangkang.

Pihak yang berkuasa Kerjaan sebaliknya menggunakan "kuasa dan kekerasan” menindas rakyat kerana berhasrat tamakkan “kuasa" hingga sanggup merosakkan nilai hidup rakyat banyak, pasti rakyat akan menghumbankan mereka. Pasti juga mereka yang mempunyai keluarga dikampung dan di desa merasa diri mereka dipersendakan.

Namun, selagi regim Mahathir bergantungn kepada sokongan rakyat, Mahathir akan kalah berperang dengan rakyat. Kerana kuasa demokrasi ditangan mereka; mereka sebagai ‘kuasa rakyat’ (people power) akan melumpuhkan regim ini bila sampai waktunya. Lihatlah……UMNO/BN lingkop habis di TERENGGANU dan KELANTAN. Tidakkah itu contoh ledakan kuasa rakyat?

Soal bermuhasabah dan memenangi balik hati dan jiwa rakyat itu bukan teori kosong. Malangnya pemimpin UMNO masih menafikan kebenaran dan kenyataan itu. Kerana itu UMNO beransur-ansur hilang dari lipatan sejarah. Apa boleh buat. Nasib malang sendiri yang cari.

Itulah dia Politik. Seorang pemimpin yang "kurang bijak "menggunakan kuasa tetapi rakus-tamak hingga berlagak seorang Diktator, biasanya boleh berkuasa dalam jangka pendek sahaja. Mungkin Mahathir sudah membilang harinya dengan jarinya.

11. Perjuangan Anwar Adalah Universal

Disinilah kekuatan perjuangan Anwar yang disokong rakyat. Fitrah manusia adalah mulia disisi Allah swt. Kezaliman dan tipu daya serta penyiksaan akan lupus dengan kekuatan fitrah manusia yang yang menegakkan Keadilan dan Kebenaran.

Anwar berjaya menjuarai gerakan menumbangan Kezaliman Mahathir dan UMNO/BN – suatu perjuangan yang dihayati bersama oleh parti Pembangkang tanpa mengira bangsa, lapisan hidup, budaya dan agama. Mahathir nak buat macamana? Tidakkah elok dia bunuh diri saja? Kan Look East Policy menghayati dari budaya Jepun? “Harakiri” lah, apa salah?

Bermakna perjuangan Anwar adalah universal berbanding UMNO yang hanya berjuang sekadar memenuhi “tembolok” Kelompok UMNO/BN saja. Beda kedua-dua mereka (Mahathir dan Anwar) bagai bumi dengan langit. Rakyat melihat sudah sekian lama.

12. lamak “Keparat” UMNO

Mahathir jangan salah anggap. Rakyat tidak perlu dihasut oleh Pembangkang; kerana perjuangan Fitrah manusia adalah naluri kurniaan Allah swt. Disitulah ulamak UMNO tersilap tafsir ilmu yang dibalut didalam lipatan “serban besar” mereka. Makin nampak serban mereka sudah jadi “cawat” untuk diselitkan dicelah kangkang untuk membalut “kemaluan besar” mereka kecut-lisut deperah Mahathir Laknatullah!

Cuba tanya pendakwah “Mahathirisma” seperti Hamid Zainalabidin, Menteri “Ajaran Sesat” Hamid Osman, Lebai “Katak Lompat” Nakhaie, Penerbit filem maksiat Dusuki Ahmad, Zainal “besaq teloq” Melur – apakah mereka sudah buat untuk membetulkan aqidah Mahathir yang menyimpang lagi menyimpangkan rakyat? Mengapa mereka takut mengangkat lidah membantah?

Makin nampak ulamak UMNO adalah golongan “ulamak Keparat” yang paling jelas mengajar “Ajaran Sesat” yang menyesatkan “aqidah”. Jiwa mereka rosak kerana wang ringgit dan pangkat-darjat. Kemana hala tuju segala makrifat? Sudah menjadi Ulamak Kurafat?

13. “Drama Sauk” adalah “Drama Pembunuhan”

Walaupun begitu berusaha Mahathir mewar-warkan agenda “Drama Sauk” sebagai lakunan mendorong rakyat membenci dan mengaitkan PAS supaya dianggap terlibat; namun kezaliman Mahathir dan UMNO sudah lebih 2 tahun diperhatikan rakyat. Inilah hakikat politik untuk kepentingan orang perseorangan. Pihak penyokong 100% jadi “jembalang”.

Rakyat sudah memberi petanda supaya UMNO/BN bersedialah ditumbangkan rakyat. Parti Pembangkang tidak menghadapi tekanan apa-apa. Makin nampak sekarang penindasan pihak yang berkuasa terhadap mereka melambangkan kelemahan regim ini sudah sampai kepenghujung jalan.

Inilah parti kedua dalam sejarah negara ini – parti Melayu yang akan hilang luput ditelan sejarah. Kita akan lihat, Insyaallah dengan kebesaran Allah swt. Sekian.

Allahu Akbar!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com