Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


“Ummi Nasuha” BUKAN ORANG BARU DALAM PERJUANGAN REFORMASI.

Mungkin kita jarangkali mendengar nama nick “Ummi Nasuha” di laman-laman reformasi biasa. Tetapi saya pernah berinteraksi (menggunakan nick yang berlainan) bersama-sama beliau di Laman Reformasi “WebAntu” satu masa dulu (makluman: Webmaster Asst. ‘WebAntu” pada penilaian saya antara ilmuan IT paling tinggi tahap kepakarannya).

Bagi saya “Ummi Nasuha” tidak asing lagi dengan nama penulis wanita yang serasi dalam minda kita – seperti adik Dahlia dan Tun Teja.

Sebagai seorang yang berkeluarga dan telah dikurniakan cahaya mata, mungkin adik “Ummi Nasuha” tiak mempunyai masa yang terluang banyak. Tetapi, sebagai seorang yang pernah menjejak tulisan beliau sejak WebAntu dilancarkan, nampak kepada saya beliau (seorang yang berpendidikan tinggi) adalah jelas berjiwa kental, berpandangan jelas melalui titipan penanya yang memang mencabar!! Beliau tahu menggunakan masa yang terluang dan memanfaatkannya untuk kita bersama.

Pertama kali saya membaca tulisan beliau di laman reformasi (diluar WebAntu) ialah LamanWeb Minda Rakyat. Pendek saja tulisan beliau. Namun apa yang beliau dijelaskan memberi makna yang besar.

“Ummi” menulis seperkara yang jarangkali kita anggap sebagai penting iaitu peranan “Sticker Pada kereta”. Kita jarang memikirkan impak yang memungkinkan peranan “sticker” sebagai satu kaedah perjuangan yang dapat diwar-warkan melalui cara paling simple dan tepat.

Dimana-mana pun kita nampak kenderaan seperti bus-bus, lori dan taksi (termasuk kereta persendirian) menggunakan “Sticker untuk memberitahu pelbagai pihak mengenai sesuatu perkara. Seseoang melekatkan sticker bertulis “University of Syracuse” memberi pengertian bahawa beliau lepasan IPT luar negeri. Bermakna beliau pernah terdedahan diluar negara dan berpendidikan pula.

Jika kita melihat sticker berbunyi “Bahai is a way of life”, mungkin kita akan menjangka, Mahathir pun kawan se mazhab dengan pemandu kereta itu!!

Dipendekkan, sticker bertujuan untuk dijadikan sebagai daya dan tarikan untuk memberi orang ramai pengertian dan pemahaman mengenai sesuatu perkara yang disogokkan itu. Pentafsirannya mungkin lebih luas, lebih bermakna dan terbuka. Tafsirannya tidak ‘restricted’.

Dalam “window” di komputer kita pun, pasti kita diberi tanda-tanda sebagai maklumat – samada “bakul sampah”, “brief case”, tanda ‘delete’ menggunakan tanda ‘pangkah’, dll. Lambang-lambang itu memberi kita tafsiran semulajadi, selari dengan ‘intelligence’ kita. Kalau gambar muka Mahathir tersiar, akan kita masukkan kedalam bakul sampah saja!! Daripada komputer menanggung “sial”nya lebih baik ‘dibakulsampahkan’ saja!! Padan muka dia!!

Malah, (sekadar bergurau cuma) jika anda pergi ke hotel-hotel mewah pasti anda tidak akan tersalah masuk ruang tandas “wanita”, walaupun tidak ditulis panjang-panjang memberitahu “Ini bukan bilik tandas untuk lelaki, jangan masuk nanti kena pelempang sang suami”, dll. Seorang pondan seperti “Hisham Aw-aw” pun tahu, masakan anda seorang reformis tidak pula!!….. Heheheh….!!

Seriously speaking, jika membaca rumusan seorang karyawan pengiklanan Barat mengenai “the impact of brief advertising”; kita baru tahu sejauhmana sesuatu barangan dan idea yang dislogankan dalam bentuk “sticker” mampu meraih ‘consumers’ dan memberi makna kepada mereka. “Sticker dan solgan” sama kemampuan dengan sebuah rencana yang ditulis lengkap huraiannya.

Pengalaman saya: disemua kereta saya, saya lekatkan logo komponen BA selebar “2 inci” di sudut cermin hadapan dan belakang. Nak jadi cerita, satu hari, seorang tua menahan kereta saya sedang dalam perjalanan untuk menumpang kesatu destinasi. Setelah kami meneruskan perjalanan, saya tanya kenapa tahan saya dan tidak puluhan kereta yang lalu lalang sebelumnya.

Jawapan beliau memeranjatkan saya, katanya, “Bapak lebih percaya kereta yang ada lambang macam anak ini. Lambang reformasi. Orang UMNO pembohong banyak kelentong. Penyokong Anwar amanah. Mahathir rasuah…..”. Dan berjela-jela kami bercerita mengenai konsep dan ideologi Reformasi.

Paling tak disangka, satu hari saya dapat tahu bahawa beliau adalah salah seorang Ketua Cawangan UMNO yang menyerahkan segumpal borang ahli-ahli UMNO yang berpaling tadah menyebelahi BA (partinya adalah rahsia). Bila saya bersalaman dengan beliau, ditepuknya bahu saya sambil berkata kepada bekas ahli-ahli UMNO (yang memasuki BA) itu, “Kalau saya tak tumpang kereta Encik ini, saya masih lagi hamba Mahathir”, katanya.

Terperanjat saja bagaimana perkenalan kami yang bermula cuma dengan sebuah lambang yang terlekat di cermin kereta saya. Kerana lambang itulah, perkenalan kami berpanjangan hingga mengenal hati-nurani kami. Ini membuktikan bahawa saranan “Ummi” memang memberi satu pengertian dan ‘relevance’ yang harus diangkat tinggi.

Kita cuba pertimbangkan (dari aspek legal) jika tampal logo ‘kartun’ mengenai kenyataan mahkamah Datuk Shafie Yahya, atau keengganan seseorang yang tak mau diheret ke mahkamah. Mungkin ia akan memberi 1000 makna.

Nilailah sekarang! Hanya sebuah lambang “2 inci” yang dilekatkan di kereta saya, ia mampu memberi ‘familiarization’ terhadap wadah betapa ‘demokratik’nya sebuah parti gabungan yang baru berusia setahun jagung. Dengan itu saya sangat bersetuju dan memandang tinggi saranan “Ummi” itu.

“Ummi Nasuha” sebagai seorang reformis, tidak boleh kita permudahkan pandangan beliau, kununnya ia seorang wanita. Dalam melaksanakan fungsi untuk memberi sumbangan ke arah meningkatkan agenda Reformasi – khusunya untuk menawan teraju negara dalam tahun 2003/4, sekecil-kecil sumbangan memberi makna. Kita pasti ingat, “Tangan yang mengayun buaian itu mampu mengoncang merbah dunia!!”

Dan, “Ummi Nasuha” adalah seorang lagi “Joan Of Arc” seiringan dengan adik Dahlia dan Tun Teja. Kita harus berbangga!! Tentu “Ummi” masih ingat “S’seng Bando”!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com