Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


TIDAK LEBIH DARI NILAI SECEBIS KERTAS TISU DI TANDAS, CUMA!

“Drama Sauk” yang bertukar nama kepada “Sandiwara UMNO” mendapat sambutan hangat dari para pengkritik seni yang bijaksana. Sebagai seorang Pengarang vetren merangkap Pengarah dan Penerbit, Dr. Mahathir sanggup mengeluarkan perbelanjaan begitu banyak dengan hajat besar untuk merebut “Oscar Award” mellinium terkini.

Malang, seribu kali malang! Kerana hentaman dari “peluru pandu” para pengkritik yang prihatin; persembahan drama itu membuatkan penontot kurang yakin. Yang dipertikaikan ialah dialog yang saling bercanggahan antara para pelakun yang ditunjuk khusus oleh Pengarah ‘agung’nya. Keadaan itu menyebabkan penonton ketawa besar walaupun dialog pelakun tadi adalah serius.

Kerana itu, Dr. Mahathir selaku Pengarang vetren merangkap Pengarah dan Penerbit naik berang – hampir-hampir menumbuk dinding Mahligai di Putera Jaya!! Hajat hati hendak menggondol ‘Oscar’ ternyata tidak kesampaian. Sebaliknya orang berkata, “Ini satu lagi Opera Bangang!!”

“GAGAL! GAGAL! GAGAL lagiiiii…..!!” bentak beliau hingga bergoncang tiang seri Mahligai kencana di Putera Jaya. Para pelakun yang dimarahi “terkencing” dalam celana – kecut-takut kalau-kalau karya mereka akan berakhir. Maka diambillah keputusan supaya dinamakan saja drama itu sebagai “Opera Dr. Mahathir”. Supaya nampak lebih hebat, maka diseretlah sebuah parti Pembangkang guna untuk menambah Opera itu nampak lebih sensasi!!

Wuuuiiihhh….sensasi!! Dr. Mahathir dengan gaya selamba tampil dikaca TV (semua saluran) mempromosikan agenda kedua itu. Beliau yang pakar bikin ‘kelakar’ dalam sebuah pementasan bejudul “Senyum Dalam Tangisan” di PWTC dihadapan 2000 penuntut sedikit masa dulu, kembali membicarakan ‘link’ antara Pembangkang dengan “Opera” terbaru beliau yang ini.

Fuhhhh…!! Punya hebat!! Di lantiklah bekas orang surat kabar yang kini bergelar ‘cendekiawan’ bergelar “Profesor Kangkung” bergabung tenaga dengan penjilat-penjilat ternama dari kumpulan Utusan Meloya supaya membawa isu-isu yang siap digubah sebelum ditampilkan untuk sajian selepas makan malam jam 9.oo.

Berbicaralah Dr. Mahathir mengalahkan Steven Spielsberg ditemuramah mengenai “Jurassic Park” yang menampilknan adegan dinasours makan orang dalam hutan zaman batu!! Hehehehe…pandai!! Memang pandai mereka ini bikin komidi. Yeeeahhhh..!! Hebat sakan!!

Tetapi, pengkritik yang sensitif diluar sini sepakat mengatakan agenda promosi Dr. Mahathir kurang berkesan kerana cerita “Memali” sebelumnya lebih hebat dari yang terkini!!

Waktu itu, “Memali” cuma diarah oleh Assistant Director saja, sementara Pengarah sebenar melawat China guna berselindung dicelah ketiak Mao Tse Tung sambil berpeluk-pelukan dan diraikan dengan “Chop Sui”, “Peking Duck” dan “Sharks Fin”.

Drama Memali memakan korban 13 nyawa berbanding Opera Sauk cuma 3 saja. Tapi hakikatnya, nyawa sudah dikorbankan untuk merialisasikan agenda Mega puak-puak yang tidak langsung memikirkan bahawa nyawa rakyat ada harga. Bagi mereka, kepentingan diri melebihi nyawa rakyat!!

Bagi mereka, kuasa dan kekayaan yang dikaut secara rasuah perlu dilanjutkan kerana drama-drama seumpama itu saja boleh menentukan survival ‘hidup-mati’ mereka !! Mereka takut diseret ke mahkamah, apathlagi dipurukkan di penjara!

Dr. Mahathir sebagai Pengarang merangkap Pengarah dan Penerbit bertanggungjawab untuk meneruskan kejagoan beliau sebagai doyan disemua pementasan UMNO/BN. Jika perkongsian UMNO-BN dilumpuhkan oleh rakyat, sisa-sisa hidup mereka akan dihabiskan dalam penjara sampai mati!! Dengan itu, masing-masing perlu prihatian berganda-ganda supaya “Opera Mahathir” diulas panjang-panjang supaya menampakkan realistiknya.

Walaupun drama itu sudah lama tamat dan rata-rata penonton memberi penilaian ia “GAGAL” mendapat “Box office”, apatahlagi untuk dianugerah “OSCAR”; namum Dr. Mahathir masih berdegil mewar-warkan melalui media perdana supaya para pengulas upahan menulis panjang-panjang guna menunjukkan bahawa ia adalah ‘real’ dan ‘realistik’.

Terdengar baru-baru ini regim pementasan berkata kununnya satu “Kertas Putih” akan dikeluarkan sebagai rujukan untuk rakyat semua. Dan seorang ‘dauh bangang ketetel’ bernama Rais Yatim menyarankan siapa tidak percaya dengan kebenaran drama itu akan ditangkap dan diheret ke penjara dibawah Akta ‘draconian’ ISA!!

Wah! Wah!! Nampaknya sudah lain macam nih! Kalau tak menonton pun – setakat tak percaya pun kena penjara, bagaimana mau hidup sejahtera dibawa regim begini?

Rakyat sudah makin resah!! Baru mereka sedar apa yang dimaksudkan dengan “Perampokan Hak Asasi Manusia dan Penafian Kebebasan Bersuara”!! Ia memberi makna bahawa dalam regim Diktator kalian dipaksa dan diugut supaya “akur, tunduk, mengangguk, menjilat, bersetuju saja, dilarang membantah, dinafikan hak membuat pemilihan dan penentuan sendiri atas perkara-perkara yang hak dan diyakini”!!

Contoh yang terdekat, jika anda anak dara sunti anda dirogol hingga melahirkan anak diluar nikah oleh seorang pelakun utama puak UMNO “Baru(a)” tajaan Mahathir, anda paksa menerima saja tanpa diberi hak mempertahankan maruah anak dara sunti kesayanagan anda, maruah diri sendiri dan keluarga!!

Sambil itu, anda harus hidup sepanjang hayat dengan tekanan perasaan dimalukan oleh jiran tetangga. Sementara isteri anda akan terus bengkak mata mengalirkan airmata, menangisi nasib anak dara sunti anda terhoyong hayang mengendong bayi didalam perut yang kian membuncit – semata-mata kerana regim pemerentah yang memaksa anda menyokong dan memperakukan “penSEKULARan” agama anda yang satu masa dulu dipandang tinggi!!

Begitu juga, jika anak-anak lelaki anda sudah pandai minum arak dan berjudi, berpeleseran dengan wanita-wanita separa-bogel serti “Ning”, berdansa di rantaian Kelab-kelab “The Ship” tanpa kenal sejadah dan waktu Maghrib, tidak tahu membaca Al-Fatihah sewaktu anda nazak – sebaliknya memainkan sebuah pita rakaman Surah Yassin sebagai gantiannya (kerana beliau tidak tahu membacanya); baru anda tahu makna “pensekularan” Islam sebagai Allah swt!!

Jika diakhir hayat baru timbul penyesalan begitu, sedangkan generasi anak-anak anda sudah tidak kenal bangsa, ugama dan bermasyarkat dan nilai-nilai kejiranan; masa itu segala-galanya sudah terlambat! Anda akan menghadapi hari mati dengan penuh ketakutan mengingatkan betapa besar dosa anda sebagai umat Tuhan yang telah disesatkan oleh sebuah parti politik yang membentuk regim KEPARAT yang SESAT lagi MENYESATKAN!

Yahhhhh…!! Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Dalam saat-saat menunggu kematian itu baru tersedar bahawa regim yang anda sokong selama ini menyebabkan anda diseret ke Neraka Jahanam; mungkin keampunan yang anda pohon dari Allah swt. kurang sempurna untuk dimakbulkanNya.

Waima anda seorang kayaraya kerana menjadi perkakas puak “taghut” ini, anda harus ingat bahawa kesilapan anda jauh lebih besar dari yang anda sangka. Anda adalah penyokong sebuah regim yang bersahabat karib dengan Yahudi yang menjadi “Dajjal” akhir zaman ini.

Inilah kesan dan akibah kerana anda tidak mengerti apa yang dimaksudkan dan tidak mempedulikan “Hak Asasi” anda disepanjang hayat dalam detik-detik anda masih bernyawa untuk ‘mereformasi’ seluruh sistem kehidupan yang sudah tercemar!!

Pada waktu itu baru anda sedar nilai usaha pejuang “Reformasi”! Rupa-rupanya ia bermaksud suatu islah berupa tindakan melakukan pembaruan dan perubahan dari keadaan yang sedia ada kepada yang lagi baik untuk kesejahteraan manusia dunia dan akhirat!! Reformasi makin diperlukan kerana UMNO Baru(a) dibawah kepimpinann Mahathir sudah makin terhindar jauh dari “Kebenaran” sejagat – hingga menyeret umat ke jalan sesat lagi menyesatkan!!

Tetapi disaat-saat maut merentap nyawa dari merih anda, dan bayangan roh anda sedang dikerah terjun ke dalam api Neraka yang sedang mengombah-ombah sambil anda melaung menjerit liar….. uiiiihhh.. pasti anda menyesal dan ingin disambung nyawa untuk balik ke dunia. Beribadat kununnya!!

Masa itu, pemimpin teragung UMNO bergelar “Wira Dunia Ke-3” yang menyelewengkan aqidah anda tidak mungkin berbuat apa-apa. Beliaupun sedang dirantai dan dibakar hangus seribu tahun; kerana titel beliau sudah dipinda Tuhan sebagai “Pengkhianat Tanahair, perosak Bangsa dan penyeleweng Agama Allah swt”. Kerana anda adalah pengikut beliau yang amat setia, kerana memikirkan kekayaan dunia; maka bersekalilah anda dengan mereka yang sekongkol dengan suku-sakat dan Kroni-proksinya!!

Waktu itu “Kertas Putih” yang anda baca dan dipaksa percaya itu akan menjadi “kain kafan” menyelimuti anda ke liang lahad. Hematnya, “Kertas Putih tisu tandas” lebih berharga dari selembar “Kertas Putih” pembohongan yang menyesat aqidah anda yang diwartakan.

Kerana “Kertas Putih” itulah, kini anda terpesong menyebelahi puak “Taghut” yang berkuasa menyesatkan minda anda hingga menyebabkan mata anda buta untuk melihat cahaya “MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENUMBANGKAN KEZALIMAN”!!

Apa boleh buat, semasa hidup di dunia, anda terlalu bebal untuk membedakan antara “pembohongan” dengan “Kebenaran”. Tanggung sajalah siksa yang menunggu anda di akhirat kerana semasa hidup anda lupa dan tidak menggunakan fikiran untuk membezakan antara “Mahathirisma” dengan “Islam” sebenar!!

Dr. Mahathir ketawa besar kerana anda berjaya disesatkan melalui siri “Pembohongan Mega”nya!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com