Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


“REFORMASI” – SUATU PROSES MENUMBANGKAN KEZALIMAN DAN MENEGAKKAN KEADILAN!

Untuk menjawab pertanyaan beberapa orang rakan yang menulis kepada saya bertanya sesuatu yang sukar saya jawab seorang demi seorang, beginilah jawapan saya…..

Amin Sapiro mendapat ilham dari pengalaman dari orang biasa dalam dirinya. S’seng Bando seorang ‘escapist’ yg suka bergurau, kerana merasa terlalu tertekan oleh ledakan permasalahan yg mengancam persekitarannnya. Dan ‘Orang Biasa’ itulah antara ribuan orang lain yg turut terhoyok-hoyok sama-sama memikul beban dan tanggungjawab seorang anggota masyarkat yang cintakan kedamaian dunia yang didiaminya.

Amin Sapiro dan S’seng Bando adalah jiwa dan peribadi sebenar si “Orang Biasa” itu. Falsafah hidup 3 orang ini adalah sama – kempunan tekaknya dan melonjak keinginannnya melihat “Keadilan ditegakkan dan Kezaliman di tumbangkan”.

Dunia ini sudah jadi terlalu zalim dibuatkan oleh penghuninya. ‘Pemimpin’ tidak mahu menerima perkataan “terima kasih” sebaliknya mahu “disyukuri” pula. Padahal “syukur” itu hak Allah swt.

Makin banyak dilihat sekarang para Pemimpin tidak lagi bersih dan amanah. Walaupun dua perkataan (terima kasih dan syukur) itu bermaksud sama, tetapi penilaian semantiknya adalah terlalu jauh berbeda.

Begitu juga dengan perkataan “keadilan dan kezaliman”. Makin hari makin nampak bahawa manusia menganggap ‘kezaliman’ itu adalah suatu budaya. Kerana itu “keadilan” hilang dari amalan harian manusia . Mereka melupakan bahawa keadilan sebenar ada tersimpul dalam Al-Quran Allah swt. dan kumpulan hadis-hadis Qudsi Sunnah Muhammad saw. Tapi bila ia ditunggang-terbalikkan oleh puak-puak ‘taghut’ pengikut mahaFIRAUN; maka dunia ini hanya melihat ganjaran mengangkat si penzalim sebagai ketua yang mampu mengisi keperluan keinginan dan makna hidup bagi mereka.

Kecelaruan itulah yang menyebabkan MahaFIRAUN diangkat dan dijulang oleh sebahagian besar manusia yang sudah hilang pegangan terhadap “kebenaran” yang diserukan Allah swt. dan para Rasul-rasulnya.

Makin nampak sekarang, yang menjulang Mahathir mungkin seorang ulamak yang tinggi bacaan ilmu ugamanya. Malangnya, mereka yang bertaraf seorang “ulamak” cuma setakat pandangan mata kasar. Tetapi bila dinilai perjuangan mereka menegakkan syiar dan kebesaran Allah swt., nampak mereka terkial-kial untuk mencari “kebenaran dan keadilan” sebenar. Kehebatan dunia masih menjadi prioriti hingga mereka tercari-cari justifikasi untuk “menghalalkan yang haram”. Maka diperakukanlah “kezaliman” sebagai “keadilan”.

Ulamak jenis itulah yang disinonimkan rakyat banyak sebagai “Ulamak UMNO”. Mata mereka sudah buta dan hati mereka sudah ‘hitam’. Mereka sanggup membantu seorang perompak supaya terus berkuasa sebagai seorang Diktator.

Berkata seorang sahabat saya – ‘Haji Musa’, katanya “Sesungguhnya ulamak seperti itu sudah diberi tahu oleh Muhammad saw. akan timbul di akhir zaman. Mungkin mereka itulah “dajjal” yang bermata satu sebenar. Mata yang melihat “keadilan ditegakkan dan kezaliman ditumbang” sudah tidak ada. Dan mereka akan mengatakan kepada pengikutnya bahawa orang yang bermata dua adalah manusia ganjil dan harus dihapuskan….”.

Bermakna, sebagai proses permulaan, mereka yang bermata dua akan dilumpuhkan dengan pelbagai ikhtiar. Seluruh sistem pemikiran dan kehidupan akan dibentuk supaya mentakrifkan bahawa “Keazaliman” itu adalah “Keadilan”. Kerana itu mereka akan dapat ramai kawan-kawan untuk sama-sama masuk ke Neraka Jahanam. Mereka akan reput di sana hingga mencukupkan azab yang harus dilalui mereka, atas hukuman Tuhan rabbul alamin.

Siapakah pengikut mereka? Padanglah keliling – mereka terdiri dari orang-orang yang mendapat nikmat dunia yang berlebihan melalui rompakdan dan penipuan. Dan juga mereka yang diamanahkan kuasa dan melaksanakannya tanpa menjadi peringatan Allah swt. sebagai panduan mereka.

Maka nampaklah kepada kita, mereka yang seharusnya melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan awam tidak lagi berfungsi memepertahan hak asasi rakyat (yang wajib menajdi keutamaan mereka). Para Hakim dan orang yg bertanggungjawab menegakkan keadilan undang-undang berobah sikap; cuma memikirkan kepentingan diri mereka saja. Kakitangan awam yang seharusnya bertanggungjawab menyelesaikan permasalahan rakyat, sebaliknya akan berleka-leka dengan keseronokan.

Mengapa begitu? Kerana “KEADILAN sudah tumbang dan KEZALIOMAN pula yang ditegakkan”. Tuduhan ke atas Anwar sudah dibicarakan. Hukuman pun sudah dijatuhkan. But, “HAD JUSTICE BEEN DONE?”

Rakyat yang lemah adalah bertanggungjawab mereformasi minda untuk mengembalikan sinar ‘kebenaran’ yang makin pudar.

“REFORMASI” bermaksud suatu islah berupa tindakan melakukan pembaharuan – merubahan dari keadaan yang sedia ada yang mencengkam kepada yang lebih baik demi kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat!! Reformasi makin diperlukan kerana UMNO Baru(a) dibawah kepimpinann Mahathir sudah makin terhindar jauh dari “Kebenaran” sejagat – hingga menyeret umat ke jalan sesat lagi menyesatkan!!

Mungkin ia dapat dibayangkan dan berlaku diperingkat minda sahaja. Tetapi realitinya, ia adalah mencakup seluruh kehidupan, peradaban manusia yang makin nampak kehilangan tamaddun dan rasional. Reformasi perlu diwujudkan supaya kita kembali semula ke zaman umat manusia menghormati menghayati unsur-unsur keimanan, keterampilan undang-undang dan perauturan, bagi mengelakkan kemungkaran berleluasa.

Tidakkah kita berbeza dari haiwan? Mungkin haiwan lebih mudah mengadaptasi perkelilingan dari manusia yang dikhayalkan cuma oleh nafsu, kebendaan, pangkat-darjat dan khayalan!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com