Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


“SANDIWARA” BUKAN “BANGSAWAN” – JANGAN MAINKAN SEMBARANGAN!!

Dalam zaman teknologi serba canggih ini, kita tidak dapat lagi menonton lakunan Bangsawan – satu ketika dulunya, adalah sumber hibuan rakyat marhain paling termasyur seantero Nusantara. Di zaman abang-abang saya masih budak-budak, kabarnya masing-masing akan gegak gempita mempromosikan kumpulan bangswan yang datang ke kampung.

Abang saya yang kini sudah arwah menceritakan bagaimana beliau berbasikal keliling desa membawa kertas alas ‘meja macuk’ warna putih yang dijadikan sepanduk, dan menggantung di setiap kepala simpang. Bila pulang orang menoreh getah, akan terhenti sebentar membaca cerita apa akan dipentyaskan untuk malam itu.

Saya tidak tahu. Itu zaman dulu. Kabarnya kalau primadonanya seperti Hasnah Ali yang berlakun sebagai Tun Teja, Tun Fatimah atau Siti Zubaidah….wowwwww… koleksi malam itu melebihi derma PAS di Taman Melewar!! KABARnya aja..! Saya tidak tahu! Lahir pun belummm….hahaha!!

Saya pernah membuat perbandingan, (menurut empunya cerita) walaupun tiket ‘front row’ cuma 50 sen dan koleksi semua cuma $250 ringgit – namun tuan punya panggung boleh pakai Austin Seven, jenis kereta tercanggih zaman itu – hujung tahun 40-an awal 50-an.

Kalau pelakun-pelakun terkenal seperti allahyarham AR Tompel (sudah arwah) dan Raja Hamidah (tak pasti), Yahya Sulung dan isteri beliau (masih hidup) bisa mampir; hampir satu kampung akan keluar berduyun-duyun selepas Maghrib. Begitu hebatnya mereka.

Berbanding sekarang, walaupun Ning Baizura dengan rambut yang dicelup kuning langsat dan disisir seperti duri kulit durian bercerancaman – kununnya cukup megah diwawancara hingga sanggup menceritakan “lubang pusat”nya letak dimana (dengan maaf); namun minat orang desa terhadap beliau masih belum dapat menandingi primadona bangsawan lama!

Bukan tujuan saya mahu mencerca sesiapa, tetapi semata-mata ingin sekali menarik perhatian para netters bahawa bangsawan adalah ulangan dari sandiwara kehidupan manusia untuk survival.

Terfikir juga saya, jika Najib cuba melakunkan semula sejarah peristiwa Sauk, mengapa ia cuma dilakukan di Kuala Lumpur dan ditayangkan sebagai selingan di TV3? Tidakkah lebih logik jika di kerah Brig Gen Zaini Said supaya mengarah platun pelakun vetren terkemuka yang masih hidup… keluarkan Amin Ghazali dan comradenya dari penjara dan kongsi-kongsi dengan Pemuda UMNO – Nah! berBANGSAWANlah kalian keliling Malaysia.

Dicadangkan, jangan suruh penonton membayar apa-apa. Percuma! Melalui pengulangan berkali-kali, bolehlah diharap orang percaya bahawa peristiwa Sauk dan “Drama Bkt Jenalek” adalah kejadian benar. Tak payah ugut dengan ISA atau tuduh siapa yang tat percaya sebagai “GILA”. Apa tidaknya, semakin dipaksa orang percaya semakin itu orang yakin ia cuma satu sandiwara.

Tolong fikir sikit, masakan 20 juta rakyat harus dipenjarakan dengan kekuatan draconian law ISA; atau yang 20 juta itu gila semua!! Mana bisa, sih! Paling tidak rasional, kan?

Perlu diingat…hehehe…. “Practice makes perfect..!!” Mungkin akan timbul semula “Bangsawan Di Udara….” disebarkan melalui TV3.

Begitu juga “demo haram” Pemuda UMNO di Putera Jaya dan Chinese Assembly Hal!! Elok budak Aziz Fadil itu belajar sikit dari para Reformis yang sudah ‘seasoned’ dengan ketertiban berdemo. Jangan cuba berdemo atas isu perkauman. Paling bodoh sekali bila demo seperti itu semata mencukupkan agenda pemimpin yang ketandusan modal politik.

Bila budak Md Khir Toyo itu mengeluarkan kenyataan “mandi darah” sebagai mukaddimah memula jawatan; orang akan melihat beliau seolah-olah negeri Selangor mendapat MB baru seorang pemuda yang “kurang siuman”.

Kita perlu mengingatkan pihak-pihak yang berkepentingan (tapi ketandusan modal politik), janganlah kalian tiupkan api perkauman; kerana Barisan Alternatif bergitu susah payah menyemarakkan “semangat perpaduan dan saling bekerjasama antara kaum” – suatu perbedaan yang ketara yang dicetuskan dalam semangat REFORMASI saranan Datuk Seri Anwar!!

Rakyat mau tanya satu soalan: masih nak bersandiwara lagikah anda wahai Dr. Mahathir – hehehe…”Wira Dunia ke-3”..!!?? Sebelum lebih banyak anda mengacarakan episod-episod lain, ingat satu saja iaitu sebenarnya rakyat sudah muak dengan pertelingkahan. Terlalu banyak drama yang telah dimainkan oleh puak UMNO dan BN. Jangan brutal sangat…OK?

Baik jangan!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com