Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


JEPUN KATA: RAKYAT MALAYSIA “ERECTION” LIMA TAHUN SEKALI –

“Kawan lamo” saya Hj. Mohammad Nor (Pak Aji) – semasa kami berkhemah di Laman Perdana FKM2” yang dikendalikan sdr. WebAntu; adalah antara sahabat kami yang bercakap berlandaskan Al-Quran dan Hadis saja-saja. Berbeda sikit dengan kawan kami lagi satu sdr. Kubang Pasu. Beliau ini adalah penulis paling serius antara kami.

Tanya Ummi Nasuha, tahulah macamana gembirannya kami sekelompok bercanda bagai “boy scout and girl guide” sedang lompat-lompat main “camp-fire”. Masing-masing dengan gelagat dan acara yang menjadikan satu laman WebAntu cepat leyap masuk arkib…!!

Hari ini saya terbaca komen “Kawan lamo” saya Hj. Mohammad Nor sebagai thread jawapan. Beliau mempersoalkan seperkara yang kadangkala kita lupa dari ingatan. Memang betul kata beliau, Mahathir tak akan peduli walau ISNA, Professor dari Cambridge atau ‘Nobel Prize Winner” boikot beliau. Kalau Jepun boikot, baru Mahathir ‘menggeloh tergaruk-garuk’. Hehehe…!! Caya la lu..!!

Tapi ada lagi satu orang yang Mahathir takut dalam politik ni. Orang itu ialah Hj. Subky Latif – pemimpin PAS yang nayris-nyaris menyebabkan Mahathir “tumbang antan”.

Seperti Mohamad Sabu yang sanggup ke tepi pantai Kuala Kedah menunggu nelayan pulang untuk berceramah, Pak Subky ini sanggup meredah bendang – relung demi relung, menemui si Pak Mat dan Mak Yam sambil bertanya khabar.

Berbanding Dr. Mahathir yang cuma bercakap melalui televisyen RTM dan TV3, pakai bush-jacket atau coat bertali leher – kebanyakan orang bendang dah muak dengan karenah Wakil Rakyat UMNO macam Mahathir – cuma berkempen bila eleksyen dah dekat tiba saja.

Kepada Tuan Hj. Mohammad Nor, saya ucapkan terima kasih kerana mengingatkan saya. Sebenarnya orang Jepun pun dah lama sedar, sesungguhnya Mahathir dah tak masuk “buku shampoa” mereka. Malangnya surat kabar Amno dan TV M’sia tak habis-habis nak bohongkan rakyat. Kunun negeri kita dah kembali kaya semula. Mungkin surat khabar Amno pun ada agenda “udang disebalik batu” juga.

Tapi kalau bercakap dengan korporat Jepun, mereka semua kata…..”Korah..korah… itu Mahadey-san… nomor satu Bagero punya orang nooooo~~~~!!”

Tu sebab spare-parts Proton Saga banyak “Made in Taiwan” dan impot dari Siam. EON bohong kata, ini spare-parts orginal punya.. Pakai 3 bulan dah jahanam, nama Jepun busuk. Langsung CEO bungkus cabut pulang setelah bertekak dengan Rafidah!!

“Look East Policy” pun dah tinggal cerita ‘lamo’ saja. Jepun ajar budak-budak kita setakat “cuci plug” aja.

Yang teruk lagi, Jepun tak nak bagi duit Mahathir nak pijam. Macamana si penyangak tua ni nak bayar, sebab semua duit Mahathir pakai nak beli spare-parts Global Express, membuat renovation dan membetulkan atap Mahligai Putra Jaya yang dah mula bocor di landa taufan BA & KeADILan.

Kita tunggulah Pak Aji yaaaa… selepas tahun 2003/4, kita cakap kat orang Jepun, “Sekarang itu Bagero-san kita orang Malaysia sudah kasi ‘bye-bye’ dan di ‘Sayonara’kan terpuruk dalam penjara Sg. Buloh. Ini keputusan rakyat punya ‘erecton’ (election…hahaha..!!), kan? Kan? Kan?”.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com