Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


SHAHRIZAT: CUBA MENGUKUHKAN LANDASAN PERJUANGAN WANITA (UMNO?).. …ALAHAI…..MAK TUAN..!!

Pagi-pagi Jumaat ini, setelah kita solat Sujud Sejadah, mungkin kita pulang ke rumah dengan dada yang lapang dan rohani penuh itiqamah. Seperti biasa kita akan keluar semula, bertebaran mencari rezki yang diredhai Allah swt.

Di dada akhbar “Utusan Amno” pagi ini kita terpesona dengan paparan wajah ‘tersengeh’ dengan rambut terjueh muka ‘budak betina’ bergincu tebal. Sekali pandang saling tak tumpah macam Ning Baizura…Hahaha..! (mengumpat sikit).

Itulah dia muka primadona WANITA UMNO: Shahrizat Abdul Jalil yang bercakap tentang “MENGUKUHKAN LANDASAN PERJUANGAN WANITA”.

Sebagai Timbalan Menteri pilihan Mahathir, memang patut beliau menyeru Wanita UMNO untuk “mengukuhkan landasan perjuangan wanita” – kalau boleh biarlah “luar – dalam”. BAGUS! BAGUS!..Hahaha….!!

Shahrizat dilaporkan sebagai berkata, ''Fungsi tradisi mereka (wanita) mengasuh anak-anak dan masyarakat tentang nilai-nilai murni – tidak boleh diabaikan”. Beliau percaya wanita tidak menginginkan lain-lain kebahagiaan selain kesejahteraan keluarga, bangsa dan negaranya, katanya. Utusan promos sikit lafi, kata pulak …”penuh harap”..!

Disini, terpinga-pinga kita sebentar dan bertanya, apakah benar Wanita UMNO beriltizam bagai dikata? Sepanjang yang kita tahu teringat di kepala kita bagaimana Dr. Mahathir melakunkan “liwat” dihadapan Wanita UMNO – isteri orang dan ibu kepada anak-anak!! Perlu sangatkah Dr. Mahathir bercakap sebegitu bebas dengan menunjukkan secara jelas dengan “henjut punggung dan permainan jari” seperti Adnan Yakob di Sanggang?

Yang pelik kepada Wanita Barisan Alternatif, Wanita UMNO memandang dengan penuh minat! Seolah Dr. Mahathir sedang memberi ‘tuition dan turtorial khas” mengenai “liwat”..!! Sebab apa gerangan Wanita UMNO (vis a vis Shahrizat) tidak mengkritik ‘godfather’nya berlagak sebagai ‘mahaguru MAKSIAT’?

Surat khabar UMNO menerangkan, khabarnya Shahrizat ada strategi-strategi yang terkandung dalam Pelan Tindakan Pembangunan Wanita. Kununnya ia bertujuan membantu kerajaan mengadakan dasar-dasar, peraturan-peraturan dan undang-undang yang lebih “mesra wanita”.

Kita merasa bangga juga. Tetapi perkataan “mesra wanita” itu harus diawasai dengan ketat. Sebab kerapkali …hehehe…para jejaka UMNO sering mengadaptasi perangai “tak senonoh” seperti apa yang pernah dilakukan oleh Rahim Tamby Chik, Abu Hasan Omar, Megat Joned, Md Isa Samad, Md Tyson, Shahidan Kassim dan puluhan “pria UMNO” yang “gian betina”. Seolah kaum wanita bagi mereka, setaraf dengan wanita “zaman jahiliyah”. Pepatah Melayu, “mana yang beringsang semua ditakrif sebagai IKAN..”!!

Wanita UMNO sendiri janganlah pulak jadi “agen penggalak” membangkitkan semangat “jejaka UMNO” yang mudah “naik MINYAK”. Banyak yang pulang dari Perhimpunan Perwakilan UMNO di PWTC, belum sampai 5 minit … hehehe…pinggan mangkuk dah “..prunggg..pranggg!!… prunggg..pranggg…!!” ke dinding!! Komplen yang biasa…”Kenapa handfon awak matikan?”

Kabarnya ada yang ke rumah Tok Kadzi meminta cerai. Maklum sajalah, setelah mendapat tauliah sebagai wanita berdarjat yang menggamatkan negara dengan skrip yang dibaca di rostrum persidangan – terbawa-bawalah “srikandi fesyen UMNO” hingga cuba nak bersyarah pula kepada suami yang duduk terjelepok di rumah menemankan anak-anak!!

Yang “jantan UMNO” pulak terhegeh-hegeh, terangau-angau betapa indahnya “Disko Dangdut” yang di jelajahi sementara di KL. Masih kempunan keempukan tubuh GRO dalam pelukan – sponsor taukeh-taukeh korporat Cina yang sekaligus melantik beliau sebagai proksi tender berjuta!!

Seharusnya, sebelum Shahrizat membetulkan wanita Melayu Islam amnya sebagai rakyat yang baik, elok sangat Shahrizat membetulakan keperibadian Wanita UMNO terlebih dahulu – khusunya mereka yang sekarang banyak terlibatkan dengan gangguan seks!!

Tak perlulah Shahrizat nak berangan-angan terlalu banyak hingga pening kepala untuk berfikir mengenalpasti ciri-ciri untuk diberi penekanan bagi wanita mengahdapi alaf baru yang mencabar.

Yakin sudah laaaa: Dalam Islam semuanya ada! Kesejahteraan wanita sudah sedia dikenal pasti berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Itulah yang menjadikan wanita Barisan Alternatif begitu dihormati rakyat, contohnya Datin Seri Wan Azizah – isteri bekas Timbalan Perdana Menteri yang dikhianat dan dipernjarakan Presiden UMNO yang paling tidak bermaruah!!

Sebagai permulaan, I tell you Shahrizat…”You tolonglah betulkan TUDUNG KEPALA you tu dulu...!!”. Bukan cun sangat you mengada-ngada macam “Mak Ketam. Kan kita “kawan lamo” masa dalam AMNO dulu, sape tak kenal Shahrizat ‘primadona UMNO unggulan”, kan?”

….Hehehe….”Unggulan” pulak… HAHAHA..(tentu ramai geng Amno yang sama ketawa dengan Amin Sapiro..!!).

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com