Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


“ZAMAN IT” YANG PENUH PANCAROBA….BERHEMAHLAH..!!

KITA harus berbangga dengan kemajuan teknologi yang makin mampu diraih dan dimanfaatkan oleh anak bangsa kita. Sebagai seorang yang buta IT seperti saya, memang berbangga sangat dengan kehebatan dan kemampuan anak-anak bangsa saya. Ikhlas saya ucapkan tahniah kepada mereka.

Dr. Mahathir harus berterima kasih kepada pakar-pakar IT – anak-anak Melayu yang telah berjaya memberi sokongan kepada Multi-media Koridor Raya yang menjadi impian beliau. Tengok sekarang, berpuluh LamanWeb dengan ‘state of the art’ teknoloji terkini yang diwujudkan oleh pencinta IT yang keratif. Siapakah mereka itu? Ahaiiiii… tak lain tak bukan anak bangsa kita – ‘Pro-Reformasi’..!!

Kita dapat membandingkan diantara Laman Pro-Reformasi dengan “Berita E-UMNO” yang tidak ada langsung “umphhhh..”nya. Dah lah LamanWeb UMNO itu isi dan write-upnya ‘tak senonoh’, malah beritanya tak ubah seperti disusun oleh orang-orang ‘cari makan’ senang saja.

Ramai diantara kita cuba membaca dan meninjau fikiran puak UMNO sebagai ‘mengalih-alih rasa’. Tapi belum sempat terbaca habis tiga tajuk, tekak kita dah mula meloya. Dara mengandung ‘sulung’ pun tak begitu sangat ‘pembawakan budak’ dalam kandungannya – kalau nak kata. Ini lain pulak, bila membaca kenyataan Menteri UMNO, bertambah sakit hati hingga menikam ke hulu hati. Tentulah reformis yang yang ada stemina penuh dada bersarah 1000 ide terus jawab…..Pedulik apa!!

Kita berbangga dengan keterampilan LamanWeb seperti Tranung Kite dan DETIK Online. Selain dari berita dan makalah dari rakyat yang diup-load dari masa ke semasa, ada pula ‘halwa telinga’. Tekan saja icon yang tersedia, wohhhh…alahai.. Datin Seri Wan Azizah, Mahfuz Omar, Ezam bergema suara mereka. Kalau nak dengar YAB TG Hadi Awang, silalah ke Tranung Kite..!! Tak sampai 5 saat berdengunglah ucapan Yang Amat Berhormat.

Acapkali kita ke HARAKAH Online, kita akan tengok sisipan “wayang” pula. Bukan wayang cerita “Sandiwara SAUK di Bkt Jenalek”, tapi “wayang” cerita benar mengenai Berita Semasa. Kalau kita rasa Berita TV3 sangat meloyakan, “Jom hang pi tengok Madey, tentu hang bulih dok ghasa bagaimana oghang mereformasikan minda rakyat…!!” Hehehe….!

Kita terpesona dengan keindahan struktur dan format sesetengah LamanWeb. Cantik tersusun penuh warna-warni, gemerlapan dengan awan larat. Mungkin soft-ware yang digunakan ada yang dicetak rompak, tapi kebanyakan mereka menggunakan yang original. Mana ada reformis kita mau pecah undang-undang hingga sanggup mendabik dada “bermandi darah”. Sebab depa tak mau – tak pasai-pasai masuk kandang jarang!! Hahaha….!!

Kita tengok LamanWeb seperti yang dimuatkan oleh WebAntu. Khabarnya, kalau SB Bkt Aman nak tinjau-tinjau spy masuk ke Laman beliau, pasti punya kena ‘trace’. WebAntu dah pasang siang-siang ‘jerangkap samar’ untuk mereka dari kelompok “SIAL”, kalau cuba nak cari pasal…hehehe.. takut terbakar processor anda yang dalam CPU..!! (nasihat jerr…).

Sebagai seorang enterpreneur yang beriltizamkan “pengorbanan”, sdr. WebAntu tidak pulak ‘lokek’ dengan ilmunya. Pernah beliau mengimbaskan kepada saya, jika ada yang memerlukan bantuan sila hubungi beliau. Cuma di alam Siber ini kita tak kenal muka-hidung sesiapa, beliau patut sangat ‘make sure for certain’, yang meminta tolong itu betul-betul kawan bukan lawan.

Malangnya ada pula yang pandai ‘Java Script’ (bukan Jawa Mantaram..hehehe) yang hantar gambar ke LamanWeb. Malangnya kerana jiwa mereka memang dah rosak, gambar LUCAH pulak yang diposkan. Mat Saleh ‘Tripod’ naik darah, mengapa orang mengaku Islam pula tidak bermarwah? Adakah sebanyak gambar dalam dunia, masakan budak “Firtaza” yang kununya terpelajar ..itu pula kegemarannya?

Pernah saya menerima aduan dari seorang srikandi yang merasa sedih amat sangat. E-mail box diisi oelh insan-insan yang tidak bertanggungjawab dengan kata-kata yang mencerminkan kesopanan budaya ketimuran. Hingga ada yang melamaui batas mengirim gambar-gambar yang wajar dipertontonkan. Apakah itu cara cara kita mengenali diri sebagai manusia berakhlak?

Begitulah keadaannya, kadangkala kalau sudah terlampau ‘boring’ budak-budak UMNO yang melayari Laman interaksi FGR, busuk sangat sopan santun dan budi bahasanya. Mungkin juga kerana dah kehabisan modal berdebat dengan Reformis tulin, maka diposkan pula CERITA lucah. Di ‘cut and paste’nya lah dari sumber yang bersepah-sepah. Kononnya, begitulah cara mereka nak meluah kemarahan mebantah!! Tidakkah mereka sedar bahawa pekerjaan mereka dibawah pengawasan Tuhan seru sekelian alam?

Diharap sangat supaya Zein Isma atau Mahathir sendiri tolong cegah anak-anak buahnya supaya jangan keterluan. Takkanlah begitu takrif “Melayu Baru” saranan UMNO. Masakan peragai kalian macam “Hantu Pemburu” – masuk rumah habis diselongkar ke dalam tong sampah. Merungut kami punya PW.. Cukup menyampah!! Hehehe….!

Reformis tak pernah kacau LamanWeb parti ternama seperti UMNO. Walaupun Lambang Keris UMNO tidak bersarung, reformis celik IT tak selitkan Lambang Baru yang dicadangkan dek Adnan Yakob. Kami sabar menunggu bila UMNO nak pinda Lambangnya. Kecuali kalau ada permintaan khas, sila hubungi PW kita yang sangat pemurah…Bagi saja passwordnya, pasti boleh diubah… Bukan nak minta upah. Kalau budak-budak UMNO….entahlahh…..!! Hehehe….!!

Saya teringat pesanan saudara kita Tok Misai. Berhemahlah anda di dunia, jika mau hidup anda di akhirat penuh nikmat. Berkata Benarlah anda, jangan lakukan Fitnah. Gunakanlah ilmu anda untuk berhujah, bukan untuk bikin 1000 karenah.

That same goes to Mahathir and his ‘jongos-jongos’nya. Kalau Laman pro-Reform dah ditakrifkan beliau sebagai “Laman Fitnah” apatah lagi media letronik dan media arus pedana dibawah usaha-selia anda? Tentu lebih lagi, kan?

Petang ini cuba tonton Berita Perdana TV3 atau baca media kertas Utusan Amno – ada perobahan apa-apa agaknya? Kurang percaya saya mereka akan semudah itu merubah budaya..!! Selagi lidah Presiden mereka masih bercabang, jangan nak harap ‘haiwan menjadi insan’..!! (saya akhiri dengan tidak ketawa)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com