Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


HANYA SEBUAH KHAYALAN YANG MENGERIKAN CUMA..!

HANYA SEBUAH KHAYALAN YANG MENGERIKAN CUMA..!
(warkah dari manusia kerdil untuk rakan-rakan seperjuangan)

Assalamualaikum WW.

TERSENTUH hati ini bila mengingat kembali sejarah silam…..!!

SETELAH hampir 450 tahun negara ini dijajah; sekian banyak darah mengalir dan nyawa yang digadaikan untuk memerdekakannya. Semua itu untuk menebus kembali tanah yang bertuah dan membebaskan zurat-zurat yang bakal lahir semata-mata.

Tercatat dengan tinta emas, keinsafan seorang berdua pejuang yang dedikasi dan prihatin, penuh dengan hati-hati yang tulus, ikhlas dan mida yang bijaksana; maka tanahair ini dikembalikan menjadi milik ‘kami’ – rakyat jelata!

Alhamdulillah, dengan linangan airmata – sesungguhnya kami amat bersyukur kerana negara ini dimerdekakan oleh mereka. Kami bebas merangka haluan hidup, berusaha mengisi Kemerdekaan dan mengamalkan anutan ugama yang Maha Bahagia.

Tidak terbalas budi dan jasa mereka yang memerdekakan kami. Kami cuma mampu berdoa semoga di akhirat saja Allah Yang Maha Pengasih lagi Pemurahan melimpahkan rahmat dengan menempatkan mereka sebagai insan-insan kamil bakal menghuni syurga Allah swt. Amin….Ya Allah, ya Rabbi.Tuhan kami..!!

Sekian lama kami ditinggalkan oleh mereka, pengalaman pahit hari ini pernah allahyarham duga dan bayangkan. Memang kami adalah dari manusia yang zalim – tidak pernah mendegar nasihat “Bapak Kemerdekaan” kita. Kekesalan inilah yang memaksa kami berjuang semula mengembalikan Kemerdekaan tanahair yang diragut dan diperkosa!

Selama 18 tahun ini, kami kembali dijajah semula. Seorang zuriat “pendatang haram” telah menipu, membohongi dan mengambil kesempatan merompak hak dan pesaka kami turun-temurun yang diamanahkan oleh nenek-moyang. Penjajahan kali ini berpunca dari kelurusan hati kami menyerahkan amah kepada puak yang salah. Mereka amat pintar menyembunyi agenda ‘mega’ mereka.

Akhirnya kami ditipu bontang oleh “pengemis buangan” yang beragenda memusnahan hak yang asasi yang ditiggal, dipesan dan diamanahkan oleh nenek-moyang yang telah pergi meninggalkan kami. Kami sedih kerana hari ini kami tertipi dan kecewa. Linangan airmata ini akan tebus dengan semangat juang menentang mereka habis-habisan!

Walaupun dicelah-celah kepedihan ini kami menangis mengenang nasib seorang “wira rakyat” yang purukkan dalam penjara; namun hutang kami kepada beliau akan kami bayar. Pengorbanan beliau sekeluarga dilihat rakyat dan seluruh pemimpin tamaddun dunia. Malu kami tidak terkira, seolah-olah sepakat “menegakkan Kezaliman” pula. Kami akan sama-sama bangkit menyudakkan wadah perjuangan beliau!

Beliau dan keluarga berserta rintihan seorang anak kecilnya yang masih tidak kenal siksa yang ditanggung oleh ibu dan ayahnya – bersebab karenah rakus lagi tamak seorang “pendurjana bangsat” dan “perompak” hak asasi rakyat (yang kununnya mengaku pemimpin) – betul-betul telah meragut simpati kita!

TIDAK! TIDAK!! Kami ‘anak-anak REFORMASI’ yang berwadah satu cuma, TIDAK akan membiarkan “Kezaliman ke atas tanahair, bangsa, kaum dan agama” kami akan dibiarkan berlanjutan.

Kami akan gandakan iltizam menyambung perjuangan “Wira Rakyat” yang perkasa itu. Seluruh rakyat akan tegak dalam saf-saf yang padu dari pelbagai sudut untuk membuktikan dengan wadah ‘kuasa rakyat’ (people power)!

Bagai sebuah mimpi ngeri, terasa kini tanahair dan bangsa ini telah kembali dijajah. TERBUKTI - Apa yang diperut bumi, di atasnya dan diruang udara sudah tidak dapat lagi kami manfaatkan sebaik-baiknya. Bangsa Melayu yang kian pedih diinjak, diugut-paksa dan didera, makin dirasakan seolah-olah kami diprlakukan sebagai “pengemis” di negara sendiri! Kemerdekaan 31 Ogos ini tidak lagi memberi apa-apa makna!! Sebaliknya kami mengambil sempena tarikh ini – bahawa “regim keparat” ini wajib ditumbangkan melalui kuasa rakyat!!

Piagam Negara yang begitu hebat dirangka rapi oleh nenek-moyang kami (dan selama ini itulah yang menjadi kontrak sosial kami) – telah dirobek, dimusnah dan diperlekeh oleh sekelompok manusia yang berhati-perut busuk pembawa maksiat.

Makin nampak jelas dan ketara BAHAWA Kerakusan mereka sudah melebihi batas dan norma-norma pemimpin yang sahih tidak punya amanah apa-apa!

Hati dan jiwa mereka lebih rentung membusuk dari 4 jenis kaum luar yang pernah menjajah kita! Anak bangsa kami pula mahu diubah budaya dan anutan agama mereka – sementara pemimpin kelompok ini telah merangkul kuasa secara biadap dan tidak langsung beretika, TIDAK menunjukkan tanda-tanda bersopan dan beramanah kepimpinan kelompok yang wajar diberi amanah!

Bagi mereka – “Dengki-khianat, dendam-fitnah, adu-domba, konspirasi penuh maksiat” adalah amalan mereka. Ada sekelompok anak bangsa kami terpukau dengan Rasuah ‘sebahara emas’, dimomok dengan Ugutan dan Paksaan> Kerana itu sebahagian besar umat Melayu diinjak kepala dengan Kekerasan, didera dengan undang-undang yang mereka reka dan selewengkan!

Sementara itu, kelompok kecil penjajah ini juga (yang terdiri dari bangsa kami) hidup mewah melimpah ruah. Puak itu berwenang-wenang hidup di Mahligai dengan serba kemewahan.

Namun, sebahagian besar dari kami (anak-anak watan yang ditipu dan dibohongi) telah disisih, diketepi dan purukkan. Maka tinggallah kami dalam sebuah kehidupan yang tidak lebih dari kelompok “rakyat menumpang” ditanahair sendiri!!

Setalah setengah abad kami dimerdekakan oleh nenek moyang kami; sejarah penjajahan ke atas orang Melayu berulang kembali. “Raja Mandeliar dan si Kitul” hidup semula menghantui hidup ini. Mereka inilah yang sedang menjajah tanahair, jasad dan minda sebahagian dari kami. Jika dibiarkan tanpa tentangan dari paduan kekuatan rakyat, mereka akan terus memaksa kami tunduk dan terjajah hingga kiamat!!

BANGKITLAH WAHAI ANAK BANGSA! Jangan kalian masih lagi tidur dan dilenakan! Zuriat kalian dan masa depan generasi kini wajib menetukan siapa seharusnya menjadi ‘tuan’ kita! Masih mau zuriat “si Keling bedebah laklatullah” ini akan kalian pertuankan lagi?

Lihat di lengan klian kesan-kesan luka berdarahan. Lihat ke dalam lubuk hati mu, dan tanya siapa anda. Lihat ke muka mu, adakah itu wajah “Anak-anak Merdeka” (kununnya?). Lihat kepedihan yang ditanggung oleh ibu-ayah kamu yang dipurukkan di desa. Mereka sentiasa dibohongi oleh si laknatullah dan kelompoknya. Berapa lama kalian harus menanggung duka nestapa, tanpa maruah sebagai kaum yang terjajah?

Tanya diri anda, adakah hasil dan kekayaan negara bertuah ini milik “rakyat banyak” atau milik “kelompok mereka yang rakus kuasa dan beragenda”?

JIKA kalian ada hati-jantung, dan benak di kepala – urut urat-urat usus mu dan kembalikan semangat juang yang dipesakai turun-temurun ke dalam dada.

Kalian wajib berbulat tekad menentang ragam-karenah PENJAHAN oleh kelompok ini. Musnahkan Konspirasi mereka, dan heret mereka ke mahkamah rakyat, hukum dan rampas harta rompakan mereka – kembalikan kepada rakyat. Itu adalah “HAK” bagi semua kita sebagai warga negara! Bulatkan tekad dan usir penjajah yang didalangi oleh zuriat “pendatang haram” ini!

Baka-baka Nusantara berbudaya sama adalah sewajarnya pemimpin yang wajib kalian ketengahkan.

INGAT..!! Jangan sekali-kali 31 Ogos ini dijadikan upcara “Perayaan Mengangungkan Kemenangan” puak ini menakluki kebebasan dan mengambil-alirh kemerdekaan kita.

Jangan kalian turut meraikan kemerdekaan mereka – kerana “KEMERDEKAAN HARI INI HANYA SEBUAH KHAYALAN YANG MENGERIKAN” semata-mata!

Amin Sapiro
(Rakan Juang Anak-anak Reformasi Kemerdekaan Ke-2)
[Pagi sepi selepas Subuh 31 Ogos 2000]


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com