Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


TERIMA KASIH SDR TV3 (RE: WEBANTU) KERANA MENGULAS.

Tidaklah berbohong cerita yang saya dengar dan dimaklumkan oleh kawan-kawan saya semasa makan ‘tenggiri panggang’ di Tg. Lumpur. Saya hanya mendapat cerita saja, tapi kali ini sudah disahkan oleh sdr. TV3.

Terasa tidak rugi saya ziarahan menemui rakan seperjuangan disana. Kesimpulan yang saya buat itu adalah hasil dari pemantauan rambang “sepetang bersama rakan-rakan lama”. Namun, hasilnya amat menginsafkan kita.

Saya sedih melihat Medan Selera gerai MARA di tengah-tengah bandar Kuantan yang sangat kotor lagi memalukan rakyat Melayu yang empunya maruah. Kalau Tun Razak masih ada, keadaan ini sudah lama bertukar corak!!

Bertanya saya sesama sendiri, apakah negeri Pahang ini sudah “terjual” kepada siapa? Adakah UMNO menjualnya kepada rakan kongsi BNnya? Tidakkah Pahang sekaya ini tidak mampu membaikpulih gerai orang Melayu mencari nafkah harian dengan lebih sempurna?

Saya tahu, politik wang sedang menular hingga ke akar umbi UMNO disana. Tetapi saya seakan-akan tidak percaya bahawa seburuk itu kesan yang diperlihatkan oleh pentadbir Kerajaan Pahang. Padahal Pahang tidak pernah bertukar tangan dari UMNO (Melayu) sejak Merdeka.

Saya terpegun bila memikirkan bagaimana sukarnya pejuang seperti Mat Kilau dan Datuk Bahaman memulakan perjuangan menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman. Darah mereka berserakkan, hingga Mat Kilau lari ke hutan raya kerana dikhianati bangsa sendiri yang korup. Masihkah lagi korupsi dan politik wang tidak reda-reda?

Saya hampir tidak percaya negara jiran bersempadan dengan negeri saya itu begitu dhaif diperlakukan oleh pemerentah yang cuma memandang ke hutan. Setiap inci hutan, didapati ratusan lorong-lorong lori simpang-siur menghala ke tempat pembalakan. Berbilion hasil diangkut ke mana?

Saya amat sedih bila anak Pahang sendiri menangis bila bercerita kepada saya. Seorang Wanita tua yang menjalani 3 zaman bercerita. Katanya:

“Cuk Amin…!! (“Cuk” kependekan perkataan “Cucu” - panggilan sayang dari seorang nenek resam orang Pahang”), zaman sebelum orang putih dulu nenek susah, masa Jepun lagi susah. Datang orang putih beras murah. Bila merdeka nenek suka. Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak amanah. Tapi zaman Mahathir, nenek rasa macam kena JAJAH balik semula….”!!

Wajah nenek ini sayu, sedih-pilu. Saya terpegun mendegar nada suara nenek yang menjual pria dan keladi dari tanaman sebidang tanah yang telah diambil “kerajaan” untuk perumahan mewah.

Kabarnya, ganjaran diberi cuma secukup makan cuma. Sebaliknya Khalil dan Kroni baruanya telah menjual semula dengan harga RM35/ kaki persegi. Terkulat-kulat nenek dhaif ini ditipu bontang oleh pemimpin UMNO (zaman Mahathir)!!

Saya merasakan bahawa orang Pahang harus mencari penyelesaian seperti rakyat Terengganu juga. Lapan kawasan sudah di tangan, cukupkan kuorum untuk Barisan Alternatif memerentah Pahang pd tahun 2004. Tidak ada cara lain bagi rakyat mendapat keadilan sama-rata.

WASPADA, Mahathir sedang mengintai takungan minyak, pusat emas dan “pusar-pusar uranium” yang tersembunyi di perut bumi Pahang. Itu adalah emas paling berharga yang wajib dimanfaatkan oleh rakyat Pahang – pengganti hutan/kayu kayan yang sudah punah di tukar jadi wang untuk dijudikan oleh Ahmad Shah dan seluruh pengampu yang berkongsi nikat dgn beliau!!

Minyak mentah Pahang bukan saja diluar pantai, malah (mengikut geologis) bermula dari economic zone perairan Pahang hingga ke kaki Gunung Tahan. Mahu serahkan kepada Mahathir-Daim kah?

Saya tidak mahu berbicara panjang disini. Terlalu banyak perkara yang harus disembunyikan. Cuma nawaitukan dalam hati – jika mau membaiki kehidupan rakyat, gerakkan seluruh tenaga untuk mengembalikan kemerdekaan Pahang kepada Barisan Alternatif.

Saya sedang menikmati ‘telur penyu’ rebus menanti kawan-kawan dari Dungun dari sekitarnya. Nyaman sungguh kehidupan sebuah negeri yang baru saja di merdekakan oleh rakyat sendiri yang tahu erti dan nilai-nilai Kemerdekaan sejati!!

Salam
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com