Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


MAHATHIR PERAS-UGUT KERAJAAN PAS/BA TERENGGANU - APA TINDAKAN SUSULAN?

DENGAN segala kebijaksanaan untuk mempastikan supaya kroni UMNO/BN yang sudah hilang punca untuk ‘menyapu wang rakyat’ melalui kontrak yang dikoskan beratus juta (sebagai komisyen), dilaporkan pula “Kerajaan Persekutuan akan membayar wang ihsan kepada Terengganu melalui kaedah baru dikenali sebagai Program Pembiayaan Wang Ehsan yang tidak lagi disalur terus kepada kerajaan negeri Terengganu”.(Utusan Malaysia 6/9/2000).

Wang ihsan itu akan diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa Peringkat Pusat (JPP) yang ditubuhkan khusus bagi merangka pelaksanaan program pembangunan negeri berkenaan.

Mahathir Khianati Rakyat Terengganu

Peralihan cara pembayaran yang akan diselenggarakan oleh Kerajaan Persekutuan itu wajar ditafsirkan lebih berbentuk taktik politik yang bertujuan mengkhianati secara terang-terang oleh regim Mahathir terhadap rakyat Terengganu dan Kerajaan PAS/BA yang memerentah. Ini bukan tuduhan dan bukan fitnah, tetapi fakta benar yang dilakukan!

Bermakna bekas perasuah UMNO yang telah dibungkas hangus dan terhumban oleh rakyat (dalam p/raya Nov. 1999) akan terus diberi “makan besar” untuk menyambung hidup mewah dengan bantuan agenda penyelewengan berunsur rasuah yang pernah diamal dan diiktiraf dengan ‘cop halal’ oleh regim Mahathir.

Kerja busuk dan agenda kotor terbaru kerajaan Persekutuan (regim Mahathir) ini akan memastikan Program cara pembayaran itu akan memberi bekas wakil rakyat UMNO/BN Terengganu kesempatan mendapat pembelaan terus daripada regim Mahatir.

Akan dipastikan juga mereka akan terus diberi peluang seluas-luasnya untuk membaiki kehidupan masing-masing yang diketahui terjebak dalam hutang berpuluh juta (hampir muflis).

Regim Mahathir dengan segala daya upaya akan cuba melega dan berusaha menggembirakan bekas wakil rakyat UMNO yang sudah kesempitan di negeri Terengganu. Keputusan itu dibuat setelah regim Mahathir mengambil kira kepentingan UMNO/BN dan bekas wakil rakyat UMNO yang sekarang ‘melepek’ tak cukup wang untuk membayar hutang bank yang memburu mereka hingga ke liang kubur..!!

Bekas Wakil Rakyat UMNO/BN yang tersadai dalam pilihanraya 1999, sebenarnya tidak ada 'akauntabiliti' dan “amanah” dalam merangka kerja pembangunan sewaktu UMNO/BN memerentah Terengganu dulu.

Regim Mahathir Berkonspirasi Menyamun

Dulu, Kerajaan Pusat tidak pernah memantau perbelanjaan wang ihsan oleh kerajaan BN Terengganu. Mereka tidak pernah memastikan wang tersebut digunakan semata-mata untuk tujuan pembangunan atau diselewengkan.

Kerana itu, rakyat Terengganu tidak yakin kepada “prompak UMNO/BN” yang diketuai oleh “ring leader”nya - Wan Mokhtar Ahmad dan sekutu seangkatan yang sewaktu dengannya.

Program kali ini adalah satu konspirasi terancang untuk “menyamun hak hakiki” rakyat Terengganu, dan sekaligus mencabar kewibawaan kerajaan PAS Terengganu.

Mahathir sudah lama merancang untuk membalas dendam kesumat untuk melumpuhkan kerajaan PAS Terengganu. “Tak dapat tanduk telinga dipulas” – Mahathir sudah hilang akal untuk mencari ikhtiar yang sah.

Kerana Mahathir mendapati rakyat Terengganu adalah orang Melayu dan mudah diperdayuskan (dociled) dan Kerajaan PAS masih dianggap terlalu baru dan belum kukuh, maka agenda PERAS-UGUT begini adalah satu taktik “perang” yang beliau yakin akan berjaya.

Cabaran ini terletak kepada rakyat Terengganu dan Kerajaan PAS untuk menuntut yang hak bagi mereka. Jika kerajaan PAS tidak memberi tentangan yang konkrit dan pasti, Mahathir tidak akan melepaskan peluang untuk memberi hambatan-hambatan selanjutnya.

Mahathir dan “think-tank” dengan penasihat Yahudinya tahu bahawa kerajaan PAS Terengganu boleh menjamin kesejahteraan dalam membela nasib rakyat negeri Terengganu secara telus dan terbaik. Itu amat merisaukan Mahathir dan UMNO!

Mahathir Ugut Rakyat Terengganu

Untuk “mencekik” Kerajaan PAS yang berhasrat melaksanakan pembelaan keatas nasib rakyat, regim Mahathir cuba menggunakan pelbagai peraturan untuk mencegah kerajaan PAS dari mendapat wang yang hak untuk melaksanakan projek rakyat. Dengan itu akan timbul frustrasi yang mendalam. Akhirnya, diharap ‘the lost of confidence” rakyat akan merenggangkan ‘PAS-Rakyat’ secara mendadak.

Peraturan pengagihan royalti minyak yang disekat seumpama itu diharap akan menyebabkan berlaku pelbagai sekatan terhadap kelicinan perlaksanaan projek pembangunan. Dengan itu kerajaan PAS akan mudah dituduh sebagai tidak cekap dan tidak tahu mentadbir.

Taktik kotor regim Mahathir wajib dimaklumi rakyat. Projek-projek infrastruktur, sosial dan kebajikan yang dirancang dan wajar dilaksanakan secepat mungkin untuk menjamin kesejahteraan rakyat Terengganu; berkemungkinan akan terlewat selesai, atau didapat dilaksanakan samasekali. Bermakna yang akan menjadi mangsa adalah rakyat berpendapatan rendah disebabkan karenah Mahathir & UMNO/BN.

Mahathir tahu, antara projek rakyat yang akan dijalankan melibatkan pembinaan jalan-jalan luar bandar dan kampung, bekalan air dan elektrik, perumahan kos rendah untuk para nelayan dan rakyat miskin, pinjaman untuk pembelian bot-bot nelayan dan peralatan penangkapan ikan, pemberian pinjaman biasiswa dan bantuan persekolahan.

Kerajaan PAS Terengganu mentakrifkan mereka sebagai golongan rakyat yang sangat memerlukan bantuan. Tetapi, regim Mahathir akan menggunakan kuasa untuk menyekat bantuan kepada mereka melalui peraturan yang bukan-bukan. Andainya projek-projek itu gagal, Mahathir akan “mencucuk” rakyat Terengganu dengan pelbagai fitnah yang akan meruntuhkan moral dan kewibawaan kerajaan PAS.

Royalti Adalah Hak Termetrai Dalam Perjanjian Sah

Isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan Terengganu mula hangat dibincangkan kerajaan PAS Terengganu sejak mengambil alih kerajaan dari UMNO/BN. Terengganu berhak menerima sebanyak RM810 juta daripada Kerajaan Pusat pada tahun ini. Ini menimbulkan rasa cemburu dan sakit hati di kalangan yang berkuasa diperingkat Persekutuan (khusunya Mahathir yang bermusuh ketat dengan parti Islam PAS).

Jumlah tersebut adalah 75 peratus lebih tinggi daripada apa yang diberikan semasa negeri itu diperintah Barisan Nasional. Ini menyebabkan Mahathir sendiri merasa bahawa kerajaan PAS/BA Terengganu yang berkuasa akan terus berkuasa kerana wang itu akan meresap dimanfaati rakyat. Ini akan menambah sokongan rakyat kepada kerajaan PAS.

Apa yang berlaku dulu (semasa UMNO/BN menerajui pemerentahan Terengganu), regim Mahathir melalui Petronas telah mengagihkan pemberian ihsan kepada Terengganu sejak tahun 1978 lagi. (tanpa sebarang kacau-bilau, syarat dan soal-jawab).

Tetapi sejak PAS memerentah Terengganu, Dr. Mahathir secara tiba-tiba tersentak macam orang nazak kembali sedar. Beliau sengaja memutarbelit lidah dengan berkata kununnya Allahyarham Tun Abdul Razak pada tahun 1974 membuat keputusan atas sebab Terengganu diberi wang ihsan memandangkan kedudukannya sebagai negeri termiskin ketika itu.

Padahal antara Kerajaan Terengganu-PETRONAS ada perjanjian bertulis yang sah!! (Lidah paria.. dia fikir negeri ini sebagaian dari Krala kah?)

Bila PAS memerentah (tempoh 8 bulan ini), tiba-tiba saja Mahathir memperakukan negeri Terengganu bukan lagi negeri termiskin berikutan program-program pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional. Tapi hutang anak-anaknya dipaksa PETRONAS yang bayar atas alasan apa…??

Rakyat Terengganu wajib nampak bahawa isu ini adalah UGUITAN regim Mahatahir terhadap mereka dan kerajaan pilihan mereka.

Agenda “Pecah Amanah” Mahathir

Selama ini, yang kayaraya HANYALAH puak UMNO/BN yang sekongkol merompak wang rakyat. Mereka mengsonglap melalui pelbagai “over-costed projects” yang membazir. Yyang miskin papa kedana ialah orang kampung dan di desa yang di tipu bontang oleh pemimpin UMNO yang rakus mengisi tembolok. Itu sebab 100% rakyat Terengganu menolak UMNO/BN.

Berakhirlah dengan 28 kerusi UMNO/BN tonggang terbalik kepada PAS dan tinggal 4 saja untuk UMNO. Kata orang Terengganu..”Supaya jangan kempunan….!!”

Kalau beginilah tahap kedengkian hati regim “keparat” Mahathir laknatullah ini, tunggu sajalah 2004 – bukan saja Terengganu DISAPU BERSIH oleh PAS/BA, lebih teruk lagi seluruh MALAYSIA..!!

Jangan Remehkan Isu Ini

Mahathir akan berusaha meremehkan isu ini. Beliau akan melancarkan kempen besar-besaran untuk mendakwa bahawa tuntutan hak royalti minyak oleh kerajaan PAS Terengganu akan justifikasi secara putarbelit. Mahathir akan “buy time” berlengah-lengah.

Sementara itu hasil PETRONAS akan digunakan untuk pelbagai projek mewah yang akan dikongsi dengan kroni dan anak-anak beliau! Rakyat Terengganu akan terus melopong menanti “buah tak gugur”..!!

Soalan Terakhir…!!

Persoalan tetap persoalan. Mahathir tidak wajar dibiarkan berwenang mentadbir secara tidak beramanah berlagak orang “tidak siuman”.

Orang Melayu wajar sedar bahawa datuk-nenek mereka telah beribu tahun mempertahankan tanahair ini; tetapi setelah merdeka dan dimerdekakan – adakah mereka redha diri mereka DIJAJAH semula oleh keturunan pendatang haram seperti keturunan Mahatahir? Adilkah orang Melayu kepada zuriat akan datang?

Memang nak MAMPOS!…..Khianatlah lagi..!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com