Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite


ISU ROYALTI MINYAK: ALANG-ALANG MENYELUK PEKASAM……!! (1)

Bah. 1

MEMBACA kenyataan Dr. Mahathir dan puak rakus dikalangan pemimpin UMNO (eg. Rais Yatim, Ph.D murahan) yang meng”Hijack” royalti minyak yang hak bagi rakyat Terengganu, makin nampak jijiknya putarbelit fakta-fakta benar oleh regim Mahathir Mohamad. Pagi ini, tekak saya otomastis rasa nak termuntah.

Alasan kununnya ia bertujuan untuk menyalurkan wang ihsan (tiba-tiba ditukar nama dari royalti) hasil minyak kepada rakyat Terengganu dalam bentuk projek pembangunan, bantuan kebajikan dan program sosial; bagi rakyat Terengganu yang cukup faham cara pentadbiran kewangan dan ‘kuntau tender’ Kroni Mahathir/UMNO membolot hak rakyat – sudah lama dimaklumi sepak terajang mereka. Kalau nak dikira, sejak puluhan tahun – menipu rakyat dah jadi budaya!!

Konsep “menyalurkan kepada rakyat secara terus” kepada “perompak” tajaan UMNO samalah seperti rakyat Terengganu ‘berhakim kepada beruk’. Yang akan kenyang adalah beruk-beruk UMNO dan Kroni-proksi mereka Sementara itu, rakyat Terengganu melopong sajalah nampaknya!!

Bukan nak memfitnah. Tetapi sejak UMNO/BN memerentah Terangganu lebih 20 tahun, rakyat Terangganu masih lagi jadi ‘nelayan pantai’, berniaga keropok lekor setakat ‘warong’, penarik beca roda tiga keliling ‘town’, sebagai pemanjat petai di kaki gunung, jalan denai ke ceruk kampung, berjaja keropok lekur pun tak ada untung, sebab ikan parang diekspot dan jadi bahan cuma anak-anak ikan Temenung…!!

Siapa yang untung?

Empat hari saya menziarahi ‘kawan lamo’ di Terengganu, hati saya GEMBIRA dalam PILU. Saya gembira kerana Kerajaan PAS/BA pimpinan YAB TG Hadi Awang memberi harapan gemilang. Saya pilu, kerana selama lebih 20 tahun, royalti minyak “Tok Wang Mokhtar” buat apa untuk rakyat jelata..?

‘Kawan lamo’ saya itu rumahnya di ceruk kampung. Nak berkereta ke sana, terpaksa berhenti sekerat jalan. Bila saya tanya, kenapa begitu? Jawab beliau, “Dalam zaman UMNO/BN, kami penyokong PAS tak ada hak menikmati pembangunan. Mana yang jalan luar-bandar yang bertar menunjukkan itulah dia bahagian ‘hok-hok’ mereka penyokong UMNO..! Kito tengok ajalah. Tumpang jalan sekerat. UMNO yang berhak menerima ganjaran…!!”

Saya geleng kepala melihat diskriminasi kerajaan UMNO/BN mengalahkan hukum-hakam zaman Firaun. Kaum kerabat Firaun “mampos” dikuburkan dalam piramid, rakyat miskin mati dibakar dibuang abu ke Sungai Nil. Itulah andaian yang paling sesuai!!

Jika dikaji secara purata, habuan royalti minyak Terengganu sejak dikendalikan oleh UMNO di sana, ditaksirkan tak kurang dari RM5.0 – RM6.0 billion. Sepatutnya, jika wang yang cukup besar jumlahnya itu digunakan sebaik-baiknya, saya jamain – sekerat negeri Terengganu dah sama macam Singapura canggihnya.

Tetapi kerana pemimpin “Tok Wang” tak ada kerja lain selain dari memikirkan bagaimana nak “putar alam” duit royalti; akhirnya yang kayaraya HANYALAH segelintir puak UMNO dan Kroninya – rakyat jelata papa kedana!

Saya bukan mengahasut. Itu yang saya nampak. Contohnya, jika membandingkan kehidupan masyarakat di “Rantau Petronas Dungun” dengan rakyat di Rusila yang serba dhaif, saya percaya ramai yag menangis!!

Saya urut dada bila memikirkan betapa seksanya hidup bertuankan regim “Firaun Abad 20” ini. Jika Wan Mokhtar ulamak besar, sekali dah masuk “Mazhab UMNO”, serban beliau pun tergadai kena cagar di Neraka..! Mengucap panjang saya, beristighfar menahan sabar.

Walaupun saya bukan anak Terengganu, tetapi simpati saya terlalu mendalam apabila memikirkan apa sudah jadi kepada rakyat yang kununnya ditakrifkan sebagai “rakyat yang melepasi rakyat termiskin”. Cuba tanya rakyat Terengganu…”Iya ke?”. Kaya macamana sangat rakyat Terengganu? Nak tanya UMNO sikit..!!

Bekas UMNO Wajib Sedar

Saya akui diri saya BEKAS ahli UMNO!! Saya tak malu menyatakan kedudukan saya dulu. Tetapi saya cukup malu memikirkan, mengapa saya sanggup menyokong sebuah parti yang tidak langsung mengambil berat tentang kemiskinan rakyat, kepedihan umat, penafian tuntutan hak, melakukan penipuan dan pembhongan oleh pemimpin UMNO yang langsung tidak amanah..!!

Saya tidak sangka samsekali UMNO seburuk itu nawaitu pemimpin mereka. Padan juga rakyat Terengganu berpadu sebulat hati menumbangkan kerajaan UMNO/BN di bawah pimpinan “Tok Wang”. Tentu sebabnya bukan kecil hingga seluruh rakyat negeri sanggup sepakat menumbangkan kerajaan, kan??!!

Di Johor pulak, sekerat JB dah sah tergadai kepada Lee Kuan Yew. Di KL pulak, hampir sekerat Bandaraya dah jadi kepunyaan Mahathir-Daim dah kuncu-kuncu..!!

Mana ada lagi hak orang Melayu? Orang Kg. Baru pun tau..!! Adakah itu nasib jadi orang Melayu dibawah kepimpinan parti Melayu bergelar “UMNO Baru”..!! Isk..isk…isk..!!

UMNO Malu Kepada Pembangkang!

Pengerusi DAP Lim Kit Siang mengumumkan bahawa pemberian ehsan (saya tak mau sebut perkataan “ehsan” – tetap dengan “royalti”) secara langsung oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Terengganu adalah sama seperti menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan Pas Terengganu.

Beliau menjelaskan bahawa penyaluran wang ehsan (royalti) secara langsung tersebut adalah tidak demokratik dan bertujuan menjatuhkan maruah kerajaan PAS Terengganu.

Nah! Bertanya kita kepada puak-puak UMNO, tidakkah mereka hairan kenapa mesti memerlukan seorang Pembangkang seperti En. Lim Kit Siang mempertahanka hak orang Melayu? Mana dia pemimpin UMNO yang hidup-mati, berkubur di tanah perkuburan Islam, konon penegak keadilan, pejuang Kemerdekaan, TETAPI tidak tegak berdiri bersama Pembangkang dalam memperjuangan hak rakyat?

UMNO yang mengaku sebagai kelompom pemimpin Melayu yang sentiasa membela rakyat (kunun), saya makin harian tidakkah hujah dan fakta En. Lim Kit Siang berasas perikemanusian? Mana kepala hotak pemimpin UMNO? Dah bangsat sangat kah?

Bagaimana, setelah kita tengok betapa hebatnya konsep rasuah “komisyen atas komisyen” yang berlaku dalam UMNO/BN secara berlueluasa. Mengapa pemimpin UMNO masih bersetuju dengan wang ihsan/royalti minyak itu akan diberikan terus kepada rakyat?

Tak nampakkah Mahathir sedang mencari jalan nak membolot dan melanyak ringgit dan sen hak rakyat? Perlukah En. Lim Kit Siang mengajar UMNO memerentah kaum sendiri secara berhemah?

En. Lim Kit Siang mendakwa Kerajaan Pusat telah merampas (hijack) royalti minyak Terengganu. Itu adalah fakta benar yang wajib diakui. Masih orang UMNO seperti Rais Yatim Ph.D masih kepala hotak BIOL? Masa menerajui S46 dulu, si haprak kepada botak ini yang paling kuat MENYALAK. Tapi sekarang, bila mulut dah kena sumbat, seluar suspender sendiri pun sanggup ditanggalkan!! Politik “puki mak”nya budak seekor ini!! PENYANGAK rupanya!!

Bukankah Kerajaan Pusat ada banyak bukti bagaimana royalti itu sebahagian besarnya disalurkan untuk memelihara kroni dan kuncu-kuncu UMNO selama 20 tahun?

Sekarang, rakyat Terengganu terpaksa mengalih kerajaan dari UMNO/BN kepada PAS/BA. Itu semata-mata kerana rakyat Tereggan sudah terlampau MUAK dan BOSAN ditipu, dibohongi dan perkuda oleh kerajaan negeri tersebut?

Terengganu Wajib Diberi Hak

Tidakkah mereka telah berjuang meMERDEKAkan negeri dan rakyat mereka wajib menikati perjuangan mereka? Dalam Islam, “Harta rampasan adalah hak yang menang perang”. Mengapa UMNO/BN nak campur tangan dalam urusan yang hak kepada mereka yang menang?

En Lim Kit Siang memang ikhlas! Beliau tidak mempersoalkan wang ehsan @ Royalti yang akan digunakan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Terengganu. Tetapi beliau (dan juga orang Melayu seluruh negara) tidak rela diperbodohakan oleh sebuah parti berkaliber “perompak” seperti UMNO/BN ini. Itu adalah isu sebenarnya.

Rakyat Terengganu telah memangkah PAS pada pilihan raya umum yang lalu. Bermakna mereka sudah tidak yakin dengan kejujuran dan nawaitu kerajaan UMNO/BN. Apakah Mahathir fikir rakyat Terengganu BANGANG sangat hingga sanggup menyerahkan hasil negeri kepada suku-sakat dan kroni Mahathir sementara sumber semulajadi tidak dapat mereka nikmati?

Kali ini, Rakyat Terengganu tidak patut mengalah kalah. Kerajaan Pusat regim Mahathir dengan mekanisme dan kepakaran yang dialami dimasa-masa lampau menunjukkan bahawa bagi mereka, perlaksanakan sesuatu rancangan untuk faedah rakyat HANYA satu helah semata-mata. Sebenarnya, regim ini nak bolot semua!!

Dari apa yang terbukti di masa-masa yang lepas, sekiranya Kerajaan Pusat yang menjalankan sesuatu projek pembangunan di sebuah perkampungan nelayan di Terengganu (misalnya), semua puak UMNO dan kuncu-kuncu BN akan menggerakkan “bala tentera” mereka untuk memfaraitkan wang yang bergmpal-gumpal banyaknya.

Samada mereka yang mendapat habuan komisyen itu berhak atau tidak, relevan atau ‘penyangak’, masing-masing akan menuntut habuan seolah-olah segala-galanya HAK mereka. Rakyat tempatan meloponglah saja!!

Hutang Lapok UMNO Siapa Nak Bayar?

Kerana wang rakyat salah tadbir dan salah uruslah, maka hari ini Kerjaan UMNO “Tok Wang” telah meninggal HUTANG LAPOK hampir RM1.0 billion termasuk “bunga” untuk dibayar oleh kerajaan PAS!!

Itu apa jadahnya lagi regim Mahathir nak tunjuk “kecemerlangan” denga SLOGAN “Kepimpinan Melalui Teladan”? Teladan Puki Maknye ke?

Itukah yang dikatakan “Bersih, Cekap dan Amanah”. Apa yang rakyat nampak ialah pemimin UMNO adalah “Tukang sapu BERSIH”……”kaki CEKUP”…dan “MAMAH sampai lumat”..!! Lain tak amende nya!!

(bersambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com