Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


JIKA TIDAK DIPECAH RUYUNG MASAKAN DAPAT SAGUNYA..!!

SELAMA 450 tahun negara ini dijajah, cuma 43 tahun baru dimerdekakan. Lebih 1000 tahun bumi bertuah ini bergelarkan Semenjung Emas. Negara inilah yang menjadi jembatan menghubungi kepulauan Nusantara. Hingga Bahasa Melayu menjadi lingua franca. Alangkah bersyukurnya orang Melayu dengan anugerah Tuhannya..!

Lebih 300 juta umat manusia yang berkongsi budaya yang sama. Walaupun berbeda agama, dari segi perasaan dan jiwa, adat resam dan budaya; mereka adalah rakyat rantau Timor Asia. Mereka pernah mengalami detik-detik sejarah yang hampir sama. Mereka dijajah, dihina, diperendah-rendahkan dan dimomokkan. Diperlakukan umpama haiwan.

Setelah nenek-moyang kita meMERDEKAkan cucu-cicitnya, mereka berhak menentukan haluan masadepan. Kita berhak menuntut nikmat Kemerdekaan. Itu HAK kita. Kita punya. Kita wajib menentukannya. Segala yang di muka bumi, di perut bumi dan iangkasaraya adalah hak kita. Kita berhak mempertahan segala.

Tetapi ditengah-tengah kita berusaha dan berjuang mengisi Kemerdekaan, timbul pula unsur-unsur yang mengkhianati Kemerdekaan kita. Puak ini memakai topeng ‘puaka’, bercakap dengan lidah bercabang dua-tiga. Mencari kelemahan dan menduga kekuatan rakyat jelata.

Orang Melayu sudah mulai dijajah semula. Minda mereka diperdungukan, budaya mereka dikotorkan, agama mereka disekularkan, masjid dan surau mereka dipastikan menurut peraturan mereka. Kita tidak lagi bebas menentukan sesuatu mengikut apa yang diwariskan.

Diperbuatlah oleh mereka pelbagai undang-undang, peraturan dan tatacara. Dikumpulkan puak-puak mereka. Bersekongkollah mereka!! Mana yang membantah-menentang dihumbankan ke dalam penjara. Mereka diseksa dan “LEBAMKAN MATA”! Seolah-olah kita kembali semula ke zaman penjajah Portugis dan Belanda..!!

Dirangka oleh mereka yang berkepentingan pelbagai AGENDA. Dilakunkan pelbagai SANDIWARA. Digembar-gemburkan FITNAH dan ANGKARA. Dirancang dan laksanakan TOHMAH dan ADU-DOMBA. Dipaksa rakyat menurut kata dan budibicara mereka saja. Kita nak jadikan apa?

Tujuan mereka hanya esa – untuk terus berkuasa: memeras keringat rakyat yang baru saja Merdeka; DEMI kepentingan kelompok mereka. Dipaksa rakyat suapaya menyerah. KALAH!

Sumber kekayaan rakyat dikaut, dikongsi dan difaraitkan sesama mereka. Rakyat DIPAKSA menerima serpihan dari sisa-sisa lebihan mereka. Andaian yang paling tepat: Puak ini menggali emas rakyat dan membeli negara ini dengan ringgit kita dari bumi kita.

“Penjajah Baru” ini berbeda ragam sepak-terajang dan caranya. Kalau di gelanggang dipaksa kita mengikut peraturannya. Jika kita menang dipinda pula peraturan permainannya. Tidakkah mereka memang jenis puak yang tidak sanggup menerima kekalahan? Tidakkah itu menandakan mereka dari golongan yang lemah?

Dibinalah pelbagai tugu peringatan, dan suruhnya kita BERBANGGA. Dibukanya pintu masuk orang luar berkongsi kekayaan, puak mereka saja yang membolot semua.

Berucap, berretorikalah ketua mereka. Di tangan kiri kita diletakkan Perlembagaan Negara. Ditangan kanan kita ialah tanahair kita. Dusuruhnya kita menuntup mata. Apabila kita membuka mata semula baru kita sedar – Perlembagaan Negara sudah dipinda, dan tanahair kita mereka yang empunya.

Itulah dia pemimpin puak UMNO! Kita nak dijadikan apa? Tunggul buruk saja kah? Seperti Pak Kadok, menang sorak kampung tergadai? Sampai bila?

Tanya diri anda: WAJARKAH kelompok ini dibiarkan MENAKLUKI tanahair, bangsa dan mensekularkan agama kita?

NAH..!! Sudah tiba masanya kita berfikir dan seiya-sekata bagi memperjuangkan Kemerdekaan kita yang tercemar. Jika Indonesia ada Soeharto, Filipina ada Marco; mereka berjuang dan berjaya membuang; masakan kita yang ada keturunan bangsat laknat yang pernah menjadi “Ultra” pengkhinat “Bapak Kemerdekaan” kita – nak biarkan berMAHARAJALEMA? Sampai bila?

Pepatah nenek moyang kita:

Jika tak dipecah ruyung masakan dapat sagunya,
Tepuklah dada tanyalah selera,
Burung terbang dipipiskan lada,
Gerakkan anggota kocakkan minda,
Jangan dinanti esok yang tak kunjung tiba!
Jika kita yakin Tuhan itu ada,
Bukti dalam diri:
Perjuangkan KEMERDEKAAN ini semula!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com