Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


SAH! PEMIMPIN UMNO MEMANG BANGSAT OTAK!!

Membaca tulisan seorang hamba Allah bernama NIK SALIM ABBAS, dari Shah Alam, Selangor di Utusan Malaysia, beliau menyatakan:

[…Saya harap Hadi serta para pemimpin Pas tidak lagi cuba mengeruhkan keadaan. Janganlah putuskan rezeki pemberian Allah kepada rakyat Terengganu].

Sebanyak ini pendapat yang diluahkan oleh rakyat segala kaum ini di negara ini, tak ada seorang pun yang membayangkan sebarang tanda bahawa MB Terangganu YAB Hadi Awang serta para pemimpin PAS cuba mengeruhkan keadaan. Apatahlagi, mereka berhelah memutuskan rezeki pemberian Allah kepada rakyat Terengganu?

Sepatutnya penulis itu elok menulis kepada Mahathir dan pemimpin UMNO, bergini:

[…Saya harap Dr. Mahathir serta para pemimpin UMNO/BN tidak lagi cuba mengeruhkan keadaan. Janganlah putuskan rezeki pemberian Allah kepada rakyat Terengganu].

Elok puak UMNO datang ke Terengganu dan hisab sendiri berapa jumlah rasuah dan jenis-jenis rasuah dan penyelewengan yang telah lakukan oleh kerajaan UMNO/BN di Terengganu dibawah pimpinan Wan Mokhtar dengan restu Kerajaan Pusat?

Fikirkan, selama 25 tahun royalti minyak diberi secara ‘grant’ kepada puak itu, tak kurang dari RM5.0 – 6.0 billion – pembangunan di Terengganu tak lebih dari tahap N. Sembilan? Celah-celah itu, Kerajaan PAS sekarang sedang dibebankan dengan hutang oleh Wan Mokhtar anggaran RM700 juta (tak termasuk bunga)!! Itu apa?

Ambik calculator, cuba taksir, berapa hutang bagi seorang rakyat Terengganu yang bebankan oleh UMNO/BN secara purata? Cuba semak sektor pembangunan yang kununnya dimajukan oleh puak pemimpin UMNO!

Berbalik kita kepada keadaan yang nyata: Berapa harta kekayaan yang dibolot oleh pemimpin UMNO/BN yang menerajui Terengganu selama 25 tahun ini. Tengok asal-usul mereka – tidakkah mereka anak nelayan dan pemanjat petai dihutan? Mengapa sudah jadi Wakil Rakyat, tiba-tiba saja jadi jutawan?

Wan Mokhtar adalah orang terkaya di negeri itu sekarang. Anak buah, anak menakan, suku-sakat dan handai taulan – sekelip mata jadi jutawan! Yusuf Nor – apa kabarnya? Setiap ADUN UMNO ada kes-kes penyelewengan mereka. Tak nak tau ke?

Dalam simpanan kerajaan PAS sekarang berlori-lori fail-fail yang sudah disemak!! Tungguh hari baik bulan tak sakit…… akan didedahkan kepada rakyat!! Waktu itu, pengadilan sebenar adalah dari rakyat. Mana-mana yang tak sempat, akan diserahkan kepada Allah swt. menghakimkan di akhirat kelak!! Jika mereka orang beriman, pasti mereka sedang memohon ampun dari rakyat dan bertaubat kepada Tuhan mereka!!

TG Hadi masih jujur hatinya. Dengan menegah Mahathir jangan lagi berkarenah, bermaksud mencegah UMNO jangan meneruskan maksiat melaknat rakyat.

Sudah cukuplah seksa rakyat Terengganu selama mereka dijajah oleh pemimpin UMNO. Jika mereka sudah melepaskan diri dari belenggu puak UMNO yang melaknat hidup mereka, iktiraflah kemenangan mereka.

JANGAN sekat rezki mereka!! Mereka tidak minta sedekah dari Mahathir. Jangan pinda peraturan setelah kalah beradu kekuatan di gelangang! Itu bukan cara anak jantan ‘bertikam”.

Bak kata budak-budak tadika…..“Woiiih…UMNO parti TAK gentlemen. Kalau dah kalah buat cara kalah. Jangan banyak ragam… Takkan madal sangat kepala otak korang semua..!! Pemimpin UMNO memang bangsat otak!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com