Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


ROYALTI PETRONAS: TINDAKAN MAHATHIR SALING TAK TUMPAH SEORANG PEROMPAK!

SAYA merujuk kepada surat bertajuk “Wang ihsan: Tindakan Abdul Hadi meragukan” tulisan NURULHUDA ZAINI ABDULLAH, Johor Baru. (Utusan Msia – 13/9/2000)

Saya cuba membuat adaptasi dengan menterbalikkan kandungannya dengan menggantikan berapa frasa dari seluruh paparan tulisan beliau. Maka hasilnya sangat bertepatan.

Seharusnya dibaca begini…

[[….Mahathir & UMNO/BN tak rela rakyat Terengganu menikmati wang Royalti PETRONAS. Beliau memaksa rakyat Terengganu dan Menteri Besar, Abdul Hadi Awang, supaya bersetuju dengan merasionalkan supaya mereka tidak harus membantah pemberian wang itu secara langsung kepada rakyat negerinya.

Tindak tanduk Mahathir itu amat menghairankan kerana beliau nampaknya cuba sedaya upaya menafikan hak dan menyisihkan pandangan rakyat. Mahathir mensahihan siaran akhbar Kerajaan Pusat tentang bayaran ihsan tersebut. Memang Mahathir sengaja memutarbelitkan dan mencabul “Perjanjian” yang sah!!

Apa yang jelas di mata rakyat: Mahathir tidak mahu menjawab soalan yang menjadi tanda tanya rakyat - di manakah perginya royalti PETRONAS hampir RM5000 juta yang telah disalurkan kepada kerajaan UMNO/BN Terengganu sejak negeri itu ditadbir oleh Wan Mokhtar Ahmad?

Kenapakah Mahathir sehingga kini tidak mahu mendedahkan dengan terperinci kepada rakyat dan Pembangkang bagaimana wang tersebut digunakan? Dari dokumen yang ada, memang UMNO/BN telah melakukan 1001 penyelewengan fan pecah amanah.

Sekiranya Mahathir dan regimnya telus, beliau dengan serta-merta menyerahkan segala butir-butir perbelanjaan keatas wang rakyat yang dirompak berbilion-bilion sejak UMNO/BN memerentah Terengganu. Tetapi malangnya ini tidak berlaku. Mahathir dan UMNO/BN banyak penyakit yang harus disembunyikan dibawah gulung tikar!.

Apakah yang hendak ditakutkan Mahathir sehinggakan masih mahu berdiam diri tentang cara perbelanjaan royalti minyak yang 95% yang berlebih?

Sebagai seorang yang mengikuti perkembangan isu ini, kita seperti rakyat lain, ingin tahu sama ada kerajaan Mahathir dan Wan Mokhtar di Terengganu telah membelanjakan wang tersebut untuk kepentingan rakyat atau sebaliknya.

Ini adalah kerana ribuan juta bukanlah jumlah yang sedikit. Ia harus digunakan untuk kepentingan rakyat Terengganu. Sehingga kini, kita dapati para pemimpin UMNO, khususnya Mahathir Mohamad tidak ikhlas (jauh sekali dari jujur) dalam kenyatan mereka di seluruh negara dan dunia.

Kita dapati Mahathir dan para pemimpin UMNI/BN hanya pandai berucap mengecam Pembangkang mengenai royalti Petronas ini. Tetapi, sebenarnya merekalah perompak nomor wahid dalam ‘pecah amanah’ dan ‘jenayah rasuah’. Itu sebab Mahathir takut ke mahkamah menjadi saksi Anwar.

Mahathir ‘main wayang’ lagi. Datuk Shafie Yahya baru saja membongkar pekung busuk Presiden UMNO ini di mahkamah. Apa pasal Mahathir tak jawab? Apa sebab UMNO tak tolak belakang Mahathir supaya campakkan si bangsat ini terjerahap ke longkang? Sebab pemimpin UMNO adalah “kulikang” Mahathir kah?

Di platform-platform politik, para pemimpin UMNO/BN khusunya Mahathir hanya mengaku telah menggunakan beribu-ribu juta wang PETRONAS dan kutipan cukai rakyat. Tetapi tidak sekalipun menyatakan bagaimana wang tersebut digunakan. Malahan sehingga kini - setelah lebih 20 tahun - akaun dan rekod langsung tidak ada. Pepatah Melayu, “Pelabur habis Palembang tak alah”.

Seolah-olah wang tersebut lenyap begitu sahaja tanpa perlu kepada audit dan penjelasan kepada rakyat. Ini bukanlah pentadbiran sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah! Sebaliknya, inilah contoh sebuah regim “Pengkhianat dan Perompak” wang rakyat. Memang DAHSYAT!

Mungkin Mahathir fikir PETRONAS adalah milik “kepala bapak”NYA. Seolah-olah segala-galanya terpulang kepada letak-hetong ikut nafsu-nafsi beliau saja. Mahathir tidak peduli tentang bagaimana untuk membelanjakannya. Namun hakikatnya wang tersebut bukan milik Mahathir atau regimnya. Memang sah Mahathir & UMNO ‘geng Mafia’ kaki merompak!!

Apa yang rakyat tahu, Mahathir menggunakannya untuk “bail-out” syarikat anak-anak, suku-sakat dan kroni beliau yang jatuh muflis – bangkrup habis. Selebihnya, wang rakayat digunakan untuk membina sebuah MAHLIGAI dan membeli GLOBAL EXPRESS untuk dirinya berkeliling dunia! Lain untuk apa? Itu Mahathir kena jawab!!

Dibina “kilang besi”. Apa yang ketara ialah itu adalah satu penipuan sekongkol antara Mahathir dengan Eric Cheah. Mereka berkongsi mensonglap hampir RM10.0 billion. Ditutup kes ini dengan mengaib dan memenjarakan Anwar. Itukah penyelesaian?

Di sebut pula, kununnya wang itu digunakan untuk Pembangunan. Tetapi apa yang rakyat nampak, poket kroni Mahathir makin gembung hingga terburai pecah jahitan. Rakyat nampak bagaimana Mahathir bertindak menjadi “pelindung” kepada semua amalan RASUAH dan PENYELEWENGAN para menteri dan kroninya. Nampak sangat Mahathir “baling batu sembunyi tangan”.

Wang royalti PETRONAS disebut sebagai pemberian daripada Kerajaan Pusat. Kununnya untuk menolong rakyat Terengganu yang daif dan miskin. Di sebutlah kununnya regim Mahathir beragenda untuk membantu membangunkan kemudahan, projek pembangunan dan infrastruktur agar rakyat Terengganu terus hidup dalam keselesaan. Soalnya, rakyat dah tengok sekian lama. Hihhhh…..Abok pun tarakkkkk….!! Sebaliknya RM700 juta hutang tertunggak.

Dengan melihat perkembang sejak 25 tahun sebelum ini, rakyat Terengganu masih papa kedana dan merempat bangsat. Nelayan masih lagi ‘nelayan pantai’. Yang kayaraya ialah Wan Mokhtar, anak beranak, wakil rakyat UMNO/BN, kuncu-kuncu Mahathir-Daim yang setaraf dengan “pengkhianat bangsat”. Mereka hidup senang lenang.

Bermula sebagai ulamak mengajar fardhu ‘ain, sekarang jadi jutawan. Cara amalan bertukar dari seorang ulamak hukum jadi perompak paling dicemuh rakyat!!

Rakyat Terengganu merengkok membayar hutang. Jumlah RM700 juta yang ditinggalkan oleh Kerajaan Wan Mokhtar. Siapa mau bayar? Masih Mahathir nak takrifkan rakyat Terengganu melampaui taraf kemiskinan? Heran sangat….. mata Mahathir ini BUTA kaaaaa…?

Oleh sebab itulah YAB TG Abdul Hadi tidak harus berlembut lagi. Beliau harus menuntut sebagai mempastikan supaya pembelanjaan wang tersebut tidak boleh lagi mengikut sesuka hati “penyangak-penyangak” Mahathir dan perompak UMNO/BN.

Seperti yang dilakukan dengan Tabung KWSP, Mahathir membenarkan Kroni beliau menggunakan kemudahan Tabung itu tanpa seizin pekerja yang yang mencarum untuk masa depan mereka.

YAB TG Abdul Hadi sudah cukup maklum bagaimana jika royalti PETRONAS yang berjumlah lebih dari RM800 juta terbiar dikendalikan oleh regim Mahathir kelak. “Mafia-mafia” Mahathir memang bijak melaksanakan “program Rompak-merompak”.

Jika tidak diuruskan dengan telus dan cara pengagihannya dibiarkan pincang, berat sebelah dan berbau politik; bermakna rakyat Terengganu dan orang Melayu di negeri itu akan mati dalam “harap-harap” seperti 25 tahu yang lepas. Yang kenyang tembolok (pastinya) perompak itu sajalah.

Peristiwa yang sama ini tidak harus dibiarkan berulang. PAS/BA telah memenangi Terengganu dalam pilihan raya umum lalu. Ini bermakna rakyat Terengganu sudah tidak percaya dan tidak yakin lagi kepada UMNO/BN. Puak itu tidak boleh berbuat sesuka hati dan membelakangkan kehendak rakyat untuk hidup lebih selesa. Rakyat Terengganu tidak harus memikul beban hutang ratusan juta akibat pentadbiran regim Mahatahir yang sudah dibuang “bercerai talak tiga”.

Telah dijelaskan dalam pilihanraya November lalu, Regim Mahathir sudah dinyahkan, dan pemimpin mereka sudah tidak ada peranan untuk masuk campur dalam urusan dalaman Kerajaan PAS/BA.

Malulah sikit, “Janganlah jadi kera sumbang – Ayam tak patuk itik tak sudu. Hidung “besar” itu sah tak mancung, tapi pipi pulak tersorong-sorong. Janganlah terus-terusan jadi perompak bangsat. Sikit kasi banyak mintak. Kalian fikir orang Melayu tak ada otak?”]]

Sesungguhnya Mahathir dan UMNO/BN sedang ‘nazak”. Selagi ada “nyawa-nyawa ikan” ini, bawa diri itu bertaubat dan beristighfar banyak-banyak..!!. Untung-untung akan diampuni Tuhan mu segala dosa mu. Selama ini kalian telah mentadbir negara dan rakyat cara paling tidak amanah! Memang dasar bangkat. KEPARAT!!

Allahu Akbar!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com