Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


MAHATHIR..!! LETAKLAH JAWATAN SEBELUM ANDA DISINGKIRKAN..!! (1)

Bah. 1

ORANG Melayu amat terkenal dengan sifat sopan santun dan ketinggian budi bahasa mereka. Itu adalah identiti lumrah yang amat sukar ditandingi oleh bangsa-bangsa lain di dunia. Kaum lain di negara ini sangat menghormati sikap dan sifat orang Melayu yang satu itu.

Islam sebagai Budaya Melayu

Budaya Islam adalah asas budaya orang Melayu. Unsur itu telah menyebabkan semua kaum di negara bermasyarkat majmuk ini dapat hidup dengan aman dan sejahtera. Walaupun negara ini menyaksikan pelbagai peristiwa yang mencabar keharmonium hidup sebagai satu bangsa Malaysia, namun peristiwa-peristiwa getir yang berlaku segera terpadam dan masing-masing pihak mampu melupakannya.

Peristiwa 13 Mei adalah semacam “batu peringatan” yang menjadi sempadan semua kaum untuk berkompromi. Tidak ada siapa yang merasa bangga dan bertuah berlakunya peristiwa yang sangat bersejarah itu. Tanpa membicarakan sebab-musabab berlakunya peristiwa itu, dapat dirumuskan ia berpunca dari sikap “melampau” dan “kurang peka” pihak tertentu dalam menangani sesitiviti kaum tertentu.

Pemimpin UMNO ‘Lama’ (kini bergelar vetren dan tidak lagi menyokong UMNO Baru yang dibaruakan oleh Dr. Mahathir) mengambil inisiatif yang sedikit-sebanyak berkesan untuk merapatkan jurang pelbagai perbezaan yang menjadi persoalan. Dirangkalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan disemarakkanlah semangat toleransi serta diberi makna ‘Rukun Negara’.

Dengan itu, rakyat nampak bahawa yang menjadi musuh besar ialah isu ketidakseimbangan ekonomi yang wajib ditangani secara bersama. Dimaklumi juga, penyelesaiannya memang memerlukan tempoh yang panjang. Ia tidak boleh dilaksanakan secara tergersa-gesa. Semua kaum mengahyatinya, kecuali pemimpin tamak-rakus seperti Dr. Mahathir dan sekongkolnya.

‘Superemacy’ UMNO

Sebagai sebuah parti gabungan Barisan Nasional, Dr. Mahathir mencuba satu ‘experiment’ yang luarbiasa. Beliau berjaya meletakkan UMNO sebagai parti tunjang dalam gabungan BN. Malangnya dalam proses menyuntik elemen ‘superemacy’ kepada UMNO, beliau membuat perubahan dasar yang terkeluar dari keutamaan majoriti rakyat, khusunya orang Melayu.

Perubahan dasar itu mendorong Dr. Mahathir membuat siri kesilapan yang ternyata amat besar padahnya. Beliau bermusuhan dengan parti PAS dan bermati-matian cuba membunuh parti itu sebagai menjamin ‘superemacy’ UMNO. Bermkna, Dr. Mahathir bermusuhan dengan jiwa dan rohani orang Melayu!! Ini kerja gila Mahathir yang nampak umpama menentang ‘arus’ politik ‘dalaman’ orang Melayu.

Kerana Dr. Mahathir terlalu ego dengan kewibawaan diri beliau hasil dari karisma pemimpin pelapis seperti DS Anwar, beliau (Dr. Mahathir) tidak sedar bahawa kewibawaan beliau itu sebenarnya adalah “palsu”. Tetapi Dr. Mahathir yang berlagak seperti ‘bangau’ yang terbang di angkasa, beliau tidah sedar akhirnya akan turun dan hinggap dibelakang kerbau – ‘mencari kutu’…!!

Itu suatu analogi mencerminkan ‘people power’..!! Mahathir wajib belajar dari sejarah politik Marcos, Soeharto, Caucesque, Shah Iran, termasuk Mobutu.

Beliau tidak sedar bahawa PAS adalah sebuah parti politik yang berakar-umbi dari dalam rohani orang Melayu. PAS menjadi semacam parti ‘ombudmen’ yang sengaja dikekalkan oleh Melayu bagi mengelakkan UMNO dari bersikap “keterlaluan”. Inilah bukti kebijaksanaan orang Melayu berpolitik.

Dr. Mahathir tidak sedar bahawa perjuangan PAS adalah konsisten. Sebaliknya, pemimpin UMNO lupa daratan.

Pemimpin PAS insaf bahawa orang Melayu masih ditahap ‘memerlukan’ pelbagai bantuan dari kerajaan. Sebaliknya Mahathir dan UMNO melukan orang Melayu. Lebih-lebih lagi, Mahathir berperang dengan orang Melayu dan agama Islam!! Memang Mahathir dungu – tidak berterima kasih kepada orang Melayu!!

Sementara Dr. Mahathir (dengan ego yang mendadak) semacam sengaja melupakan bahawa isu ekonomi dan kepentingan masa depan orang Melayu masih lagi jauh ketinggalan. Dr. Mahathir dan UMNO hanya mampu mencetuskan ‘rasa bangga’ dalam hati orang Melayu; tetapi mulut orang Melayu ‘melopong’ dan kocek mereka ‘kosong’!

Selama 18 tahun Mahathir terlolong-lolong memikikkan pelbagai slogan, tetapi hari ini nampak jelas sebenarnya beliau memukul gendang “tin kosong”. Orang Melayu masih terperuk ditepi hutan, menjadi nelayan kais pagi makan pagi, penanam padi tanpa subsidi, dibebani pelbagai jenis hutang yang menjadi duri, ditipu bontang – mulut terkuci dan tangan digari..!!

Orang Melayu makin kehilangan harga diri. Tergadilah Kemerdekaan mereka dan seluruh hak-hak yang asasi. Mereka diugut dan dipaksa menerima ragam karenah pemimpin UMNO tanpa dibenarkan menyoal mengapa diri mereka sebagai orang Melayu diperlakuakan seburuk ini!!

Itulah kesan dari ‘superemacy’ UMNO yang terhasil oleh dasar-dasar Dr. Mahathir selama beliau menerajui UMNO yang diBARU(A)kan belaiu. Sekaligus UMNO ratusan ribu ahli UMNO mengistiharkan diri sebagai “Bekas ahli”. Ini termasuk ‘Amin Sapiro’.

Isunya: Mengapa begitu?

(bersambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com