Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


DIMANAKAH LETAKNYA KEKUATAN SEBUAH PERJUANGAN?

SEORANG rakan menulis email kepada saya, bertanya – apakah perjuangan penulis siber di laman pro-reformasi akan mampu mengisi peranan perjuangan massa.

Beliau menyatakan bahawa perjuangan penulis siber itu adalah berhadapan dengan pelbagai kelemahan dalam menentang suatu gagasan yang sangat kuat. Tidakkah mereka melakukan kerja yang sia-sia semata-mata? Tanya beliau.

Sehingga kini, lebih sebulan saya belum menjawabnya. Beliau, sebagai intelektuil, masih saya teragak-agak utnuk menjawab. Saya tidak mau beliau tersinggung hati. Maklumlah, kalau sudah bergelar cendakiawan, tentu perasaan beliau merasa dirinya hebat. Bandingkan dengan saya – tidak ada apa-apa, bagai langit dengan bumi.

Dengan ini, jika beliau membaca cerita ini, mungkin beliau akan dapat mengerti dan menilai erti perjuangan ‘orang-orang lemah’ seperti penulis sibar. Sebenarnya, disebalik “kelemahan” ini, tersembunyi ‘kekuatan’ yang sukar dilihat dengan mata kasar.

Mungkin saudara pembaca dapat berkongsi sesama kita untuk mencari ‘falsafah’ yang terkandung dalam cerita yang disampai oleh seorang teman saya. Fikirkan dalam-dalam.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


“KITA SEMUA ADALAH BAGAI TEMPAYAN RETAK"

SEORANG tukang mengangkat air memiliki dua tempayan besar; masing-masing bergantung pada kedua ujung sebatag kayu pikulan yang dibawanya menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak.

Maknanya, jika tempayan yang tidak retak itu cuma mampu membawa air setengah penuh dalam perjalanan panjang dari denai air ke rumah majikannya. Kerana retak, tempayan retak itu hanya dapat membawa air setengah penuh saja.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang mengangkat air itu hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya, bukan dua. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, karana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna.

Si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya. Ia merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari bahagian yang seharusnya dapat diberikannya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang mengangkat air tadi, katanya:

"Hamba sungguh malu pada diri ku sendiri, dan hamba ingin mohon maaf kepada tuan hamba." "Kenapa?" tanya si tukang mengangkat air. "Kenapa kamu merasa malu?"

Menjawab tempayan retak tadi, "Hamba hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah bahagian air dari yang seharusnya dapat hamba bawa; kerana adanya retakan pada sisi hamba. Kecacatan itu telah membuat air yang hamba bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Karena cacatku itu, hamba telah membuat tuan hamba rugi tenaga," kata tempayan itu.

Si tukang air itu merasa kasihan pada si tempayan retak itu. Dengan perasaan belas kasihan ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok, aku ingin kamu memperhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan antara perigi dengan mahligai tuan kita.” Katanya.

"Esoknya, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak itu memperhatikan. Baru tempayan retak itu menyedari bahawa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan. Suasana itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih karena separuh air yang dibawanya telah bocor. Kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memperhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan di sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu? Kerana aku sentiasa menyedari akan kecacatanmu, aku telah memanfaatkannya” katanya.

Katanya lagi, “Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan di sisimu. Setiap hari, jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu dari air yang tiris dari retak mu”.

“Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kecacatanmu itu, majikan kita tisdak akan dapat menghias rumahnya seindah sekarang.", katanya.


Fikirkan ini:

Setiap dari kita memiliki kecacatan dan kekurangan dalam diri kita sendiri. Oleh itu, kenalilah kelemahan kita. Syukurilah kelemahan kita sebagai kebesaran Tuhan yang mengurniakan kepada kita. Ketahuilah, “DI DALAM KELEMAHAN KITA, KITA MENEMUKAN KEKUATAN YANG AMAT BESAR..!”

Alhamdulillah…..!! Kita wjib bertawakal dan menyerahkan untuk diberkatiNya.

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com