Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


Dr. MAHATHIR MOHAMMAD: MENGEMBALIKAN FENOMENA PENJAJAH….! (1)

Bah 1

KEMERDEKAAN bermaksud pembebasan dari sebarang faktor-faktor pembelengguan. Dalam konteks kenegaraan, fokus utama ialah kebebasan rakyat memilih dan bertindak. Itu adalah takrif paling mudah sebagai asas pemahaman.

Pemimpin yang dipilih menerajui kerajaan seharusnya bertanggungjawab, berkempauan, berhasrat dan beriltizam untuk merangka, merancang dan melaksanakan satu siri pembangunan fisikal dan minda bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Bermakna, satu garis lurus diukir bagi menghubung dua sektor terbabit – Kerajaan dan Rakyat. Senario sebuah kerajaan yang berwibawa akan terlihat dimana kedua-dua pihak saling memahami, saling menghormati dan berkerjasama antara satu sama lain. Dalam konteks yang lebih luas, fokusnya adalah demi kesejahteraan negara dan hubungannya dengan dunia keseluruhannya.

Akhirnya, terwujudlah satu iklim yang aman, sejahtera, maju dan membangun seganding dengan keterampilan sebuah negara yang padu dan tiak mudah tergugat oleh elemen-elemen yang merosakkan perpaduan antara kedua-kedua pihak itu (kerajaan dan rakyat). Dunia memerhatikan keadaan ini.

Itu adalah konsep. Konsep itu boleh tercalar, malah boleh terluka memberi kesan pendarahan yang sangat menyakitkan.

Dalam keadaan tertentu, sekiranya keadaan itu terbiar terlalu lama, pesakit-pesakit (kerajaan dan rakyat) akan lemah. Akhirnya, pesakit-pesakit itu (kerajaan dan rakyat) berkemungkin tidak lagi bertenaga dan melumpuh (musflis segala).

Satu Senario Menjijikkan

Berbalik sedikit kebelakang, kita sudah lihat bagaimana Dr. Mahathir berperanan menuntut Allahyarham Tunku meletakkan jawatan.

Kita tau bagaimana Mahathir adalah seorang pernah bergelar “Ultra”. Gelaran itu diberi kerana sikap beliau yang sungguh “kurang ajar” dan cukup-cukup “biadap”. Beliau terlibat menjatuhkan seorang pemimpin terulung yang mengetuai sebuah Kerajaan yang dihormati rakyat dan dunia.

Kita juga tahu bagaimana Dr. Mahathir beragenda menyingkirkan seorang lagi Perdana Menteri negara ini. Tun Hussein Onn, secara paksa meletakkan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri. Akhirnya Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO mengetuai kerjaan BN.

Era Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri – kita lihat satu rentetan pertistiwa bagaimana sentimen rakyat dimainkan untuk menyingkirkan sesiapa yang berseteru dengan beliau.

Bukan setakat Timbalan beliau saja, malah mereka yang berpotensi besar menerajui rakyat telah menjadi mangsa adu-domba dan agenda busuk beliau. Ini termasuk Ku Li dan Ghazali Shafie – dua orang pemimpin rakyat yang berpotensi dan mempunyai sejarah keterampilan sebagai ‘anak didik’ pejuang kemerdekaan yang telah pergi untuk selama-lamanya.

Kita sudah lihat bagaimana Dr. Mahathir mengambil kesempatan dari keadaan yang wujud untuk melumpuhkan kekebalan Raja-raja Melayu. Karenah agenda Mahathir membawa kepada krisis Perlembagaan kali ke-dua (awal tahun 90-an). Itu adalah siri beberapa “penyingkiran” yang menjadi sejarah Dr. Mahathir dalam politik.

Kita tidak bertujuan mengagung-agungkan kekuasaan raja-raja, tetapi dalam sistem Raja Berperlembagaan, ada peranan tertentu dalam Perlembagaan yang memperuntukkan kuasa YDP Agung wajar dimartabatkan. Tujuan memperuntukkan kuasa kepada YDP Agung adalah untuk memberi ruang kepada rakyat mengadu kepada struktur tertinggi itu dan mendapat perlindungan terakhir sebagai suatu struktur kuasa yang berkecuali. Ini sangat penting.

Keinginan Berkuasa Mutlak

Mengapa Mahathir begitu berkeinginan meruntuhkan sistem itu. Jawapan yang ketara ialah: Dari apa yang dilihat hari ini, ternyata maksud sebenar Mahathir ialah untuk meletakkan semua kuasa di tangan beliau sendiri. Dengan itu beliau akan bebas berdiri “mengatasi undang-undang” dan melakukan apa saja mengikut seleranya.

Sekaligus, beliau akan berkuasa memanipulasikan segala dasar negara, undang-undang dan peraturan, institiusi kerajaan dan kakitangan awam disemua peringkat.

Apa yang menjijikkan ialah, kuasa yang telah begitu luas di tangan beliau menyebabkan semua wakil-wakil rakyat dan para menteri yang dilantik bertukar sifat menjadi ‘pak turut’. Dengan sistem Parlimen majoriti 2/3, Dr. Mahathir kan bermaharajalela melakukan apa juga yang beliau sendiri suka. Kepentingan rakyat menjadi perkara kedua! Kepentingan dirinya lebih utama.

Kesimpulannya, jika ini dibiarkan, bermakna negara ini sudah tidak lagi mengasaskan Perlembagaan sebagai “induk” undang-undang yang menjadi ‘kontrak sosial’ yang dipersetujui rakyat dan Kerajaan yang memerentah.

Dengan itu bermakna, rakyat tidak ada lagi mempunyai sebarang kuasa membantah dan menyanggah jika berlaku sebarang perkara dasar dan perlaksanaan yang menjejaskan hak-hak dan kesejahteraan mereka.

Ini memberi makna bahawa negara itu sudah diperentah-tadbir oleh seorang DIKTATOR dan seorang “Presiden” sebuah “Republik Bayangan”. Dengan itu Perlembagaan Negara hanya cebisan kertas yang dijilid sebagai sebuah buku tidak berguna.

Kerana artikel dan bab-bab tertentu yang melindungi rakyat sudah dipinda begitu rupa dan ditafsir supaya memberi makna menyokong kemahuan dan kepentingan seorang Perdana Menteri sahaja, sementara rakyat dipaksa memperakukannya – ini jelaslah memberi makna bahawa negara dan rakyat negara ini telah diurustadbir oleh seorang DIKTATOR!

Diktator Adalah Penjajah!

Pentadbiran sebuah regim Diktator adalah suatu bentuk PENJAJAHAN. Yang lebih teruk lagi, penjajahan bentuk ini adalah dilakukan oleh sekelompok (team/inner-circle) para pemimpin pilihan yang diketuai oleh “satu orang” dari kaum dan bangsa sendiri.

Kerana ia dari bangsa sendiri, maka kelompok pemimpin ini mampu ‘main wayang’, berlagak sebagai pembela rakyat. Tanpa disedari, kelompok inilah penjenayah beragenda dan melakukan rompakan secara terang-terang disebalik undang-undang yang mereka rancang.

Para pemimpin pilihan oleh ketua kelompok itu menentukan bahawa tidak semestinya menteri-menteri yang dipilih dan diangkat tidak semestinya atas mandat mewakili rakyat. Sebaliknya, mereka adalah dipilih oleh Perdana Menteri yang berkuasa, semata-mata untuk kepentingan diri beliau, anak-beranak, suku-sakat, kroni politik dan mereka yang sekongkol dalam kelompoknya.

Sistem ini berkemungkinan kekal. Sementara itu, rakyat akan terus dipinggirkan. Mereka akan memastikan berada ditampuk kuasa. Mereka akan memutarbelitkan undang-undang dengan memberi justifikasi terhadap semua perbuatan sumbag mereka.

Hari ini kita sudah nampak terang-terang barisan Menteri-menteri dan orang-orang tertentu yang disingkirkan rakyat masih dipilih oleh Dr. Mahathir bagi menerajui Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan yang peting-penting.

Semua menteri UMNO dan BN tidak lagi berfungsi untuk rakyat, sebaliknya hanya bertugas untuk kepentingan “tuan besar” mereka. Mereka juga mendapat laba.

Keadaan ini tak boleh jadi. Ia tidak boleh dibiarkan. Rakyat perlu tahu hak-hak mereka dan bertindak untuk memulihkan kemerdekaan mereka. Rakyat perlu tahu makna ‘people power’ – iaitu suatu kuasa muktamad yang mampu menumbangkan semua bentuk penjajahan..!!

Apakah hak-hak rakyat dan apakah yang dikatakan ‘people power’?

(bersambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com