Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


DASAR PENSWASTAAN MAHATHR MOHAMAD MEMBUNUH DAYA KEUSAHAWANAN IKS MELAYU – SATU RUMUSAN. (Bah. 1)

SUDAH lama saya menyimpan catatan ini. Sudah muak saya berfikir panjang. Siang malam terbayang – betapa nasib orang Melayu makin malang. Mengapa kita masih nak simpan ‘jembalang’. Kini sudah mula memakan tuan!!

Sejak saya menghadiri sebuah seminar keusahawanan di Kuala Lumpur tempoh hari. Dollah Ahmad Bedawi bukan main berlagak ‘menghamun’ peserta (rata-rata orang Melayu).

Kununnya orang Melayu jangan bergantung kepada subsidi bantuan Kerajaan. Khususnya dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Geram juga hati saya mendengarnya. Apatahlagi, melihat bangsa saya dianiaya!! Tidakkah kita sudah Merdeka? Apa maknanya?

Tidakkah kita memilih pemimpin UMNO untuk membantu kita mengisi Kemerdekaan? Mengapa kita mesti diperbangangkan? Tidakkah kita rakyat watan? Mengapa kita diperlakukan semacam pendatang haram?

Orang Melayu Menyumpah Habis

Ramai para peserta terkebil-kebil saja terbeliak mata. Ramai yang melopong tak terkata apa. Mulut ternganga. Maklumlah, itu memang budaya pemimpin Melayu dalam UMNO – ditempat begitulah mereka ‘tunjuk steam’.

Kalau dibantah kena catit nama. Silap-silap kena ‘potong nama’. Hilang taraf sebagai ahli UMNO..!! Dituduh tak “bersyukur” (alahai…!!) kepada UMNO dan pemimpin mereka. Ganjarannya – tersekat pintu rezki mereka.

Yang peliknya, ada puak yang bertepuk tangan. Ada yang memuji kehebatan Dolah bagi ucapan. Mungkin seorang berdua saja yang bosan tak pasang telinga. Maklumlah – balik-balik rakyat yang salah. Pemimpin UMNO “suci”, tak ada dosa apa-apa. Elehhh….. macamlah mereka sesuci hamba Allah baru turun dari syurga…!!

Masa rehat minum kopi, kami bertanya sesama sendiri, “Kalau Mirzan dan Kroni Mahathir tak ‘dibail-out’ dan bagi berpuluh bilion subsidi, apa sudah jadi? Tak kan Dollah Bedawi sebangang itu, nggak ngerti”, kata seorang Wak dari Johor.

Menjawab Mamat dari Negeri Sembilan. Dia kontraktor buat jembatan. Kabarnya dulu, jembatan Rais Yatim dia lah yang tolong bakarkan. Katanya, “Taukeh babi pun Dollah bagi subsidi. Kalau orang Melayu mintak – disebut macam nak rak. Macamlah kepala bapak dia punya hak…”. Marah betul dia.

Begitulah marahnya orang bila dengar pemimpin UMNO kalau bercakap. Masing-masing memang tak sedar diri. Salah orang nampak, salah sendiri tak kata apa..!

Teringat saya: JIKA Robin Hood dalam legenda “revolusi-rakyat” Inggeris menentang kekejaman sistem Raja dengan membawa falsafah marhain “Robbing the rich for the poor”. Tetapi Dr. Mahathir Mohamad yang angkuh mendabek dada sebagai pejuang negara ke-tiga terang-terang telah melakukan perkara sebaliknya. Beliau lebih cenderung ‘merompak orang miskin untuk dikongsi-kongsi oleh orang kaya’.

Hasilnya, hari ini kita semua nampak ada bukti nyata bahawa yang kayaraya adalah diri Mahathir sendiri, anak-beranak, suku-sakat dan kroni-proksinya, para menteri dan wakil rakyat UMNO dan komponen Barisan Nasional.

Itu bukan fitnah. Malah itulah yang menyebabkan Datuk Seri Anwar membantah. Kerana itu adalah bertentangan dan bercanggahan dengan prinsip, matlamat dan kepentingan Mahathir, maka Anwar disingkirkan.

Yang paling ganjil dan pelek, Anwar diaib-malukan, diseksa, dipenjara dan seluruh keluarga beliau disisihkan begitu rupa!! Rakyat tahu. Sebagai manifestasi bantahan orang Melayu, maka lumpuhlah Kerajaan UMNO/BN di Terengganu! Begitu juga di Kelantan. Beberapa negeri lain hampir ditawan oleh Pembangkang Melayu.

rang Melayu Terus Dipinggirkan

Jika di zaman penjajah, orang Melayu dianggap rakyat kelas tiga selepas kaum penjajah Inggeris dan kaum Cina. Penjajah merancang supaya orang Melayu disisihkan ke ulu-ulu dan pendalaman di pinggir hutan simpan. Orang Melayu diagih perkampungan khas disebut Tanah Simpanan Melayu (TSM).

Tak apa juga. Hiduplah mereka dengan budaya dan ekonomi secukup hidup (subsistance). Mereka tidak meminta-minta.

Tetapi mereka terus bercita-cita untuk menebus keadaan hidup yang terpinggir. Mereka mahu kemerdekaan dan mencorak masa depan generasi mengikut peredaran zaman. Mereka mengerti bahawa dunia akan serba maju dan berlumba-lumba. Mereka mahu mencorak hidup generasi masa depan yang mulia, berwibawa dan beragama.

Malangnya, setelah 43 tahun negara ini di merdekakan – Mahathir adalah Perdana Menteri pertama yang tidak nampak mempunyai sebarang rancangan untuk membangunkan daya keusahawanan orang Melayu secara sistematis, disengajakan dan jangka panjang.

Hampir 18 tahun Dr. Mahathir menerajui UMNO, jumlah usahawan tahap Pertengahan dikalangan orang Melayu berbanding kaum lain – tidak lebih bagai ‘melepaskan batuk di tangga’ saja. Mahathir menghabiskan masa beretorika. Menjelajah keliling dunia. Menunjukkan ego dan kehebatannya.

Saban hari kita didendangkan dengan pelbagai janji manis bagai madu gula nira. Tetapi cuba orang Melayu yang berkeinginan menceburkan bidang ini mencuba daya usaha? Rata-rata mereka akan berkata: “Kerajaan Mahathir cuba pandai ‘menanam tebu dibibir’ saja..!!”

Pembangunan “Kepala Bapaknya”…!!

Mahathir membina pelbagai projek ‘gajah putih’. Disuruhnya orang Melayu berbangga. Bersorak ria. Gegak gempita. Sementara orang Melayu di desa, terbiar dan jauh sekali dari dibela dengan sempurna dan berencana.

Dibinalah sebatang jalan bertar, dimasuk letrik dan air pili. Dikatakan bahawasanya itulah pembangunan. Pembangunan “kepala bapaknya”…!!

Orang kampung masih berhuma. Nelayan pantai masih mengayuh sampan injin sangkut. Nelayan laut dalam Siam yang teroka. Lembu di padang cuma dua-tiga ekor. Pokok getah makin tua. Bantuan tanam semula dihentikan serta-merta. Kemiskin mulai melanda.

Pendidikan anak-anak Melayu tanpa biasiswa. Sekarang diubah jadi pinjaman pula. Ratusan ribu perlu dibayar. Jika tak bayar, dikejar saman. Akan diheret ke mahkamah.

Sepatah kata pepatah Melayu, Mahathir dan ‘lembu-lembu pawah’ UMNO yang dibaruakannya, hanya bercakap semacam ‘pepat diluar rencong didalam’. Banyak orang harapan rakyat yang sanggup ‘menggunting dicelah lipatan’. Sistem “Ten %” menjadi paduan lumrah sebagai amalan..!!

Akhirnya, belumpun pengusaha IKS mendapat ‘kontrak dan tender’, orang politik sudah siang-siang ‘kebas’ untuk abang ipar, kakak saudara, anak-anak dan kroni-proksi mereka.

Kita boleh ‘check-chek’ tengok! Carilah satu orang para Menteri dan MB-MB UMNO yang tidak ada kroni proksi dan penyimpan ‘mohor’ mereka? Kata jenakanya – “boleh potong telinga” kalau ada yang bersih tanpa rasuah. Masing-masing dah jadi “mafia”.

Tanya Rafidah Aziz – amacam isu Saham menantu beliau? Tanya Mahathir – Mirzan dengan Syarikat Kapal Kebangsaan itu berapa billion PETRONAS dah ‘koyak’? Itulah dia sistem “Nepotisma dan Kronism”

Apa Puncanya?

Puncanya adalah bersebab dari Dr. Mahathir sendiri terlalu ghairah dengan dasar Penswataan. Kununnya, itulah cara meningkatkan penyertaan rakyat dibidang keusahawasan dan perniagaan secara berkesan. Maka bermati-matianlah beliau merombak dan mengatur semula beberapa uruskerja, struktur dan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Kununnya, dasar beliau yang baru akan menjadi asas harapan memajukan orang Melayu dibidang ini. Tapi dasar itu bertukar jadi “Dasar Ekonomi Baru(a) pulak!!

Akhirnya, rombakan keatas DEB yang diolah semula begitu rupa – disuntik dengar dasar Penswastaan. Mahathir bermegah memuji dasar yang dilaksanakan. Hebat kununnya..!! Kerajaan untung dapat banyak cukai!

Maka wujudlah dengan sendirinya faktor “Nepotisma dan Kronisma”. Melalui satu jalinan interaksi yang mantap dengan kroni tertentu, Dr. Mahathir mencanangkan pula konsep ‘Malaysia Incorporated’.

Dengan konsep yang diimpot dari Jepun itu, bermakna antara golongan peniaga bermodal besar dengan semua jabatan terbabit diwujudkan satu hubungan yang ikrab. Tak cukup dengan itu, diinjek pula dengan slogan “Smart Partnerships”..!!

Di impikanlah konsep pensyarikat Jepun dipanggil “sogososha”. Syarikat kecil akan bertukar besar, cuma dengan ‘lampu Aladdin’ yang direkacipta oleh Mahathir. Tetapi yang jelas, orang Melayu bukan ‘bersogosyosha’. Sebaliknya mereka bertambah “syusyahhhh..”. Inflasi meningkat berkali ganda.

Rasuah Diberi Perlindungan

Nah! Di sinilah bermulanya segala rasuah dan penyelewengan yang menggila-gila. Semuanya jadi halal tanpa dosa. BPR pun tak boleh lagi buat kerja. Kalau tak percaya, tanya Datuk Shafie Yahya – apa cerita Dr. Mahathir maki-hamun beliau bila Abol Hassan ditangkap dengan wang tunai RM100 ribu dalam laci pejabat?

Apatahlagi, bagi Pak Mat yang cuma kontraktor Kelas ‘F” dengan modal hasil cagaran se bidang tanah pesaka, pasti akan teraba-raba, tertanya-tanya untuk mencari maknanya konsep-konsep Mahathir yang ‘gila-gila’..!!

“Ya Allah…!! Bukan main hebat. Nak memikir untuk dimasukkan ke dalam kepala hotak pun kepalang punya beghat…!” Pak Mat melopong terkulat-kulat bila tengok Ahmad Ridzwan, adik kepada Mohammad Taib dapat tender juta-juta!! Untung berlipat-lipat.

Sampai Mohd. Taib kena tangkap oleh kastan-imigresen Australia sebab bawa duit dalam bag bimbit setengah koyan. Dia mengaku duit dia. Tapi dia tak cakap dari mana asalnya. Takkan gaji MB sebulan 3 juta.

“Sajalahhh…abang dia Menteghi Besaq.. Hang apa ada? Modai pun tadakkk..” menjawab ‘partner’ si Pak Mat.

Jadi puak mana sekarang yang mendapat memanfaat bermewah-mewah dari dasar Pembangunan Usahawasan Mahathir yang direstui UMNO..? Kantung siapa yang berisi dan kocek siapa yang kosong?

(bersambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com