Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


DASAR PENSWASTAAN MAHATHR MOHAMAD MEMBUNUH DAYA KEUSAHAWANAN IKS MELAYU – SATU RUMUSAN.

(Bah. 3)

UMNO Hilang Pedoman

SEMENJAK Mahathir mengambilalih kepimpinan UMNO dan BN, dan sekaligus mengambil alih jawatan Perdana Menteri; ikrar pertama beliau ialah berazam merobah keadaan melalui slogan ego dinamakan oleh beliau sebagai “Azam 100 Hari”.

Sebagai seorang ‘tactician’ beragenda yang sekian lama mengidam jawatan eksekutif tertinggi (PM), tempoh itu beliau gunakan sebaiknya untuk menerap imej, identiti dan personaliti sendiri.

Perkara pertama yang beliau lakukan ialah menggegarkan keadaan semesta, bukannya memperbaiki dan memperhebat penglibatan dan penyertaan orang Melayu di bidang keusahawanan dan perniagaan. Padahal, waktu itu Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya ada kurang lebih 15 tahun saja lagi. Dan, pencapaian orang orang Melayu tidak sampai 8% walaupun sasaran sebenar 30%.

Dr. Mahathir asyik dengan keghairahan menunjukkan imej kelainan yang membedakan identiti dan cara dari PM-PM sebelum beliau. Beliau lebih cenderung kepada “image making” dalam politik sambil berkhayal sendiri dengan pelbagai projek mega.

Dasar beliau di bidang perindustrian dan perniagaan lebih tertumpu kepada perusahaan mega. Beliau tidak nampak menumpu dan mempedulikan usaha kepada pembangunan keusahawanan dan perniagaan orang Melayu samada memperbanyak penubuhan perusahaan kecil dikalangan orang Melayu mau pun memperbesar yang kecil ke tahap sederhana.

Mereka yang meneliti secara dekat, sebenarnya Dr. Mahathir menggunakan tempoh itu untuk melaksanakan strategi memusatkan semua kuasa ke dalam genggaman beliau. Seperti yang dijangka, beliau mempastikan semua struktur dalam seluruh pentadbiran negara dan institiusi terbabit dikuasai beliau sepenuhnya.

Semua pihak yang terbabit – samada dalam Parti maupun Kerajaan dan Perkhidmatan awam diberi mesej dan amaran keras lagi jelas bahawa beliau adalah seorang Perdana Menteri dan sekaligus Presiden Party yang berkuasa. Diingatkan bahawa tidak siapa yang boleh melakukan sesuatu tanpa kebenaran beliau.

Mahathir menggunakan keputusan Kabinet sebagai perisai. Dalam keadaan tertentu, beliau “memperkudakan” para pemimpin UMNO dan BN sebagai “lembu-lembu” bertanduk panjang!!

Rakyat yang pintar sudah nampak bahawa Mahathir sudah memulakan era “Reign of Terror” dalam pentadbiran negara.

Mahathir meneruskan agenda untuk menguatkan kedudukan dengan menyuntik (instill) rasa terugut dan ketakutan disemua pihak dan peringkat. UMNO semacam hilang sasaran dilambung oleh keghairahan ego “imej making” para pemimpin politik.

Penyokong UMNO diluar tidak tahu bahawa Mahathir sebenarnya menyimpan satu agenda tersembunyi untuk diri beliau sendiri. UMNO sudah hilang prioriti dan berubah jauh dari pedoman sebenar.

Latarbelakang Mahathir Ada Kaitan

Perlu diketahu latarbelakang Dr. Mahathir sebelum menjadi Perdana Menteri banyak membentuk sikap, perangai, pendekatan, objektif dan cara pengendalian sebuah parti dan kerajaan dan menetukan keutamaan beliau.

Jika Mahathir bersikap pembohong dan ‘talam dua muka’, mengambil kesempatan, tidak jujur dan berpura-pura, pengugut dan beragenda – segala-galanya dapat dilihat dari latarbelakang ini. Buku ‘Delima Melayu’ memberi petanda siapa beliau dan apa anggapan beliau terhadap orang Melayu.

Mahathir hanya berpura-pura menggunakan isu ‘kekecewaan orang Melayu’ sebagai umpan memancing pengaruh penyokong UMNO, dan sekaligus meletakkan diri beliau supaya dianggap oleh orang sebagai ‘pejuang dan pembela’ orang Melayu melebihi pemimpin lain.

Adalah suatu yang benar dan perlu diingat, semasa era pentadbiran Allhyarham Tunku, Mahathir adalah ‘duri dalam daging’ kepada kepimpinan pentadbiran Allhyarham. Sebagai seorang yang sekian lama berjinak-jinak melalui perselingkuhan beliau dengan “Freemason Yahudi” yang berpusat diluar negara, Mahathir diyakinkan oleh mereka supaya menguatkan naluri “killer instinct” dalam dirinya.

Yahudi memberi ingatan supaya Mahathir tidak boleh mengamalkan budaya Timur yang bersopan dan menghayati perinsip Islamik yang lazim andainya beliau mahu menjadi kuasa tertinggi di negara ini dan kekal ditampuknya.

Lihat beberapa insiden yang memberi gambaran siapa mahathir sebenar:

1) “Kurang Ajar”

Mahathir adalah seorang yang terlibat menggugat kedudukan dan membangkit isu-isu kontroversi terhadap kepimpinan “Bapak Kemerdekan” negara: Allahyarham Tunku. Peristiwa 13 Mei membawa rahmat kepada Mahathir. Beliau menggunakan kesempatan yang ada untuk meruntuhkan imej pentadbiran Allhyarham, mengkhianati UMNO – seterusnya Kerajaan.

Rata-rata pihak yang mengetahui dalam politik dan kerajaan membuat kesimpulan bahawa Dr. Mahathir memang seorang ‘Ultra’, anti Party sendiri dan Kerajaan yang memerentah.

Merujuk kepada petikan dari sebuah artikel yang dikutip dari Forum Freeanwar, Dr. Mahathir pernah menulis surat paling tidak “sopan” dan ditafsirkan dalam budaya sosio-politik orang Melayu sebagai “kurang ajar” kepada Allahyarham Tunku.

Antara kandungannya berbunyi:

[[…."You have become so powerful, both by virtue of your office and by popular acclaim, that UMNO has become subservient to you. UMNO is being held together, not because the members share your ideas on politics, but through a system of patronage and disguised coercion based on Government rather than party authority".

"Mr. Prime Minister, your Government of mediocre people is bereft of ideas, is unable to understand the limits of their authority, and is generally unable to rule. All the while, however, your Government is busy on devices to perpetuate itself. These devices are so transparent and so lacking in subtlety that they achieve just the opposite effect". ]]

b) “Talam Dua Muka”

Dalam konteks hubungan kaum, pandangan Dr. Mahathir terhadap kaum Cina adalah seperti berikut:

"Your ‘give and take’ policy gives the Chinese everything they ask for. The climax was the commuting of the death sentence, which made the majority of the Malays angry. The Chinese on the other hand regarded you and the Alliance government as cowards and weaklings who could be pushed around".

"Once more I wish to repeat that the statement I made [on the continued exclusion of the MCA from the Cabinet] is to prevent the Malays from hating the Government more and to stop the Chinese from abusing the dignity of the Malays. A bigger riot will occur if this is allowed. The military itself will be beyond control".

c) “Berudang Disebalik Batu”

Apakah tujuan Dr. Mahathir sebenarnya?

[[…."I wish to convey what the people really think, that is that it is high time you resign as our Prime Minister and UMNO leader"]].

Belang Mahathir makin nampak apabila beliau menjadi Menteri Pelajaran. Akta Universiti dirombak beliau yang menyebabkan mahasiswa tidak dibenarkan mencampuri politik seperti sebelumnya walaupun pun di kampus.

d) Cenderung Berkonspirasi

Beliau meningkat hingga menjadi Timb. Perdana Menteri. Sementara Perdana Menter Tun Hussein Onn dirawat di luar negara, Mahathir beragenda kotor melakukan konspirasi mensabotaj (dalam parti) terhadap Tun Hussein. Agenda beliau berjaya memaksa Tun Hussein meletakkan semua jawatan dalam parti dan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Dr. Mahathir.

Itulah konspirasi dan dosa ke dua yang Mahathir dalam agenda beliau menyingkirkan pemimpin atasan. Memang nampak bahawa Mahathir menyembunyikan satu cita-cita peribadi paling besar iaitu untuk menjadi Perdana Menteri secepat mungkin dalam usia masih muda..

e) Tidak Mengenang Budi

Kerana keyakinan beliau kepada falsafah yang serap-terap dari Yahudi Freemason itu telah mendarah darging dalam dirinya, Mahathir beragenda untuk menggunakan UMNO dan BN sebagai tapak bertenggek dan batu loncatan – semata-mata untuk memenuhi objektif beliau.

Mahathir tidak ada niat berterima kasih kepada sesiapa pun samada kepada UMNO, pemimpin terdahulu atau orang Melayu.

Bagi beliau, kepentingan diri mengatasi apa juga. Setiakawan hanya berguna untuk diri. Khidmat dan karisma orang lain harus diguna tetapi wajib dilupakan demi kepentingan diri sendiri. Konsep ‘habis manis sepah dibuang’ mesti dijadikan amalan tanpa ‘conscience’.

f) Mensekularkan Islam

Beliau yakin sepenuhnya, jika sebuah Parti berbentuk Islam (seperti PAS) dibiarkan berpengaruh, segala kepentingan beliau akan hancur. Segala kepentingan dan kekayaan yang dibina untuk anak-anak beliau akan musnah kerana Islam (dan orang Melayu) sangat menegah sesuatu perbuatan yang tidak halal dan berbau rasuah.

Dengan itu, ‘Islam’ yang disebarkan harus DISEKULARKAN sebagai jaminan beliau akan terus diingati dan kepentingan anak-anak beliau akan kekal ditangan mereka (selepas beliau mati).

Apakah Cita-cita Sebenar Mahathir?

Faktor peribadi dan fahaman yang terbunyi dalam minda Mahathir itulah yang menyebabkan seluruh suasana politik orang Melayu hari ini bergolak hebat. Sekaligus, keharmonian hidup seiringan dengan kaum-kaum lain telah tergugat.

Perlantikan beliau sebagai PM membolehkan beliau melakukan banyak agenda yang ganjil-ganjil. Seperti yang dijangka, Mahathir mempastikan semua struktur dalam seluruh pentadbiran negara dan institiusi terbabit tidak boleh melakukan sesuatu tanpa kebenaran beliau.

Untuk menjamin kedudukan beliau, Mahathir melakukan satu “rombakan pembersihan” dalam pentadbiran beliau. Antaranya, adalah:

i) Menyingkirkan Pesaing

Struktur pertama ialah Kabinet Kerajaan. Mahathir mengarahkan semua menteri dipastikan tunduk melutut mengikut hukum dan kemahuan beliau. Mereka yang engkar diberi tempoh untuk berfikir. Samada mengikut kehendak beliau atau ‘tender resignations’. Rombakan Kabinet dilaksanakan seterusunya.

Secara perlahan, Mahathir mencari kelemahan setiap anggota Kabinet dibawah beliau. Malah beliau membiarkan mereka melakukan sesuatu yang salah dan melanggar undang-undang (eg. Rasuah dan maksiat sosial, dll). Pengintip dipasang dan memberi laporan. Tujuan beliau berbuat demikianadalah untuk memerangkap mereka, sekaligus “memenjarakan” sebagai hamba suruhan beliau!!

ii) Musuh Idaman

Mahathir mempunyai kelamahan tersendiri. Beliau tidak mampu berhujah dengan beberapa pemimpin Melayu vetren yang matang dan ‘knowledgeable’.

Maka pemimpin pertama yang menjadi mush beliau “diterajang” keluar ialah Tan Sri Ghazali Shafie. Beliau adalah musuh idalaman sejak bertahun-tahun sejak MAGERAN di zaman Tun Razak. Mahathir memang tidak mampu menandingi Tan Sri jika berhujah dan bantah-sanggah.

(Tan Sri Ghazali Shafie)

Latarbelakang Tan Sri Ghazali - beliau adalah seorang menteri yang senior – berpengalaman cukup luas di bidang perkhidmatan awam, faseh dengan dasar luar negara, mengetahui dengan mendalam politik dan budaya UMNO dan BN, menghayati fabrik sosial masyarakat majmuk dan mengerti cara dan pendekatan yang sesuai dan menyelesaikan permasaalah negara dalam keadaan sulit.

Tan Sri Ghazali berpengalaman sebagai “trouble shooter” dalam pelbagai insiden hubungan tegang dalam isu sempadan Malaysia-Thai.

Beliau terlibat dalam isu menamatkan ‘Konfrontasi’ antara Malaysia dengan Indonesia. Beliau terlibat secara langsung dalam penubuhan ASEAN dan ZOPFAN (gagasan berkecuali serantau).

Khidmat beliau sebagai bekas kakitangan awam telah memberi banyak perubahan dasar Malaysia – samada di peringkat nasional mau pun antarabangsa.

Sewaktu berkhidmat sebagai seorang Menteri Kabinet Perdana Menteri sebelum Mahathir, Tan Sri adalah seorang yang jelas berwibawa dan berpandangan jauh. Ini adalah suatu kenyataan yang telah mendapat perakuan dan pengiktirafan rakyat.

Sumbangan Tan Sri paling penting sekali ialah khidmat beliau sebagai salah seorang pemimpin yang disegani dalam mencari penyelesaian dalam isu perkauman kesan dari Peristiwa 13 Mei. Dengan azam yang begitu kita, Tan Sri telah berjaya memberi sumbangan khidmat dan nasihat kepada pemimpin lain mengembalikan negara ‘to the state of normalcy’ dalam waktu yang singkat.

Khidmat Tan Sri Ghazali yang cermerlang dicemburui Mahathir kewibawaan beliau sebagai pemimpin akan terlindung. Pendekatan dan objektif Tan Sri adalah bertentangan dengan sikap dan perbuatan, tindakan dan agenda Dr. Mahathir.

Budaya Singkir-menyingkir

Penyingkiran beberapa pemimpin UMNO yang lain banyak mengkacaubilaukan keadaan UMNO hingga bergolak dan melupakan perkara berhubung dengan isu penglibatan orang Melayu di bidang ‘keusahawanan dan peniagaan’.

Persoalan yang timbul:

Siapa lagi yang menjadi mangsa agenda Mahathir, dan apa kesannya kepada budaya politik orang Melayu hingga terperangkap tidak menjadikan ‘keusahawanan dan peniagaan’ sebagai keutamaan?

Bagaimana budaya ‘jatuh menjatuhkan’ menyebabkan orang Melayu terpuruk dan meninggalkan isu terpenting lain?

Siapa yang bertanggungjawab membuat dasar melumpuhkan kekuatan politik orang Melayu?

(sambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com