Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


MAMPUKAH REGIM MAHATHIR & PEMIMPIN UMNO/BN MERAIH SOKONGAN RAKYAT LAGI?


Rujuk: rencana di Utusan Malaysia
Tajuk: “Keikhlasan para pemimpinnya dalam soal wang ihsan”
Penulis: Siti Kamsiah Nekmat, Bangsar, Kuala Lumpur.
Tarikh: 28, September 2000.

Respon:
MAMPUKAH REGIM MAHATHIR & PEMIMPIN UMNO/BN MERAIH SOKONGAN RAKYAT LAGI?

NAMPAKNYA tak habis-habis regim Mahathir mencari justifikasi untuk menghalalkan perampasan hak dan harta rakyat Terengganu berthabit Rayalti minyak Terengganu. Regim itu sudah hilang hujah bagi menyakinkan rakyat seluruh negara, khususnya rakyat Terengganu.

Selain dari penyokong parti Pembangkang, hampir seluruh rakyat negara ini (termasuk Sabah dan Serawak) telah memberi pendapat dan tanggapan yang sama, bahawasanya regim Mahathir terbukti mempunyai niat jahat dan dendam politik terhadap PAS – vis a vis parti Pembangkang.

Peralihan dari Royalti kepada Ihsan adalah suatu skima putarbelit beragenda regim ini yang telah sekian lama tersimpan sebagai dendam mereka terhadap rakyat yang menyokog Pembangkang.

Alasan Politk Dangkal

Sebenarnya, rakyat sudah bosan mendegar hujah regim ini. Malahan, rakyat sudah nampak mengapa regim ini begitu berusaha memberi 1001 alasan. Malangnya alasan regim ini terlalu dangkal dan mencerminkan ‘dungu politik’ (political stupidity) mereka. Rakyat tidak lagi mengendahkan hujah kuncu-kuncu mereka.

Selepas meneliti hujah-hujah Rais Yatim selama hampir sejam dalam sebuah rancangan TV3 diwawancara Chamil Wariya pada malam Ahad lepas, nampak sangat mereka telah meminta tolong dan menyembah kaki rakyat supaya menutup seluruh isu Royalti itu memohon sembah memperakui pembohongan mereka sebagai benar.

Malangnya rakyat telah punya bukti yang cukup rasional untuk menganggap perbuatan regim Mahathir itu sebagai agenda politik paling kotor pernah dilakukan oleh mana-mana sistem pentadbiran sebuah Kerajaan Pusat di dunia. Makin UMNO tidak mendapat kepercayaan rakyat lagi!

Analisis Internet

Kebosanan rakyat sudah sampai ketahap puncak. Rakyat sudah memutuskan bahawa selain dari perbuatan Mahathir itu beruapa dendam politik bersiri, ia juga bertujuan mengkhianati, mendendami dan menyusahkan rakyat.

Pembacaan rakyat melalui puluhan analisis dan ulasan yang begitu banyak, tepat dan bernas, bersifat mengupas dengan pelbagai bukti yang terpapar di bebeberapa laman internet – rakyat sudah faham. Rais Yatim tidak mampu mengalih tumpuan mereka lagi.

Sekarang, rakyat sudah tidak lagi yakin untuk mempercayai rencana, kenyataan dan ulasan mana-mana berita dan huraian para menteri UMNO diakhbar perdana maupun di media letronik kerajaan.

Rais Yatim Bertebal Muka

Apatahlagi, bila muka-muka bekas pemimpin yang terbuang seperti Rais Yatim yang sanggup menjilat punggung Mahathir kerana jawatan, sanggup menjual maruah dengan mencuba nasib dengan membina jembatan politik yang baru mengganti yang dibakar sendiri – semata-mata kerana sesuap nasi dan ‘mengharap setakuk’ pangkat (supaya digelar Menteri, kunun); sekaligus Rais telah membenamkan paku terakhir kepada keranda agenda regim Mahathir dan UMNO/BN.

Rakyat tidak lagi memandang kebelakang. Bagi mereka, sahlah sekarang bahawa 'kezaliman' dan penganiayaan' yang pada mulanya setakat dijangkakan saja oleh sesetengah pihak, tetapi kini sudah cukup bukti yang berasas.

Kebusukan Regim Mahathir Akan Terdedah

Rakyat sudah jelas bahawa regim Mahathir sangat takut dan gelabah UMNO/BN akan kehilangan teraju pemerentahan negara. Atas beberapa faktor dan sebab berikut makin jelaslah bahawa:. (antaranya)

1) Dengan pemberian terus kepada Kerajaan PAS/BA di Terangganu, kelancaran Pembangunan Terengganu akan dapat dibuktikan oleh Kerajaan PAS/BA secara berkesan. Rakyat sudah nampak bahawa Kerajaan baru PAS boleh melaksanakan semua Pembangunan yang dirancang. Mereka bukan saja mampu menjayakan dengan sempurna malah kos pembangunan projek-projek terbabit akan jauh lebih rendah, bertepatan dengan keperluan rakyat Terengganu. Dikhuatiri, ini mendorong rakyat yang berpuas hati akan memberi sokongan yang padu kerajaan PAS/BA;

2) Mahathir tau bahawa Kerajaan PAS/BA berazam menyiapkan semua projek pembangunan yang dirancang dalam tempoh yang singkat. UMNO akan kecundang bila seluruh rakyat Malaysia di negeri-negeri lain menyaksikan tahap kecekapan kerajaan PAS/BA berbanding dengan kerajaan Wan Mokhtar yang ‘feet dragging’ dalam membangunkan Terengganu selama 25 tahun mentadbir negeri itu. Dengan itu, kredibiliti regim Mahathir dalam pilihanraya 2004, pasti akan dipersoalkan;

3) Perbandingan kos projek selenggaraan kerajaan PAS/BA dengan yang telah dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN akan menimbulkan pelbagai isu sampingan yang akan mempersoalkan kredibiliti, marwah, ketelusan dan kejujuran pentadbiran kerajaan UMNO/BN yang telah ditumbangkan.

4) Satu dari persoalan paling kritikal yang akan timbul dan menjadi tandanya rakyat seluruh negara ialah, selama 25 tahun Terengganu dibawah pentadbiran UMNO/BN berapakah jumlah rasuah dan apakah aspek-aspek penyelewengan yang dilakukan oleh ‘belukang-belukang’ UMNO/BN. Dokumen bukti yang berlori-lori tersimpan dalam tangan Kerajaan PAS/BA sekarang akan merosakkan peluang UMNO membela diri. Jika kesemua itu didedahkan, pasti UMNOBN akan luka parah dan gulung tikar dalam pilihanaraya ke-11 kelak.

5) Isu rasuah dan penyelewengan ini akan melimpah membabitkan pelbagai fakta lain yang berlaku keatas wang dan harta PETRONAS yang diketahui telah disalahgunakan secara wenang oleh regim Mahathir. Rakyat tahu, Mahathir dan Daim telah sewenang-wenangnya menggunakan wang tersebut untuk menampung pelbagai jenis BAIL-OUT (bernilai puluhan billion RM) untuk memulihkan puluhan korporat anak-anak Mahathir, kepentingan Daim, suku-sakat mereka, dan kroni-proksi. Sementara itu, peniaga IKS Melayu dan rakyat dibiarkan mati beragan.

Dengan itu akan terbogkarlah betapa 'kejamnya' Kerajaan Pusat kerana telah memutuskan 'pintu rezeki' rakyat Terengganu. Dalam konteks yang lebih luas, seluruh rakyat di negara ini akan mereka diri mereeka ditipu bontang semata-mata demi kepentingan tembolok Mahathir, Daim, anak-anak Mahathir, kepentingan Daim, suku-sakat mereka, dan kroni-proksi mereka.

Jalan Selamat Menunggu Kiamat

Untuk sementara waktu ini, jalan selamat bagi regim Mahathir dan UMNO/BN menunggu tarikh ‘Kiamat’ parti itu ialah dengan menggunakan pelbagai putarbelit dan hujah bohong, dangkal dan bebal.

Dengan menukar Royalti kepada Ihsan, Kerajaan Pusat akan dapat menuntup segala rasuah dan peyelewengan serta pekung-pekung mereka yang sudah-sudah yang akan tercatit dalam akaun perbelanjaan keatas lebih RM800 juta wang tersebut. Jika pemberian itu dikendalikan sebara prosidur pemberian Ihsan; cara pembayaran yang tidak melalui mana-mana pihak akan terus kepada poket Kroni mereka. Beberapa individu UMNO akan mendapat komisyen ‘atas angin’.

Kejadian seumpama itu telah berlaku selama 25 tahun dibawah UMNO/BN. Inilah yang menyebabkan seluruh rakyat Terengganu membantah keras cara pemberian bentuk baru itu. Mereka sudah nampak bahawa yang akan mendapat faedah dan ‘spin-off’ dari pembiayaan Pembangunan itu ada Kroni politik dan perniagaan puak UMNO/BN yang sudah dikenal pasti siang-siang, dan bukan rakyat.

Semasa diwawancara di TV, Rais telah menyedari bahawa hampir seluruh rakyat Malaysia tidak menerima hujah regim Mahathir sebenar. Memang jelas, dibelakang hujah Rais terang bagai disuluh motif 'udang di sebalik batu' UMNO/BN.

Kroni Mewah Rakyat Parah

Lebih-lebih lagi Mahathir memang terlibat dengan pelbagai rasuah nilai berbilion. Eric Cheah, Datuk Shafie Yahya dan DS Anwar menyimpan bukti-bukti konkrit.

Tambahan pula, beberapa kelompok indivdu dalam regim Mahathir sekarang sangat memerlukan puluhan bilion wang untuk menampung kemuflisan korporat mereka.

Contohnya, Halim Saad yang mengendalikan kumpulan RENONG bagi pihak regu Mahathir-Daim memerlukan (paling sedikit) RM3.0 bilion tunai. Kroni Mahathir-Daim lain dalam keadaan desperado!!

Di Johor, kerajaan UMNO/BN dibawah MB UMNO/BN Ghani telah merancang projek raksasa pula dengan kos RM15.0 billion. Itu baru satu dua contoh saja. Semua itu, seperti biasa, membawa imbuhan komisyen kepada invidu politik UMNO/BN. Rata-rata, 30 – 40 % dari peruntukan itu akan jadi ‘potongan dalal’ oleh puak tertentu sebagai habuan.

Sebalinya, jika perojek berbilion itu dilaksanaka oleh UMNO/BN dan Kerajaan Pusat, pihak tersebut tidak akan mempersoalkan bagaimana wang itu dibelanjakan. Rakyat tidak tahu dan tidak akan diberi tahu. Selama ini itulah yang berlaku.

Sekarang ini, kejadian rasuah dan penyelewengan yang tertangguh dan dipenyap bawah gulung tikar oleh regim Mahathir mungkin mencapai tahap nilai ratusan billion. Terlalu banyak khabar angin di kalagan rakyat yang mengetahui kes-kes yang masih tertangguh. Sumber berita dalaman dari Internet dan agensi berita luar negeri sentiasa memperbaharui analisis berita mereka.

Skandal Demi Skandal

Skandal demi skandal melibatkan regim Mahathir telah terdedah. Ia makin menjadi tandatanya rakyat. Rakyat tahu kemuflisan PERWAJA, Indah Water Konsortium, RENONG. Rakyat tahu bagimana TNB, TALIKOM MALAYSIA, dll telah dipermainkan oleh puak-puak ini. EPF sudah tidak lagi menjadi sandaran pekerja.

Rakyat juga tahu bagaimana UMNO/BN menggunakan ratusan juta wang rakyat untuk membiayai kempen pilihanraya dan kegiatan kempen parti itu di seluruh negara. Mereka terang-terang melakukan pelbagai aktiviti merasuah pengundi dengan pelbagai cara. Wang rakyat bukan dibelanjakan untuk pembangunan rakyat tetapi sebaliknya untuk membangunkan kekayaan peribadi mereka.

Padan jugalah, selama ini pemimin UMNO/BN disemua peringkat mendapat pelbagai kemewahan kayaraya hingga bergelar ‘jutawan segera’ dalam tempoh setahun memegang jawatan. Sudah menjadi lumrah, pemimpin UMNO memberi hadiah pelancungan kepada penyokong ke Eropah, Amerika, Jepun. Jika disebut Medan atau Brastagi – tidak siapa yang memberi sokongan. Karenah seumpama inilah yang menyesatkan pemimpin UMNO khususnya..!

Rais Yang Menjadi Hamba Tawanan

Nampak pada raut muka Rais Yatim di kaca TV bahawa beliau bagai terpaksa bercakap membohongi rakyat. Sekaligus Rais menjatuhkan pencapaian dan martabat ilmu beliau. Rais sanggup menjual murahan Ph.Dnya. Rais tidak sedar bahawa, di mata rakyat, dirinya sudah jatuh ditimpa tangga.

Regim Mahathir sudah tersepit. Tidak ada jalan lain mereka meraih pengaruh selain berdalih dan berbohong bermati-matian. Mereka mau mengelak daripada diketahui rakyat segala niat jahat mereka.

Semasa menerajui S46, Rais lah yang paling mula-mula dan vokal membongkar kebusukan semua pemimpin UMNO/BN. Mahathir adalah sasaran utama beliau. Hari ini, setelah hampir bankrup dan pokai, Rais sanggup mengkubur partinya, menyerahkan tengkuk untuk ditetak putus oleh Mahathir.

Dalam proses pemancungan Rais oleh Mahathir kali ini, Mahathir memberi kata dua kepadanya: Samada mahu dipancung secara melutut dan membongkok menyerah tengkul atau mendongak muka sambil menutup mata, TETAPI membuka mulut melaung hingga terjelir lidah panjang.

Nampak sangat dalam wawancara di TV3 itu, Rais memilih fitnah dan kecaman terhadap PAS. Rais mungkin lupa bahawa yang dikhianati itu bukan PAS sebagai parti serpihan, sebaliknya PAS adalah sebuah Kerajaan yang didukung oleh rakyat. Bermakna Rais sanggup menghina diri dengan memberi penjelasan dusta dan tidak meyakinkan sesiapa.

Mahathir merancang akan berkempen sekeliling negeri bagi pihak UMNO. Sudah diduga, dalam ceramah Mahathir dan budak-budak suruhan setaraf Rais dan Ibrahim Ali, mereka akan bercerita membayangkan betapa terdesaknya UMNO/BN untuk meraih sokongan.

Undang-undang Ikut Selera Mahathir

Jelaslah sekarang, apa sebab UMNO/BN dan regim ‘keparat’ ini berkeras memprovok kerajaan PAS Terengganu supaya mengambil tindakan undang-undang keatas Kerajaan Pusat. Dari kes Anwar, rakyat sudah nampak terang bahawa undang-undang negara ini tidak adil dan berpihak. Hakim-hakim tunduk kepada tekanan regim ini.

Contohnya, Mahathir yang terang-terang menyalahi undang-undang dalam pelbagai soal yang dibangkitkan di mahkamah oleh peguam Anwar, namun beliau masih terlepas dari dipanggil menjadi saksi. Mahathir dibiarkan “berkokok di luar pagar” oleh para Hakim.

Ketelusan Kerajaan Pusat makin terukti sudah tidak ada lagi. Regim ini dan sekongkol mereka, hingga ke saat ini tidak pernah bercakap benar. Mereka adalah puak yang mudah mungkir janji, tidak amanah, pecah amanah, cenderung melakukan rasuah, menyeleweng dan beragenda.

Annuar Musa Ada Saksi Utama

Apa yang dibincangkan disini bukan tohmahan atau fitnah. Ia adalah berdasarkan pengakuan Annuar Musa, ahli MKT UMNO yang menulis begitu panjang lebar di media arus perdana. Terang-terang Annuar mengakui kenyataan betapa rasuah dan menyelewengnya pemimpin UMNO ini.

Sekiranya UMNO dan regim Mahathir masih berpendirian seperti yang diakui oleh Annuar Musa, memang sudah lumrah maruah pemimpin UMNO tidak akan diyakini rakyat untuk mengendalikan, bukan saja wang Royalti Minyak Terengganu, malah PETRONAS seluruhnya.

Dengan mencekik rakyat Terangganu, mampukah regim Mahathir dan UMNOBN memujuk hati rakyat supaya menyokong mereka?

Apa yang nampak, rakyat semakin berazam dan beriltizam untuk menumbang regim Mahathir pada pilihanraya ke-11 pada 2004 akan datang, insyaAllah.

Allahu Akbar!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com