Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


DALAM PROSES MENGKHIANATI PAS/BA, DR. MAHATHIR MENGHANCURKAN UMNO/BN!

(PS: Berikut adalah rumusan dari pemantauan pro-aktif – beberapa hari turun padang sebelum Dr. Mahathir)

SEJAK Dr. Mahathir menceburi politik, dan orang Melayu memberi beliau kesempatan campur dalam UMNO; beliau tidak pernah menunjukkan rasa terima kasih kepada pemimpin atasan parti dan orang Melayu amnya.

Mahathir Khianati Orang Melayu

Sejarah penggembelingan beliau sejak dalam UMNO Lama membuktikan bahawa, bukan saja beliau tidak berterima kasih kepada UMNO, malah diakhir-akhir ini makin jelas beliau betul-betul tidak peduli kepada aspirasi kemerdeka orang Melayu. Beliau mengkhianati orang Melayu!! UMNO Baru telah dibaruakannya pula. (NB: Itu bukan pandangan peribadi, tetapi rumusan rakyat termasuk pemimpin UMNO/BN pertengahan yang ditemui).

Pernah beliau bercakap kepada wartawan majalah TIME bahawa orang Melayu adalah kaum yang bersedia diperentah, akur dan sudah terbiasa mengikut sistem FEUDAL. Beliau menganggap seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai daya dan kekuatan merubah diri di bidang ekonomi walaupun mempunyai kekuatan politik. (sila rujuk majalah terbabit)

Kata Dr. Mahathir, orang Melayu berpada dengan kehidupan yang mudah (simple) dalam sistem hidup secukuphidup (subsistance). Mungkin diarena politik orang Melayu mempunyai kekuatan politik yang hebat dan berwibawa, tetapi orang Melayu tidak tahu menggunakan kekuatan itu untuk membangunkan diri. (sila rujuk Delima Melayu karangan Mahathir).

Mungkin kata-kata beliau benar. Tetapi kita nampak bagaimana beliau menyelewengkan Dasar Ekonomi Baru dan menyekat pertumbuhan keusahawanan orang Melayu di bidang perniagaan. (rujuk rungutan pengusaha IKS).

Begitu rendah sekali pandangan beliau terhadap orang Melayu, dan begitu buruk agenda beliau terhadap mereka. Mahathir mahu orang Melayu ‘meminta-minta’ sepanjang masa. Walhal orang Melayulah yang memberi beliau peluang menjadi ahli UMNO menerajui parti itu, walaupun sebenarnya beliau lebih wajar duduk se meja dengan S.O. K. Ubaidullah dalam MIC. (itu sindiran bekas MIC terhadap UMNO)

“Ultra” Menipu Orang Melayu

Dr. Mahathir menggunakan ‘approacah’ berbentuk “ultra’ dalam meraih sokongan puak UMNO. Beliau meneruskan sikap seorang ‘Ultra’ bersifat kontroversial untuk memberi kelainan rasa kepada rempah ratus politik orang Melayu. (rujuk apa kata Shahril Samad).

Mahathir merubah corak pemikiran pemimpin dan penyokong UMNO dengan menerapkan pelbagai unsur ganjil yang radikal. Malangnnya, akhirnya perbuatan beliau tidak serasi dengan amalan budaya dan agama orang Melayu. Agenda beliau umpama umpan tiruan yang akhirnya UMNO sendiri menelan dan terjerut di kerongkong.

Dr. Mahathir berusaha menjadikan UMNO sebuah parti yang menghalal dan mengamalkan 'politik wang' dan rasuah. Mahathir menyimpang dari tradisi ‘anti Rasuah’ kepada ‘pro Rasuah dan Penyelewengan’. Pimpinan UMNO semacam sudah kaku, madal dan lali menerima rasuah hingga budaya buruk ini sudah tertanam dan terbiasa. Ia diterima.

Rasuah Sinonim UMNO/BN

Dr. Mahathir meletakkan imej 'politik wang' sinonim dengan UMNO. Keadaan ini menambah minat dan kecenderungan orang ramai berbondong memasuki UMNO dan berrebut-rebut untuk menjadi pemimpin parti. Mereka bermati-matian merebut jawatan dengan apa cara jua. Puncanya, UMNO telah menunjukkan kesediaan menerima konsep 'politik wang' dan rasuah. (Annuar Musa mengakui sendiri).

Kerana gejala rasuah, ‘politik wang’ dan penylewengan Dasar diperingkat implementasi dihalalkan, dan keadaan buruk yang timbul begitu dahsyat sekali; Dr. Mahathir mengambil langkah-langkah melindungi semua pelakunya (termasuk dirinya).

Maka wujudlah di kalangan pemimpin politik UMNO/BN termasuk kakitangan awam yang menjadi hamba suruhan dan agen perantaraan dan perhubungan; telibat melakukan rasuah secara besar-besaran. Keadaan yang berlaku sudah begitu memburuk hingga rasuah berlaku hingga ke akar umbi rakyat; meliputi semua bidang dan perkara. (rujuk pandangan bekas kakitangan awam).

Dr. Mahathir tahu dan sedar, semua perbuatan berbau rasuah adalah salah dari segi undang-undang dan peradaban manusia bertamadun. Tetapi beliau sengaja menggunakan kesalahan itu untuk mengugut mereka yang melakukannya bila tiba masa. Itu adalah agenda beliau untuk melanjutkan kuasa supaya digeruni penyokong yang diperangkap beliau.

Rasuah Mahathir Terbongkar

Penglibatan Dr. Mahathir paling buruk dibongkar sebaik tertangkapnya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemudian diikuti pula kes Abol Hassan dengan wang kontan RM100 ribu dalam laci. Lihatlah bagaimana Dr. Mahathir memaki dan mencerca Datok Shafie Yahya bila beliau menyerkup Abol Hassan kroni Mahathir-Daim.

Kita nampak bagaimana Rafidah mendapat perlindungan setelah Peguam Negara berkira-kira mengheret beliau ke mahkamah. Akhirnya kes Rafidah ditutup setelah Dr. Mahathir mengarahkan Peguam Negara mengistiharkan Rafidah tidak ada kes.

Begitu juga Kes rasuah Rahim Thamby Chik, Mohamad Taib, Samy Vellu, Ling Leong Sik dan puluhan pemimpin UMNO/BN yang ada fail rasuah di BPR. Mereka yang tertangkap dan dihukum adalah individu yang tidak penting kepada regim ini, atau tidak mendedahkan pekung Mahathir-Daim dan Kroninya.

Kes rasuah bekas pemimpin UMNO/BN di Terengganu masih disimpan rapi, walaupun BPR dengan mudah boleh mengheret mereka ke muka pengadilan. Tetapi, kerana Peguam Negara, para Hakim mahkamah dan Polis juga adalah sebahagian dari ‘pemegang saham’, maka BPR terpaksa melakukan tangkapan ‘berpilih-pilih’. (pandangan peguam berwibawa).

Nilai Rasuah Berbillion

Selama ini, rakyat tidak tahu berapa ratus billion ringgit berputar dalam ‘circuit’ Rasuah ini. Jumlah rasuah yang berputar dikalangan pemimpin politik Barisan Nasional, Kroni politik dan perniagaan, anak-beranak mereka yang melakukannya dijangka sudah cukup menjadikan negara ini muflis.

Rakyat tidak tahu berapa ratus billion ringgit telah diangkut ke luar negara, disimpan di Bank ‘rahsia’, membeli hartanah, dihabiskan di meja judi di Las Vegas, Macau dan Hong Kong, dilaburkan dalam saham Wall Street dan Han Seng, dan seumpamanya. (pandangan pemain saham luar).

Urusan menutup rasuah ini sengaja dilakukan kerana mereka yang terlibat mempunyai kemudahan dan cara melarikan wang perolehan secara ‘haram’ itu dari diketahui ramai. Dr. Mahathir dan Daim mempunyai ‘connections’ di negara-negara yang sanggup melindungi kepentingan beliau.

Wang Rasuah Disimpan Dimana?

Kita dengar melebihi jumlah 10 billion Dollar Singapura wang rakyat Malaysia tersimpan di bank-bank disana. Dalam kes PERWAJA, rakyat diberitahu oleh BPR, beberapa pihak telah dikesan menyimpan wang di Swiss Banks. Itu bukan lagi rahsia. Cuma jumlahnya saja yang belum dipastikan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan dalam Perhimpunan UMNO (tahun 1997) bahawa sejumlah RM32.0 bilion wang kontan negara didapati diangkutpindah ke luar negara. Kerana itu, ekonomi negara telah merudum. Baharulah rakyat sedar kesan perbuatan “perompak kecil-kecilan” itu kepada ekonomi, nilai matawang dan pertumbuhan ekonomi negara. (rujuk pandangan orang UMNO).

Pada waktu itu, sebagai menutup kebuskannya, Dr. Mahathir menuding jari kepada George Soros sebagai penyebab kegawatan ekonomi. Tetapi sebenarnya, Dr. Mahathir dan Daim Zainuddin serta kroni disekeliling mereka itulah perompak khazanah negara paling membahayakan seluruh sistem kewangan dan struktur ekonomi rakyat dan negara ini.

Ibaratkan labu yang ditebuk tikus, kulit luarnya tidak jejas tetapi isi didalam habis dimamah. Simpanan negara waktu itu ‘hangus’ dan pertumbuhan ekonomi negara terencat tidak bergerak – malah merudum hancur lebur.

Rasuah Seluk Poket Rakyat

Hari ini kita melihat kesannya masih ada. Tidak semena-mena, Halim Saad (seorang dari Kroni yang menjadi proksi regu Mahathir-Daim) dalam diam-diam telah dibail-out sejumlah RM3.0 bilion oleh Danamodal (wang rakyat). Jumlah wang begitu banyak tidak menguntungkan negara walau se sen pun. Sebaliknya, ia diumapamakan menghulurkan khazanah rakyat untuk kepetingan sebuah negara lain.

Urusan melibatkan Halim Saad yang diperakukan oleh regim Mahathir menggunakan wang rakyat dengan jumlah begitu besar (RM3.0 billion). Jika digunakan untuk melaksanakan perojek yang dirancang dengan teliti pasti ia akan memberi ‘spin-off’ dan kesan positif kepada pengusaha tempatan dari kalangan rakyat negara ini. (rujuk pandangan usahawan IKS).

Jika dikaji cecara ‘geometrical’, andainya ia digunakan untuk membangunkan ekonomi perusahaan rakyat, manfaatnya akan bertambah berpuluh kali ganda. Jumlah begitu besar mampu menggerakkan ekonomi negara yang dalam ‘doldrum’ sekarang. Tetapi, regim Mahathir mempunyai agenda dan rancangan peribadi mega untuk menampung keperluan mereka dan kroni. Sekaligus memindahkan wang negara ke luar sempadan.

Pendedahan Hancurkan UMNO/BN

Hematnya, ia tidak menjejaskan imej dan kewibawaan pemimpin UMNO jika ia tidak didedahkan. Tetapi sekarang perkara itu bukan sahaja telah didedahkan, malahan perancangan Mahathir-Daim itu telah menghancurkan peluang UMNO/BN menerajui Kerajaan selepas tahun 2004 ini.

Pada tahun 90-an, Dr. Mahathir berpura-pura menangis diatas pentas kerana politik wang. Tetapi itu hanya sandiwara sahaja. Seperti falsafah dan strategi politik beliau: ‘politik wang’ dan penghalalan rasuah adalah ‘umpan’ yang mengiurkan penyokong UMNO untuk berminat menyertai UMNO. (rujuk pandangan puak UMNO)

Teori Mahathir Menghandurkan PAS/Pembangkang

Dr. Mahathir menggunakan begitu banyak wang rakyat untuk mengekalkan kuasa beliau dan menegakkan UMNO/BN sebagai parti baruanya. Yang paling aib dan busuk sekali, kununnya itulah kaedah terbaik yang digunakan untuk menumbang dan menghancurkan PAS sebagai sebuah parti Pembangkang.

Karenah beliau menyekat Royalti minyak Terengganu adalah agenda khianat paling zalim dan rasuah paling kotor yang pernah dilakukan oleh seorang pemimpin dalam sistem ‘Federalisma’ dalam sebuah negara bertamadun.

Tun Salleh Abas (saksi yang masih hidup) menjelaskan bagaimana allahyarham Tun Razak sebagai seorang ‘statesman’ berusaha memberi hak kepada rakyat Terengganu. Sebaliknya Dr. Mahathir adalah seorang ahli politik berfaham Diktator ‘despotik’ zalim yang merosakkan seluruh sistem, budaya dan institiusi sebuah negara, rakyat dan kewibaaan parti politik bernama UMNO yang telah diBARU(A)kannya dan BN yang sekongkol. (rujuk pandangan penyokong reformasi).

Reformasi Total Jawapan Terakhir

Keadaan sudah sampai ketahap paling mencemaskan Mahathir dan UMNO/BN. Rakyat sudah tidak tahan lagi, dan bersama-sama menyokong beliau dan partinya bermakna ‘bunuh diri’ (suicide). Rakyat sudah memutuskan, keadaan akan hanya kembali seperti sediakala melalui satu bentuk REFORMASI total.

Dengan ‘Reformasi Total’ bermaksud regim Mahathir dan UMNO/BN wajib dihapuskan dari muka bumi bertuah ini!! Itu saja jalan penyelesaian untuk menghentikan kekalutan politik, ekonomi sosial, penyalahgunaan kuasa dan undang-undang, ketidakadilan dan kezaliman yang sedang menekan rakyat hari ini, esok lusa dan 1000 tahun lagi!! (kesimpulan rakyat)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com