Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


30 LAMANWEB UMNO – PEMIMPIN UMNO KECEWA DENGAN SAMBUTAN..!!

RUMUSAN dari pertemuan saya dengan beberapa pemimpin vetren UMNO minggu lepas (di Utara dan di Kuala Lumpor) menunjukkan bahawa rancangan Mustapa Muhammad menggerakkan jentera membanteras tulisan dan pendedahan penyokong Reformasi dan Pembangkang terhadap kebusukan UMNO, BN dan President mereka: Dr. Mahathir Muhamad dan Daim Zainuddin dan seluruh agenda mereka: pasti akan GAGAL!

Penulis Reformasi Makin Diyakini

Saya tidak tahu dan saya tidak arif untuk menduga. Pertamanya, saya adalah BEKAS ahli UMNO. Saya tidak cenderung langsung untuk menulis di sebaran UMNO atau di Lamanweb UMNO.

Kedua, itu bukan rumusan saya dengan tujuan memfitnah. Ia adalah hasil kupas-telanjang dan cincang-lumat pandangan pemimpin UMNO sendiri. Saya bertemu mereka cuma sebagai teman-teman lama sebangsa dan seagama (bukan seperti Islam anjuran Astora Jabat, Kassim Ahmad, SIS, Mid Man atau Mahathir Mohamad Al-Haj).

Masakan sebab UMNO yang dah lingkop saya akan memutuskan silaturrahim dengan mereka – kawan-kawan lamo yang hampir terjun lombong, bukan? Malah saya wajar mengasihani mereka kerana tersalah masuk “simpang”, akhirnya Mahathir membawa mereka “terjun gaung” – menjunam lingkang-pukang!! Hahahha….!! (memang pedas masak asam orang Johor nih).

Juga, sejak saya menulis di Lamanweb pro-Reformasi, tidak pernah terlintas di hati saya bertujuan mempengaruhi pandangan puak UMNO. Bagi saya, jika mereka benar-benar penyokong UMNO tulin-totok; hanya Allah swt dan keinsafan dari lubuk hati dan sanubari mereka sahaja yang boleh merubah pendirian mereka. (kununnya hidup mati mereka kerana UMNO? Nauzubillahhhh…!!)

Pada hematnya, mengalih pandangan mereka bukan kerja saya. Banyak lain urusan afdhal yang wajib saya lakukan. TETAPI kini mereka telah membuat kesimpulan membenci dan menyisihkan UMNO/BN!! Saya nak kata apa?

Bagi mereka, tulisan pro-reformasi di lamanweb memang berkesan – keyakinan rakyat terhadap tulisan pro-Reformasi melebihi Mahathir sendiri bercakap di TV..!! Hahaha….(amacam tuh?)

Pemimpin UMNO Terlalu Banyak SANDIWARA..!

Hujah pemimpin UMNO itu tidak juga diperolehi dengan mudah. Mereka mengakui bahawa setiap fakta-fakta mengenai RASUAH, PEMBOHONGAN dan SANDIWARA Mahathir dan UMNO yang ditulis dan dianalisis oleh penulis reformasi dan didedahkan oleh Pembangkang di lamanweb dan di setiap ceramah mereka, perdebatan di Dewan Negeri dan Parlimen; adalah benar dan diyakini rakyat massa.

Memang wajar - Perkembangan seumpama ini sangat menggerunkan pemimpin UMNO, khusunya Dr. Mahathir Mohamad, sebagai Presiden yang menang tanpa dibenarkan ditandingi (ekekek). Abdullah Bedawi, Daim Zainuddin dan beberapa pemimpin komponen BN sudah nampak apa nasib yang akan menimpa mereka dan parti (alahiiii….yok).

Mereka juga sudah mulai nampak Kroni-kroni yang selama ini akur dan tunduk mengikut titah perentah sudah mulai menjauhkan diri. Ini disebabkan pendedahan dan analisis penulis internet yang peka menyebarkan fakta-fakta benar melalui lamanweb yang sudah mengambilalih akhbar-akhbar dan media letronik tajaan UMNO/BN.

FGR Sarat Dengan Netters Anak Gampang UMNO

Dalam lamanweb < http://newskini.hypermart.net/cgi-bin/p/nph-news.cgi>, seseorang pelayar internet akan dapat membaca 12 url yang mededahkan kepincangan pentadbiran regim Mahathir yang memperkudakan UMNO/BN. Laman-laman ini dikemaskini setiap hari. Berapa ratus ribu membacanya. Mungkin berjuta peminatnya. Kan susah UMNO nak lawan?

Itupun belum termasuk laman Forum Gerak Reformasi (FGR) begitu popular dikalangan pelayar Reformasi. Puluhan Forum perbincangan lain yang digemari ramai makin bertambah!!

Perkembangan terkini menunjukkan lebih ramai puak UMNO yang sama-sama berforum di laman pro-Reformasi. Tanda posting meraka ialah: mana-mana tulisan dan rangkap ayat yang berbahasa kotor di Laman FGR itu; dipenuhi dengan pelbagai cerita dan gambar lucah, kata-kata mencarut, tulisan dan ungkapan-ungkapan yang tidak bermaruah, tidak sopan, fitnah dan adu-domba dari “pelayar malam” – sesungguhnya mereka ada lahir dari dikalangan netters puak UMNO.

Tak cukup dengan itu, nama-nama penulis penyokong Reformasi sewenang-wenangnya diCIPLAK demikian mudah. Guna (kununnya) untuk menjejaskan nama baik mereka sebagai penulis reformasi yang diminati. Inilah sebahagian agenda kerja kotor UMNO yang merancang untuk menjejaskan kewibawaan lamanweb pro-reformasi dan penulis mereka. Memang jembalang tak bertuan!!

Malangnya, pelayar internet sudah siang-siang kenal bahawa segala tulisan dan perbuatan biadab, kurang sopan dan kurang ajar itu adalah dilahirkan oleh kelompok pelayar pro-UMNO.

Itulah antara wadah perjuangan UMNO dan seruan Dr. Mahathir Mohamad yang berusaha bermati-matian untuk menerapkan budaya “MELAYU BARU” dan “MALAYSIA BOLEH” ke dalam institiusi budaya yang mencorak identiti akhbar-akhbar penyokong UMNO.

Kini makin nampak budaya itu telah meresap ke dalam lubuk hati penulis-penulis upahan UMNO! Kesimpulannya, rata-rata rakyat sudah tidak lagi mempercayai akhbar arus perdana.

Kadir Jasin Jadi “Bapak Ayam”

Sehubungan itu, diberitakan pula Kadir Jasin yang pernah diterajang keluar oleh komplot Mahathir beberapa bulan dulu, telah diberi mandat membeli BERNAMA, TV2, 6 stesen Radio. Berita dari akhbar Australia mendedahkan bahawa rundingan dan “kelulusan dalam senyap” (tacit approval) telah dibuat supaya Kadir memonopoli saluran informasi terbabit.

Pembelian itu saling tak tumpah macam “Pelacur berusan di lorong gelap berniaga Seks dengan pemburu dahagakan khidmat penjual daging mentah”. Aduh.. Malunya!

Ini adalah pertanda besar bahawa pengaruh UMNO/BN telah sampai ketahap yang sangat-sangat membimbangkan kepimpinannya hingga mereka memilih seorang seperti Kadir Jasin dijilat semula setelah diludahkan!

Mereka berharap pengalaman Kadir (yang tahu selok belok penyebaran maklumat) akan dapat membaikpulih keyakinan rakyat terhadap saluran informasi regim ini yang sudah merudum. Yang jelas, Kadir adalah sedang dijadi seorang “Bapak Ayam Laga” yang bertaji palsu saja.

Apakah Kata Cendekiawan Rakyat?

1. Pertemuan saya dengan beberapa orang pemimpin vetren UMNO sendiri merumuskan – selagi Mahathir dan kuncu-kuncu yang memimpin UMNO/BN sekarang masih berada ditampuk kuasa, UMNO/BN akan terus merudum dan kecundang. Ikhtiar dan tindakan bermaruah untuk membaikpulih imej, kewibawaan dan pengaruh UMNO/BN dikalangan rakyat sudah tidak ada. Sekaligus dengan itu, UMNO/BN akan kecundang lumpuh dalam sesi pilihanraya pada tahun 2004 ini.

Kata mereka, “Walaupun 1000 Lamanweb UMNO dirangka-rancang oleh Mustapa Mohammad, atau 1000 setesen radio dan TV, 10 BERNAMA dikendalikan oleh Kadir Jasin, 100 akbar arus perdana dicetak oleh Berita Publishing dan Utusan Melayu Sdn Bhd, 10 ribu penulis upahan UMNO – namun, selagi Dr. Mahathir terus-menerus berbOhong, berdusta, kukubesi, melakukan pelbagai bentuk diskriminasi politik dan Kezaliman ke atas rakyat; menentang dan berperang dengan REFORMIS yang tumbuh bagi ‘cendawan lepas hujan’ ditengah-tengah RAKYAT; maka semua itu tidak akan memberi kesan positif kepada imej UMNO dan Barisan Nasional!!”

2. Itu bukan saya kata. Saya cuma merumuskan saja. Semasa saya di Langkawi, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur Seremban dan Melaka minggu lalu; teman-teman UMNO yang ditemui berkata, “Isu Anwar akan tetap menyala dan membara dan akan terus menjadi panduan mereka dalam pilihanraya. Kenyataan Datuk Shafie Yahya adalah penentu samada Mahathir PERASUAH atau tidak. Beliau mesti hadir ke mahkamah untuk dibicarakan. Jangan cuba PUTARBELIT dan berselindung dibalik Undang-undang tafsiran sendiri. Itu cuma cari jalan UMNO/BN mati!”

3. Pertemuan saya dengan Usahawan IKS memberi saya gambaran paling terang. Kes bail-out Halim Saad RM3.2 billion dari wang rakyat oleh Danamodal adalah rompakan keatas rezki 200 ribu pengusaha IKS. Tidak manasabah dan tidak berhak regu Mahathir-Daim membantu seorang pemboros seperti Halim Saad dibail-out. Yang rugi ialah 20 juta rakyat, sementara yang kayaraya hanya segelintir mereka kaki penipu dan pembohong besar!

4. Seorang Korporat mengemukkan soalan kepada saya, “Wak Amin, cuba you fikir, apa sebab Mirzan mahu menjual pegangannya dalam PhillieAllied yang dulu pernah dibantu rakyat dari muflis?”. Saya tak tau nak jawab.

Seorang anggota politik-korporat menjawab, “Sebab Mahathir dah bagitau kepada Mirzan – kalu hang nak selamat, jual mana harta yang ada, pindah duit ke luar negara. Esok lusa, UMNO/BN lingkop ka, aku mati kah…… hang senang cabut lari..!! UMNO/BN aku tak boleh nak selamatkan lagi dah. Cina pun dah meluat kepada aku (daddy hang), Ling Leong Sik dan MCA. Hindu-hindu pun dah tak percaya dengan Samy Vellu dan MIC. Tahun depan Kheng Yeik nak berhenti.. Daddy nak buat camana?”.

Derai ketawa kami di coffee house itu bergema. Memang pandai orang Utara buat dialog drama. Hahaha…..!!

Dr. Mahathir Terlampau kuat “AUTA”

Berkata seorang jurnalis kanan yang telah bersara, “Rakyat yang berpendidikan sederhana akan terus memantau kepincangan regim Mahathir, penganiayaan dan rasuah kelompoknya yang berkonspirasi. Setiap hari, melalui rencana dan berita online yang dipaparkan di AWSJ, TIME, AFP, Reuters, CNN, Wasington Post, BBC online, dll. sedang mengasah otak rakyat untuk membuat keputsan mutamad. MUSTAHIL 30 lamanweb tajaan UMNO dan kepakaran Kadir Jasin akan dapat mengalih pandangan mereka. Dalam minda manusia yang rasional, Fakta adalah Fakta – UMNO dan Mahathir terlampau banyak sangat “main AUTA”….!! (Kami ketawa lagi).

Mahathir Tersikap Besar

NAH! Makin nampak sekarang, gagasan REFORMASI bukan semata-mata dipopularkan oleh Reformis sahaja. Jika diteliti, Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO/BN sendiri memberi sumbangan terbanyak membantu meningkatkan pemahaman rakyat dan negara-negara dunia bertamadun untuk membenci dan tidak mempercayai UMNO/BN dan pemimpin mereka secara TOTAL..!!

Mampukah Mustapa Muhamad mengembalikkan semula maruah UMNO/BN melalui 30 lamanweb. Mampukah Kadir Jasin memberi informasi yang diyakini dengan memberi Bernama, TV2 dan 6 stesen Radio Malaysia?

Jangan salahkan akhbar HARAKAH, ROKET, KeADILan, DETIK, Eklusif, Wasilah, Laman FKM2 WenAntu, MindaRakyat, FeU, Detik Daily, Mahazalimtwo, MahaFiraun 2000 dan Tranung Kite.

Jangan juga salah Laman berbahasa Inggeris antarabangsa seperti FreeAnwar, Free Malaysia, YahooFC, Daily YahooFC.

Waktu itu, Pelayan Coffee House datang dan bertanya, “Mau tambah kopi lagi, Encik?” Saya geleng kepala. Saya perlu menyalin 2 pita rakaman yang saya bawa bersama!! Kepala saya sudah sarat dengan fakta-fakta – bukan “auta” macam Mahathir…..HAHAHAHA…!!

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com