Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite                             


PERJUANGAN REFORMASI RAKYAT DISOKONG PARA PEMIMPIN DUNIA

(Bah. 1)

DI LONDON, New York, Chicago dan Jakarta – beberapa demonstrasi terhadap Dr. Mahathir telah berlaku. Dari kaca mata rakyat luar, kejadian demo rakyat terhadap Dr. Mahathir dan kepimpinan UMNO/BN itu mendedahkan betapa tidak demokratik, zalim, rakus rasuah, ketidakadilan beliau dan regimnya terhadap rakyat sudah sampai ketahap rakyat berbilang kaum di negara ini tidak mengini beliau menerajui pemerentahan lagi.

Di negara sendiri, rakyat dihambat dengan kekerasan Akta ISA dan tindakan polis yang sengaja diarah oleh Dr. Mahathir supaya berlaku “samseng” membelasah rakyat yang berdemo. Namun, rakyat yang gigih menuntut keadilan dan menumbangkan kezaliman regim ini tidak pernah berundur. Malah rakyat semakin bergiat cergas.

Terang-terang sekarang, keadaan yang berlaku telah menolak anggapan dan dakwaan kununnya pergerakan sokongan Reformasi semakin pudar. Sebaliknya, ia semakin meningkat dan tidak akan padam. Sekaligus, dakwaan Dr. Mahathir dalam Financial Times, London yang menyebut rakyat sudah sedar dan menyokong pemerentahan, pentadbiran dan tindakan regim beliau membanteras gerakan Reformasi adalah satu pembohongan paling besar.

Mahathir Tidak Dapat Jawab

Dr. Mahathir tidak putus-putus berlagak sombong, menunjukkan ego keterlaluan dan berbohong bontang kepada pemberitaan antarabangsa dalam sebarang wawancara. Makin Dr. Mahathir dan kepimpinan UMNO/BN banyak bercakap, makin mereka mendedahkan pembohongan mereka kepada orang luar. Memang regim ini sudah tidak ada malu – jauh sekali dari bermaruah. Ini amat dikesalkan rakyat dan dunia.

Dari pergolakan sentimen politik rakyat yang sedang berlaku dalam negara ini sekarang, Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO/BN sudah semacam disingkirkan daan tersingkir oleh dunia bertamaddun. Pemimpin dunia menganggap regim Mahathir @ kepimpinan UMNO/BN adalah terdiri dari kelompok yang setaraf dengan beberapa orang DIKTATOR dan kelompok yang sentiasa merancang dan melakukan kengganasan dan kezaliman terhadap rakyat sendiri. Ini sangat memalukan.

Minat Pelabur Luar: NEGATIF

Dari segi ekonomi, perdagangan dan purata minat pelabur luar (berasaskan pemantauan Foreign Direct Investment FDI) kian menguncup (berbanding dengan negara jiran). Keadaan ini mensahihkan bahawa sekarang, rakyat negara ini sedang menghadapi tekanan yang sangat kuat untuk menilai bagaimana tanggapan dunia terhadap pentadbiran regim Mahathir Mohamad dan UMNO/BN.

Rakyat negara ini harus sedar jika keadaan ini dibiarkan berlama-lama, seluruh sistem sosio-ekonomi, politik dan pentabiran serta kedaulatan undang-undang di negara ini akan msunah dan porak-peranda. Rakyat akan terus teraniaya.

Perkembangan ‘sosio-politik’ dan ‘sosio-ekonomi’ yang semakin memburuk dan terbengkalai, serta pelbagai kerosakan dalam sistem perundangan yang berlaku sejak 2 tahun kebelaknagan ini, sekaligus telah menyebabkan, bukan saja rakyat mengutuk-benci Dr. Mahathir dan UMNO/BN; malah pemimpin negara dunia bertamaddun sudah menyingkirkan beliau, pemimpin berjawatan yang mewakili pelbagai Kementerian serta kakitangan awan tertentu yang beliau lantik menganggotai Kabinetnya.

Ini dapat dilihat bagaimana apabila regim Mahathir dan para pemimpin UMNO/BN berkunjung dalam beberapa misi ke luar negara. Sambutan pelabur dan anggota Persidangan Serantau amat dingin. Dr. Mahathir yang mewakili negara diketepikan, dan ide beliau tidak diambil perhatian. Mereka mengejek regim Mahathir dan kepimpinan UMNO/BN dalam akhbar mereka.

Contohnya lawatan Mahathir disambut dengan demontrasi. Rombongan pelaburan Rafidah Aziz dimulakan dengan soalan tentang kestabilan politik dan kewibawaan sistem dan proses undang-undang di Malaysia.

Kepimpinan Dr. Mahathir Merugikan Rakyat

Ini sangat merugikan Malaysia sebagai anggota ASEAN dan “Exclusive Club” dunia. Terbukti, kekuatan ASEAN sudah terjejas kerana karenah kukubesi dan Diktator tidak demokratik Dr. Mahathir dan kepimpinan UMNO/BN yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Dr. Mahathir dan kepimpinan UMNO/BN tidak dapat menjawab dengan benar dan jujur pelbagai soalan yang dituntut oleh dunia. Dr. Mahathir terang-terang kerap dilihat memutarbelitkan fakta. Seolah-olah dunia tidak mengetahui apa yang sedang berlaku di tengah-tengah masyarakat dan ‘misery & suffering’ rakyat dalam negara ini.

Dr. Mahathir dan kepimpinan UMNO/BN makin banyak berbohong dan berdalih. Beliau menafikan pelbagai pendedahan rasuah, penyiksaan dan kezaliman yang makin meningkat terhadap rakyat.

(sambung)

Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)


        Ke atas

Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink
Laman Web : http://tranungkite.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com